Sinarnya Kian Menyinar..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SINARNYA KIAN MENYINAR..

Sinarnya Kian Menyinar

5 Mei 8 Syaaban
Matahari terbit indah sinarnya
Setiap hari menanti hadirnya Ramadhan
Moga diizin Allah menunaikannya

Melunaskan puasa Ramadhan satu tuntutan
Tidak usah dipandang biasa-biasa
Meninggalkannya berhutanglah dengan Tuhan
Mana yang tertinggal cepat-cepat qadakannya

Juada di atas meja bukan keutamaan
Kurma dan air sunnah Baginda
Tumpukan ibadah kurangkan makanan
Jika membazir tiada gunanya

Hukum tidak memberatkan jika keuzuran
Namun jangan ambil kesempatan ke atasnya
Tiada nikmat mampu didustakan
Tanda kasih Allah pada hambaNYA

Terima kasih ukhuwah atas sokongan
Hanya Allah mampu membalasnya
PC singgah juga tanda penghargaan
Moga jalinan ini dapat redhaNya
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
tiga lalat
AUTHOR
May 5, 2017 at 9:43 AM delete

selamat menyambut ramadan ye mkcik PC tuuuh.,

Reply
avatar
Ana Suhana
AUTHOR
May 5, 2017 at 12:16 PM delete

Bersemangat rasa nak menantikan kehadiran Ramadan. Semoga kita di panjangkan umur utk bertemu ramadhan tahum inj

Reply
avatar
QasehnyaRania
AUTHOR
May 6, 2017 at 5:58 AM delete

Selaat menyambut ramadan buat PC juga..

Reply
avatar
May 6, 2017 at 12:15 PM delete

Laju je masa sedar sedar dah tak lama lagi pertengahan Syaaban, dan puasa. Semoga diberi kesempatan bertemu Ramadhan tahun ni.. 😊

Reply
avatar
uncle gedek
AUTHOR
May 9, 2017 at 3:15 PM delete

Ramadhan? Yeay kerana ada pasar ramadhan!

(ya, uncle kaki makan)

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon