31 January 2017

Tidak Sesingkat Itu

8:00 AM 16
Tidak Sesingkat Itu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TIDAK SESINGKAT ITU || Setiap kita inginkan waktu peribadi.Tujuh hari seminggu,24 sehari semalam yang Allah SWT pinjamkan,terserahlah berapa bahagian yang mahu diambil dan digunakan sebagai "golden time"..terpulang pada masing-masing punya keperluan dan kehendak.Biarpun begitu,jangan sampai membuat orang lain tidak berasa selesa dalam pada kita mencari keselesaan untuk diri.Dan waktu untuk DIA jangan pernah dikurangkan kalau nak rasa mewahnya waktu yang ada.

Baik buruk bersilih ganti.Warna warni kehidupan itu sangat mendewasakan.Secara tidak langsung mendidik kita agar menjadi insan yang lebih mendekat untuk mengenal Tuhan.Apa pun situasi yang dihadapi berhati-hati pada setiap gerak dan geri.Yang baik tidak selamanya begitu,yang buruk tidak semestinya tidak boleh berubah.Semuanya sangat memerlukan waktu dan izinNYA.

Seminit kita boleh cerahkan kulit..tapi bertahun pun belum tentu kita boleh cerahkan hati💗Perdu Cinta💗

Pekakkan telinga,luaskan mata hati.Ada ketika kita sangat memerlukan orang lain untuk menasihati apa sewajarnya.Ada detiknya kita hanya perlu pekakkan sahaja telinga untuk terus melangkah menjadi insan baru pada pandangan PENCIPTA.Untuk menjadi ummat yang baik perlu usaha berlipat ganda bersabarlah,berbanding untuk menjadi sebaliknya dengan hanya sekelip mata.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

30 January 2017

Latih Ya!!..Letih Ke??..InsyaAllah Boleh..

8:30 AM 12
Latih Ya!!..Letih Ke??..InsyaAllah Boleh..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖



LATIH YA!!..LETIH KE??..INSYAALLAH BOLEH.. || Bak kata omputih.."Practice Make Perfect"..bissmillah..sekali,dua kali,walaupun berkali-kali..usahakan yang paling terdaya..dengan syarat langkah pertama.."doa" jangan lepas.."Siapa yang meminta(doa)Allah pasti beri.."apa,bila dan bagaimana itu urusan DIA.

Sebati.Jari yang terhiris dek pisau amboi sakitnya bukan main.Sakit itu tidak kelihatan tapi sakitnya dapat kita rasakan..kerana kulit dan daging itu sebati bersama..dan bayangkan betapa sakitnya nyawa hendak diambil daripada jasad..sedangkan nyawa sudah sebati seusianya kita saat itu tiba..subhanaAllah..Allahuakbar..begitu juga bila kita berusaha untuk memulakan sesuatu yang baru..yang cenderungnya lebih kepada kebaikkan,percayalah tidak mudah untuk mencantas rasa-rasa yang iri untuk membinasa..terkadang perlu berlawan dengan diri sendiri!!.andai berjaya,ya aura kebaikkan itu mampu sebati dalam jiwa maka molek setiap satunya.

Bangkit daripada kejatuhan.Menjadi titik pemula pada satu-satu kejayaan itu berbeza setiap kita sebenarnya.Bagaimana kisahnya itu menjadi ceritera empunya diri.Tidak kisahlah siapa pun kita,pasti pernah merasai rebah dan bangkit semula..ya,hati kita sering rebah..hati juga bangkit untuk menjadi lebih tabah.Bila kita melihat orang lain bersemangat bangkit,mungkin ianya bermula daripada hati dan jiwanya yang pernah rebah parah kemudian bangkit bersemangat.Siapa tahu!?!..maka sokonglah..jangan asyik diracun benih yang sedang tumbuh,tidak usah dicantas dahan yang sedang bertunas baru.

Dengan izinNya segalanya mungkin..tiada yang mustahil tiada juga yang aneh..yang sering berkelakuan aneh itu manusia kerana sentiasa mempertikai sesuatu yang telah Allah SWT cipta dan takdirkan..hidup yang singkat ini biar berTUHAN jangan sesekali berasa diri itu Tuhan..sangat berbahaya..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

29 January 2017

Sememangnya Nyata

9:00 AM 15
Sememangnya Nyata
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SEMEMAMNGNYA NYATA || Sangat banyak perkara yang wajar kita tanggung dan lunaskan sangat berat tetapi dipandang dan diambil mudah.Semudah menyebutnya..sering membiarkan ianya berlalu dibawa angin sepintas lalu..lebih sedih seolah tiada langsung  rasa bersalah..bersalah dengan DIA..*PC pun kena lebih ambil peduli bukan tahu bercakap sahaja 😓*..

Rasa tidak bersalah itu bahaya..kalau sentiasa ada rasa bersalah terutama pada Allah SWT,inshaAllah kita akan sentiasa memohon keampunan kepadaNYA..dan jika ada rasa bersalah sesama insan kita juga dengan rasa rendah hati mudahh untuk mengungkap kata-kata maaf..tapi berpada-pada dengan rasa bersalah ini kerana akan ada segelintir yang akan mengambil kesempatan dan menganggap ianya satu kelemahan buat kita.

Wajar dan sangat adil untuk semua...buktinya..

Sememangnya Nyata
(Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang.
Sememangnya Nyata
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur",
Sememangnya Nyata
Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.

Surah Al Insaan
Ayat 4 hingga 6


Kejarlah keseronokkan..kebebasan..kebahagiaan yang sangat didambakan itu diakhirat kelak..bukan bermakna di dunia selayaknya berduka..mengongkong mahupun memilih derita..tidak...tetapi selagi punya hayat di dunia yang indah ini...ikatlah segala yang ada pada kita dengan syariat yang telah ditetapkan..sebolehnya jangan terlalu mahu menjadi diri sendiri sedangkan kita sendiri DIA yang cipta..di dunia ini..gembira belum tentu bahagia..bahagia tidak semestinya ada ketenangan..💗Perdu Cinta💗
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 



28 January 2017

Manfaatkan Nikmat

8:30 AM 6
Manfaatkan Nikmat
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MANFAATKAN NIKMAT..

Toleh kanan toleh kiri
Nampaknya kotak sana sini
Sambutan Tahun Baru Cina hari ini
Cuti yang ada bolehlah diisi

Manfaatkan Nikmat
Google Image

Limau mandarin rasanya manis
Disusun rapi si dara bugis
Setiap perayaan ada magis
Semailah sebanyaknya kenangan manis

Congsam merah bersulam emas
Tetamu pulang segera dikemas
Ziarah menziarahi tak usah malas
Mungkn boleh kongsi idea bernas

Mercun dibakar panjang sedepa
Bukan menunjuk sekadar suka-suka
Sebelum ini tidak kanal tidaklah mengapa
Sekarang bolehlah bertegur sapa

Walau bukan perayaan kita
Namun cutinya dinikmati bersama
Pulang ke kampung agenda utama
Matlamatnya sama bertemu keluarga

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi


27 January 2017

Jumaat Nan Indah

8:00 AM 15
Jumaat Nan Indah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JUMAAT NAN INDAH..

Jumaat Nan Indah
Google image

Bersyukur kita kepada Ilahi
Jumaat datang bersilih ganti
Memberi peluang untuk berbakti
Mana yang kurang kita perbaiki

Jumaat dikenali penghulu hari
Berbaju melayu berseri-seri
Bersihkan minda lapangkan hati
Supaya tenang menghadap Ilahi

Tiada berteman jangan susah hati
Tidak mengapa pergi sendiri
Nanti dimasjid ramai menanti
Malaikat juga setia memerhati

Sambil berpayung meniti titi
Titinya kecil berhati-hati
Khutbah di dengar dengan teliti
Balik nanti boleh dikongsi

Ada yang duduk ada yang bediri
Mengikut larat kemampuan diri
Wahai Allah harap ini bukan terakhir kali
Minggu depan hambamu ini mahu ber"Jumaat" lagi

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

26 January 2017

Rimas?!?

9:00 AM 12
Rimas?!?
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

RIMAS?!? || Bila musim kemarau tiba..maka lakulah kipas-kipas angin dan aircond yang berada di pasaran..alhamdulillah rezeki kepada peniagakan..permintaan air batu pun meningkat..masa ini jugalah bermacam-acam idea kreatif boleh nampak dalam penawaran ais krim Malaysia..boleh tambah pendapatankan sikit-sikit..fuhhh..duduk bawah pokok jambu..sambil makan ais krim..amboi..nikmat..mahu tidaknya rimas melekit satu badan katanyakan.."bila la nak hujan ni...sejuk la sikit"...itu doa yang rata-rata disebut umat manusia..dan bila hujan sejuk pula katanya..Allah sebaik-baik pentadbir alam..yang sering membinasakannya adalah tangan-tangan manusia.

Jaga..antara moden dan tradisional..kebanyakkannya yang tradisional itu dimodenkan..menjadi moden itu setelah pengubahsuaian dilakukan kemudian dipasarkan atau diperkenalkan dengan penjenamaan yang lebih segar dan unik..namun tidak kuang juga ciptaan-ciptaan baru dihasilkan dewasa ini.Kalau ada yang berasa rimas dengan amalan tradisional..itu terserah..dan kalau juga ada yang lebih senang dengan kaedah moden pun terpulang.Pendapat dan pilihan masing-masing asal tidak menyebabkan ada pihak yang tersinggung.

Usaha itu perlu..Allah sebelum memberi ada diantaranya bergantung juga sejauh mana kesungguhan dan usaha kita..namun sandarannya tetapkan  hanya kepadaNYA..💗Perdu Cinta💗

Perlu lebih..lagi dan lagi..kadang kita cakap kita bersyukur tapi mungkin sekadar dibibir tapi tidak pada hati dan perbuatan..adakala kita yakin dengan Allah tapi keyakinan itu berbelah bahagi..*PC tidak terlepas berasa begini mungkin tanpa sedar..*manusia sentiasa ralit bermain dengan kata-kata tapi sangat berkira untuk melaksanaknnya..sungguh!..ya PC terutamanya.Mungkin sesama manusia kita masih mampu berdolak dalih..berselindung biarpun dibalik sehelai daun kering..tapi tidak bagi Allah yang mampu melihat keseluruhannya apa yang ada pada kita..dan jangan pernah rimas untuk terima teguran Allah..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi



25 January 2017

WW >> Silap Faham

8:30 AM 13
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

WW >> Silap Faham



WW>>SILAP FAHAM || Kerepek Bawang??..tahu tak bila pertama kali dengar mama cakap nak beli kerepek bawang 2 kilogram PC bayangkan kerepek bawang tu adalah bawang besar merah tu dihiris tipis-tipis..celup tepung kemudian goreng..ha itu kerepek bawang..hahahaha budak-budak sangat😉..bila dah tengok,,dah makan jadi salah satu kegemaran pulak..tapi sekarang ni susah nak cari rasa macam yang PC makan masa budak-budak tu..tak kisahlah tetap jadi kegemaran..kikiki..

Dulu betapa gigihnya yang membuat kerepek bawang ni..lapisan demi lapisan disusun..digulung kemudian di hiris..kalau sekarang mungkin guna mesin je kan potong menjadi kepingan-kepingan..alhamdulillah..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

24 January 2017

Ya Betul..

7:30 AM 17
Ya Betul..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

YA BETUL ||Suka pasti beralasan,,tidak suka apatah lagi pasti lebih banyak alasannya..namun tidak semua perkara mampu kita nyatakan alasannya kerana sesuatu itu seolah bermulanya daripada kita hakikatnya semua atas izin dan lorongan yang MAHA BERKUASA..

Anggapan..Bila ada jejaka yang betul-betul datang dengan penuh tertib menyatakan niat murninya untuk memperisterikan seorang gadis pastinya ibu bapa gadis tersebut berkira-kira..dalam keadaan belajar sambil bekerja..ibu bapa mana yang tidak risau untuk melepaskan anak gadisnya..satu alasan yang dari dulu hingga kini sering diguna pakai adalah "rasa sayang"..ibu bapa serba canggih mana mahu digula-gulakan dengan alasan sayang tahap langit ketujuh..mereka beranggapan "sayang sahaja tidak cukup.."...betul sayang sahaja tidak cukup??!!!?...ianya tidak mengenyangkan..tetapi sayang itu mampu menjadi motivasi,boleh mendidik insan menjadi sangat bertanggungjawab untuk memberi yang terbaik kepada insan yang disayangi,rasa sayang itu juga adakala boleh mengubah orang yang kita sayang menjadi lebih baik..syaratnya sayang itu kerana DIA terlebih dulu..

Jaga masing-masing sudahlah...menjaga tepi kain orang umpamanya menambah beban bahu kiri sendiri..beban yang ada tidak tergalas mahu ditambah dengan beban yang lain...owh sungguh tidak mampu..bukan di sini tapi di sana nanti...betul..betul sangat..kalau ditanya tiada siapa pun yang sanggup menyusahkan diri sendiri...relevenkah begitu?..engkau..engkau..aku..aku.Fikir,nilai dan buatlah keputusan yang terbaik...tidak semua perkara kita perlu ambil tahu terutamanya membabitkan orang lain...tetapi itu langsung tidak bermakna kita terus lepas tangan dan berkelakuan seolah tiada apa-apa..menyebuk itu perlu pada saat yang sewajarnya..heboh itu tidak salah pada ketika yang patut.Jadilah wartawan biarpun tidak bertauliah asalkan berTauhid..insyaAllah semuanya sweet sweet belaka..

Walau pun bukan segala-galanya..ada yang sangat sensitif bila sebut bab harta..celik mata fikir nak kerja tambah harta..semua yang dicakapkan..diusahakan..pendek kata harta..harta..harta..ada yang lebih suka alah biasa-biasa sudah..tidak mahu ambil peduli sangat pun..hakikatnya harta itu perlu kerana ianya unpama jambatan untuk kita meniti ke Syurga..boleh ke macam tu..insyaAllah boleh kalau harta yang kita ada itu kita impakkan pada tempat yang sewajarnya..pembetulan ya..kalau sebut harta..tidak semestinya rumah sebesar gedung,duit di setiap bank..kalau dalam poket kita ada 20 sen pun,,ya itulah harta kita..cermin mata kita..itu pun harta kita,,gigi palsu juga..jangan dipandang mudah pada benda-benda yang kecil fizikalnya..sebab itu pernah dengar tak orang cakap"jangan diambil walau sebatang jarum pun milik anak yatim kerana sebatang jarun biarpun karat itu tetap harta mereka"..*arwah ustaz PC selalu pesan macam ni setiap kali mengajar bab faraid*

Ada masa kita perlu ya..bersetuju untuk setuju..ada ketika pula,,ya kita mesti setuju untuk membantah..jangan melulu..pastikan apa yang perlu diutama dan apa yang perlu dibiar dahulu💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 



23 January 2017

Paling Hampir Adalah Diri Sendiri

8:30 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Paling Hampir Adalah Diri Sendiri
Google image 

PALING HAMPIR ADALAH DIRI SENDIRI || Setiap pagi bangun tidur jangan lupa ucap alhamdulillah.Walau mudah tapi tidak mustahil kita terlupa..lagi la kalau sedar-sedar terasa perut memulas-mulas..tak pun dah sarat sangat pundi kencing minta dikosongkan...itu belum lagi kes TERlewat bangun..alarm bunyi sampai habis bateri handphone pun tidak sedar..kadang-kadang terkena pada PC juga.Bila badan terlalu penat,tidak mustahil seolah hilang kudrat.Itu yang sepatutnya lepas subuh tidak molek sambung tidur tapi tetap PC buat.

Kita dan alam...Allah mencipta kita semua...Allah yang mencipta alam ini juga..terkandung dilangitnya awan,bulan dan bintang...pelangi juga...indah sungguh...di buminya dihidupkan pelbagai hidupan...lautan...serba lengkap tersangat indah...tempat kita mencari rezeki,meneruskan rutin harian..subhanaAllah..alhamdulillah..terbiah diri agar tidak mudah lupa diri..pandang cermin..lihat diri sendiri...contoh paling hampir dan mudah untuk kita sentiasa mengingat Tuhan..

Pastinya bersebab...jadi kemarahan bila yang kita harap itu ranap...kecewa sangat bila apa yang dijangka itu macam tiada apa-apa..itu lazimnya kita..PC juga..kadang seolah tidak cukup oksigen untuk terus bernafas..subhanAllah..tapi cuba cari walau hanya sedetik waktu fikir tanpa rasa prejudis pada setiap aturan Allah SWT..pasti kita temui jawapan mengapa ianya begini bukan begitu..

Untuk lebih mendekati Pencipta..diri sendiri boleh menjadi contoh terbaik..dengan syarat tepis rasa riak,ujub dan takbur..bukankah diri kita juga Allah SWT yang cipta..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

22 January 2017

Letak Pada Lorongnya

7:00 AM 13
Letak Pada Lorongnya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Buluh bukan sembarangan buluh
Buluh untuk seni khat
Suruh jangan sembarangan suruh
Biar kena pada tempat

Masuk hutan mencari rotan
Rotan diraut menjadi halus
Tinggikan martabat kekalkan warisan
Moga resam tidakkan lupus

Letak Pada Lorongnya
Google Image

Rotan dipotong panjang sedepa
Libas jangan sesuka hati
Hukum anak ikut umurnya
Bukan merotan sesuka hati

Buluh cina santapan panda
Disusun rapi atas dulangan
Usia itu bukan ukurannya
Asal bicara pasti ada batasan

Duri landak terselit rapi
Menjadi alat tunjuk mengaji
Adakala suara perlu meninggi
Ada ketika bukan sesedapnya hati

Pelepah kurma indah melempai
Menjadi singgahan sepasang merbah
Seruan syariat sudah lama sampai
Janganlah kita buat tidak endah



21 January 2017

Bila Panahan Tersasar

7:30 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Bila Panahan Tersasar
Google Image

BILA PANAHAN TERSASAR || Matlamat perlu jelas barulah usaha menjadi selaras..biarpun lewat jangan pernah rasa ralat..kalau surat kita mungkin boleh tersalah alamat tapi takdir Allah tidak pernah silap dan lewat..

Seorang pemanah baik profesional mahupun amatur..papan sasar itu menjadi tumpuannya..kehebatannya dinilai melalui lingkaran mana dan warna apa anak panah itu tuju..siapa yang membawa anak panah itu ke sasarannya..TAKDIR ALLAH..begitu juga dalam kehidupan kita sehari-hari..💗Perdu Cinta💗

Pergi pagi pulangnya senja..tidak tahu apa yang bakal terjadi diantara pagi untuk sampai ke senja itu..boleh tercipta pelbagai cerita dan perkara biarpun awalnya langkah pertama itu kerana Allah untuk melakukan apa yang dihajati..bersedia untuk tempuhi apa sahaja kerana mungkin hari ini tidak mampu untuk melunas moga esok masih ada lagi peluang untuk impian baru bertunas.

Semakin tinggi semakin sakitnya berganda.. biasakan dengan pepatah "ukur baju dibadan sendiri"..bukan tiak boleh pinjam baju orang kerana adakala situasi terdesak itu melanda tanpa terduga tetapi perlu juga dilihat baju siapa yang hendak kita suaikan dengan badan..jadilah insan yang biasa-biasa luarannya asal luar biasa dalamannya..hebat itu bila mampu menundukkan nafsu agar tidak membinasakan jasad..boleh besederhana walhal mampu untuk berlebi-lebihan..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

20 January 2017

Peluang Besar Sehari Setiap Minggu

8:30 AM 24
Peluang Besar Sehari Setiap Minggu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Peluang Besar Sehari Setiap Minggu
Google Image


PELUANG BESAR HARI KEENAM SETIAP MINGGU || Ahad ada yang riang ria bersantai dengan keluarga atau rakan-rakan..ada juga yang gigih memulakan hari pertama bekerja setiap minggu,Isnin selalu sangat diklasifikasikan sebagai Monday blues..jangan lupa Rasulullah SAW lahir pada hari Isnin.

Selasa eh ada pasar malam la..kikikiki,Rabu ni kalau dikalangn blogger biasanya entry tanpa kata..kalau ada pun sepatah dua sahaja..wednesday wordless gitu..tapi PC macam tak pulak..memanjang berjela🙈

Khamis ni jangan terperanjat yang dah kahwin tu jangan lepaskan peluang..malam Jumaat pakai wangi-wangi lebih sikit,duduk tepi katil tunggu suami,senyum lebih sikit tapi sebelum tu siap-siap bentang sejadah solat dan baca Yasin berjemaah.

Panjang umur murah rezeki berpeluanglah lagi..haaaa tadaaaa Jumaat pun muncul lagi alhamdulillah,eh nanti..jangan lupakan Sabtu...hari Jumaat yang kita gelar sebagai penghulu segala hari ini merupakan hari keenam bermula daripada hari Ahad hinggalah ke hari Sabtu.

Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda 

Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).

 
Hadis Riwayat Abu Daud-SUMBER HADITH

Memang istimewa..doa itu adalah penghubung anatara kita dengan Allah SWT..nak berbicara dengan Allah banyakkan solat..gandakan doa..rajin membaca Al Quran..itu sahaja cara yang boleh kita lakukan..Allah bijaksana walau kita berdoa guna bahasa Melayu ke,Jawa ke,,insyaAllah itu tidak menjadi masalah..yang jadi masalah bila tak reti bahasa..puaslah nasihat..eh gitu juga..ha itu masalah..hehehe..Berselawat..sebanyak yang mungkin..dihari-hari biasa...namun gandakan pada hari Jumaat..biarpun kaum wanita sedang ABC masih tetap boleh mendekati Rasulullah SAW dengan berselawat..lebihnya terpulanglah pada kemahuan diri sendiri.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

19 January 2017

Tetamu Kecil Mengundang Rasa Rindu

2:44 PM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖



TETAMU KECIL MENGUNDANG RASA RINDU || PC dalam rumah..dia ingat kita tak nampak dia dua beradik asyik syok main lari-lari ke..terpengaruh dek runningman ke ni..desis hati PC...huhuhuhu..ni versi runningcat gitu...PC bermonolog sendiri..awak sangat bahagia..kerana awak tidak menanggung dosa..bersih..macam juga manusia bila penat mesti berhenti rehat..sedang awak rehat PC ambil gambar..eh pandai pula fokus bila diambil gambar..kihkihkih...awak tidak PC kenali tapi hari ini awak tetamu PC yang istimewa..*mencecet balik tuannya panggil sambil ketuk tong makanan*

Mengundang rasa rindu..terus teringat kucing-kucing di kampung.Bila telefon mama babah mesti tanya khabar adik-adik bulus yang 10 ekor itu juga..hahaha..bila balik kampung mereka sambut depan pintu..bila nak balik PC pegang satu satu..pesan.."kakak dah nak balik..insyaAllah nanti kakak balik kampung lagi,,kakak mintak tolong jagakan babah dengan mama ya.."..mata kebil-kebil..telinga gerak-gerak isyarat akad tanda faham mungkin..💗💗..kalau bulus-bulus bercakap "baiklah kakak"..mahu PC kejung terus..copot mata hitamku..tapi bila Allah berkehendak tidak mustahilkan..

Faham..cara kita memahami berbeza-beza..kalau sesuatu itu mudah difahami tidak akan timbul situasi salah faham..begitulah resamnya kehidupan kita..biarpun sedarah sedaging,,seketurunan,,ianya bukan jaminan untuk saling tidak bertikam lidah..saling tidak bertegang urat..namun jangan dibiarkan berlarutan kerana ianya membawa kepada hukum yang berat untuk ditanggung..bukan mudah ringankan hati untuk sentiasa bersangka baik tapi cubalah.Usaha ke arah kebaikkan walau kecil tetap Allah beri ganjaran yang setimpal.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi






Cantik Sangatlah Tu

8:00 AM 12
Cantik Sangatlah Tu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

CANTIK SANGATLAH TU.. || Sedap didengar belum tentu baik akibatnya..kurang enak didengar pula tidak semestinya tidak membawa apa-apa manfaat kepada kita..ibaratnya,"yang pahit jangan terus dibuang,,yang manis jangan terus ditelan"..

Berpada-pada..bila lama tidak jumpa..eh,kadang hari-hari jumpa pun perangai serupa.."kau nak pergi minum kan..kan..kan..cantik sangatlah tu.."...sesekali itu tidak mengapa selalu tidak usah diamalkan..ya kita perlu peka pada situasi orang lain juga.."kedekut?"..adakala perlu lebih-lebih lagi apabila ada keperluan yang perlu kita penuhi..wahai teman,belajar untuk memahami..kita tidak tahu apa yang sedang sahabat kita lalui..mungkin dia tidak pernah mencanang tidak bermakna dia tiada perancangan..

Belajar mengecilkan..mengecilkan bukan memperkecil-kecilkan ya..jauh sangat maksudnya..tapi ingat tidak semua perlu dikecilkan..pada sesetengah perkara ianya sangatlah perlu..contoh bila ada promosi jualan murah..wah cantik sangatlah tu..berhuhuhuhuhuhuulah ya...hehehe..harga runtuh ke..cuba kecilkan nafsu untuk ambil tahu kecuali pada barangan yang perlu..cuba juga kecilkan peruntukkan agar dapat lakukan simpnan melebihi perbelanjaan..walaubagaimana pun,dah kalau sememangnya sangat berkemampuan tiada masalah.silakan..

Untuk mengubah satu kelaziman itu bukan satu perkara yang mudah..lebih-lebih lagi untuk melakukan suatu yang kurang digemari walau hakikatnya untuk kebaikkan..💗Perdu Cinta💗
Cantik Sangatlah Tu
Google Image

Teguran dalam pujian..masyarakat Melayu sejak zaman berzaman memang sangat mewah dengan pepatah yang indah-indah..madah pujangga yang lemak manis lagi sangat berkrim bila diungkapkan..yang mendengar?..ha bergantung pada penerimaan masing-masing..mungkin kalau tepat panahannya ada yang masuk bilik tutup muka dengan bantal dipenjuru katil..tepatlah tu💘..ada yang sampai naik lebam bibir ulang cakap macam tak terkesan langsung,,fuh kebal nih..hati kering orang cakap😰..balik-balik yang cakap sakit hati berganda-ganda..apa pun bukan satu perkara mudah untuk menegur satu kesilapan itu agar tidak diulangi lagi..sebaik-baiknya tegurlah dalam pujian..tidak menyakitkan,tidak juga mengaibkan tapi impaknya berpanjangan dan berterusan.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

18 January 2017

Puan Blog Pun Baru Tahu..

4:32 PM 20
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PUAN BLOG PUN BARU TAHU || Peergghh tajuk..nak telak tuan tu merujuk lelaki..tu yang letak puan..PC suka template blog PC ni..lama mencari..alhamdulillah dapat..syukur..tapi sedari awal menggunakan template ini ada beberapa perkara yang merungsingkan fikiran dan hati PC..dan salah satunya adalah SAIZ FONT..nak ubah coding bukan tidak boleh tapi PC tahu apa yang bakal terjadi berdasarkan pengalaman lepas..huhuhuhuhu..nangis penjuru almari hakak ni nanti..😰



Bukan hiasan bukan suka-suka ianya dicipta dan diletkkan di situ...jangan jadi macam PC...cuma tengok saja ya..satu hari tergerak hati.."Ya Allah bantulah hambaMU ini..kesian kawan-kawan yang singgah ke blog ini..tengok tulisan halus...pening mereka nak baca..lagilah hambaMU ini sukalah kongsi entri yang berjela-jela..moga yang berjela itu banyak yang bermanfaat daripada yang sia-sia..bantulah Ya Allah"...bagi orang lain yang dah tahu atau tidak tahu ini perkara remeh dan dangan mudah..tapi tidak PC..

Allah itu penggerak pada segalanya,percayalah...dan PC pun klik la simbol yang PC selalu bayangkan macam skru tu..hihihihihihi...dan...tada.....A+ tu untuk besarkan saiz huruf pada entri..A- tu untuk kecilkan saiz huruf pada entri..cakkebombom..cakebombom..💖💖..kawan-kawan yang dah tahu..alhamdulillah tahniah ya..yang tidak tahu..maaf kerana membaca dalam keadaan kurang selesa...kalau PC tahu sedari awal sudah PC maklumkan...MAAF sangat-sangat ya kawan-kawan..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi.


