.. ``DIA`` :) ..


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Kita manusia biasa,,kalau punya sedikit kelebihan atau kekurangan pun asasnya kita ini tetap juga manusia..manusia yang Allah ciptakan dengan akal untuk berfikir,,

Kita insan yang terpilih kerana Allah cipta kita menjadi manusia..sebaik-baik kejadian,,kita diberi ruang dan peluang..mana mungkin kita mampu bernafas,bergerak,waima mengelipkan kelopak mata sekalipun tanpa bantuan dan izin daripadaNYA,,

Kita ini khalifah Allah..bila mana kita dihidupkan sedari alam rahim ibu kita lagi..ketika itu kita sudah berjanji,sudah bertaat setia untuk patuh dan taat pada PENCIPTA..

Kita ini punya pakej lengkap..walau sekadar pinjaman sehingga seusianya kita,,selagi tubuh belum dibaluti kafan putih..selagi liang belum digali dan selagi talkin belum dimulai..itu bemakna kita masih lagi di sini..masih boleh melihat sang bima sakti(mentari)..masih boleh merenung bulan dan menghitung bintang di langit..

Kita sebenarnya terlalu istimewa..Allah kurniakan kita jasad berupa..boleh bergerak..jiwa berperasaan..hati yang mampu berkata-kata..akal yang mampu menafsir,,semuanya,segalanya punya fungsi yang sempurna..bersyukurlah kerana Allah anugerahkan kita itu semua..

Tatkala kita bergembira dan berada dalam kesenangan jangan lupa bersyukur kepadaNYA..mungkin kegembiraan itu cuma seketika..
Tatkala kita ditimpa kesusahan dan bersedih jangan alpa untuk mengadu kepadaNYA,,

DIA sentiasa ADA ..mendengar segala rintihan hati kita,
DIA sentiasa ADA..mendengar segala doa yang kita pohon kepadaNYA,
DIA sentiasa ADA..memerhatikan setiap tingkah laku kita,

DIA sentiasa ADA..untuk kita jadikan sandaran jiwa,
DIA sentiasa ADA..menjadi pendengar setiasa..tiada jemu..tiada keluh kesah,
DIA sentiasa ADA..untuk kita mohon segala bentuk pertolongan,DIA maha pemurah,

DIA sentiasa ADA..menanti kita agar terus meminta kepadaNYA
DIA sentiasa ADA..untuk menunaikan segala permintaan,pasti tertunai cuma kita harus bersabar,
DIA sentiasa ADA..sentiasa memberi ruang untuk kita bangkit setelah menempuhi ujiannya,sentiasa memberi peluang untuk kita perbaiki diri andai telah jauh tersasar..DIA maha penyayang,

DIA sentiasa ADA..memberi petunjuk jalan kebenaran..menjaga kita dalam jaga mahupun lena,sakit  mahupun sihat,,
DIA seniasa ADA  untuk kita,,berusaha,berdoa dan bertawwakal kepadaNYA..
Kita dekati DIA selangkah,,sepuluh langkah DIA menghampiri kita..andai kita berjalan untuk menghampiriNYA,,DIA pula berlari mahu mendekati kita..begitulah ibaratnya..
Ingat..DIA sentiasa ADA untuk bersama kita J

wassalam
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Siapa Juara ? Saya ! Siapa saya ? Khalifah Allah ! Siapa Khalifah Allah ? sebut nama sendri ----- NASUHA ARINA =D

    BalasPadam
  2. Siapa Juara ? Saya ! Siapa saya ? Khalifah Allah ! Siapa Khalifah Allah ? sebut nama sendri ----- NASUHA ARINA =D yg atas tu trpkai email akak harap pdam ia =)

    BalasPadam
  3. Ya betul..kita khalifah Allah..semoga kita menjadi juara dunia dan johan di akhirat nanti..moga-moga syurga menjadi teduhan kita semua..amin..

    BalasPadam
  4. Pelajari sesuatu dari hidup ini.
    Kehidupan juga antara guru terbaik.
    Walau sesingkat mana jalan ditempoh untuk menuju DIA.
    Ia masih perlukan jalan.
    Pilihan kita.

    (^__^)y

    Moga Allah kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaALLAH,,moga moga kita tidak tesilap memilih jalan menuju ke sana..andai kita tersungkur di dunia maka akan leburlah syurga kita di sana..nauzubillah..

      Padam
Terbaru Lebih lama