31 December 2016

Terus Melangkah

4:30 PM 6
Terus Melangkah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


TERUS MELANGKAH || Alhamdulillah,dalam sedar 365 hari telah PC dah sahabat blogger semua lalui..pahit,manis,duka tawa..susah senang,,terduga atau tidak disangka..warna warni sepanjang 2016 bakal menjagi memori untuk dikenang..semua atas kehendak dan dengan izinNYA..subhanaAllah..hari ini,,hari terakhir kita dibulan Disember,ini bermakna kita juga berada ditahun akhir 2016.

Sejarah mungkin berulang?..waktu,tarikh tidak mungkin mampu untuk diundur kembali..apa yang telah berlaku itu akan terus terpahat dan tersimpan rapi..ada ketika ianya seolah terbangkit untuk dikenang.Namun ada sesetengah perkara ianya seolah kembali berlaku seperti yang lepas biarpun detiknya tidak mungkin serupa. 

Soalan lazim..bukan ketika masih menuntut di bangku sekolah sahaja kita dibisakan dengan soalan lazim sebagai persediaan peperiksan..hakikatnya sepanjang kehidupan kita akan sentiasa terdedah dengan pelbagai soalan lazim..malahan dek kerana terlalu menyanyagi hamba-hambnya soalan lazim yang bakal di tanya di alam kubur kelak pun telah Allah bocorkan.

Impian dan azam..bermula daripada impian yang mungkin tidak seberapa namun panjang berjela dan banyaknya macam tidak tersangka membuatkan kita sentiasa berazam untuk merealisasikannya..bezanya yang mana dulu membuahkan hasil sama ada apa yang kita rencanakan atau takdir Allah terlebih dulu mengmbil tempat tepat pada ketikanya..tidak mengapalah.Usaha itu tidak mudah,doa itu tidak senang dan tawakkal pula bukan ringan.Tidak semudah mulut menyebut,jemari menaip dan hati berniat.

Terus Melangkah
Google Image

SELAMAT TAHUN BARU 2017 UNTUK SEMUA RAKAN BLOGGER..pertemuan kita,silaturahim kita di alam maya ini telah Allah SWT susun aturkan..alhamdulillah..syukur.Selain suami,ya kalian sahabat blogger yang menjadi pemangkin semangat untuk PC terus berkongsi ceritera yang banyak kurangnya di blog PeRdU cINta ini..terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi meluangkan masa untuk singgah,meninggalkan bait-bait komen pada setiap yang PC kongsikn.Ikatlah ukhuwah ini dengan du'a.Moga Allah memberi lagi kita kesempatan untuk memperbaiki diri di tahun 2017 💝💝💝.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi




Sebahaginnya

9:15 AM 5
Sebahaginnya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SEBAHAGIANNYA.. Seronok..sesiapa pun pasti berasa gembira dan bahagia bila apa sahaja yang diusaha hasilnya berlipat ganda..alhamdulillah.Walau tidak banyak bertambahnya tapi nikmatnya itu terasa luar biasa.Walau lemak ditubuh bertabah sekalipun..ya,ada yang berasa sangat bahagia..berat badan bertmbah juga?..ya..ya..ya..kerana setiap orang impian atau cita-citanya kan berbeza..oleh itu idak usah berasa hairan ya..hihi..


Sebahaginnya
Google Image


Sebahagiannya..bukan milik kita..bersyukur andai hari ini Allah lipat gandakan rezeki kita,bukan Allah suka-suka beri kita  limpahan rezeki..lebih tebal keraknya,,lebih besar juga ujian mengurus nikmat daripadaNYA..🌺Perdu Cinta🌺
Saling berbahagi. Berbahagi ini luas maksudnya yang boleh kita tafsirkannya..mungkin berbahagi kasih sesama insan..mungkin juga berbahagi reeki antara satu sama lain..ya sangat luas dan mendalam maksud yang boleh kita terjemahkan..dan yang paling utama kita kena jelas pada satu perkara iaitu dalam rezeki kita Allah selitkan juga rezeki untuk insan lain..untuk juga makhluk lain di muka bumi ini..

Perbetulkan.Lazim orang beranggapan..malah dulu PC juga beranggapan bahawa masalah dan musibah yang menyesakkan dada dan menyebabkan kita mengalirkan air mata itu sahaja ujian buat kita..sebenarnya tidak..yang best-best..yang mengembirakan malah kesenangan itu juga adalah ujian untuk kita sebenarnya.Oleh itu berhati-hatilah sentiasa.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

30 December 2016

Pejuang..Percubaan Demi Percubaan

12:30 PM 13
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PEJUANG..PERCUBAAN DEMI PERCUBAAN || SubhanAllah..alhamdulillah..hari ini ada yang Allah arahkan malaikat Izrail untuk ambil nyawanya..hari ini juga ada yang Allah tiupkan roh ke dalam rahim wanita yang bergelar isteri dan ibu..hari ini Allah izinkan juga ummat Nabi Muhammad SAW lahir ke dunia...setiap hari ada kematian..setiap hari ada kelahiran.Moga setiap kelahiran itu menjadi serikandi dan pahlawan memperjuangkan agama Allah..dan moga kematian itu membawa mereka ke satu daerah yang sangat semua kita dambakan iaitu Syurga Allah.Amin.

Pejuang..Percubaan Demi Percubaan
Sumber : Google Image

Pejuang..Rasulullah SAW adalah pejuang,menegakkan dan menyebar luas Agama Islam untuk ummat sejagat.Perjuangan baginda sangat dalam untuk digali kerana ianya tersangat istimewa.Dua dalam satu,musuh-musuh baginda ada yang tewas dihujung pedang dan ada juga yang lahir daripada hujung pedang.Apabila musuh kafir dengan rela hati mengungkap kalimah syahadah..itulah kelahiran baru yang menggembirakan..daripada kafir menjadi Islam.SubhanAllah.Dan hari ini,setiap kita adalah pejuang dengan cara dan asbab masing-masing.

Kalau nak rasa mewahnya waktu..banyakkan dulu waktu bersama DIA..DIA pemilik waktu..biarpun setiap daripada kita sama waktu yang diberi namun rasa banyak atau sedikitnya waktu itu adalah pemberian dan pinjaman daripadaNYA..bergantung juga berapa banyak kita dating denganNYA dengan rasa jiwa yang berbunga-bunga..💗Perdu Cinta💗

Jentik sejauhnya..PC pun ada rasa putus asa..adakala mampu dikawal..adakala tidak terkawal..tiada pengecualian..PC pun penghuni bumi bukan dari planet Pluto pun kan..kan..hihi😁..haruslah seperti orang lain juga.Biasa sangat dengarkan.."Gagal sekali bukan bermakna selamanya gagal"..yang ada mungkin sudah 3..4 abad tak pun berdekad dengarkan..huishh..selagi hidup..selagi itulah percubaan demi percubaan kita lakukan untuk gapai apa yang diinginkan,daripada sekecil-kecil perbuatan hinggalah sebesar-besar tindakkan.Kalau boleh usahakan jentik jauh-jauh rasa yang boleh meruntuh..sebenarnya kehidupan ini sangat singkat.Padatkanlah dengan seberapa banyak perkara bermanfaat.Salam Jumaat terakhir ditahun 2016😄

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah

Bagaikan Ombak

8:30 AM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BAGAIKAN OMBAK..

Bagaikan Ombak
Pantai Teluk Senangin

Setiap kali ombak itu menghempas ke pasir pesisir pantai..ianya akan turut menghakis..sedikit demi sedikit..maka semakin dekatlah dan luaslah lautan berbanding daratan..namun hempasan ombak itu membuatkan pesisir pantai..tepian gigi air itu menjadi lebih padat..lebih teguh..begitu juga kita..moga setiap dugaan yang mendekat itu biarpun mungkin menyebabkan kita rasa kehilangan namun ianya menjadikan kita terus utuh untuk menghadapi hari mendatang...🌷Perdu Cinta🌷



29 December 2016

Sanggupkah..Setelah Meludah..

4:30 PM 4
Sanggupkah..Setelah Meludah..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Sanggupkah..Setelah Meludah..
Google image

SANGGUPKAH...SETELAH MELUDAH || Selalu dengar di televisyen..dan selalu juga dipesan.."makan boleh sembarang makan..makanlah asal halal dan suci..tapi cakap jangan nak sembarangan cakap"...."terlajak perahu dik awak boleh la perlahan-lahan kayuh berpatah balik,,terlajak cakap dik binasa jawabnya.."..nampak macam alah pepatah biasa..macam juga tidak ada apa-apa..ibaratnya relax la..chill beb..chill..sekali kena cili baru tau..mencecet terjun dalam tempayan,,ingtkan penuh air,rupanya penuh pekasam ikan sepat..😅

Besar pengaruhnya..kata-kata itu doa..walaupun lintasan pada hati yang paaaaling dalam..ianya tetap doa..sebab itulah kenapa diam itu lebih baik..diam tu jangan la sambung ngumpat dalam hati..dosa juga..maksiat hati juga*eh tapi yang ini PC pun tak terlepas buat ya..ya PC ngaku..niatnya tidak mahu mengeruhkan keadaan jadi kalau terasa hati,,atau rasa tidak puas hati PC bisik sahaja pada diri..masa inilah ber'skipping' syaitonirrajim..nak tenang PC bakar syaironirrajim dengan istighfar*

Pengaruh yang luas...persekitaran memainkan peranan penting untuk berubah dan boleh juga mengubah diri seseorang..kalau kita rasa tidak kuat untuk terus bertahan dalam kebaikkan..jarakkan diri...dan bila kita rasa cukup teguh untuk mengubah sila teruskan jihad itu..adakala kita sendiri boleh hanyut..ada masa kita boleh selamatkan orang lain yang hanyut..

Apa pun yang keluar dari mulut kita..yang terbisik pada hati kita besar impaknya baik pada diri sendiri mahupun pada insan-insan disekeliling kita..bercakap itu umpamanya kita meludah..mudah,ringan,santai..tapi kesannya adakala tersangat sukar untuk ditanggung..sanggupkah kita jilat semula walau ludah sendiri..🍒Perdu Cinta🍒

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 


Memang Betul..Tapi...

7:30 AM 22
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MEMANG BETUL..TAPI... || Berbuat baik itu berpada-pada...buat jahat jangan sekali-kali..zaman sekarang tidak ramai yang berlapang dada melihat orang lain membuat kebaikkan dan bersikap baik budi...entah kenapa begitu,,yang baik itu sering dipinggir..yang kurang baik itu acapkali dibangga-bangga..tidak semua namun ianya sudah bercambah biarpun pada kelompok yang sedikit..



Memang Betul..Tapi...
Google image 

MEMANG BETUL..TAPI...Bila hendak melakukan kebaikkan ibaratnya tangan kiri tidak perlu tahu langsung...betapa perlu sangat disimpan rapi..alhamdulillah..namun,bila hati terdetik untuk lakukan kejahatan..malahan lakukan tanpa rasa bersalah pun..sebolehnya tidak mahu diketahui insan-insan tersayang??....motif?..ingat seperkara...sama ada kebaikkan mahupun kejahatan yang dilakukan...ALLAH SWT sentiasa melihat..di mana-mana..🍒Perdu Cinta🍒
Niat.Kembali kepada niat dan perbetulkan niat kita. Seperti mana mhu mendidik hati untuk lebih sabar itu tidak mudah..begitu jugalah bukan satu perkara mudah untuk memperbetulkan niat..terutamanya niat yang baik..kerana adakala setiap niat yang baik itu akan didatangi dengan hasutan dan bisikan-bisikan hitam.

Buat keputusan dan berserah.Tidak semua perkara dan benda yang kita ada diketahui oleh orang lain.Mungkin mereka tahu sekadar mana yang dapat mereka lihat secara kasar pada luaran sahaja..oleh itu terpulanglah pada diri kita sama ada mahu mengwarwarkan atau sebaliknya setiap tindakkan kita itu kepada umum untuk diketahui secara lebih jelas.namun bagaimana pun bersedialah untuk menerima sebaran kritikan baik membina atau sebaliknya..niat tidak menghalalkan cara namun andai apa yang diniatkan itu baik pasti bantuan Allah samapai tepat pada saatnya.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

28 December 2016

Kerendahan Hati Itu Sangat Mahal

5:00 PM 6
Kerendahan Hati Itu Sangat Mahal
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


Kerendahan Hati Itu Sangat Mahal
Google Image

KERENDAHAN HATI ITU SANGAT MAHAL || Setiap apa yang Allah beri pada kita..pinjaman..itu hakikat..Allah SWT boleh beri,DIA juga boleh ambil..sebelum Allah ambil,jaga dan hargilah betul-betul,kerana kita tidak tahu pun bila akan diambil..bersedia atau tidak untuk kita melelpaskan..itu harus ditolak ke tepi.

Sayang yang berpada-pada...setiap makhluk ada rasa sayang..cuma bagaimana rasa itu diterjemah bergantung pada masing-masing punya cara..mengikut kesesuaian dan apa yang selayak dan seadanya..sayang itu boleh membina..sayang juga bole meruntuh kalau silap cara mencurahnya.Sayang pada harta kekayaan kerterlaluan tidak mustahil ianya membakar diri kita sendiri kelak..sayang berlebihan kepada anak tidak mustahil satu masa kita akan sentiasa menangis kerananya.Hanya sayang berlebihan pada DIA yang banyak memberi keuntungan 😉 

Cara penilaian itu ketara berbeza-beza...banyak cara membuat kesimpulan.Menilai orang,ada yang pandang hanya sekilas sudah tahu akhirnya bagaimana*wah macam hebat ni 😏*,,ada yang memerlukan masa yang mungkin bertahun untuk membuat kesimpulan..tidak kurang yang tidak tahu apa-apa terus membuat kesimpulan dan keputusan*ini bahaya*..untuk menilai apa sekali pun,perlu ada kerendahan hati...supaya tidak dicampuradukkan dengan rasa-rasa yang kurang memuaskan hati lebih-lebih lagi pada yang sedang memerhati.Semailah rasa kerendahan hati itu kerana ianya tidak merugikan pemilik jasad tersebut..

Adakala untuk dipandang tinggi kita perlu merendahkan hati dan diri..kerana ada yang paling tinggi kedudukkannya sedang meneliti dan menilai setiap gerak dan geri..🍒Perdu Cinta🍒

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

Sampai Dasar

8:00 AM 12
Sampai Dasar
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SAMPAI DASAR.. || Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan..kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepian pantai..kalau kail panjang sejengkal lautan dalam tak usah diduga..berakit-rakit kehulu,berenag-renang ke tepian..bersakit-sakit dahulu..bersenang-senanglah kemudian..


Sampai Dasar
Google Image

Kadang kita rasa lelah sangat seolah tidak mampu lagi bernafas,kita berdoa pada Allah agar segera memberi kita kelegaan.Selalu kita rasa sangat tidak berdaya untuk tanggung segala ujianNYA,,kita merayu-rayu moga cepat dibebaskan daripada menanggung beratnya musibah..ada satu-satu saat..kita rasa terduduk seolah tidak mampu untuk bangkit semula..berat yang bukan kepalang,kita merintih mengapa dugaan seolah tidak mahu surut dan tidak mahu berhenti..kita sedih,kita kecewa seolah du'a kita Allah tidak peduli..SEBENARNYA dalam pada kita merintih kepayahan itu hakikatnya Allah sangat tahu kita masih mampu untuk menghadapinya..🍓Perdu Cinta🍓
Semangat.Vitamin yang sangat mahal.Tidak perlu dimakan tapi perlu disuburkan dengan sokongan dan dorongan..ada pada setiap orang cuma bezanya tahap kekuatannya itu berlainan.Jangan sampai hilang..kerana tubuh yang gagah pun bakal rebah..akal yang pintar pun akan tumpul..semangat..harus sering dibaja dengan kata-kata yang positif agar tercas aktif.

Nyah tewas.Awal..pertengahan dan akhir.Kita tidak tahu bahagian mana yang membuatkan kita mungkin berasa untuk mengalah dan beralah.Sesiapa pun tidak mampu lari daripad rasa untuk menyerah kalah pada setiap perjuangan.PC sendiri pun..ya,adakala rasa mahu mengalah sahaja..tetapi fikirlah semula..kerana kita telah memulakan..bayangkan yang indah-indah penghujungnya agar mampu kita nyah rasa ingin tewas itu dengar kadar segera.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

27 December 2016

Ubah Sedikit Sahaja Ya

4:30 PM 9
Ubah Sedikit Sahaja Ya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Ubah Sedikit Sahaja Ya
Kredit : Sumber


UBAH SEDIKIT SAHAJA YA || Dalam kehidupan ini,ada perkara yang boleh diubah semampu dan selayaknya sebagai manusia..dan ada yang tidak boleh dan tidak mampu langsung pun untuk kita ubah hingga bumi ini hancur berkecai.

Rezeki.Setiap daripada kita ada bahagian rezeki masing-masing..walau pun adik beradik..takdir rezekinya berbeza-beza..apa yang diusaha dan apa yang telah Allah SWT tentukan sedari alam rahim lagi."Setiap anak ada rezekinya"..betul anak itu sendiri adalah rezeki kepada ibu bapa dan besertanya Allah dah tetapkan apa bahagian dia..tetapi...ubah persepsi..jangan pula memegang falsafah itu hinggakan bapa khasnya malas untuk berusaha mencari rezeki..usaha,inshaAllah nanti Allah sertakan rezeki yang tidak disangka-sangka..bukanlah bermakna lahir sahaja anak tu..yang pipih datang melayang yang bulat eh bergolek-golek dia datang..tidak.

Berlalu biarkan.Kadang PC sendiri tersasar..iman tidaklah seteguh mana pun..dengan kulit bawang,tebal lagi kulit bawang tu..nampak tak betapa nipisnya..tetapi setiap kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan itu jangan sampai menjadi tembok untuk melangkah ke satu zon yang lebih baik.Apa-apa pun..niat..kalau ada perkara yang kita ingini itu seakan sukar untuk digapai,cuba betulkan semula niat.

Keinginan itu normal.Berkendakkan sesuatu itu normallah.Sama ada keinginan sendiri atau disebabkan dorongan orang sekeliling kita.Tetapi kena tapis banyak kali juga pendapat oranglan kepada kita,kerana tidak semuanya sesuai untuk kita lakukan.Nama pun pendapatkan..tu yang kadangkala timbul yang pelik-pelik lagi mengerikan.Oleh itu,ubah mengikut kesesuaian syarak seperti yang disyariatkan.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

Tidak Semestinya

7:00 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TIDAK SEMESTINYA..Ada hitam ada putih..ada siang ada malam..Allah menjadikan semuanya cukup lengkap..sangat sempurna ntuk kita semua.Dalam seluruh kehidupan kita kebanyakannya akan saling bertukar ganti..akan sentiasa bertukar-tukar.Allah yang mentadbir segala-galanya..

Usaha..usaha...usaha.Sangat besar pengaruhnya pada usaha yang kita lakukan biar pun kecil sahaja.Setelah mendapat apa yang diidamkan bukan bermakna usaha itu terhenti disitu..begitu juga setelah apa yang diusahakan itu kurang berjaua..jangan segera dinoktahkan.Anggap usaha ini umpama enjin yang menggerakkan komponen-komponen lain dalam satu-satu sistem.seperti kenderaan,andai mati enjinnya bagaimana kenderaan itu hendak bergerak.

Tidak perlu sinis.Baik dengan kata-kata mahupun pandangan..ya tidak perlu sinis dan cuba elakkan bila melihat sesuatu yang dirasakan tidak wajar dilakukan oleh orang lain..*sebagai contoh awak bertudung tapi terkinja-kinja,,,awak wanita muslim namun pergaulan sangat bebas walau tertib meutup aurat,,berbicara,,bicarakan kasar dan kesat*kerana mungkin juga kita pernah melakukan..kalau tidak sekarang mungkin di masa-masa mendatang..siapa tahukan..dan mungkin juga kita melakukan tetapi keturunan kita yang akan datang..kerana tidak semua perkara Allah beri balasan menanti di akhirat..ada juga di dunia lagi Allah tunjuk dengan kadar yang paling nyata dan sangat segera..cumanya sama ada kita sedar atau buat-buat koma. 



Image result for pemandangan alam gif
Google Image
Kalau rasa susah sangat..tidak semestinya kesusahan itu akan berpanjangan.Kalau saat ini rasa sedih sangat,tidak semestinya kesedihan itu bersama kita hingga nafas yang terakhir.Kalau kita lihat hari ini dia sangat tidak mempeduli batasan agama yang telah ditetapkan,tidak semestinya akhir hayatnya akan berterusan sebegitukan..tidak mustahil dia menjadi lebih baik daripada kita.SEMUA telah Allah SWT acuankan..🍓Perdu Cinta🍓


Berhemah dan berhikmah.Kalau kita tidak suka dikasari begitu juga keadaannya dengan orang lain..mereka pun tidak suka dikasari..dikasari tidak semestinya tarik rambut..tidak semestinya sepak terajang..dan tidak semestinya juga tumbuk bertalu-talu..tidak..kekasaran juga boleh berlaku dengan percakapan.Intonasi yang tidak sedap didengar...bahasa kesat yang dahsyat..hinggakan yang mendengar hatinya bagai disiat-siat..subhanAllah..tidak baiklah begitu..1001 kali tidak suka pun tegurlah dengan penuh berhemah..sejuta kali tidak sejiwa pun sentiasa pandu dengan kata-kata hikmah..bukan semakin melemahkan.



*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

26 December 2016

Bukan Caranya

8:30 AM 7
Bukan Caranya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BUKAN CARANYA || Otak itu ibarat tabung mencerna idea..kewarasan akal itu yang akan menapisnya sama ada kewajaran yang bagaimana harus dilakukan untuk membayangkan dan menjadikan idea itu kenyataan.Ada banyak cara yang boleh kita lakukan..ada banyak cara juga yang wajar kita tepis sejauh-jauhnya.

Bukan Caranya
Google Image


BUKAN CARANYA..setiap pertuturan,,perbuatan Rasulullah SAW itu sunnah..sunnah yang kita wajar untuk lunaskan kalau tidak dapat laksanakan semua sekalipun namun jangan terus ditinggalkan dan dipandang remeh..jangan salah guna..bila?..dan bagaimana?..bila satu-satu sunnah itu sangat dekat dengan diri dengan cara menjadikan sunnah itu umpama benteng agar perbuatan kita itu tidak dipersoal..hayati,,selidiki,,selamilah sunnah itu kerana kita ingin melaksanakan kerana Allah dan kerana rasa kasih pada Rasulullah SAW..🍒Perdu Cinta🍒
Benteng.Iman itu benteng kepada kita muslim.Mengelak daripada anasir-anasir yang tidak baik daripada mendekati atau kita sendiri yang berkeinginan untuk merapati.Begitu juga sunnah Rasulullah SAW..ianya antara banyak perkara yang dapat membantu kita memperolehi syafaat baginda di akhirat kelak dengan syarat betul menggunakannya..betul melaksanakannya dan bukan dijadikan alasan untuk melepaskan kehendak diri atau pun menggunakan sunnah itu untuk  kepentingan diri.

Tamatkan.Dirasakan keadaan kian parah.Agama tidak lagi dipandang dan dijulang tinggi..kalau dilihat..bagaimana untuk yang lain memandang tinggi kesucian agama dan wahyu Allah kerana ada antaranya berpunca daripada kita sendiri..nauzubillahiminzalik..sedih..bukan masanya menuding jari..bukan juga saatnya membuka aib atau pekong didada sesiapa..tapi sudah sampai waktunya kita tamatkan anasir-anasir ini..bermula daripada diri sendiri..bermula daripada rumah dan bermula daripada hati sebenarnya..sikit-sikit kita ubah lama-lama pasti cerah pandangan orang.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

25 December 2016

Tak Apa,,Jawab Sahajalah

10:00 AM 3
Tak Apa,,Jawab Sahajalah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TAK APA,,JAWAB SAHAJALAH || Bukan mudah menjawab setiap persoalan yang diajukan..namun sebenrnya lebih sukar untuk memberi jawapan yang tidak membuat orang lain terasa..Mengapa persoalan itu sentiasa ada?kerana rasa ingin tahu yang adakala luar sensitiviti yang bertanya..Salahkah?ya salah bagi kita*terutama soalan cepucemas yang melemaskan* tidak bagi dia..justeru itulah soalan itu ditanya..kan..kan..kan..

Kejernihan...tengok air yang keruh pun ngerikan..bila satu hari bekalan air terhenti...kemudian air yang mula-mula keluar selepas bekalan air kembali pulih lazimnya keruhkan..dengan bau yang kurang menyenangkan..masa itulah menjerit kita..jadi,siap sedia dengan tempayan,tidak pun kolah kecil untuk buat simpanan air..tapi kenalah rajin cuci dan tukar biasalah,katak kan suka honeymoon dalam air bersih..diajak pula nyamuk...ada otak tak berakal pun pandai cari tempat bersih nak mengembangkan zuriat..kan..sekali mandi wajib tu..pakej..jadi kita ini yang ada akal,carilah kejernihan hati dan fikiran untuk mengawal situasi.

Perbaharui penapis sentiasa..penapis?ya..akal dan iman itu penapis dalam diri kita yang sewajarnya dibersihkan dan diperbaharui sentiasa..ada banyak cara..zikir boleh,istighfar sesuai,kalamullah juga sangat digalakkan..nampak mudah tapi selalu terlupa.Nampak ringan tapi seolah berat berganda-ganda untuk melakukan..bila sentiasa diperbaharui akal dan iman kita,inshaAllah sedikit-sedikit rasa tenang itu hadir..apa pun soalan,,tak apa jwab sahajalah..eh nanti dulu....harap maklum bukan semudah itu.Hendak selamat..tahu kata tahu..tidak tahu jujur sahaja..

Tak Apa,,Jawab Sahajalah
Google Image
Satu soalan boleh merungkai banyak jawapan..namun satu jawapan belum tentu mampu menoktahkah satu persoalan..kerana rakusnya rasa ingin tahu insan itu sentiasa subur..betul soalannya,molek jawapannya..serong soalannya,takut binasa jawabnya..moga terhindar..🍓Perdu Cinta🍓
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah

24 December 2016

Kita Episod Seterusnya

9:00 AM 6
Kita Episod Seterusnya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KITA EPISOD SETERUSNYA || Syukur kerana lahir-lahir kita sudah berada dalam keadaan yang beragama Islam..bersyukurlah..syukur sangat-sangat..tanggungjawab kita,memelihara agama yang diakui disisi Allah SWT dan disokong pula dengan sunnah dan syafaat oleh kekasih Allah SWT..Nabi Muhammad SAW..*nikmat Islam dan iman itu besar kesannya pada diri kita*..

Siapa pun kita..Jawa ke,Bugis ke,Banjar ke,Melayu ke,,berbelas atau berpuluh kacukkan ke..kita dijadikan daripada tanah yang satu masa kelak akan kembali ke tanah juga..asal usul keturunan kita Nabi Adam AS dan isterinya Hawa..alhamdulillah..dan bersyukur jugalah sentiasa kerana kita dipilih dan terpilih menjadi ummat Nabi Muhammad SAW.

Kita Episod Seterusnya
Google Image

Hari ini kalau kita mampu tersenyum,jangan dilupa segala jasa insan terdahulu yang berhempas pulas berjuang..andai hari ini kita selesa..jangan lupa satu ketika dulu ada insan yang bergilir bersengkang mata menjaga kita..sedar atau tidak..sebenarnya dalam perjalanan sepanjang hayat ini..ianya punya babak tersendiri..hari ini mungkin kita anak,esok kita menjagi ibu dan ayah..segalanya bakal bersilih ganti..bakal juga berubah statusnya..moga kita menjadi episod seterusnya yang tidak meninggalkan dan melupakan sumbu lama yang satu ketika pernah menyala..biarpun mungkin hari ini diterangi dengan chandelier yang cukup menawan sinarnya..🍒Perdu Cinta🍒
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

23 December 2016

Tumpah

4:30 PM 2
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Tumpah
Google image 

TUMPAH || Seringkali PC dengar ibu atau ayah yang membawa anak-anak yang masih kecil...terutama yang hadir ke majlis-majlis yang dihadiri ramai tetamu..pesanan demi pesanan tidak putus..tidak lekang daripada mulut mereka.."makan elok-elok"..."minum jangan bagi tumpah" ..dan macam-macam lagi..lebih manis bila ada antara suami dan isteri itu makan secara bergilir...tidak pun suapkan anak-anak terlebih dahulu kemudian barulah mereka makan...subhanAllah..undangan dipenuhi..adab dan tertib dipelihara.Ya ibu ayah role model pertama anak-anak..*nama pun budak,betul memang wajar dilentur sedari rebung ibaratnya,namun karenah mereka itu adalah warna warni yang mempersona..cuma perlu dipandu agar tidak keterlaluan*

Demi sesuatu..sesiapa pun yang berjungang kerana Islam,jika dia rebah dan tewas,,syahid ganjarannya..begitu juga wanita-wanita muslimah solehah...andai hayatmu berakhir saat sedang berjuang melahirkan khalifah Allah ke muka bumi ini..kamu juga syahid...tidak dilupa juga pada pencinta-pencinta ilmu...saat gigih menuntut ilmu walau di mana sahaja dengan niat kerana Allah..kemudian Malaikat Izrail datang menjemput terlebih dahulu..subhanAllah..ya..syahid milikmu..yang ditinggalkan bersedih..moga yang meninggalkan berbahagia melihat singahsana yang bakal didiami kelak..

Paling berharga...tumpahnya air mata seorang hamba tatkala sedang bersujud kerana meminta-minta sesuatu daripada PENCIPTANYA..ya paling dan sangat-sangat berharga...juga ditunggu-tunggu olehNYA..kerendahan hati dan diri hamba terhadap PENCIPTANYA adalah disaat bersujud..di dalam setiap solat ya itulah rasa kehambaan yang paling baik untuk tumpahkan segala rasa...antara kita dan DIA..tumpahkanlah seberapa banyak yang boleh air mata kita pada asbab yang membolehkan dosa-dosa kita dihapus..aminn.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 

Antara Madrasah Jiwa

8:30 AM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Antara madrasah jiwa..sakit ada pelbagai jenisnya..ada juga pelbagai cara merawatnya..dan ada juga banyak tempat boleh kita tuju untuk mengenalpastinya..moden..tradisional..terserah..murah..mahal..juga terpulang memilih..pegang erat-erat..SEMUA atas izin dan kehendakNYA..


Antara Madrasah Jiwa
🍓Masjid Putrajaya🍓

....namun percaya atau tidak..sesetengah penyakit itu mampu dirawat dengan hanya menjadikan masjid atau surau juga majlis-majlis ilmu menjadi madrasah dan terapinya..seperti mana Ramadhan itu juga dianggap madrasah membentuk jiwa..ya begitu juga rumah-rumah Allah ini..yang sentiasa dipenuhi para Malaikat yang setia menanti.. 
🍓Perdu Cinta🍓

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

22 December 2016

Bangkitlah

8:00 AM 7
Bangkitlah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BANGKITLAH || Bila jatuh segera bangkit biarpun lukanya begitu parah.Sekiranya tidak berjada untuk bangkit sendirian..cari dan mintalah bantuan yang dirasakan mempu membantu untuk diri gagah bangkit kembali.

 bangkit
Google Image
BANGKITLAH..segera sedar..dunia ini bukan satu daerah untuk beristirehat yang terbaik..sebaliknya satu persinggahan untuk bertungkus-lumus mengumpul seberapa banyak kebaikkan..agar boleh menampung perjalanan kita di sana kelak..🍒Perdu Cinta🍒
Tutup ruang dan peluang. Hakikatnya kalau hendak dibandingkan mana yang lebih banyak atau ramai disekeliing kita..yang mahu melihat kejatuhan kita itu lebih ramai berbanding yang berlapang dada bersama-sama mahu meraikan setiap kejayaan mahupun kegembiraan yang kita kecapi biarpun kecil dan hanya sedikit.Justeri kebangkitan kita itu menutup ruang dan peluang untuk mereka terus menyakiti.

Bukan masa dan tempatnya.Dunia bukan tempatnya kita rasai dan nikmati kebahagiaan terlampau..dan bukan masanya juga bersenang lenang yang keterlaluan..bukan..hakikatnya cukuplah rasa bahagia di dunia ini cukup dirasai bila membahagiakan seperti yang disyariatkan.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

21 December 2016

Kiasan

4:30 PM 6
Kiasan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KIASAN || Ada jalan lurus,tapi tidak kurang yang pilih jalan bengkang bengkok.nak cabaran katanya..silakan...ada jalan luas dan lebar..tapi nak juga lalu jalan yang kecil lagi sempit..apa?..baru mencabar!!..baiklah..teruskan...apa pun pilihannya pastikan sentiasa berhati-hati dan moga selamat sampai ke destinasi(matlamat asal)..aminn.. 

Image result for bunga bergerak gif
Google Image

Menyampaikan maksud..ikut individu..masa kecil-kecil..rajin jugalah PC ikut mama atau makcik-makcik pergi majlis merisik..bertunang..tapi sekadar ikut dan suka-suka..*lepas berani kat rumah sorang-sorang tobat lahum mama ke..makcik-makcik ke..nenek PC ke pujuk sampai guling-guling suruh ikut pun tak mahu..sorry mama.sorry semua*...tapi sekarang..kalau menghadiri undangan majlis baik saudara-mara atau teman-teman PC atau Encik Suami...ya..PC banyak memerhati..dulu sekadar memerhati kosong..kini memerhati berisi..warna-warni ragam manusia..ada yang suka direct tidak kurang yang sangat menjaga dan berlapik dalam berbicara...subhanAllah 💗..kadang tu tertunggu-tunggu..tertanya-tanya apa sebenarnya maksud yang nak disampaikan..*jiran kanan kiri termasuk diri sendiri perut dan bergurindam*..

Pastikan sampai...biar apa pun bahasa yang digunakan..irama apa pun yang didendangkan..daripada siapa dan kepada siapa ianya ditujukan...pastikan ianya sampai..inshaallah bila apa yang ingin kita kongsikan..atau khabarkan itu betul..kesan baiknya pasti berpanjangan juga berterusan..andai ianya berupa kiasan..kupas sebaiknya supaya mendapat isinya..tafsir dengan akal yang waras..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

Luaran Saja Tidak Cukup

8:30 AM 16
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

LUARAN SAJA TIDAK CUKUP || Sebut cantik..semua nak dipandang cantik..nak nampak cantik dan berusaha untuk sentiasa kelihatan cantik..dewasa ini pelbagai produk dipasaran..hanya perlu bijak memilih dan perlu cerdik menilai..*cantik itu luas pengertiannya,ikut mata yang memandang dan hati yang menilai*..jadi jangan pelik kalau nampak ada yang pakai seluar rabak di lutut,baju rabak di dada,eyeshadow berkilau sebatu..kerana itulah yang dirasakan cukup cantik pada si pemakainya..dan kita pula pakai selipar jepun,tudung bawal senget sebelah,seluar polkadot senteng..rasa cantik..tulah sebabnya kita pakai..nampak tak..walau pun pada orang selekeh yang amatkan,,kan,,kan.


Luaran saja tidak cukup
Ikhtiar mengatasi masalah kulit kering(tangan)..kulit menjadi lembut dan lebih sedikit selesa..bila terasa pija atau panas selepas gunting lada kering PC gunakan juga Vaseline ni..setakat ini alhamdulillah membantu..*boleh juga sapu minyak masak atau pun Johnsons baby oil*

Sementara..di dunia ini semuanya sekadar sementara..saling bergantung satu sama lain untuk merentasi ujian dan dugaan..saling menguji dan diuji..atas aturan dan kehendakNYA..ya..manusia sekadar perantara..cantiknya hati itu inshaAllah mampu menampung kseluruhan jasad yang menjadi penggerak kepada akal dan nafsu yang sering bertingkah..

Mata mungkin sering terpedaya..namun hati pandangannya mampu menjentik rasa hingga ke dasar yang paling dalam..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah



20 December 2016

Mencipta Musuh

8:00 AM 11
Mencipta Musuh
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MENCIPTA MUSUH..Kesimpulan itu perlu.Begitu jugalah rumusan pada satu-satu perkara supaya hujungnya kita tahu tindakkan apa yang perlu kita lakukan selanjutnya.


mencipta musuh
Google Image

Berbicara tanpa melaluinya lain rasanya..bercakap setelah mengalaminya itu dalam pengertiannya..berkata-kata seolah tahu segala itu bahaya hakikatnya..MENCIPTA MUSUH..bila?..bila kita lebih tahu segala hal berbanding empunya tubuh..lebih parah perkhabaran itu  sewenang-wenagnya disebar tanpa rasa kesal..🍓Perdu Cinta🍓
Terhad.Pengetahuan dan ilmu kita sangat terhad. Ya,biarpun jauh ke seantero dunia kita menuntut ilmu..meninba pengalaman..namun ianya tidak setanding dengan ilmu dan pengetahuan Allah SWT..ini hakikat..justeru jangan pernah berasa cukup tahu segenap perkara terutama membabitkan perihal atau urusan orang lain.

Tidak mustahil.Di antara kawan kita itu boleh menjadi seorang sahabat,,namun di antara sahabat kita itu juga ada yang boleh dengan sekelip mata menjadi musuh.Baik kita atau sesiapa pun..berhati-hati..dan berjaga-jaga..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

19 December 2016

Hujung Minggu Mencuci

4:30 PM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


HUJUNG MINGGU MENCUCI || Selain cuci pakaian kotor..pinggan mangkuk kotor..berus lumut-lumut halus yang mula membiak dalam bilik air walau kerap diberus tu ha...cuci apa lagi...cuci mata..cuci hati..hihihi..

Hujung minggu mencuci
 🍓Santai 18 Disember 2016(Ahad)🍓
Teluk Batik,Lumut Perak

Sedarkan diri yang begitu kerdil...jauh perjalanan luas sedikit pemandangan yang dapat kita lihat...melihat segenap penjuru dengan lebih mendalam dan lebih terbuka..terbuka minda..terbuka hati...melihat alam ini secara tidak langsung kita dapat menyedarkan diri...ingatkan diri agar sentiasa bersyukur selalu...bukan hanya kita yang hidup..yang bernafas..yang memerlukan oksigen..bukan..sebaliknya kita sentiasa berkongsi..saling bergantung satu sama lain..dan pergantungan paling utama adalah kepada DIA yang SATU..ALLAH SWT.