Tidak Semestinya Dengan Kata-kata

8:30 AM 8
Tidak Semestinya Dengan Kata-kata
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Tidak Semestinya Dengan Kata-kata
Google Image

TIDAK SEMESTINYA DENGAN KATA-KATA || Bicara..sinonimnya dengan mengeluarkan kata-kata..mestilah bersuara barulah boleh di dengari dan difahami..

Tidak semestinya menggunakan kata-kata untuk menunjukkan apa-apa reaksi..baik daripada kita untuk orang lain..atau daripada orang lain kepada kita..💗Perdu Cinta💗
Tidak semestinya begitu..adakala lantang bersuara tidak memberi apa-apa kesan pun pada orang lain..dibenci lagi ada..bergantung juga dengan apa yang ingin dan cuba disampaikan.Oleh itu,nak menyampaikan perlu ilmu juga walau tidak banyak.

Keyboard worrior..baik buruknya ada dititik ini..keyboard worrior tidak bersuara dengan lidah mulut dan bibirnya..tapi meluah dengan jari jemarinya..dari mata..hati kemudiah jari mennyusun rentak di papan kekunci..ya begitu jugalah natizen-natizen..jangan segera melatah kerana tidak semua keyboard worrior itu membawa perkhabaran dusta dan sia-sia..ramai sahaja daripada mereka ini yang memberi maklumat untuk kebaikkan sejagat.Sebenarnya terpulang kepada kita pilih yang mana.

Padang dan belalang.."Lain padang lainlah belalangnya"..perumpamaan ini boleh terjemahkan untuk membayangkan kita juga sebagai manusia ada rentak mamsing-masing dalam pembawaan diri.Diam itu boleh diertikan sebagai marah,sifat dan tabiat atau isyarat..hadiah..boleh dianggap tanda ingatan,ganjaran atau mungkin kelaziman.."Hanya jauhari yang mengenal manikam"

Tanpa berbicara..sekeping nota kecil yang ditinggalkan itu juga mampu menyampaikan pesanan dan arahan..tidak mustahil juga secebis nota ringkas itu mampu membuat penerimanya tersenyum atau menangis..apa yang paling penting apa pun kaedah yang digunakan,setiap apa yang ingin disampaikan itu mampu dihadam sebaiknya oleh pihak yang disasarkan..💗Perdu Cinta💗
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

17 January 2017

Kedamaian

8:30 AM 13
 Kedamaian
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

 Kedamaian
Sumber :Google Image

KEDAMAIAN

Bermula daripada hati.
Semua atas anugerah dan izin PEMILIK HAKIKI.

Biar tufan melanda,bah menyapa kedamaian tetap dirasa kerana masih bertahan dengan nikmat lainnya.

Rahsia.Manusia dan Pencipta.
Kedamaian itu perlu diusaha.Tidak cukup sekadar berbicara.

Percayalah kebendaan itu bukan jalannya.Ianya perantara seketika.Sementara.
Tidak semua memiliki.Kecuali yang gigih menggali.

Kedamaian.Ikhtiarkan di sini moga merebak ke sana juga nanti.

*terima kasih ukhuwh
#mencari redha Ilahi

16 January 2017

Sesaat Sebelum Sedetik Sesudah

3:26 PM 2
Sesaat Sebelum Sedetik Sesudah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SESAAT SEBELUM SEDETIK SESUDAH..

Sesaat Sebelum Sedetik Sesudah
Google Image

Sesiapa pun kalau ditanya pasti tiada jawapannya.Biar jadual dan perancangannya sudah siap sedia berhari lalu.Tersusun rapi bertarikh bermasa berlokasi.Namun penyudahnya tidak mampu untuk ditelah.Perancangan manusia namanya.Usahakan.Doa moga penyudahnya baik-baik sahaja.

Macam-macam boleh berlaku.Tadi ketawa.Sekarang menangis.Sekerdipan mata.Selalu luar jangka kerana tidak semua boleh dikira-kira..tidak juga kebetulan cuma semuanya hakikat suratan daripada DIA.Hendak atau sebaliknya kita hamba belajar untuk merela.

Untuk dikenang.Semua yang berlalu untuk kita kenang.Bukan sekadar kenangan kosong tapi kenangan mewah berisi.Biarpun sesaat sebelum ianya berlalu..walaupun sedetik ianya berlaku..tetap ada nilai yang perlu diambil tahu.Moga yang baik itu terus berlaku..yang pahit itu tiada lagi bertamu.

Kita boleh menjangka namun kita boleh memutuskan ketepatan pada penyudahnya..biar hujungnya mungkin ada yang bakal berubah..berubah mengikut seperti yang yang telah DIA tetapkan pada kita hamba..💗Perdu Cinta💗
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

Patah Balik Nanti

8:00 AM 9
Patah Balik Nanti
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PATAH BALIK NANTI..

Ketuk sana ketuk sini
Silap ketuk kena sendiri
Orang lebih jangan iri
Usaha lebih pasti perolehi

Mengata sana mengata sini
jangan harap puas hati
Semakin mengata semakin menjadi
Takut terjadi pada diri sendiri

Tuding sana tuding sini
Cuba sesekali tuding diri sendiri
Kalau asyik puji diri
Sampai bila pun diri tak boleh diperbaiki

Patah Balik Nanti
Sumber : Google Image

Kurang tinggi dihulurnya tali
Semakin meninggi layang-layang pergi
Ibarat meludah ke langit tinggi
Ahirnya terkena muka sendiri

Berhati-hati ketika meniti
Jambatan kecil dari kayu jati
Tidak perlu tunggu di akhirat nanti
Di dunia lagi boleh lihat sendiri

Pergi pasar beli ikan tengiri
Niat hati hendak siang sendiri
Silap teknik boleh terhiris jari
Yakinlah semua itu kehendaknya Ilahi


*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi


15 January 2017

Tiada Salahnya Menjadi Penagih..Bolehkah?

