28 February 2017

Anjakkan Demi Anjakkan

8:30 AM 18
Anjakkan Demi Anjakkan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

ANJAKKAN DEMI ANJAKKAN || Alhamdulillah..hari terakhir di bulan Februari..Esok Mac menjelma moga-moga masih ada lagi kita di sini di muka bumi milik Ilahi..niat yang baik-baik,usahakan yang baik-baik dan sentiasa doa juga yang baik-baik..moga aura kebaikkan itu tersebar luas..ameen insyaAllah. 

Ambillah peduli pada baki yang tinggal.59 hari telah meninggalkan kita..telah pun berlalu,sebenarnya kita yang melauinya ini memaknakan setiap detiknya dengan baik atau sebaliknya hanya kita yang tahu dan DIA yang senantiasa memerhati.Jaga-jaga.Kita tidak pernah tahu apa yang bakal terjadi kelak..justeru ambillah peduli pada baki yang tinggal..perbaiki mana yang kurang,kuatkan mana yang lemah dan isi dengan sesuatu yang satu saat nanti kita berasa gembira dengan hasilnya.

Semai rasa kesal dihati.Perlu..bila ada biarpun rasa kesal itu sedikit..namun percayalah mendatangkan impak yang sangat besar..bila ada rasa kesal itu tandanya masih ada iman pada diri..setiap kali lakykan kesalagan mahupun disa..rasa kesal itu akan menarik balik kita pada landasan asal..insyaAllah ianya membuatkan kita bertekad tidak mahu menfulanginya lagi..rasa kesal itu rasa bersalah pada pencipta..semakin besar rasa bersalah itu..semakin tebal rasa kesal itu..semakin kita mahu mendekatiNYA.

Untuk membawa perubahan kepada orang lain...mulakan daripada diri sendiri terlebih dahulu..apa yang kita dengar mungkin mudah dilupajan berbanding apa yang kita lihat...💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

27 February 2017

Seiringnya Waktu

8:00 AM 11
Seiringnya Waktu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SEIRINGNYA WAKTU 
Sedari kecil sudah diberikan waktu
Cuma saat itu dikelola bapa dan ibu
Apa pun yang dilakukan mereka yang menentu
Niatnya satu menggalas amanah dari DIA yang SATU

SEIRINGNYA WAKTU
Meninggalkan zaman kanak-kanak satu masa yang dulu 
Bergembira riang selalu bersama teman-teman bermain beregu
Hingga tiba saatnya diri sendiri mampu mengurus waktu
Moga yang ditinggalkan tidak terus dilupa satu persatu

SEIRINGNYA WAKTU 
Ada yang lewat melangkah satu persatu
Mana yang pantas meninggalkan meluru
Bermacam ragam dapat dihidu
Si kecil meniti dewasa sudah sememangnya begitu
Bila si tua  ingin muda selalu itu yang buat celaru keliru

SEIRINGNYA WAKTU 
Ada yang datang tidak menentu
Perginya juga begitu
Masa terus berlalu
Akhirnya kita tidak tahu

SEIRINGNYA WAKTU 
Hari ini semeja memilih menu
Berkongsi kisah dulu-dulu
Boleh jadi terusakrab begitu
Tidak mustahil kemudian tuduh menuduh melulu
Pelbagai agenda boleh berlaku
Membuat diri terdiam terpaku

SEIRINGNYA WAKTU 
Biar perubahan pesat berlaku
Jangan terikut teruja melulu
Jadikan iman penapis mana yang perlu
Moga Allah sentiasa rapat disetiap waktu

*terima kasih ukhuwah 

#mencari redha Ilahi 


26 February 2017

Letakkan Betul-betul

8:30 AM 9
Letakkan Betul-betul
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

LETAKKAN BETUL-BETUL || Susun atur itu penting..dalam rumah,luar rumah..walaupun bukan mahir dalam bab susun atur atau bab-bab hiasan dalaman mahu pun luaran..sedikit sebanyak asasnya pasti kita tahu.Tapi zaman sekarang serba canggih,banyak  sumber boleh kita jadikan rujukkan..yang tak profesional pun nampak macam profesional gitu..yang penting minat,semangat dan ringan poket.Tapi dah kalau kreatif tu..barang terbuang pun jadi nampak mahal.

Dalam itu di dalam.Luar itu biar di luar.Jangan keliru dan jangan buat orang lain berasa keliru juga.Kalau kita waras mental dan emosi pastinya kita tahu untuk meletakkan apa yang sewajarnya pada tempatnya dan sebaliknya..Kalau sihat akalnya..tapi kelihatan tidak wajar apa yang dilakukan..mungkin bukan tidak siuman tetapi sedikit lagha dalam bertindak dalam bertingkah laku.Jagalah elok-elok,apa yang mesti disembunyikan..sorokkan betul-betul.Apa yang patut diselindungi..tutup rapat-rapat..

Jujurlah.Bukan mudah nak berlaku jujur.Jujur itu menyakitkan pada yang tidak rela mendengar kebenaran.Apabila diminta memberi pendapat..adakala di mulut A sedangkan dihatinya B..Bagaimana?..Berbohongkah begitu..ya..kerana tidak selari jawapannya..niat tidak menghalalkan cara bukan...justeru diam bila ditanya jikalau rasa-rasa cenderung untuk berdusta..carilah alasan yang wajar..Bagaimana untuk mengatasi situasi begini..ibarat ditelan mati emak..diluah mati bapak..bertemu secara peribadi..memberi pendapat juga secara peribadi..kalau mahu memberi komen pun berilah secara peribadi bukan terang terangan..dan.....sekiranya memerlukan komen ataupun ulasan spontan..elakkan menyebut perkara yang mengaibkan.

Janji.Memungkiri janji tergalas satu hukum yang berat pada diri.Jangan berjanji saat berasa gembira..dan elakkan membuat keputusan ketika sedang marah..kedua-dua boleh memerangkap diri sendiri.Janji itu manis boleh bertukar pahit jika tidak kena dengan caranya.Janji itu bukan syarat untuk memberi..justeru tidak salah kalau terus memberi tanpa syarat menunaikan hanji.

Puas hati.Rasa puas hati setiap orang itu tidak sama.Lebih-lebih lagi bagi yang sangat mementingkan kesempurnaan mengikut kriteria yang diingini..tahap piawaian yang diri sendiri tetapkan*tak puas hati jangan lepaskan meroyan pada orang lain ya..harap beradab sebelum kena kungfu*..silap hari bulan..awak dicop cerewet..nak puaskan hati orang bukan senang,silap-silap selipar melayang..puaskan hati sendiri mudah tapi awas jangan sampai kena ludah.Tapi kalau sentiasa bernesyuarah..insyaAllah kesepakatan itu boleh dicapai..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

25 February 2017

Timbang-timbangkanlah

8:00 AM 8
Timbang-timbangkanlah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TIMBANG-TIMBANGKANLAH || Zaman dulu sistem barter..tukar-tukar barang..kemudian barulah guna matawang..hinggalah sekarang..cuma kadar,,bentuk wang itulah berubah selari dengan zaman..semakin baik..memudahkan urusan berjual beli..alhamdulillah..dan yang penting dalam perniagaan atau urusan jual beli ini jaga apa yang telah disyariatkan..

Peniaga cubalah.Jangan kurangkan timbangan tetapi beratkan harga sesukanya..itu tidak jujur..tidak salah beratkan timbangan tetapi meringankan harga...itu lebih baik dengan meniatkan sebagai sedekah..kejarlah dua-dua..untung dunia..untung akhirat..dalam perniagaan siapa bijak peniaga itu bukan sahaja dapat menjual barang..kalau kena caranya dapat beli hati pelanggan juga..lillahitaala.

Pendapat.Semua orang berhak dan layak untuk memberi pendapat..waima anak kecil sekalipun tidak salah untuk kita mendengar apa yang mereka ingin perkatakan atau kongsikan agar mereka rasa dihargai oleh orang dewasa*mungkin secara tidak langsung membantu juga meningkatkan keyakinan diri mereka insyaAllah *..kanak-kanak ini tersangat lurus dan tulus bila bercakap..maklumlah daripada hati yang putih mulus..😍..

Perbezaan juga boleh menyatukan.Persamaan itu memudahkan namun silap percaturan boleh membuatkan seolah bertanding satu sama lain kerana potensi untuk berlumba-lumba itu ada untuk membina identiti..siapa lebih bagus..siapa lebih hebat...dalam baik ada buruknya..dalam buruk carilah kebaikkannya..perbezaan boleh menjarakkan namun kena dengan caranya perbezaan itu akan saling menarik satu sama lain kerana semangat untuk meneroka itu mendalam...timbang-timbangkanlah..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

24 February 2017

Harapnya Tidak Hanya Pada Gula

8:30 AM 28
Harapnya Tidak Hanya Pada Gula
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

HARAPNYA TIDAK HANYA PADA GULA ||Gula pasir,gula tebu,gula kelapa,gula perang,gula ekstrak daripada daun stevia..apa lagi..ha bila cakap yang baik-baik,,perkataan yang sekali sebut buat hati cair macam coklat meleleh..auww itu sweet talker..alahai..hati-hati jangan terpedaya..siapa yang tak suka manis-manis..lebih gula jadi penyakit..kurang gula jadi musibah..namun sumber tenaga tidak hanya pada manisnya gula..sebab itu sederhana itu lebih baik..dan lagi satu jangan lupa...gula dan semut berpisah tiada..hihi..🐜

Harapnya Tidak Hanya Pada Gula
google image

Tidak perlu modal tapi dapat pulangan keuntungan.Senyuman.Ikhlas kerana Allah..dengan izin Allah senyuman itu mengerat silaturahim..menambah kawan yang sedia ada..menjernihkan yang keruh...menyejukkan hati yang panas..meleraikan rasa kekusutan..dan banyak lagi sebenarnya..daripada senyuman juga ada yang dah bercucu sekarang ni..alhamdulillah..asbab jodoh dengan izin Allah..murah senyuman itu bagus dengan syarat murah itu bertempat dan dengan senyuman itu diri kita tidak hingga dianggap murah..pandai-pandailah bawa diri.

Nilaikanlah (berharga)kemanisan itu pada senyuman...

Daripada Abu Dzar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku,

Janganlah engkau anggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis semasa bertemu dengan saudaramu.
 
(Hadith Riwayat Muslim)

Salam Jumaat semua..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

 

23 February 2017

Jadilah Insan Ya Bukan Bahan Perisa

8:30 AM 11
Jadilah Insan Ya Bukan Bahan Perisa
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JADILAH INSAN YA..BUKAN BAHAN PERISA || "Kopinya pekat,melekat tapi sayang tak ada gula.." kedengaran kejam bukan dialog datuk Ahmad Albab ni..berdengung je telinga dengar..berkat kesabaran Syawal..ayah Ahmad Albab..akhirnya mereka diberi kesenangan..jin juga makhluk Allah..ada yang baik tidak kurang yang sebaliknya..seperti juga kita manusia.

HADKAN MENGIKUT KEPERLUAN.Perkara atau benda yang baik buatlah sentiasa..berlebihan namun masih dalam sempadan kesederhanaan..kesederhanaan itu sangat perlu..untuk menyedarkan diri bahawa kita ini hamba..wujudkanlah rasa keahambaan pada diri di mana sahaja..bukan sahaja Allah suka..malahan kita akan disenangi oleh sekeliling juga insyaAllah..*sekiranya ada yang tidak menyenangi..sila abaikan..biarlah mungkin satu masa kelak dia yang menjadi paling rapat dan baik pada kita*..

PASAKKANLAH PADA DIRI.Hak.Setiap kita punya hak..tegakkanlah hak kiranya itu boleh menjernihkan..membersihkan dan menjelaskan duduk perkara yang sewajarnya dijelaskan kebenarannya,namun jangan sampai kita meminggirkan hak Allah semasa kita asyik mempertahankan hak yang diingini..

Sukar untuk memisahkan bahan perisa pada setiap masakkan..kerana ianya menjadi salah satu penyumbang pada keenakkan satu-satu menu itu..*awas,,kurangkan ya perisa pada masakkan atau makanan*..kalau diberi pilihan lebih ramai yang memilih keenakkan berbanding khasiat..*maafkan PC kalau apa yang PC nyatakan ini salah ya* dan lazimnya khasiat itu dicari setelah kita perlu merawat..nanti dulu...dannnnnnnnn tidak semua begitu...ada juga yang sentiasa mementingkan khasiat..harap maklum..sakit bukan sahaja berpunca daripada perut...sakit juga boleh berpunca daripada hati dan mulut(lidah) yang sangat mudah menyakiti orang lain dengan kata-kata..jadilah insan ya bukan bahan perisa..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

22 February 2017

Bila Sampai Saatnya

8:00 AM 33
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BILA SAMPAI SAATNYA || Masa yang kita miliki milik Allah SWT.Pinjaman juga.Kalau kita berasa tidak kecukupan masa mungkin itu peringatan daripadaNYA dengan cara untuk menegur kita.Perhalusi semula,perbetulkan mana yang perlu.Masa akan terus berlalu..biar sedetik pun tidak pernah ia menanti kita.Kita manfaatkan faedahnya kembali kepada kita..insyaAllah..


Bila Sampai Saatnya
Puas menjelajah lautan luas..melunas khidmat untuk negara...sampai masa khidmatnya berakhir juga..biar pun berakhir untuk berlayar di lautan samudera namun menyambung khidmat untuk pengunjung yang mahu mengenal lebih dekat..dan lebih rapat..

Perubahan.Dalam meniti perjalanan kehidupan perubahan pasti akan berlaku.Baik pada diri sendiri mahupun alam ini..ya,,perubahan..kalau kita melihat perubahan yang baik sesungguhnya itu satu yang wajar berlaku..seandainya perubahan itu sebaliknya mungkin itu satu petanda kekeliruan sedang terjadi..kekeliruan dalaman..fikiran mungkin..atau emosi juga..bantulah..banyak asbab mengapa perubahan wajar dilakukan atau tidak perlu langsung dibuat.Jangan ambil pendekatan yang sama.Fikir dahulu kewajarannya.kecuali pada perubahan yang sememangnya tidak dapat tidak mesti kita lalui walaupun kadangkala ada yang seolah tidak boleh menerima hakikat..contoh??????....puas dah potong kek..tiup lilin bagai..tak boleh terima hakikat umur awak 80 tahun???...hihihi..bersyukurlah.

Bila sampai saatnya yang hidup pasti mati..yang datang akan pergi..yang patah akan tumbuh..hilang moga berganti..semuanya bersilih ganti..dalam meniti hari-hari yang telah berlalu..sedang dilalui dan akan berlalu..kita sandarkan semuanya pada kehendakNYA..cukup..namun jangan berserah tanpa usaha..tidak usah berharap tanpa doa..jangan tawakkal tanpa redha..kekalkan diri pada zon kebaikkan..hindari diri dari zon keburukkan..inshaAllah kita selamat.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi



21 February 2017

Buntu??..Alahai..

8:30 AM 15
Buntu??..Alahai..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BUNTU??..ALAHAI.. || Permulaan yang baik belum tentu pengakhirannya juga begitu..dan permulaan yang kurang baik juga tidak semestinya hujungnya kekal sebegitu..sesiapa pun sentiasa mengharapkan yang baik-baik..doa yang baik-baik dan berusaha ke arah yang baik-baik..namun sesekali kebuntuan pasti hadir menyapa walau tanpa kita rela.