Melihat bukan sekadar membuang pandang..bila kita tertarik pada satu-satu perkara atau objek itu..ya..kita akan terus memandang dan menghayati..sesiapa pun begitu..adakah cukup sekadar itu itu ada yang perlu kita ambil tahu dan menjadikan ianya amaran pada diri..sungguh,,sesuatu itu tiada yang sia-sia bila Allah izin sesuatu itu berlaku..oleh itusekecil mana pun peristiwa yang berlaku baik pada diri sendiri atau pun insan disekeliling kita..gali sedikit untuk mendapatkan pengisiannya.

Lautan indah terbentang luas
Pepasir halus mesra ditelapak kaki
Sederhana rupa berbudi tulus
Sekadar biasa dipandangan mata namun senang dihati

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi


Kepelbagaian..

8:30 AM 14
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Kepelbagaian..

Bangun pagi uli tepung 
Niat dihati hendak membuat donat
Ayuh kita sentiasa bergabung
Bersatu hati melunaskan amanat

Sultan Muhammad V menjadi Yang Dipertuan Agong
Baginda berasal dari Negeri Kelantan
Apa yang molek kita sokong
Moga negara dalam lindungan Tuhan

Kepelbagaian

Pelam sepat dibuat sambal
Gugur muda dijadikan jeruk
Tidak pandai bukan tandanya bebal
Tolak ketepi prasangka buruk

Melangkah pantas tanda bersemangat
Senyuman dibibir tanda kemesraan
Bersatu hati tanda muafakat
Moga terhindar dari persengketaan

Pergi pagi pulang senja
Anak sepat berenang gembira
Jangan asyik bersuka ria
Ingatlah saudara kita yang sedang berduka


18 December 2016

Telan

9:00 AM 17
Telan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


TELAN || Hari-hari kita makan dan minum..yang sedang berdiet pun makan jugakan..minum jugakan..cuma mungkin dalam  kuantiti yang kecil..yang sedikit dan lebih teliti dalam menentukan kualiti dan kuantiti terhadap menu.Paling penting halal dan suci.

Pilihan dan sebaliknya..suka atau tidak,adakala kita terpaksa telan sesuatu perkara itu tanpa rela untuk mengawal situasi atau pun hakikatnya lebih mudah untuk memujuk diri sendiri daripada merawat luka orang lain.Apa pun pastikan kena pada situasinya takut-takut ada yang segaja mengambil kesempatan.Kecuali kalau jenis yang tidak ada perasaan.Semua pun "ok" katanya..tapi awas insan sebegini bila mula menunjukkan emosi..hujan-panas-banjiir-kilat-petir sudah 10 kali bertukar ganti pun panas dan baranya sentiasa menyala-nyala.


Telan
Google Image

Pertimbangkan..dengar baik-baik,fikir betul-betul,hadam sampai betul-betul lumat dan sebati.Tidak semua perkara itu betul..dan tidak juga setiap hal itu silap.Halusi sedari akar baru kita tahu ke mana arah pucuknya.Kewarasan akal itu tersangatlah pentingdalam menapis dan menepis segenap unsur yang mendatang.Sentiasalah mohon guideline daripada Allah SWT.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah



17 December 2016

Patah Sudah Taringnya

3:27 PM 3
Patah Sudah Taringnya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


PATAH SUDAH TARINGNYA || Gigi taring fungsinya untuk mengoyakkan makanan yang kita kunyah..selain gigi-gigi lain yang fungsinya tidak kurang pentingnya sebagai bantuan awal kepada perut untk memproses makanan yang ditelan.

Patah Sudah Taringnya
Google Image

Dahulu itu kenangan..Gagah,garang,misai melentik,senyum?..jangan diharap..dengar dia berdehem sahaja pun kecut usus besar..kedekut,pilih kasih..apa lagi..itu dulu..zaman muda remajanya dia..zaman mudah termakan hasutan adu domba..zaman terlupa ada dosa dan pahala..zaman tidak ingat ada syurga juga neraka..manusia boleh berubah bila-bila masa..tidak usah dibilang usianya.Bila telah dimamah usia,mungkin sudah semakin berkurang kudratnya..semakin tumpul dan patah juga taringnya..*adakah watak sebegini dialam nyata,atau sekadar watak bayangan semata...huhu*..adakah itu alasan perubahannya..jawapannya kasih sayang Allah itu sangat luas..DIA yang mengemudi hati kita.

Pilihlah..hari ini PC,awak,kamu,kalian,,boleh memilih..warna kegemaran,makanan dan minuman kesukaan,tempat-tempat percutian..pilih..satu saat nanti,saat tiada warna untuk dipadankan kecuali putih menjadi pilihan yang menguruskan..satu ketika kelak kita yang bakal menjadi habuan dan hidangan tanpa diminta persetujuan..jasad melebur,hancur..waktu itu siapa pun kita sudah tiada ertinya..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah

Tidak Mengapalah

8:00 AM 3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TIDAK MENGAPALAH || Yang sering memandang rupa itu kita manusia..sesama sendiri..haruslah kerana wajah atau luaran itulah yang kelihatan terlebih dahulukan..dah kenal..barulah tahu dalamannya bagaimana..tapi..tapi..tapi....bukan satu masa yang singkat boleh kita ambil untuk mengenal hati budi seseorang itu..10 tahun pun belum tentu kita dapat tahu kesemuanya..namun begitu "nak tengok dalamannya bagaimana..lihat luaannya"..yup..hati itu bagaimana...kalau pun berpura-pura...ianya tidak bertahan lama..kalaupun lakonan semata satu ketika dialognya akan tamat juga.Ingat Allah pandang hati kita sahaja.


Tidak Mengapalah
Google Image
TIDAK MENGAPALAH..kalau hari ini hati terasa ingin menghulur bantuan namun tidak punya..ingat harta itu bukan syarat untuk menghulur bantuan semata..bantu dengan doa juga boleh..tidak mengapalah kalau pemberian kita itu kecil atau pun sedikit dan seolah langsung tidak menambah..kerana yang sedang Allah pandang ikhlasnya hati memberi..pasti beralasan mengapa Allah mengizinkan dan belum mengizinkan sesuatu itu berlaku.. 🍓Perdu Cinta🍓
Tiada alasan sebenarnya. Memberi bantuan itu ada banyak caranya.Ada pelbagai salurannya.Bila kita rasa ingin membantu namun tidak mampu..tidak mengapa..cari kekuatan apa yang ada pada diri untuk menghulur bantuan itu..bila dari dasar hati itu terdetik untuk membantu..insyaAllah pasti ada sesuatu yang boleh kita beri kerana gerak rasa itu daripadaNYA.

*terima kasih ukhuwah
*mencari redha Ilahi

16 December 2016

Sementara Seadanya Hayat

8:00 AM 10
Sementara Seadanya Hayat
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Sementara Seadanya Hayat
Google image
Andai hari ini kita masih lagi bernafas..bersyukurlah..mungkin Allah sedang beri kita peluang untuk perbaiki diri dengan lebih lagi.Sekiranya kita masih diberi keizinan untuk melihat..pandanglah adik-beradik kita walau sekadar menatap gambarnya..imbas kenangan silam,pahit getir bersama..dulukan menghargai satu sama lain..Seandainya kita masih berdaya untuk mendengar,dengarlah kisah yang baik-baik supaya hati kita yang merah itu putih auranya.Segala nikmat itu pinjaman untuk tujuan Allah mahu menguji..jangan didengki,tidak usah iri hati..🍒Perdu Cinta🍒

15 December 2016

Tafsiran Sayang Itu Luas

2:57 PM 1
Tafsiran Sayang Itu Luas
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Tafsiran Sayang Itu Luas
Google Image

TAFSIRAN SAYANG ITU LUAS || Sebut sahaja perkataan sayang,semua kita sedia maklum..ianya melibatkan hati..kerana rasa sayang itu lahir dan letaknya dihati..hati yang sihat..hati yang putih..inshaAlah rasa sayang yang diberi dan ditunjukkan itu juga tulus..amin..

Pepatah.."Sayang isteri tinggal-tinggalkan(mencari rezeki..tetapi kalau keadaan tidak mengizinkan..masih boleh lagi dibawa berbincang..pilihlah solusi itu..jangan sampai untuk memenuhi impian diri sendiri insan yang disayangi menjeruk hati..jangan salah guna rasa sayang dan kasih sayang)..sayang anak tangan-tangankan(bukan sembarangan kecuali niat untuk mendidik)".."Sayang boyfriend/girlfriend jangan sampai langgar hukum Allah"(ok,ini PC yang pandai-pandai tambah 🙈)..biasa sangat kita dengar pepatah inikan..alhamdulillah..orang Melayu kaya dengan pepatah-pepatah yang sangat halus maksud tersiratnya..kaji dan fahamkan betul-betul dan jangan digunapakai untuk kepentingan diri..

Untuk semua makhluk..haiwan yang tidak berakal itu pun tahu menyayangi anak-anaknya..ya biar sekadar otak yang dimiliki..tumbuh-tumbuhan..ada cara tersendiri untuk mengasihi dan melindungi anak benihnya..cuma kita sahaja yang tidak nampak dan tidak memahami cara masing-masing menterjemah rasa sayang itu...kesimpulannya Allah SWT suntik rasa sayang itu pada setiap makhluk ciptaanNYA..

Mahal..tidak boleh dijual beli namun hanya boleh dipupuk sedikit demi sedikit..selautan kekayaan kalau pun dilambakkan untuk membeli rasa sayang itu mungkin terjual juga namun rasa itu tidak mungkin asli..begitu juga kita dan DIA..bukan mudah untuk meraih rasa sayang daripada NYA..setelah merasai nikmatnya..jaga dan hargailah.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah.

Tersembunyi

8:30 AM 14
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TERSEMBUNYI


Tersembunyi
Google image 


Pahala itu tidak terlihat membuatkan kita berkira-kira untuk lakukan kebaikkan..jika terlalu asyik  lagha dengan nikmat dunia itu kerana dosa tidak terpandang dek mata.. 🌸 Perdu Cinta🌸
*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 

14 December 2016

Pengalaman Itu...

8:00 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PENGALAMAN ITU..


Pengalaman Itu
Google image 


Pengalaman itu,ya boleh diperolehi daripada segenap sudut..ingat,semua atas kehendak dan izinNya.Sama ada ianya dialami sendiri..atau mungkin perkongsian daripada pihak lain..bila dikongsi..dengar..fikir dan ambil kebaikkannya..🍒Perdu Cinta🍒

12 December 2016

Merai Kekasih ALLAH

4:47 PM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MERAI KEKASIH ALLAH 

Biar sekadar mendengar kisah
Bukan halangan berasa rindu
Selawat dan  salam buatmu Ya Rasulullah
Moga di sana kita bertemu dan bertamu

Percakapan dan perbuatan mu menjadi sunnah
Mendapat ganjaran si pelakunya
Bersikap angkuh tidak pernah
Sungguh tinggi nilai akhlaknya

Merai kekasih Allah
Google image 

Salam Maulidurasul 
12 Rabiul Awal 1438H 

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 



09 December 2016

Jangan Cabar

8:30 AM 8
Jangan Cabar
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN CABAR..

jangan cabar
Google Image
Bila sikit kita syukur..Allah tambah...bila banyak kita kufur..Allah tarik..JANGAN CABAR..kadang kita pun tidak perasan..hinggalah kita rasa sakitnya rebah..indahnya barakah..🍒Perdu Cinta🍒

08 December 2016

Dalam Diam

7:30 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

DALAM DIAM..

dalam diam
Google Image
DALAM DIAM..mungkin ada yang suka..dalam diam juga pasti ada yang tidak begitu mesra atau lebih tepat tidak suka..dan kalau boleh dalam diam kita menjadi yang istimewa pada pandanganNYA..🍒Perdu Cinta🍒

07 December 2016

WW》Sahabat Jari Jemari

1:49 PM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


WW》SAHABAT JARI JEMARI || Ada yang gemar menggunakan ruas pada jari jemari..ada yang menggunakan kaedah tasbih digital..tak kurang masih menggunajan tasbih..untuk berzikir..mana pun ok..untuk menarik minat macam-macam kreativiti dihasilkan..sekarang terpulang pada hati..

Sahabat jari jemari

Ringan-ringankan hati untuk mengimarahkan roh kita dengan kalimah-kalimah zikir..walau sedikit kalau selalu kesannya tetap ada.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 

Jangan Lupa Ya

8:30 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN LUPA YA..


Jangan lupa ya
Google image 


Bila sesekali Allah SWT uji kita dengan kesakitan..jangan lupa nikmat-nikmat yang telah Allah SWT pinjamkan..dan apabila sedang asyik dengan segala nikmat yang dikurnia..jangan lupa Allah SWT boleh ambil sekelip mata..🌸 Perdu Cinta 🌸 

06 December 2016

Sebenarnya

8:30 AM 10
Sebenarnya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SEBENARNYA..
Bila kita rasa kita sudah tahu banyak perkara..hakikatnya ianya membuatkan kita sebenarnya meninggalkan banyak benda..maka kita sebenarnya tidak tahu banyak hal.🌸Perdu Cinta🌸
sebenarnya
Google image


*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah