Untungnya Beringat

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

UNTUNGNYA BERINGAT...

Semerbak harum bunga mawar
Merah warnanya lambang semangat
Biar hari ini dirasa hambar
Asal jangan patah semangat

Pokok mawar melata tumbuh
Biar berduri tetap dicari
Yang patah kan tumbuh
Yang hilang kan berganti

Mawar putih pilihan hati
Menusuk kalbu harumnya
Di dunia ini tiada yang abadi
Melainkan akhirat kekal selamanya

Kelopak mawar ditabur-tabur
Girang hati mata memandang
Tidak usah sakan berhibur

Ingatlah hanya syurga tempat bersenang lenang

Minat sedikit minat sangat
Berpada-pada jangan terlebih amat
Untungnya beringat
InsyaAllah terhindar sesat

Tag : Pantun
6 Komen untuk "Untungnya Beringat"

betul tu PC, sentiasalah beringatkan.

Salam syawal PC, maaf zahir batin

Wah template baru... betul tu pc, bila kita sentiasa beringat, InsyaAllah kita tidak terlalu jauh dalam kesesatan...

SALAM IDILFITRI MAAF ZHR BTN PC..MOGA KITA DPT BERSENANG LENANG DI SYURGA IN SYAA ALLAH

sentiasa beringat agar tak terlebih-lebih. Pantun yang indah btw..

Terima kasih atas peringatan ini, semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah swt... aamiin.

beringat = selamatkan diri di dunia & akhirat.
jgn leka!

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH..

Back To Top