Meningkatkan usaha. Bila semua perkara dirasakan mudah untuk dilakukan kita akan berada di zon selesa..alhamdulillah..yahooo..seronoknyalahkan..tetapi apabila tersekat pada mana-mana bahagian dalam melunaskan sesuatu itu..ya saat itu boleh jadi kita berasa jatuh..mungkin kejatuhan semangat yang paling teruk..gelap pandangan..mungkin pada awalnya begitu..tetapi disebalik itu insyaAllah ianya akan menjadikan kita eorang yang berusaha untuk meningkatkan usaha lebih berganda-ganda bagi mencari penyelesaian dan jalan keluar.

Mematangkan fikiran dan jiwa. Setiap apa pun yang dilakukan pasti ada baik dan buruknya..mesti ada kelemahan dan kekuatannya..ada kelebihan dan kekurangannya juga..kerana kita ini insan yang terdedah pada perkara-perkara sebegitu yana mana kebanyakkannya diluar jangkaan manusia biasa.bila kita sesekali berusaha untuk keluar daripada kehilangan punca..pastinya ia merupakan satu pengajaran dan ilmu baru yang dapat mematangkan fikiran dan jiwa.

Mendekatkan hamba kepada PENCIPTA.Apa pun yang ada pada kita..yang kita lalui sehari-hari semuanya ujian buat kita.Semua.Sebut buntu,ya ianya suatu yang sukar diterima kerana kebuntuan ini boleh mengubah kita sekelip mata..betul cara atasinya baik jadinya..jika sebaliknya..moga ada sinar dihujung sana.Ada saatnya apa yang tidak kita suka itu..itulah yang terbaik buat kita.Bukankah Allah itu lebih tahu segalanya.Justeru begitu juga ketika kita berada di dalam kebuntuan..anggap itu satu cara ingatan daripada DIA agar kita lebih mendekatinya.Hanya Allah yang sentiasa rindu dan mencintai hamba-hambanya yang suka meminta-minta.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi


20 February 2017

Jangan Dikacang-kacangkan..

8:00 AM 20
Jangan Dikacang-kacangkan..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN DIKACANG-KACANGKAN || Punca penyakit itu daripada perut..maksudnya apa yang kita makan*dengan kehendak Allah SWT juga*.Setiap yang kita masukkan ke dalam mulut itu diperutnya segalanya diproses.SubhanAllah,di negara kita ini sungguh banyak dan mewah dengan makanan..alhamdulillah..bersyukur dan hargailah sebaik-baiknya.Elakkan pembaziran makanan ya..ada yang suka makanan berat..nasi berlauk dan lainnya..ada juga yang lebih memilih makanan ringan..keropok..kuih muih..kekacang..terpulang pada cita rasa masing-masing..bissmillah..pastikan halal..pastikan suci..jangan ambil mudah..

Jangan ambil mudah. Tiada dugaan bukan kehidupan namanya.Biar pun kecil dan sedikit,ya dugaan tetap ada untuk menguji kehambaan yang hidup berTUHAN.Ada yang pandang sambil lewa..ada yang bermati-matian mengendali dugaan yang datang..niatnya satu..apa pun caranya hujungnya mahukan penyelesaian.

Penyelesaian itu nikmat.Sesuatu yang tersimpul bila dapat kita leraikan atau longgarkan..subhanAllah..lapang dada..lapang fikiran..itu kalau berkaitan permasalahan atau persoalan..alhamdulillah..muka yang masam kembali tersenyum..dahi yang berkerut kembali rata..hihihi.Biarpun kecil,,kalau anak benih..disiram..dibaja hari-hari insyaAllah akan subur dan membesar dengan baik..tetapi sekiranya kekusutan fikiran dan jiwa..semasa kecilnya tidak dibendung..tidak mustahil ianya boleh mengubah kewarasan kita.

Tidak suka pun dengar juga.Kena marah..tiada siapa yang suka.Kena bebel owh..bosannya..betul tak.Awak betul..dia salah..atau awak sememangnya silap dan dia betul..tolak ke tepi seketika..dengar dulu apa yang hendak diperkatakan itu..kerana setiap orang ada sisi pandngan yang berbeza-beza,,untuk menambah baik kualiti kehidupan,,ada masa kita perlu tebalkan teling..besarkan hati..walau apa yang di dengar itu menyesakkan dada,,buat kita mengenggam penumbuk..tapi...sabar..jangan dikacang-kacangkan setiap bicara terutama ibu bapa kitalah..pasti ada isi yang boleh kita hadam untuk kebaikkan.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

19 February 2017

Mencuba..

8:30 AM 13
Mencuba..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Mencuba.. || Semangat untuk mencuba itu ada pada setiap insan..mencuba sesuatu yang baru itu tiada salahnya..apa yang menjadi kesalahan bila mana apa yang ingin kita cuba itu  satu yang sememangnya sudah dikategorikan perkara yang salah..jadi kalau dah tahu perkara itu salah..atau perbuatan itu tidak boleh..sila la jangan teruskan..banyak lagikan perkara baik yang boleh kita cuba..

Saat diri diaju soalan
Jangan terus beri jawapan
Fikir dulu atau pun simpan
Takut kelak merana badan

Beri jawapan itu harapan
Dinanti orang penuh pengharapan
Jangan dusta demi menutup kesilapan
Menjawab  kelak dihadapan Tuhan

Galakkan itu umpama tiupan
Tiupan semangat untuk kehidupan
Jangan silap beri galakkan
Takut kita rupanya ejen kesesatan

Janji jangan sembarangan
Janji jangan hujungnya pembohongan
Sesama insan nanti tercipta permusuhan
Tidak berasa takutkah pula dengan Tuhan

Belajar utuk membezakan.Perlu.Tidak semua perkara kita boleh dan hanya mencuba-cuba kerana pada perkara yang hukumnya mendahului kehendak atau keperluan ianya mesti kita patuh dan tunaikan..biarpun dirasakan ianya tidak selesa atau tidak ngam dengan naluri..lama-lama dengan sendirinya hati boleh menerima dengan syarat minta DIA lembutkan hati kita untuk menjadi setaat-taat insan..ingat A itu yang pertama..maka letakkan Allah pada kedudukan yang PALING istimewa dalam kehidupan kita..*boleh..memang susah pada mulanya kerana kadang kita lebih suka sandarkan kebergantungan pada apa yang boleh kita lihat dan sentuh kan..kan..tapi ingat setiap apa yang kita lihat dan sentuh itu ada penciptanya yang wujud walau tidak kelihatan dek pancaindera mata.Gunakan pandangan dalam..mata hati yang disitu adanya keimanan

Dalam urusan agama tiada istilah bersksperimen..ibaratkan suka kau ikut..tak suka kau tinggal..ada masa kau patuh..ada masa kau ingkar sesuka hati..dengan sengaja..*tidak sengaja dan meninggalkan disebabkan tidak tahu lain hukumnya*..kerana biarpun Islam itu bukan agama yang menghukum..tapi ianya agama yang mempunyai hukum..berhati-hati saat beralasan.

Pergi pasar beli ciku
Ciku kacuk besar buahnya
Selamat berhujung minggu
Moga sentiasa bahagia dan ceria

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 







18 February 2017

Alahai Ringan Sungguh

8:30 AM 11
Alahai Ringan Sungguh
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

ALAHAI RINGAN SUNGGUH || Menilai.Sikap suka menilai itu ada pada setiap orang termasuklah PC ya..walaupun sering diingatkan jangan menilai pada luaran semata..nampak tak cepat jekan nak bagi markah..ringan sahajakan hati tu berkata-kata dan mentafsir..tapi dah sah-sah luaran yang kita nampak dulu..makanya tidak dapat tidak pandangan kali pertama itulah ada antaranya mengambil peluang dan kesempatan membuat kesimpulan.Bagaimana pun kesimpulan itu cukup sekadar untuk pengetahuan diri sendiri selanjutnya dalami dan kenalilah terlebih dahulu. 

Ringan mulut.Lain orang lain perwatakkannya..ada macam-macam karenah..ada yang perlu tunggu berjam nak dengar sepatah perkataan keluar daripada mulut dia..rasa kalau dengar dia boleh mnyembang tu terus nak rendam pulut masak pulut kuning sedekah kat jiran-jiran gitu kekdahnya..sanggup pergi pasar beratur beli ayam kampung masak rendang..hihihi..melampau tak..😋..ada juga yang tak perlu kita tanya berdas-das dia tanya kita...belum sempat jawab dah tanya lagi..pergi mana-mana..jumpa siapa pun eh pun boleh jadi..ringan mulut sangat..tapi jaga-jaga..ringan mulut itu bagus..meriah..mudah dapat ramai kawan..dengan syarat pada hal sendiri tak apa..yang apa-apa tu bila ringan mulut hal orang lain..hui..bahaya sangat..ngeri.

Ringan tulang.Rajin,siapa tidak suka pada orang yang rajin..baik lelaki mahupun wanita..baik dewasa atau kanak-kanak..walaupun basuh pinggang sebiji dik..depan tetamu pulak tu..mencanak-canak ranking naik sebab kena puji..kalau layang-layang tu ibaratnya tengah terbang tinggi terus gunting talinya..kalau tak terlanggar burung gagak ke..burung helang ke..haaa mahunya mencecah awan..hihihihi..begitu juga kita..kalau tidak dicubit ketiaknya sikit mahu pinggan mangkuk bersih pun angkut masuk sinki cuci semula..hahaha..bagus-bagus..biar ringan tulang jangan ringan tangan..

Ringan poket.Ada rasa mudah simpati itu bagus.Tanda jiwanya basah iman dan mewah dengan kasing sayang..alhamdulillah..bila mana tangan kanannya sentiasa ringan untuk memberi itu bermakna ringan juga poketnya untuk mengimfakkan sedikit daripada rezeki yang dimilikinya..syukur..setelah satu poket itu disalurkan pada maruf..jangn pula poket-poket yang lain juga menjadi ringan disalurkan pada perkara-perkara yang tidak sewajarnya..ya ringan poket itu banyak lorongnya..hati-hati jangan sampai perginya ke lorong yang gelita.

Semua perkara yang bagus itu wajar terapkan dalam diri sebolehnya sedari kecil lagi..sedari rebung ibaratnya..sentiasa dikekalkan..dan harus dipraktikkan di mana sahaja berada..namun setiap perkara baik itu harus bersempadan supaya ianya tidak mengundang prasangka dan fitnah yang mengaibkan.Jadilah orang baik yang tidak mengaku baik dengan mendiamkan diri kerana hanya orang jahat seringkali mengaku dirinya baik demi meraih kepercayaan orang lain.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

17 February 2017

Benar-benar Bahagia Itu Apabila..

8:00 AM 24
Benar-benar Bahagia Itu Apabila..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BENAR-BENAR BAHAGIA ITU APABILA.. || Persepsi orang lain-lain.Betul tak.Kalau letak satu barang susun 4..5 orang..minta mereka buat tafsiran pada barang tersebut..pasti 4..5 versi kita boleh dengar.Kalau setiap pandangan dan citarasa orang itu sama..tiadalah kritikan..tiadalah viral di sana sini..tidalah kutukan..cemuhan dan kata mengata di mana-mana.Mengapa begitu..ya kerana mereka atau diri kita sendiri berasa bahagia melakukan apa yang dirasakan memberi kebahagiaan.Berbahagialah semua kerana Allah masih lagi menghidupkan kita pada hari ini..saat ini..alhamdulillah.Salam Jumaat semua.. 😁

Mempesona.Siapa yang tidak terpesona dengan indahnya dunia.Sangat indah.Bukan salah dunia kalau kita sendiri hanyut di dalamnya,kerana dunia ini sememangnya gelanggan untuk kita menjalani ujian dan penilaian bagi kehidupan yang kekal di akhirat kelak.Memperdaya,diperdaya dan terpedaya itu mainan dan rencahnya.Siapa yang kental iman dijiwanya insyaAllah molek-molek sahaja..jika dirasakan ada lubang di mana-mana..jauhi dan berpaut dan bernaunglah pada madrasah yang boleh menarik dan mendekatkan kita pada Pencipta.

Benar-benar bahagia itu apabila..

Surah Al Qamar ayat 54
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
Surah Al Qamar ayat 55
Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendakNya.

Surah Al Qamar | Ayat 54 dan 55

Kerdil.Sedangkan terpercik setitik minyak panas pun kita sudah menjerit.Terjirus air panas apatah lagi..membuatkan kita menangis menahan pedih..justeru itu..mampukah kita untuk menjadi bakaran dalam api yang menjulang-julang maraknya..subhanAllah..sungguh kita tidak mampu..sungguh-sungguh tidak berdaya..Allah,bantulah kami untuk menjadi penghuni syurgaMU..lancarkan lintasan kami di titianMU.Bratkan timbangan pahala kami.Kurniakanlah rahmatMU kelak..ameen..ameen..ameen.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

16 February 2017

Kecil Tapi Besar Gegarannya

9:00 AM 8
Kecil Tapi Besar Gegarannya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


KECIL TAPI BESAR GEGARANNYA || Seharian banyak bentuk bantuan yang kita perlukan biarpun sekadar di dalam rumah sahaja..kaum wanita..isteri,,ibu khasnya sering bersahabat dengan api..berkawan dengan air..bermain dengan pisau..dan lain-lain keperluan..api itu kecilnya kawan besarnya lawan..air itu sedikitnya kita harapkan..banyaknya tidak tertawan..biarpun awak juara renang..tidak mustahil dengan kehendak Allah awak tumpas juga..

Jangan diambil mudah.Ada orang hal yang kecil dianggap besar.Ada juga hal yang besar diandaikan kecil.Nampak tak cara setiap orang mengemudi permasalahan itu sangatlah berbeza-bezakan...kan..tidak kisahlah asal hujungnya yang tersimpul terlerai..yang koyak berjahit..yang putus tersambung semula..

Usahalah menyambung.Bila elektrik tertunggak 3 bulan..bekalan api dipotong..pergi TNB..bayar..selesai..tak sampai 24jam terang semulalah rumah kita..begitu juga bekalan air..kalau meternya dicabut..pergilah terkedek-kedek bayar..sampai kaunter semyum simpul sikit..insyaAllah nanti adalah yang datang sambung dan pasang semula meter tu..itu mudah..bagaimana kalau silaturahim yang terputus..atau sengaja kita putuskan..ini parah..jangan main-main..memang seperti tiada apa-apa...tetapi,,dan hakikatnya...


Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga.” Jawab Rasulullah, 
Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim.
 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Jangan biarkan silaturahim yang renggang itu menjadi asbab terhalangnya kita untuk menjadi penghuni syurga..kadang kita pandang sepi perkara ini kerana kita tidak berasakan ianya memberi kesan yang besar pada masa kehidupan yang kekal selamanya

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

15 February 2017

Sampai Waktu Bertemu Juga

9:00 AM 20
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SAMPAI WAKTU BERTEMU JUGA || Kita sering tertanya-tanya..orang lain juga begitu.Tertanya-tanya dalam banyak hal dan banyak perkara.Kita tidak tahu keadaan pada masa hadapan.Kita boleh mengagak namun belum tentu tepat..kita teruskan usaha biarpun belum tentu dapat..tetapi Allah tidak pernah menolak doa-doa setiap yang meminta-minta tanpa jemu dan lelah.


