Jadilah Insan Ya Bukan Bahan Perisa

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

JADILAH INSAN YA..BUKAN BAHAN PERISA || "Kopinya pekat,melekat tapi sayang tak ada gula.." kedengaran kejam bukan dialog datuk Ahmad Albab ni..berdengung je telinga dengar..berkat kesabaran Syawal..ayah Ahmad Albab..akhirnya mereka diberi kesenangan..jin juga makhluk Allah..ada yang baik tidak kurang yang sebaliknya..seperti juga kita manusia.

HADKAN MENGIKUT KEPERLUAN.Perkara atau benda yang baik buatlah sentiasa..berlebihan namun masih dalam sempadan kesederhanaan..kesederhanaan itu sangat perlu..untuk menyedarkan diri bahawa kita ini hamba..wujudkanlah rasa keahambaan pada diri di mana sahaja..bukan sahaja Allah suka..malahan kita akan disenangi oleh sekeliling juga insyaAllah..*sekiranya ada yang tidak menyenangi..sila abaikan..biarlah mungkin satu masa kelak dia yang menjadi paling rapat dan baik pada kita*..

PASAKKANLAH PADA DIRI.Hak.Setiap kita punya hak..tegakkanlah hak kiranya itu boleh menjernihkan..membersihkan dan menjelaskan duduk perkara yang sewajarnya dijelaskan kebenarannya,namun jangan sampai kita meminggirkan hak Allah semasa kita asyik mempertahankan hak yang diingini..

Sukar untuk memisahkan bahan perisa pada setiap masakkan..kerana ianya menjadi salah satu penyumbang pada keenakkan satu-satu menu itu..*awas,,kurangkan ya perisa pada masakkan atau makanan*..kalau diberi pilihan lebih ramai yang memilih keenakkan berbanding khasiat..*maafkan PC kalau apa yang PC nyatakan ini salah ya* dan lazimnya khasiat itu dicari setelah kita perlu merawat..nanti dulu...dannnnnnnnn tidak semua begitu...ada juga yang sentiasa mementingkan khasiat..harap maklum..sakit bukan sahaja berpunca daripada perut...sakit juga boleh berpunca daripada hati dan mulut(lidah) yang sangat mudah menyakiti orang lain dengan kata-kata..jadilah insan ya bukan bahan perisa..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Skrg ni org suka menambah perisa dalam menyampaikan sesuatu cerita agar nmpk menarik walaupun jln cerita dah jauh menyimpang. Janji cerita mereka laku. 😭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Realiti masa sekarang kan Kak Ana...betul..cuma yang merisaukan takut-takut jadi fitnah...mungkin niat asal nak kongsi..tapi tanpa had boleh jadi lain kan kak.. [-(

      Padam
  2. Memang kita selalu dilalaikan dgn keenakan sehingga lupa akibat dari kelazatan yg dinikmati.
    Tapi itulah PC bila dah terkena baru timbul kekesalan. Mulalah nak nasihat mereka yg belum terkena. Lumrahnya manusia memang begitu (termasuklah kakak ni). Bila dah terantuk baru nak tengadah. Nak membersihkan yg dah melekat lekat bukan mudah kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la kak...sebabnya PC sendiri pun gitu..adakala ambil mudah...bila diri sendiri kena...sedih...ralat..kemudian usaha ingatkan orang lain...moga bermanfaatlah... :)

      Padam
  3. Moga dijauhkan dari orang yang suka menambah perisa... menambah perisa dalam makanan tak pa lah.... perisa cerita burok hal orang, minta jauh lah naa...

    Kita buat kat orang nanti kena kat kita balik.

    Thanks Pc for sharing this post.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen..sebabnya takut-takut kita terjebak juga..dan kalau kita pula yang tambah perisa...orang lain pun terpalit juga nanti...jadi elakkanlah.. :)
      Sama2 Amer..

      Padam
  4. Saya suka cara PC sampai mesej2 deep macam ni. Penuh metafor dan makna. Keep it up !

    BalasPadam
    Balasan
    1. SubhanaAllah...terima kasih ya...moga bermanfaat...baik dari Allah..buruk dari kak PC.. :)

      Padam
  5. Moga lea tak akan tergolong orang yang suka menambah bahan perisa... Risau juga kengkadang kita ni manusia lalai dan mudah lupa..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama