Amboi Terlebih Pedas Pulak

AMBOI TERLEBIH PEDAS PULAK. بسم الله الرحمن الرحيم. السلام عليكم. Harap semua berada dalam keadaan dan  di zone yang baik-baik saja..sekarang masih lagi musim tengkujuh..sedap ni tidur..boleh lena sepanjang hari..oopps jangan la macam tu..tidur terlalu lama pun tak begitu elok untuk kesihatan..alhamdulillah hujan juga salah satu nikmat rezeki kurniaan Allah..

mensyukuri nikmat Allah ganjaran pahala menanti kita..sejuk-sejuk macam ni sedapnya kalau dapat makan ubi atau keladi rebus..sekali dengan sambal tumis ikan bilis..mak mertua tegur pun tak perasan..heheheh..memang betul-betul khusyuk makan ni..bagi yang gemar la..bagi yang kurang suka mungkin lebih kepada jenis masakan dan hidangan lain..tidak mengapa kerana lain orang lain citarasanya..betul tak?kalau betul senyum sikit!!!.. J

kita tidak boleh suruh orang lain suka apa yang kita suka,,tapi kita boleh beritahu pada orang apa yang kita suka..begitu juga sebaliknya ye..tapi sebenarnya adalah lebih mudah untuk kita mendidik diri menyukai sesuatu perkara yang kita tidak suka kalau nak dibandingkan kita menyuruh seseorang itu menyukai sesuatu..betul tak?adus ayat.. hehehehe..

Amboi Terlebih Pedas Pulak

tapi ini sekadar pendapat sahaja..sebagai contoh,,amboi siap contoh..kita tidak gemar kepada masakan yang terlalu pedas dan manis..semasa kita bertandang menziarahi saudara kita,,tuan rumah telah menyediakan juadah untuk makan tengahari..ada pelbagai menu,,memang terliur la sekali pandang..tu baru pandang..belum rasa lagi..tetapi menu yang dihidangkan pedas dan manis,,bertentangan dengan selera kita..sewajarnya kita makan sahaja walaupun tidak banyak..

niatkan dalam hati kita makan untuk menjaga hati tuan rumah yang juga saudara kita serta menjaga air muka kita juga mereka..bayangkan apa perasaa mereka andai kita berterus terang atau langsung tidak mahu menjamah hidangan mereka..pastinya mereka akan berkecil hati dan berasa sedih..seandainya mereka ini saudara rapat yang sudah memahami kita mungkin tidak akan timbul sebarang masalah..tetapi andai sebaliknya..jangan terkejut sekiranya kita kena panahanlazer”mereka..
bukan pembedahan apendix saja sekarang ni boleh guna kaedah lazer..hehehe.. 

Pastinya kita tidak suka mendengar kata-kata dan teguran mahupun gurauan yang tidak sedap di dengar..kata-kata yang kasar dan pedas..lebih pedas dan panas pada pendengaran dan penerimaan hati kita..kita tidak boleh menegur kesilapan orang yang lebih dewasa daripada kita secara terus..walaupun kita berada pada situasi yang benar..jadi jangan segan silu teruskan mendengar andai terkena panahan kata-kata pedas ini..sabar je la..adalah lebih berbaloi untuk kita menahan pedas memakan cili ataupun lada daripada sengsara menanggung panahan ``lazer`` daripada mulut yang tidak berperasaan..fikirkan sejenak..

wassalam

Sekian 
Tinta Perdu Cinta ❤
Amboi Terlebih Pedas Pulak
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama