Tangan..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

Image
google image

Syukur atas setiap nikmat.Alhamdulillah.Terima kasih Allah.

Adat dan adab..dua perkara penting..bila sesekali berkunjung menziarah saudara mara baik di rumah atau di hospital..keluarkanlah sedikit duit untuk membeli dan bawa buah tangan..mereka gembira in sha Allah kita dapat pahala..elakkan kita bawa kita pula yang pertama makan..rasa rasa terliur..nanti ulang beli untuk diri sendiri..boleh?..yes awak budak baik..

Air tangan ibu kita lazimnya jarang sangat menghampakan..tangan itu yang mandikan kita..yang basuh berak kencing kita..yang cubit kita bila nakal..tangan itu yang basuh pakaian kita..ya air tangan ibu yang penuh rasa kasih dan keberkatan..dan sekali sekala ibu kita juga ingin merasa sentuhan air tangan anaknya..walau sekadar telur dadar bawang lebih..buatlah dengan rasa rendah hati.. 

Hidup ini bukan semudah petik mancis dik..kalau ada angin kuat pun api tak nak menyala..apa pun kita ingini bukan sekadar di draf di atas kertas panjang berjela..bukan semakin panjang dan banyak semakin awak maju dan berjaya..tidak..tiada istilah cuci tangan sebelum peluh penat usaha menitik..ingat itu.

Banyak kedai jual kraf tangan
 Sarung tangan baby salah satu dari hasil untuk jualan
Wanita bersahabat baik dengan bag tangan
Cuba jengah in sha Allah di dalamnya ada telekung dan sapu tangan

Kita adalah kakitangan.Buat apa yang disuruh tinggal apa yang dilarang.Buat baik ganjaran pahala hadiahnya syurga.Buat tidak baik balasannya dosa dan neraka pula.
jangan kita baling batu sembunyi tangan untuk menyelamatkan diri sendiri..jangan kita fikir owhh tiada yang nampak..kerana jangan lupa ada yang sedang melihat..PENGLIHATAN yang TIDAK pernah dan tidak akan silap.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. salam kak , banyak guna nikmat yang satu ni cuma kita tak boleh tersalah gunanya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama