KorBaN>>beRseDiaKaH ^,^


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Kalau sebut saja pasal korban..ha mesti fikir ibadat korban...hari raya korban atau Aidiladha..kan..nanti..puasa dulu..tak berapa hari saja lagi ni..biasanya lembu,kibas unta la yang biasa kita dengarkan..apa??ayam??korban juga tapi di masak jadikan lauk untuk jamu orang kampung yang datang gotong royong uruskan penyembelihan tu..letih melapah,,menimbang dan mengagih daging sepeti permintaan tuan rumah.ha gitu..kalau faham jalan macam penguin 10 langkah.. J..lambat lagi pun nak  sambut aidiladha..sabo ea..sabo..sabarkan sebahagian daripada iman..good.

Ok,,seterusnya..tanpa berlengah dan berlenggang kangkung..sanggup tak kita kita ni berkorban..sanggup tak..mulakan dengan yang kecil kecil dulu..korbankan segala penyakit hati..marah,dendam,iri hati..ala PHD..perasaan hasad dengki..maksudnya bermula daripada diri kita dulu..pendek kata korbankan apa anasir negatif dalam diri yang sering kita lakaukan sengaja atau tidak..kena mula dari sekarang ni..bukan kerana Ramadhan dah dekat..tapi ajal semakin hampir..

Kalau yang suka sangat hiburan tu..sampai jam 2,3 pagi baru balik rumah berkaraoke..beronggeng dangdut..dut..tu cuba slow slow kurangkan..cepatkan waktu balik rumah..atau berkaraoke dan berdangdut di rumah saja..ha lagi hebat tu..tapi jangan melampaui batas..atok nenek nyanyi..cucu penonton..anak sound sistem,takut nanti menantu naik hantu..jiran menangis sampai kena sawan..jangan sampai azan pun tak dengar..orang kampung keliru..ini rumah ke IKS..Institut Kurang Siuman..amik ko..

Bagi  pasangan halal yang bekerjaya..alhamdulillah sama sama mencari rezeki yang halal..untuk rumahtangga..untuk anak anak..bagus bagi yang bijak mengurus masa..pandai mentarbiah diri agar  menjadi isteri dn ibu solehah juga pekerja atau majikan budiman..alhamdulillah..teruskan..teruskan cara anda yang boleh bagi antara dunia dan akhirat..kita bangga tau,, J..tapi bagi yang sedikit terleka..boleh tak korbankan sikit kehendak itu dan kembali mengingati tanggungjawab apa yang perlu dilunaskan..bukan caras atau cantas sampai kontot..tapi balik pada landasan asal..

Stail..bila jumpa orang bersalam..dia pulak melompat belaga dada..lelaki ok lagi..perempuan??hah..*pengsan kejap..bukan suruh berubah terus tapi berdikit dikit..ubah cara bercakap,,ubah penampilan,tanggalkan gelang gelang yang ntah apa apa tu..tau kalau dipaksa makin menjadi..makin berkeras..kalau sebelum ni kanan kiri cuping telinga bawah keratas penuh bertindik..takut bila berkeras semua jari kaki pulak ditindik juga..tak apalah,,slow slow..akak pun lalai juga..jom kita sama sama jadi lebih baik ye.. J

Perubahan yang baik tidak mudah untuk dilakukan serta merta..kerana apa yang kita cuba ubah dan korbankan itu sebahagiannya telah menjadi darah daging..tidak mudah namun tidak sukar andai kita sanggup korbankan sedikit  prinsip yang temboknya adalah hati kita sendiri..Allah itu MAHA PENGAMPUN..kasih sayang Allah sangat luas..DIA berhak memberi rahmatnya pada sesiapa saja..

Wassalam J
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul... biar ada kemahuan mahu berubah dan berkorban sedikit daripada langsung tak ada kemahuan. Didik dari kecik agar akan jadi kebiasaan. Kalau baru nak mula jgn ada rasa malu kerana Allah lagi suka mereka yg mahu berubah dari yg terus-terusan jahil hingga akhir hayat - na'uzubillahiminzalik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..kalau tak dapat berubah banyak..sikit pun jadilah..moga yang sedikit itu menjadi jalan permulaan kepada perubahan yang lebih besar kan kak..harap harap orang sekeliling sentiasa beri semangat bila nampak ada orang mula berubah dan nak berubah kan kak..moga tidak terus berada dalam gelita dunia..gelap akhirat..

      Padam
  2. betul tu kak.. sometimes to change, we need to do some sacrifices

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..apapun setiap apa yang kita lakukan msti kerana Allah :)

      Padam
Terbaru Lebih lama