Sabar.Sabar itu sakit sebenarnya.Namun sabar itu sangat indah kalau kita betul-betul memaknakan kesabaran itu kerana Allah SWT.Mudah menyebut tapi tidak semudah ABC untuk melakukannya adalah sabar kerana semakin kita belajar dan berusaha untuk bersabar semakin itu dugaan bertali arus..kalau tidak daripada hasutan daripada nafsu yang ada pada diri sendiri..dugaan sekeliling juga mempengaruhi.Lantaran itu mengapa besar ganjarannya bagi orang-orang yang bersabar kerana besar juga cabarannya untuk membina dan membentuk kesabaran pada diri.


Sampai Waktu Bertemu Juga
Rezeki hujung minggu..dalam kuali bertemu juga..


Mustahil.Tiada yang mustahil bagi Allah..semuanya boleh berlaku dengan kehendakNYA..yang jauh boleh menjadi dekat..yang asing boleh menjadi akrab..ada yang pelik bagi kita,banyak yang mustahil untuk kita namun kun fayakun Allah itu luas kemungkinannya.Bila Allah mengizin ianya bersatu pasti ada asbab yang perlu dirungkai satu persatu..ambil hikmahnya untuk menjadikan kita lebih menghargai dan berterima kasih dengan takdir.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 


14 February 2017

Anjakkan Empat Alam

8:30 AM 23
Anjakkan Empat Alam
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum..

ANJAKKAN EMPAT ALAM || Musim panas,musim salji,musim luruh,musim bunga..itu di dunia..dapat menikmatinya walau sekadar buatan manusia pundah cukup teruja apatah lagi yang berpeluang melancong pergi merasai sendiri musim-musim ini secara semulajadi..subhanaAllah..lagi bergandalah rasa terujanya..moga ianya menebalkan lagi rasa syukur pada diri kita.Itu cuaca,,yang melibatkan musim..bukti kekuasaan Allah..mungkin tidak semua daripada kita berpeluang menimba pengalaman itu..

Alam rahim.Alam yang pertama kita huni adalah alam rahim..alam yang penuh dengan kasih sayang..alhamdulillah..9 bulan 10 hari..atau mungkin lebih daripada itu..atau juga kurang daripada jumlah itu..kita bersama-sama ibu walau ke mana sahaja..subhanaAllah..siapa pun ibu kita,bagaimana kita dilahirkan..bersyukurlah..sangat besar nikmatnya.jangan pernah pinggirkan ibu..ibu..ibu dan ayah kita dalam setiap doa yang kita mohon kepadaNYA..sama ada mereka masih ada atau tiada lagi di dunia ini. 

Alam dunia.Seperti mana kehadiran kita sentiasa dinantikan sedari alam rahim,begitu jugalah betapa terujanya ibu ayah dan keluarga menanti-nantikan kehadiran dan kelahiran kita dalam kehidupan mereka..detik pertama bermulanya riwayat kehidupan makhluk yang bergelar manusia..sama ada di dalam jiwanya itu insan atau sebaliknya.Terbuka luas pentas untuk memainkan watak dan madrasah untuk mentarbiah diri.

Alam kubur.Saatnya pasti akan tiba.Mati itu pasti.Sangat pasti untuk yang bernyawa(hidup).Bila,bagaimana dan di mana itu hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.Alam dimana terputus segala-galanya kecuali tidak terputus kepada si mati dengan asbab meninggalkan anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa berbuat baik sama ada masih hidup atau telah mati kedua ibu bapanya,ilmu yang bermanfaat yang diamalkan berterusan kepada yang memanfaatkannya dan..sekiranya si mati dihidupkan kembali apakah amalan yang akan dilakukan......iaitu sedekah jariah.

Alam akhirat.Bagaimana pembawaan kita di sana kelak..bergantung bagaimana kita hari ini..saat masih hidup di dunia ini..setiap daripada kita pastinya sangat berbeza-beza..kita hanya akan tahu bila saatnya tiba kelak..satu..mohon sentiasa agar Allah bangkitkan kita di sana kelak dengan wajah yang paling bercahaya berseri-seri,,dalam keadaan yang paling indah juga paling pantas melintasi titian siratalmustaqem..Moga neraca Al Mizan itu memberatnya pada kebaikkan..moga juga buku hisab itu dihulur daripada sisi kanan..subhanaAllah.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

13 February 2017

Memanglah Syok..Tapi

8:00 AM 13
Memanglah Syok..Tapi
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MEMANGLAH SYOK..TAPI ||Alhamdulillah,hari Isnin dah hari ni.Selamat memulakan tugasan walau di mana sahabat-sahabat berada..biarpun anda adalah seorang suri rumahtangga..ya,pastinya setiap hari dipenuhi dengan kerja-kerja yang sehabis baik cuba dilunaskan.Bagi yang sedang melanjutkan pelajaran..fokus sebaiknya.Untuk yang bekerja sendiri,moga terus gigih berusaha.Kejatuhan dan kebangkitan boleh dilakukan di mana-mana..boleh dilalui oleh sesiapa sahaja.Bezanya sama ada ianya dikongsi atau sekadar menjadi memori peribadi.

Kegilaan.Bukan gila.Lain ertinya.Jauh maksudnya.Moga tiada yang tersilap mentafsir maksudnya.Senang bicara,ya fanatiklah sebenarnya.Lain orang lain,kalau pun nampak sama tapi tidak serupa.Sebut tentang fanatik adakala ianya sangat sukar untuk dikawal.Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena bila sesuatu yang menjadi kegilaan itu tidak diperolehi atau sukar didapati.Salahkah?..tidak!..asal tidak melangkau batasannya kerana tidak semua kegilaan wajar dilayan dan dituruti kerana ada antaranya hujungnya merosakkan diri dan tidak mustahil menggoyahkan hidup berTUHAN..berpada-padalah.

Pimpin ke arah yang betul.Perasaan(emosi)..pemikiran(idea)..sebolehnya pimpinlah ke arah yang betul.Bohonglah kalau kita tidak pernah tersasar dalam mengemudi perasaan dan pemikiran..sekiranya pegitu tiadalah pesalah..tiadalah perbicaraan dan tiadalah hukuman-hukuman yang tertakluk pada kanun-kanun tertentu.Bezanya besar atau kecil kesan kesilapan dalam memimpin diri itu sahaja.Membinasakan diri sendiri atau tidak.Melibatkan orang sekeliling atau tidak.

Jangan rasa terikat tapi ingat nikmat.Wajib,harus,sunnat,makruh dan haram..hukum-hukum ini berperingkat mengikut apa yang sewajarnya bergantung pada apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan.Islam tidak terus menghukum..tidak terus juga memberatkan hukuman..yang lazimnya membuat orang asing memandang serong pada agama kita adalah kita sendiri.Kita mencambhkan rasa takut pada mereka..kita menjadi duta pada agama yang bukan membiakkan ia sebaliknya membunuhnya dalam masa yang sama.Mencari kepuasan dalam kehidupan dengan cara dan kehendak sendiri itu memang syok..bila lakukan sesuatu itu dengan asbab tidak mahu hipokrit..puas kan...ya..puas..tapi hakikatnya kita sedang membuat insan yang kita sayangi bakal menderita..

