‘’..CCTV terBAIK..’’


Assalammualaikum sahabat,,apa khabar  semuanya,,tinggal lebih kurang dua hari lagi umat Islam akan menyambut  kedatangan Aidiladha..yang ada sudah bergerak pulang ke kampung kerana mahu berehat lama sedikit di kampung halaman,,

Ada juga yang masih menunggu kelulusan permohonan cuti,,sabar ye..sebahagiannya pula pulang ke kampung pada hujung minggu sahaja dan ada juga yang tidak pulang ke kampung kerana ada urusan dan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..tidak mengapa.. ;)

Tidak kira jarak perjalanan yang kita lalui dan tempuhi sama ada jauh atau dekat,,mengambil masa yang panjang atau singkat,,adab dan tertib di jalan raya harus dititik beratkan..demi kemaslahatan pengguna jalan raya yang lain..jalan itu milik kita bersama..ingat tu ye.. (: 

Penguatkuasaan  pemasangan  AES dan pengawasan speed trap melalui pihak berkuasa sebagai contoh antara langkah yang di inovasikan insan-insan cerdik  dalam usaha mengurangkan kejadian tidak diingini..sebanarnya semuanya berbalik pada diri kita sendiri..urut dada istighfar banyak-banyak ya kalau nampak orang memecut lajujangan la kita pon join sekali..nanti tiada bezanya la antara kita dan mereka…(+_#),,,,

Ada yang berlapang dada menerima solusi ini,,dan tidak kurang juga ada sedikit kurang selesa..itu persepsi peribadi..terpulanglah..tidak ada seorang pun di dunia ni yang hidupnya suka dikawal..tetapi mana mungkin itu berlaku kerana kita ini insan yang telah dicipta olehNYA..kerana iman kita sentiasa dinilai olehNYA..bersyukurlah kita kerana DIA  sentiasa perhatikan kita..itu tandanya DIA mengasihi kita sebagai hambaNYA..

Insan dan umat yang beriman tidak akan sesekali berasa marah atau disusahkan apabila perlu mematuhi undang-undang dunia mahupun hukum ketetapan Allah kerana setiap daripada kita telah Allah anugerahkan CCTV terbaik untuk mencatat segala perbuatan,percakapan dan segala apa yang kita lakukan..seharusnya kita berlapang dada..

Kita tidak boleh sesekali menafikannya kerana rosaklah iman bila kita cuba menangkisnya..bolehkah kita menafikan tugas Malaikat  Raqib dan Atid dalam menjalankan tugasnya??TIDAK dan JANGAN sesekali kerana percaya kepada malaikat merupakan salah satu pengisian dalam enam unsur rukun IMAN..jika kita mudah untuk mempertikaikan ciptaan juga buah fikiran dan undang-undang rekaan manusia,,tetapi segala ketetapan daripada Allah adalah yang terbaik dan tidak boleh diubah seperti mana yang telah termaktub di dalam Al-Quran..

~~wassalam ,,semoga selamat dalam perjalanan..~~
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama