Mungkin Lebih Baik

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MUNGKIN LEBIH BAIK.. || Mengharapkan kebaikkan selamanya itu impian setiap daripada kita..bukan untuk sehari dua..namun keselesaan itu adakala melalaikan dan menjauhkan kalau silap tingkahnya..justeru mungkin lebih baik dengan adanya teguran teguran DIA itu supaya kita sedar diri..

Tenang-tenang si air laut
Girangnya nelayan menunda bot
Biar isinya kelihatan sedikit
Diharap keberkatannya tinggi membukit

Girang nelayan menunda bot
Sambil berseloroh dengan sahabat
Bila diuji terasa sakit
Itu punca semangat kan bangkit

Sambil berseloroh dengan sahabat 
Tidak dilupa tentang solat
Mungkin hari ini bukan manusia hebat
Siapa sangka esok jadi insan kuat

Tidak dilupa tentang solat
Bukti anda insan hebat
Hari ini dikejar diperhambat
Sasanya jiwa sering bertaubat

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




Tag : Pantun
10 Komen untuk "Mungkin Lebih Baik"

tahi itik jala mas buah tanjung
sangat femes di bulan puasa
solat mesti kena junjung
walau lemah dirinya rasa

Biar sedikit janji istiqomah. Biar sedikit janji ada keberkatannya.

Wkmsalam.
Biar sedikit asal bermanfaat.

MENGHARAPKAN KEREDAAN-NYA SEMATA

Mungkin bukan hari ni milik kita untuk jadi kuat dan hebat. Tak mengapa, esok masih ada..👍😊

Betul kak...tiang untuk istana yang bakal kita diami di sana kelak...insyaAllah ameen...

Betul Sis..istiqhomah,moga dalam istiqhomah ada keberkatan...

Itu yang bantu kita kelak Pakcik..insyaAllah.

Betul,asal tidak berputus asa...insyaAllah ianya milik kita.

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top