Kiasan Hati

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


KIASAN HATI || Kalau dulu mesyuarat tingkap itulah solusi bagaimana para jiran tetangga masing-masing meluah rasa..berkongsi cerita..kaum ibu terutamanya..hantar kuih sepiring sembang suku hari..kemudian maju sikit..pasang telefon rumah sebelum handphone sebesar botol air dicipta..standard ayah-ayah sembangnya nanti..tunggu balik kerja..jumpa di surau..ha,kat tangga surau tulah bertanya khabarnya..tapi sekarang...lebih mudah mengecilkan jari berbanding badan..hehe..mulut senyap..tapi jemari omak aiiiii..ligat...😅..jemari menterjemah kata-kata daripada hati..

KATA-KATA PUJANGGA.Melayan jiwa-jiwa.Kata-kata pujangga tidak ramai mampu untuk mencoretnya..ia boleh dikatakan unik hadir daripada jiwa-jiwa yang paling dalam dan halus merasa..menghayati..subhanAllah..seringkali insan-insan sebegini sangat sinonim dengan warna dunianya yang tersendiri..adakala sukar dimengerti namun setiap bait-bait ungkapannya sangat bererti.

NASKAH.Novel.Cerpen.Bijak,menjadi salah satu tindakkan yang bijak apabila kiasan hati itu diterjemah juga dalam bentuk penulisan..baik dibukukan atau mungkin dikongsi di alam maya untuk bacaan bermanfaat.Ianya satu solusi yang baik kerana secara tidak langsung boleh menjana pendapatan juga..

LIRIK.Seperti mana irama dan lagu tidak dapat dipisahkan...begitu jugalah kita dan hiburan..moden..klasik..terserah pilihan masing-masing..lirik yang baik mendatangkan aura yang baik juga kepada pendengarnya..berbanding kata-kata tanpa irama,lirik berirama itu lebih mudah diingati dan menular.Justeru tidak hairan mengapa kini lebih banyak lirik-lirik lagu kearah kerohanian dicipta bukan sahaja untuk pendengar dewasa...malahan untuk kanak-kanak juga..

Sinis,lucu..apa pun bentuknya haruslah berhati-hati dengan apa yang ingin dan cuba disasarkan..💗Perdu Cinta💗
*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi  

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Ana Suhana
AUTHOR
April 8, 2017 at 9:35 PM delete

Skrg dah banyak lagu berunsur ketuhanan dan lirik mereka sgt mendalam. Semoga lirik dan lagu2 tu memberi manfaat dan kesedaran pada kita. InsyaAllah

Reply
avatar
April 9, 2017 at 12:46 PM delete

Wkmsalam.
Teknologi moden banyak mengubah cara kita berhubung dan meluahkan kata hati.

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon