23 May 2018

Sayang Itu .....

10:21 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

SAYANG ITU .....


Sayang Itu .....
Google image


Anugerah.Hadiah.
Daripada DIA kepada hamba-hamba-NYA.
Lebih tepat juga pada makhluk ciptaan-NYA.
Allahu.
Semulajadi.Disemai.
Munculnya dari mana.
Ya,tetap sahaja mesti dipupuk sentiasa.

Sayang itu ..
Bersih.Baik.Cantik.
Sesama insan.
Sesama makhluk.
Mentarbiah musuh.
Melenturnya dengan sayang.

Setia.Pengorbanan.
Ikhlas.Berjuang.
S A B A R pastinya mesti ada.
Tidak usah sayang yang melulu.
Yang terburu-buru.
Yang membesarkan nafsu.

Ya,sayang itu.
Meletakkan DIA nombor satu.
Setiap waktu.
Bukan ikut apa yang kita mahu.
Hakikatnya perlu begitu.

Sayang itu mahal.
Hambarnya membubar.
Manisnya menyatu.
Sayang itu mengajar.
Untuk lebih menghargai.

#sama-sama mencari redha Ilahi

22 May 2018

Puasa .. Tidak Melemahkan

9:46 AM 4
Puasa .. Tidak Melemahkan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT

PUASA .. TIDAK MELEMAHKAN

Hari ini Ramadhan keenam
Kita berpuasa penuh kesyukuran
Solat berjamaah mengikut imam
Membentuk disiplin juga keimanan

Lapar dan dahaga sepanjang hari
Niat itu menjadi benteng
Terus bergerak dan beraktiviti
Fikiran lapang jiwa pun senang

Singgah sebentar ke pasaraya
Mahu membeli gula melaka
Setiap tingkah ada batasnya
Berpuasa juga antara acuannya

Lesu dilalui sepanjang hari
Kerana Allah kita melunasi
Setiap pekerjaan terus diterajui
Tiada alasan begitu begini

Lagu raya sudah kedengaran
Hati terhibur melalui pendengaran
Biar tidak menjamah sebarang makanan
Puasa itu tidak melemahkan

Tidak didamba banyak berlian
Emas seurat ikhlas pemberian
Rehatkan perut dari makanan
Moga meningkat nilai keimanan 

#sama-sama mencari redha Ilahi

21 May 2018

Ikan Pun Pandai Pilih Umpan

6:34 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum WBT


IKAN PUN PANDAI PILIH UMPAN | Bagi kaki pancing ianya bukan suatu yang asing.Ya,tidak asing dengan pasang surutnya air laut,kualiti dan kuantiti umpan,pemilihan peralatan dan teknik-teknik minimum gagal.Rezeki kalau diusahakan insyaAllah ada.Kalau tidak hari ini mungkin hari esok dan seterusnya.

Ikan pun ada citarasa.Kalau tak kena selera sampai kita dah balik dari pasar dah siap masak kawannya pun umpan tu masih di mata kail - Abah Mertua

Biar tak berakal tapi Tuhan beri deria rasa dan naluri - En Suami

Nasib.Tawakkal.Pemancing dan ikan.Sama ada rezeki pemancing atau rezeki ikan - Babah

Ikan pun pandai pilih umpan.

Cacing.Cengkerik.Cicak.Ulat.Belalang.Udang hidup.Antara beberapa jenis umpan yang dijual dan menjadi pilihan pemancing.Setiap sasaran ikan yang ingin dipancing lain umpannya.Lain juga modalnya.Nak memancing ikan pun kena pandai ambil hati ikan.Bukan nak pikat orang je bermodal dan kena ada skill.Tak gitu.He he he heeeee.

Manusia sebaik-baik ciptaan daripada Allah SWT.Dikurniakan otak yang berakal.Dihatinya terletak iman.Justeru berhati-hati bertindak,berpada-pada memilih dan dahulukan petunjuk-NYA untuk memilih.Sesekali tersilap tingkah itu wajar,melakukan kesilapan-kesilapan kecil itu patut kerana sempurna itu milik Tuhan.

Ikan Pun Pandai Pilih Umpan
Google image

#sama-sama mencari redha Ilahi