Kegelapan itu tidak akan sentiasa gelita..sampai ketikanya biar sinar cahaya itu sehalus jarum..manfaatkan sebaiknya..jangan risau hilang dunia..tapi takutlah hilang akhirat..kerana di akhirat ada matlamat dan nikmat besar yang kita dambakan..💗Perdu Cinta💗 

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 

12 February 2017

Ambil Pengajaran Daripada Asbab

9:00 AM 28
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

AMBIL PENGAJARAN DARIPADA ASBAB || Selamat berhujung minggu semua.Diam tak diam tinggal berbaki dua minggu lebih saja lagi di bulan Februari..alhamdulillah.Sangat pastilah bahawa PC sudah dewasa purba kerana berasakan begitu pantas waktu berlalu.Setiap kali berkongsi nukilan yang sebenarnya lebih kepada bebelan..jarang pulak nak lihat apa yang kawan-kawan cari diblog PC yang sentiasa beku ni.Sekali tengok itu dia..ada dua di search keywords.Tetapi punca bantal kekabu pecah menarik perhatian PC..sebelum ini PC hanya berkongsi info mengenai kapas atau kekabu DI SINI.

Boleh jadi keperluan,boleh jadi kehendak.Sebiji bantal itu keperluan..lebih daripada itu kehendak,namun bergantung juga pada situasi seseorang itu.Sekadar mana jumlah bantal itu diperlukan.Ada yang lebih memilih kepada bantal yang isinya diperbuat daripada span(sintetik)..tidak pun daripada bulu-buluan haiwan yang bersesuaian setelah melalui fasa pembersihan  dan nyah hama*sebelum beli bantal yang berasaskan buluan isinya pastikan ianya halal dan suci untuk digunakan*..Terpulang pada diri kerana masing-masing berhak untuk memilih.Dan bila pilihan dibuat hormatilah kerana walaupun ianya sekadar bantal..jangan pandang ringan trutama bagi individu yang ada alahan terhadap kekabu bukan sekadar si dewasa,tetapi kanak-kanak juga.

Ambil Pengajaran Daripada Asbab

Punca bantal kekabu pecah.

🌼Jangka masa dan tempoh.Sebelum bantal itu disarung dengan sarung bantal yang indah-indah..super cute corak pada sarungnya..kekabu terlebih dahulu di isi pada sarung khas untuk membentuk bantal.Kemudian barulah di sarungkan dengan sarung yang diingini mengikut saiz yang bersesuaian dan ikut citarasa.Tempoh masa yang lama membuatkan kain tersebut menipis ditambah dengan jahitan pada sarung tersebut mereput.*siang malam pagi petang diusung kehulu ke hilir,,air liur basi + peluh + kentut = sengsara bantal tu..haruslah mereput 😓* 

🌼Terlalu padat.Isi kekabu yang terlalu banyak dan padat menyebabkan juga bantal kekabu mudah pecah.Lebih-lebih lagi kekaku tidak betul-betul kering atau ringan semasa dijadikan bantal.Basi atau lebihan jahitan pada sarungnya juga sangat penting kerana basi atau lebihan jahitan pada sarung itu jika terlalu kecil sarung tersebut mudah tetas dan koyak.

🌼Dijadikan senjata.Bila anak-anak jadikan bantal sebagai salah satu  alat permainan atau senjata main perang-perang..maka wajarlah bantal kekabu itu pecah tanpa rela.Tidak kurang juga bila bantal kekabu itu menjadi mangsa untuk dijadikan tempat melepaskan geram dihati..ala-ala dijadikan punching bag kekdahnya..kalau penumbuk tu besar telur ayam serama gagah lagi..dah kalau besar pinggan..harap maklum sajalah ya.😌

🌼Sengaja.Dengan niat.Bila terlalu lama digunakan,kekabu akan menjadi semakin berkurangan dan berbiji-biji.Solusinya adalah pecahkan atau keluarkan kekabu dari sarungnya..sama ada tambah  atau gantikan kesemuanya dengan kekabu yang baru.Selain sememangnya taktik  untuk dapatkan bantal baru..hihihi..

Tiada yang sia-sia.Sesutu yang terjdi mungkin pada kita macam sia-sia..tidak kiralah terjadi pada kita atau pada orang lain.Tetapi hakikatnya ada pengajaran yang perlu kita ambil tahu.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

11 February 2017

Macam-macam Itu Lumrah

9:00 AM 12
Macam-macam Itu Lumrah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MACAM-MACAM ITU LUMRAH || Kalau sebut ragam setiap kita ada ragam..jangan kata kita manusia..tumbuhan,haiwan pun pandai meragam dan ada ragamnya yang tersendiri...cara mereka yang tidak kita fahami.Tetapi kalau kenderaan kereta atau motor contohnya sudah mula meragam..hati-hati wahai tuan empunya ya..faham-faham sajalah..💔

Menambah perisa.Bila semuanya sentiasa sama pasti terasa hambar hari-hari yang berlalu.Sebab itu setiap hari yang kita lalui tidak sama kisahnya..macam kita yang susun hakikatnya Allah SWT yang aturkan..gerak hati..ilham dan apa yang berada disekeliling kitalah yang menjadi penyumbangnya menjadikan hari-hari kita sangat bewarna warni..

Cara masing-masing yang tersendiri.Setiap kita ada lebih dan kurang masing-masing..ada kehebatan dan kelemahan juga..ya,percayalah setiap daripada kita ini ada keunikkan masing-masing.Kerana yang mencipta kita sesungguhnya Maha Hebat.Adakalanya kita sendiri pun tidak mengetahuinya sebaliknya keunikkan itu dikesan oleh orang lain..alhamdulillah..nikmat sementara namun kalau betul cara menggunakannya cantiklah penyudahnya.

Unik,luar biasa dan ganjil.Bila awak boleh lakukan sesuatu itu sedang orang lain tidak dapat melakukannya...ya awak dianggap unik..unik sangat.Bila seseorang itu mampu lakukan sesuatu itu dengan kadar yang sewajarnya dan sepatutnya ya,itu dikira luar biasa lebih-lebih lagi ianyay diluar kotak minda sesama kita.Bila satu itu berbeza daripada 10 yang ada,pasti yang 1 itu dianggap ganjil.Ingat seperkara.....pusinglah apa pun..berhujahlah bagaimana pun..ya semua dengan izinNYA..dan kita sekadar perantara.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 





10 February 2017

Tidak Semestinya Ya..Belum Tentu Juga

8:30 AM 12
Tidak Semestinya Ya..Belum Tentu Juga
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TIDAK SEMESTINYA YA...BELUM TENTU JUGA || Alhamdulillah masih lagi diizin Allah untuk kita melunaskan tanggungjawab sebagai khalifahNya di muka bumi ini..syukur👏...Salam Jumaat indah ukhuwah..💖

Teka teki.Setiap hari kita merencana.Ya merencana itu perlu untuk menjadi insan yang bermatlamat dan bermotivasi dengan cita-cita..tidak mengapalah kalau awalnya cita-cita itu dengan menyemai angan-angan..kita usahalah sehabis baik melunas setiap apa yang kita rancangkan..biar pun sesaat kemudian kita sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku..tawakkal..sekolah pun ada jadual pengajaran dan pembelajarankan..

Teringat kisah anak buah PC
PC : Seronok tak pergi sekolah..
AA (adik) : Ummi,tulang adik macam nak patah la..beg berat banyak buku nak pikul..adik penat..tengok adik dah nampak rangka..👨
AF (kakak) : Eleh Ummi,beg adik,kakak tolong pikul..👩
PC : Dah tu kenapa adik cakap penat...😞 *sambil tengok adik dan kakak*
AA (adik) : Adik penat sebab asyik cakap suruh kakak jalan laju sikit..
PC : Adik penat sebab tu je ke😂😂😲😲😫😖.....kesian kakak dik..*adik angguk-angguk...kakak mata terkebil-kebil...*
*anak buah panggil PC dan suami Ummi dan Abi..moga jadi du'a buat kami*

Keyakinan.Perlu.Rasa was-was itu sentiasa menyertai rasa yakin itu tanpa rasa bersalah.Dan rasa was-was itu juga perlu agar kita lebih bersiap sedia.Curiga.Harus juga ada.Kerana bukan semua yang kita temui jujur belaka dan tidak juga tidak baik semua.Bukan syak wasangka melulu semata tetapi pastikan berasas kukuh juga.

Bila-bila sahaja.Mungkin hari ini kita rasa sudah cukup selesa apa adanya kita..esok mungkin boleh bertukar menjadi sebaliknya.Andai saat dan ketika ini kita bahagia dan gembira..esok mungkin kita sedang mendambakan belas ihsan kaum keluarga dan rakan-rakan untuk mengurus apa sewajarnya.Apa sahaja yang kita sedang usahakan sebenarnya kita sedang memujuk Allah agar meminjamkan haknya kepada kita.Tidak semestinya ya kita perolehi..Sedia maklum..apa yang kita miliki ada yang punya..belum tentu juga dapat kita menikmatinya mengikut rasa sendiri.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

09 February 2017

Pantas Berlari...Melompat Tinggi

8:30 AM 16
Pantas Berlari...Melompat Tinggi
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PANTAS BERLARI..MELOMPAT TINGGI || Sekarang,pandangan kasar..yang pertama itu bila dia mendahului yang lain..yang paling pantas bila berlari menyentuh di garisan akhir...yang paling tinggi lompatannya tanpa menjatuhkan palang penghalang.Ya,itulah juara..dialah idola.Begitu juga pada arena yang lainnya.

Juara tentunya juara..jangan hairan andai  yang kurang bergemerlapan juga mampu menjadi juara.Juara tidak selalunya diingat dan sentiasanya di atas.Si kecundang tidak juga selamanya terbiar hambar.Untuk menjadi juara ianya perlu dan boleh diusahakan.Dalam usaha menjadi sang juara di mata dunia,jangan lupa untuk menjadi juara di penglihatan PENCIPTA..💗Perdu Cinta💗


Satu per satu.Seribu langkah bermula daripada langkah yang pertama.Setiap pengakhiran bermula dari titik permulaan.Ya,ber"kronologi"..ada tertibnya..ada santunnya.Sebab itulah adanya hukum..ada adat yang manis diturut asal tidak melangkau hukum.

Jangan ditinggalkan,tidak usah terlalu dituruti.Dulu dan kini wajarlah punya beza.Zaman semakin berubah,sudah tidak ditakok lama..kian dibaluti pesatnya teknologi.Kalau dilihat,kanak-kanak zaman dulu*80an..malahan 90an* sosialnya tradisional..lebih old school kekdahnya..bercomot-comotan dengan peluh dan tanah..main parit..lebam jatuh tergolek main teng-teng..itu nikmat luar biasa.Menikmati zaman kanak-kanak dalam erti kata sebenar.Ya zaman itu.

Tidak zaman ini.Zaman anak-anak kecil yang percakapannya seolah orang dewasa,yang pemikiran dan tingkahnya tidak membayangkan usia..yang kadang bila kita terpaksa menjawab pertanyaan dan kemusykilan mereka dengan rasa yang sangat janggal meluah bicara*berbaur peribadi buat si dewasa tersipu malu sendiri*.Boleh diklasifikasikan sebagai rasa ingin tahu yang sangat urban dan hipster😎..Apa yang PC nampak,anak-anak atau kanak-kanak zaman ini mereka baligh sebelum usia dan segelintirnya tidak mumaiyyez biarpun sudah bermisai dan berbulu di muka..😖..kemodenan dan teknologi itu perlu dan bagus..cuma jangan biarkan ianya meragut zaman manis yang mana kita boleh usaha pertahankannya.

Membiarkan teknologi kita ketinggalan...terlalu asyik menerokainya mungkin kita akan kehilangan..sederhana..berpada-pada..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

08 February 2017

Sama-sama

8:30 AM 33
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SAMA-SAMA || Banyak perkara yang boleh membuatkan kita berasa bahagia dan gembira..sangat banyak.Bagi PC balik kampung itu salah satu perkara yang sangat menggembirakan dan paling membahagiakan..syukur sangat-sangat walaupun tidak berlama-lamaan di kampung*yang ni sedih 💘 dan pedih*..tapi tidak mengapalah syukur itu perlu..biar seketika manfaatkan semaksimanya.


sama-sama

Terapi..sejauh mana pun ayam-ayam ini pergi..sampai masa akan mencari tuannya juga..minta makan..seolah sepertinya rutin kita..7.00 pagi tunggu minta sarapan..12 tengahari makan tengahari..5 petang makan malam lah tu agaknya..itu kalau mood sangat berdisiplin..datang angin kus-kus ke pus-us...10 kali nampak kelibat tuannya..10 kalilah minta makanan...hahahahaha...adakala manjanya itu boleh membuat air mata menitis..subhanaAllah..kalau haiwan seperti ayam boleh kenal tuannya mengapa kita manusia segelintirnya seolah tidak mahu mengenal Tuhan.

Babah : Jua tengok babah glamor..banyak peminat..kalah retis..
PC : Pulak dah..kenapa?
Babah : Ayam tunggu babah,nak minta makan...*sambil senyum-senyum dan bercakap dengan ayam*
PC : Eh haah la...hahahaha*Moga Allah limpahkan rezeki babah mama..ameen.* 

Erti tanggungjawab itu luas.Bila kita sudah berkesanggupan untuk memelihara haiwan ternakkan sama ada untuk peliharaan semata-mata *kucing* atau menjadi sumber makanan tidak pun pendapatan*ayam,itik dan lainnya*,tergalas tanggungjawab yang besar untuk kita mengendalikannya dengan baik..setelah itu berserah pada Allah..kita saling memerlukan..saling membantu satu sama lain.

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi


07 February 2017

Mencuri Yang Membahagiakan

9:00 AM 17
Mencuri Yang Membahagiakan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MENCURI YANG MEMBAHAGIAKAN.. || Mencuri satu perbuatan yang sangat tidak baik..mengaibkan..cubalah sekali mencuri...10 tahun buat kebaikkan pun terus ter"delete" dari ingatan orang..maka 10 tahun mendatang terkenallah awak dengan 1 kejahatan itu...sedangkan satu kebaikkan diibaratkan 10 ganjarn pahala..1 kejahatan hanya 1 dosa yang tercatat..baiknya Allah..taatnya Malaikat..tak adalah Malaikat tu sesaja hasut Allah supaya dengki kat kita suruh ganda-gandakan dosa bila buat silap..yang selalu cepat menghukum dengan kejam adalah manusia..lebih parah tanpa usul periksa..jangan caras kerja hakim..kesian dia..🙈

Tidak semua mencuri itu dikategorikan jenayah..tak percaya jom tengok..eh baca la juga..hihihihi..

Mencuri hati💗..kalau mencuri hati dikategorikan sebagai satu kesalahan atau jenayah..jawabnya ramai yang takut nak menghalalkan perhubungan lelaki dengan wanita..kalau degil nak juga berkahwin terpaksalah beranak pinak didalam penjara..hihihi..walaupun ada yang sengsara setelah hatinya dicuri ianya tetap tidak menyalahi undang-undang cumanya bergantung bagaimana tuan atau puan punya diri merawat diri sendiri..namun begitu bahayanya tetap ada..kerana bakal diserang sindrom angau..

Mencuri Yang Membahagiakan
Google Image

Mencuri perhatian😎..diminta atau tidak..sengaja mahupun sebaliknya adakala dia,kita atau mereka mampu mencuri perhatian..sesiapa sahaja mempu mencetuskan aura ini..bila pelik sikit viral..bila lain sikit mulalah memberi tumpuan yang lain macam..lebih-lebih lagi kalau ianya sememangnya diwar-warkan mahupun dikongsi secara terbuka..meletops..letops..kan..tapi pastikan yang baik-baiklah..unik tidak salah..kreatif pun tidak salah asal tidak lepasi had.

Mencuri dengar👂..arwah nenek PC cukup pantang bila orang tua-tua sembang cucu-cucunya pasang telinga..hihihihi..yang ada siap tulis sebab tunggu sepupu yang duduk jauh balik nanti nak gosip lupa pulakkan apa isi-isinya..nak kembangkan cerita tak susah..goreng sikit dah syok..huhuhu..sesetengah perkara mencuri dengar itu bagus untuk kebaikkan bersama terutama pada perkara-perkara penting..kalau ada yang lupa kita ingatkan..itu maksudnya bukan untuk tujuan tidak baiklah,sesuaikan dengan keadaan kalau ya pun nak mencuri dengar..kalau terdengar perkara yang tidak elok jangan disebar,kalau perkara yang elok pastikan minta izin untuk dikongsi..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

06 February 2017

Jangan Bertanya Sambil Meludah

8:30 AM 21
Jangan Bertanya Sambil Meludah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN BERTANYA SAMBIL MELUDAH || Kalau sebut soal berhati-hati tidak juga semestinya hanya di jalan raya..setiap tindak tanduk kita juga perlulah sentiasa berhati-hati..baik dewasa,remaja mahupun kanak-kanak..elagi boleh cuba elakkan bersikap I.S.A...Ikut.Suka.Aku..bahaya ya..ingat.."jerat tidak pernah lupakan pelanduk,,tapi pelanduk yang selalu lupa jerat"...orang yang bercakap selulu mudah lupa berbanding orang yang mendengar lebih mudah ingat..lebih-lebih kalau tahan sentap hingga merentap tangkai hati..parah..dik..parah..😌

Silakan.Bertanya itu bagus,dapat tambah pengetahuan,daripada tidak tahu kepada tahu..tapi pastikan apa yang hendak ditanya itu kena pada tempat dan situasinya.Takut-takut sendiri sakit hati..itu masih dikira ok lagi..yang bahaya yang ditanya lebih sakit hati..oleh itu berhati-hati.Dalam mulut kita ni..sentiasa ada air liur yang dirembeskan..telanlah berapa kali pun ianya tetap ada..kan nikmat tu..kalau tengok asam ke,,makanan yang lazat-lazat ke..ha itu pun salah satu merangsang lebih banyak rembesan air liur kita..betul tak..berhati-hati..daripada air liur juga boleh tersebarnya penyakit yang mudah berjangkit..lebih bahaya "ludah ke langit kena muka sendiri"...huhuhu..

Ala-ala serampang dua mata.Memuji melangit kemudian mengkeji jejak tanah,mula-mula tanya kemudian rupanya korek rahsia..hoiii..mantap strategi ya..hihihihi..sekali mungkin berjaya kerana mangsa terpedaya dengan menisnya senuman eloknya bahasa..tapi tidak sekian kalinya..wahai makhluk Allah bergelar manusia di mana keikhlasan pada diri sesama insani??..😵😵..berwaspada kerana itu langkah merobek sendiri pekong didada..

Kalau hari ini kita boleh tersenyum kerana berjaya menutup kesilapan diri dengan menjadikan orang lain itu mangsa..percayalah mungkin manusia tertipu tetapi Allah tidak pernah terpedaya dengan perbuatanmu..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi 



05 February 2017

Pedang Cinta

9:00 AM 8
Pedang Cinta
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PEDANG CINTA || Cinta itu luas maknanya terserah bagaimana untuk setiap kita mentafsirnya.Bersih,tulus,,namun sering menjadi kotor dengan kejahilan dan nafsu nafsi.Sesiapa pun berhak untuk mencintai dan dicintai,dengan syarat tidak menolak ke tepi syariat yang mesti dipatuhi dan jangan membelakangi apa yang mesti dikehadapankan.

Pandang lebih jauh.Bukan sekadar sesama insan..luaskan rasa cinta pada skop atau lapangan yang lebih luas..bukan sekadar "i love you..you love me"..mewahkan rasa cinta itu..luaskan..dan singkirkan nafsu pada sesetengah rasa cinta kerana ianya lebih membuat kita lebih berasa sangat bahagia.

Cinta sesama insan itu lumrah...mencintai setiap ciptaanNYA itu indah...rasa yang paling membahagiakan bila kita mula rasa cinta padaNYA sentiasa..itu kunci pada pintu-pintu cinta yang lainnya...      💗Perdu Cinta💗

Saling menjaga.Cinta itu mendidik kita untuk saling menjaga.Menjaga hak yang telah Allah tetapkan..dan bila sesama insan menjaga maruah sebaik-baiknya.Ingat cinta itu sangat luas..sangat mendalam.Kerana cinta ada yang sanggup merana..kerana cinta ada yang sanggup berkelana..kerana cinta ada yang hilang budi bicara..kerana cinta ada yang hanyut entah ke mana..dan kerana cinta juga RASULULLAH SAW dan para sahabat syahid dimedan perang...cinta agung,cinta berTUHAN..Pedang itu sifatnya tajam,bersinar dan sentiasa tersimpan rapi dalam sarungnya..hanya akan berkhidmat bila saatnya ia benar-benar diperlukan..bertempat,,bersyarat..punya nilai tersendiri..moga kitalah pahlawan dan serikandi yang sentiasa memelihara pedang cinta..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

04 February 2017

Pedulikan!!...Sikit Pun Memadailah

10:23 PM 3
Pedulikan!!...Sikit Pun Memadailah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PEDULIKAN!!..SIKIT PUN MEMADAILAH || Kita tahu,buat baik ganjarannya pahala...pahala itu umpama sahabat yang sentiasa membntu kita di akhirat kelak..jangan lupa,satu lagi yang kita harapkan adalah kasih sayang Allah yang boleh diibaratkan tiket untuk kita bermastautin di
JannahNYA kelak..disamping syafaat Rasulullah SAW untuk kita umat baginda..insyaAllah..ameen..

Istimewa.Kita sangat istimewa.Allah beri kita keistimewaan.Banyak sangat.Cumanya kadang PC sendiri pun macam tamak hinggakan lalai untuk bersyukur..beria menginginkan sesuatu sedang banyak nikmat telah dikecapi..kenapa melupakan 10 nikmat kerana mengejar 1 nikmat yang hanya Allah sahaja tahu bagaimana permulaan dan pengakhirannya.Astarghfirullahalazim.Zalimnya diriku sebagai hamba..

Saling tidak mengetahui.Kita melihat namun kita tidak berada pada satu-satu situasi..mereka memandang tetapi mereka tidak merasai apa yang kita rasai.Nampak tak.Seseorang itu melakukan sesuatu pasti bersebab dan dengan gerak yang telah Allah susun aturkan.Baik contohi.Buruk nasihati.

Cabaran.Pahit.Menasihati mudah..hendak buat yang dinasihati itu mendengar dan mengikut itu berat.Adakala mendengar pun sangat menyeksakan bagi sesetengahnya.Tidak mengapalah..pedulikan!!..sikit pun memadailah..mungkin apa yang kita nasihati tidak berguna ketika ini,siapa tahu satu detik ianya menjadi pedoman berguna.Saat kita tidak lagi hidup di muka bumi ini..dan saat itu moga manfaatnya membantu kita di sana melalui kehidupan yang tidak diketahui bagaimana warna dan ceritanya.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, 
Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan nescaya dia beroleh dosa seperti orang yang melakukannya, tidak dikurangi dosa mereka itu sedikit pun. 
(Riwayat Muslim)

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi