Ke Puncak..

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


KE PUNCAK.. || Bukit.Gunung.Puncaknya sayup kelihatan.Lebih jauh lebih sayup.Lebih samar-samar.Gayat melihatnya namun bagi yang berjiwa besar tidak mustahil diusahakan untuk menawan.Kutub juga sudah ada yang menjelahahi.SubhanaAllah dengan izinNya segalanya mungkin.Setinggi puncak bukit atau gunungkah semangat dan impian kita..atau melebihi daripada itu.

LUKA DAN BERPARUT.Untuk mencapai satu-satu matlamat bukan mudah.Berliku.Tidak hairan ada ketika hanya terduduk terpaku membisu.Pengalaman yang manis.Pengajaran yang pahit.Luka dan berparut saat ke puncak itu pemangkin.Apa yang digapai bakal menjadi lebih indah.

GABUNGKAN SEMANGAT DAN KUDRAT.Sama-sama penting untuk berpadu dan memacu.Menuju mercu yang diidami sejak dahulu.Mampu,lemah semangat..lesu.Namun dalam banyak hal..semangat boleh mengacuankan kudrat yang terhad.Semangat!!..ya semangat.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

Tag : Santai
16 Komen untuk "Ke Puncak.."

Ada jalan ke puncak yang tidak berliku, ada yang penuh liku, bergantung kepada rezeki dan kemampuan seseorang menghadapinya... nice entry sis PC...

Salam Jumaat PC. Semoga kita semua berjaya menuju ke "puncak" matlamat hidup kita di dunia ni. InsyaAllah.

HENDAK KE PUNCAK BESAR CABARAN YG PERLU DITEMPUH

Hendak menuju puncak perlu hadapi pelbagai cabaran & dugaan.. siapa yg berjiwa kental pasti berjaya...
Salam Jumaat PC..:)

semoga kita semua dipermudahkan dalam mengatur langkah menuju puncak walau jalan memang penuh berliku..Salam Jumaat PC

bukan mudah utk sampai ke puncak melainkan 'MAIN KOTOR' PC...lama tidak singgah ke sini

Tiada jalan mudah untuk berjaya =)

Betul..sebenarnya lebih condong ke arah rezeki kan...

Salam jumaat juga Sis..amin...insyaAllah.

Betul kak..bila dah di puncak jangan lupa pandang ke bawah.

Betul kak...dengan izinNya pasti tiada yang mustahil.salam Jumaat kembali kak.

Amin..insyaAllah kak...salam Jumaat juga kak...

Itu jalan singkat yang tidak bertahan lama...kalau bertahan pun tidak tenang..

susah senang perlu dilalui ditempuhi untuk sampai ke puncak... tidak boleh separuh jalan... perlu kuat dan tabah...

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top