Sebenarnya Ada Sahaja Di Mana-mana

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SEBENARNYA ADA SAHAJA DI MANA-MANA || Ada yang terasa ingin menjadi seperti sang burung..terbang tinggi bebas ke mana sahaja..tapi jangan lupa Allah beri kaki untuk kita berjalan juga mengikut rasa.Ada yang teringin menjadi kuntuman bunga yang menawan..sentiasa menarik perhatian orang..dibelai dan dicium baunya..mungkin kalau kita memahami bahasanya sang bunga pasti kita tidak mahu menjadi sepertinya kerana mudah disentuhnya orang.Syukurilah rezeki yang ada.Kalau rasa kurang di sana sini bukan ciptaan Allah yang tidak sempurta tapi tebalnya rasa tidak syukur dalam diri.

Semai rasa syukur betul-betul.Mengeluh memang tidak molek.Tapi kita manusia biasa..eh PC pun tak terkecuali daripada mengeluh.Sekali mengeluh tu lega rasa..bukan mengeluh bebel..tapi mengeluh dengan melepaskan nafas yang berat..halus tapi padat..harap maklum bukan kentut.

Sebenarnya Ada Sahaja Di Mana-mana
Google image 

MAKCIK DAN PAKCIK BAWANG.Spesis kepochi sentiasa ada walau di mana pun sebenarnya..baik lelaki atau perempuan.Secara alam maya atau di akam realiti..ada baik dan buruknya bersikap kepochi kerana mereka ini sangat mewah dengan berita dan cerita.Nak selamat dengar kemudian siasat..atau terus mengelak.

GEJALA SOSIAL DAN SAMPAH.Ada segelintir yang sangat memuji-muji dan menjadikan contoh sesebuah negara itu agar kita turut mengagumi.Eh tidak menjadi satu kesalahan yang baik itu ditauladani..silakan..namun hakikatnya harus juga kita tahu,semuanya bergantung pada diri sendiri..pentadbiran dan pengurusan.Masalah sentiasa ada.Selagi mana yang megurusnya manusia.

SEMBUNYI?..fikir baik-baik.Bolehkah.Ya boleh sembunyi daripada pengetahuan manusia tetapi tidak daripada pengetahuan dan penglihatan Tuhan.
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kian mendekat 

Tag : Santai
7 Komen untuk "Sebenarnya Ada Sahaja Di Mana-mana "

KEJADIANALLAH MAHA INDAH BERSYUKUR KITA DIJADIKAN-NYA

Alhamdulillah syukurlah sentiasa :)

Kepochi tu bagusnya bila ada hal2 emergeny kita cepat dpt tahu. Yg tak bagusnya bila kepochi hal yang tak sepatutnya. Hehe.

erm...angah tak suka orang kepochi...semua benda dia nak ambik tahu, lepas tu cerita kat seantero alam...

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top