4:33 PM 13
Tiada Salahnya Menjadi Penagih..Bolehkah?
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TIADA SALAHNYA MENJADI PENAGIH..BOLEHKAH? || Rasa macam baru masuk tahun baru..baru semalam msing-masing berkongsi azam ditahun baru..hari ini dah masuk Ahad yang ketiga ditahun 2017..alhamdulillah..selamat petang semua..yang bersantai bersama keluarga..selamat bersantai..yang mana ada anak-anak kecil..jaga betul-betul..perhatikan pergerakkan mereka..😊..

Perhatian itu sangat perlu..jangan kata anak-anak kecil..orang dewasa pun perlukan perhatian.Semakin berusia sikap dan pemikiran mereka akan kembali seperti kanak-kanak kecil..emosi yang sangat rapuh..mudah terasa hati..mudah sedih dan mudah juga marah..Kita saling tagih perhatian satu sama lain.

Jangan malu..jadilah penagih yang tegar dan setia pada Penciptanya..doa..minta apa yang dihajati.Jangan segan meminta untuk tagih doa daripada insan-insan sekeliling kita agar dipermudahkan setiap langkah dan urusan dunia mahupun akhirat kelak.Kita tidak sekuat mana..mungkin fizikal kita ya..namun dalaman kita tersangat mudah rapuh untuk bergerak bersendirian..cari sumber yang boleh sedikit sebanyak memotivasikan kita agar lebih utuh.

Tiada Salahnya Menjadi Penagih..Bolehkah?
Google Image

Kedewasaan itu bukan pengukur bahawasanya kita ini sudah cukup tahu serba serbi.Sudah cukup mampu untuk melangkah sendiri tanpa perlu ada insan lain disisi..sesekali pasti kita tersasar nanti..hampirilah..tagihlah nasihat daripada insan-insan yang boleh menarik kita lebih mendekati dan mencintai ILAHI..💗Perdu Cinta💗
*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi


Perlu Sangat-sangat

8:00 AM 4
Perlu Sangat-sangat
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PERLU SANGAT-SANGAT || Kadang kita tengok orang tu macam perlu sangat itulah..inilah..mulalah kita pun berkata-kata sendiri...patutnya macam nilah bukan macam tu..kan bagus kalau gini..apahal dia buat macam tu...itu kata kita yang memandang..jangan emosi kerana hanya dia yang tahu apa yang wajar dilakukan walau pada pandangan mata,,pendapat dan telahan kita bagai ada yang tidak kena..fikir begini..dia dan kita tidak berada di tempat masing-masing..dia tidak di tempat kita..dan kita bukan ditempatnya..ha gitu.



Perlu Sangat-sangat
Sumber : Google Image

Sesetengah perkara ada yang perlu dan wajar untuk kita kongsi..kerana sedikit sebanyak ianya boleh memberi manfaat kepada orang lain..namun ada sebahagian yang lain adalah lebih baik dan sangat perlu kita simpan dengan sebaik-baiknya..💗Perdu Cinta💗
Memahami itu sukar..betul tak untuk memahami itu sukar?..😏hihihi..bagi pendapat peribadi PC ianya bergantung pada individu untuk mentafsir apa itu "memahami"...sebab untuk memahami kita harus belajar..ya belajar memahami..kalau di sekolah tak faham angkat tangan cepat-cepat tanya cikgu..inshaAllah cikgu bantu..itu pun sekali dua mungkin cikgu ok lagi..masuk kali ke empat silap-silap sesetengah cikgu tanya..awak makan apa kat rumah..akhirnya cikgu suruh belajar dengan kawan sebelah..itu zaman sekolah..seiring waktu ada cukup sekadar memerhati sudah boleh mendidik kita agar belajar memahami.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

14 January 2017

Pandangan Yang Bagaimanakah

4:41 PM 6
Pandangan Yang Bagaimanakah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PANDANGAN YANG BAGAIMANAKAH || Allah SWT kurniakan sepasang mata yang cukup indah dan unik..untuk melihat.Jangan pernah lupa Allah juga kurniakan satu lagi mata untuk bantu kita melihat dengan lebih mendalam..mata hati..kehebatan yang sangat luar biasa untuk kita hamba..alhamdulillah.Lain orang lain caa..berbeza pandangan dan cara memandang juga.

Pandangan Yang Bagaimanakah
Sumber : Google Image

Pandangan bernas..berlawak jenaka itu perlu..sesekali ianya menjadi terapi pada jiwa dan minda yang mungkin sedang sarat dan sesak dengan masalah atau perkara-perkara yang mungkin berat untuk digalas..namun pastikan ianya bersesuaian dengan waktu dan tempat..bagi yang sudah terbiasa dengan lawak jenaka biarpun ianya jenaka namun saat pandangan bernas diminta sila berikan..

Pandangan peribadi..berfikiran terbuka itu bagus..malahan tidak salah pun..yang akan menjadi kesalahan bila terlalu terbuka hingga seolah tidak mahu tutup apa yang wajar ditutup..dan sembunyikan apa yang mesti disembunyikan..sensitiviti perlu dijaga..kerana kita berada dalam komuniti bukan hidup bersendirian..suara kita..pendapat kita..didengari dan ada yang berminat untuk ambil tahu..oleh itu berjaga-jaga.

Pandangan kosong..bahaya..tanya senyap..tak tanya lagi la sepi..tak beremosi...atau dikuasai emosi...macam tidak peduli tapi rupanya lebih pantas daripad keyboard worrior pantasnya menyebar maklumat..itu tidak mengapa lagi..lagi ngeri kalau tiba-tiba ketawa mengilai-ngilai..kaki tidak jejak ke bumi..

Pandangan sinis..janganlah,sangat menyakitkan sebenarnya apabila tanpa diketahui sebab mamberi pandangan sinis..tahu atau tidak kisah disebalik sesuatu perkara atau kejadian itu..sebolehnya cuba elak untuk memberi pandangan sinis..baik dari segi kata-kata mahu pun pandangan mata yang melihat.

Buat-buat tak pandang..parah..namun sebelum berperasangka yang bukan-bukan..pasti bersebab sesuatu itu berlaku..seperti mana sukar untuk orang lain mentafsir kita begitu juga kita bukan mudah untuk menelah apa yang tersirat..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

Kuncinya Sabar

7:30 AM 8
Kuncinya Sabar
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KUNCINYA SABAR.. Siapa?..Sabariah..atau mungkin Sabaruddin..tidak pun Sabarina..Sabarini..Sabarinu..ke Samarinda..eh..boleh pulaknya ya..nama,ya nama itu sangat penting..bukan sekadar mesti cantik disebut..sedap didengar yang paling UTAMA maknanya kembali menjadi doa yang baik kepada empunya diri.


Kuncinya Sabar
Sumber : Google Image
Ada yang hanya berjalan kaki,ada pula yang berbasikal dan bermotosikal..tidak kurang berkereta..mendongak sedikit ke langit..ya ada juga yang berkapal terbang,malahan beroket juga berjet..fuyoo..zup..zap..zasss...begitu juga boleh diibaratkan bahagian rezeki kita..apa pun kuncinya sabar..💗Perdu Cinta💗 
Musibah itu juga madrasah. Bukan sahaja bulan Ramadhan itu dikenali sebagai bulan madrasah untuk jiwa..musibah itu juga adalah salah satu cabangnya madrasah untuk kita mentarbiah diri.Biar pun sekadar menyebutnya dapat dirasakan musibah itu sesuatu yang berat untuk digalas.Ramai yang tewas dengan musibah tidak kurang yang dengan sukar melepasi tempoh ini.subhanAllah..Allah tidak akan memnguji hamba-hambaNYA melebihi kemampuan hambaNYA untuk melaluinya..

Kunci hadiah ghaib.Syurga itu ada.Tapi tidak kelihatan.Kita percaya syurga itu ada dan salah satu kuncinya adalah sabar..syurga itu mudah disebut..tapi usaha untuk melepasinya bukan macam petik jari.Mengharapkan syafaat Rasulullah SAW itu mudah diucap tapi berselawat ke atas baginda itu kadang kita tinggalkan..sedangkan kuncinya telah diberikan kepada kita.Sabar itu umpama baja pada dahan yang kian rapuh..satu saat ianya kian bertunas kembali.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 



13 January 2017

Ini Memang Susah

8:11 PM 3
Ini Memang Susah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


INI MEMANG SUSAH || Dalam hidup kita sama ada kita alami sendiri atau pun melihat apa yang dilalui orang lain selain kesenangan adalah kepayahan atau kesusahan.Bersyukurlah kita kalau dapat lalui dan hadapi kesukaran itu dengan kesabaran dan ketenangan dengan izinNYA..

Dicabar,,tercabar,,mencabar..dianggap win bila melepasi dan mencapai target..loser bila rapuh dan rebah..ada sesetengah bab..fizikal itu menjadi ukuran dan pertaruhan..namun ingat,tidak semua boleh dilihat dan dinilai sekadar pada luaran semata-mata..

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, 
Bukannya orang yang kuat itu orang yang menang dalam pertarungan, tetapi orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kalau gagah iman,inshaAllah perkasalah kesabaran kita..dah namanya pun manusia..walau sabar itu tiada sempadan adakala melompat juga kalau asyik terkena..boleh bertukar juga warna muka dan telinga..boleh timbul juga urat-urat lengan..doa sentiasa moga saat rasa marah itu tiba..hadirkan kesabaran yang paling tinggi dan tebal..lintaskan zikir dan istighfar pada hati dan akal dengan pantas..agar mampu menjadi pendinding terbaik..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

Entah Bagaimana Penyudahnya

8:30 AM 11
Entah Bagaimana Penyudahnya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


ENTAH BAGAIMANA PENYUDAHNYA || Sesetengah perkara mampu untuk kita kawal...namun pada sesetengah perkara lainnya bukan dibawah kemampuan kita untuk mengawal malah mengurusnya juga..kerana kita insan yang Allah cipta cukup sempurna dan sangat istimewa disebabkan adanya akal,namun sebagai manusia biasa kita sering alpa.Kita tidak ma'sum(terpelihara daripada lakukan dosa).

Entah Bagaimana Penyudahnya
Sumber : Google Image
Entah bagaimana penyudahnya..sesiapa pun tidak pernah tahu bagaimana penyudahnya kehidupan dirinya..kalau hari ini kita melihat laghanya dia dalam menikmati dunia..mungkin kelak istiqhomahnya dia meraih cinta PENCIPTA..sedang kita entah bagaimana..seandainya hari ini dia yang kita pandang jahilnya mengenal Tuhannya,,siapa tahu satu saat dia paling hampir dengan PEMILIK segalanya..kita entah di mana..m u h a s a b a h . d i r i 💗Perdu Cinta💗
Tidak cukup.. banyak cabang,banyak cara yang boleh kita ushakan untuk perbaiki diri mengikut tahap dan kemampuan diri masing-masing..syaratnya mahu untuk berubah.timbulkan rasa tidak cukup baik pada diri supaya usha untuk perbaiki diri itu sentiasa subur.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi