,,HiTaM PuTiH..


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Setelah dua bulan kita memasuki tahun baru dalam kalendar Islam..dan hari ini kita sekali lagi berpeluang membuka lembaran baru dengan kehadiran tahun 2013 iaitu bersamaan 19 Safar 1434 Hijrah(2 Januari 2013)..Selamat menjelajah ke tahun baru 2013..hehehehe,,lewat sehari la pulak,,maklumlah berpeluang meraikan tahun baru di kampung..ala bukan ke mana-mana pun duduk rumah sembang dengan baba dan mama..bila balik rumah mertua..dok bual-bual dengan mak dan abah..biasalah refresh story mory.. 

ada antara kita sudah memulakan langkah penghijrahan sedari 1 Muharram 1434 Hijrah lagi..alhamdulillah teruskan usaha dan niat murni itu.. Memasuki tahun  baru dan meninggalkan tahun yang lalu dengan pelbagai memori suka duka tidak kiralah peristiwa itu sekadar menjadi memori suka duka pada diri sendiri ataupun apa yang berlaku sedih tawa melibatkan dunia..ini bermakna segalanya telah menjadi sejarah..

suratan takdir yang telah berlaku..sejarah yang wajar untuk kita jadikan tauladan dan sempadan..selayaknya menjadi panduan buat diri sendiri atau pun dunia..Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia..pasti ada makna tersurat juga tersirat disebaliknya..untuk mengajar dan mengingati kita agar yakin  hidup ini ada yang mentadbirnya lebih besar dan maha mengetahui segala isi langit dan bumi..

ALLAH pemilik alam semesta..adakalanya Allah menguji orang lain untuk menyedarkan kita,,adakala Allah menguji kita pula untuk mendatangkan manfaat kepada insan lain..seperti mana yang berlaku di Palestin,mereka derita sengsara,,namun Allah sebenarnya mahu mendidik hati kita menjadi insan yang tahu erti simpati dan belas ihsan kepada sesama insan seagama..ini adalah contoh yang paling jelas..manakala andai kita ditimpa bencana atau musibah seperti banjir ,,ini memberi pula kepada orang lain agar lebih menghargai alam sekitar.. 

walaupun bantuan kita sekadar sebaris doa..selagi kita ini bergelar manusia,punya hati dan rasa,,maka selagi itu kita punya warna warni kehidupan..duka mahupun lara..bahagia atau sengsara..ketawa juga bermuram durja..itulah asam garam hidup kita..mana mungkin kita gembira sentiasa..juga tidak mungkin kita akan kekal berduka..bagaimana untuk kita mengubah hala..tadah tangan bermohon padaNYA..apa yang telah terjadi dan berlalu itu  pengalaman..jadikan guru terbaik supaya tidak berulang kembali  andai ia suatu yang sia sia..

saat in..ketika ini..inilah realiti dan kenyataannya..perlu kita hayati dan hargai andai ia satu yang bermanfaat..manakala hari mendatang adalah suatu yang masih samar..di  sinilah bermulanya jentera usaha,tadahan doa dan empangan tawakkal boleh mula di bina sekukuh-kukuhnya..

wassalam  @_^
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama