30 April 2017

Cantik Itu Dari Hati

12:52 PM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Ahad ini di bulan Syaaban
Tidak lama lagi pula Ramadhan
Selamat bercuti rakan taulan
Riadah bersama keluarga dan rakan

Riadah bersama keluarga dan rakan
Rezeki lebih sama-sama meraikan
Apa adanya jangan dibeza-bezakan
Sama ertinya seolah mempertikai Tuhan

Betapa indah aturan Tuhan
Adakala terjadi di luar jangkaan
Doa dalam sujud dinanti-nantikan 
Langit terbuka membawa hajat insan

cantik-itu-dari-hati
Google image 

Langit  indah ciptaan Tuhan
Mendonggak kita kagumi ciptaan
Tebalkan jiwa dengan keimanan
Moga merasai nikmat hidup berTuhan

Sungguh nikmat hidup berTuhan
Tidak asyik mencari kesalahan
Banyak cara kukuh pertahanan
Mulakan dulu dari dalaman

Cantiknya dalam tidak kelihatan
Bila terpamir baru ketahuan
Benda elok lazimnya tersimpan
Kepada yang berkelayakkan Allah pertemukan


29 April 2017

Ya Betul Sememangnya Hak Awak..Tapi..

12:18 PM 3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Ya Betul Sememangnya Hak Awak..Tapi..
Google image 

YA BETUL SEMEMANGNYA HAK AWAK..TAPI || Jangan lupa orang disekitar awak,saya,mereka juga ada hak..sebut soal hak sangat besar dan luas kalau digali kemudian hurai..

STRESS YANG BUAT ORANG LAIN STRESS JUGA.Rasanya semua orang akan berasa stress (tertekan) dengan asbab masing-masing.Eh PC pun adakala stress..dan lain orang lain caranya mengatasi atau mengawal dan mengurangkan rasa tekanan itu..

Kawan-kawan stress sebab apa....cer citer...

PC akan jadi stress bila pergi kedai makan nampak pekerja di kedai makan tersebut hisap rokok semasa menu masih dikaunter sebelum dihantar ke meja pelanggan.Siap hembus asap rokok tanpa rasa bersalah dan berdosa..grill tambahankah??!?..Itu belum pelanggan dimeja sebelah asyik sakan hisap rokok..BBQ kah...atau bakar otak-otak..mungkin juga sate...huhuhu...tampallah amaran dilarang merokok sebesar tapak gajah...ishhh...sia-sia...tak apalah..moga kesedaran itu bercambah kelak.


Tekanan itu akan menjadikan kita kental kalau betul diacuankan..jangan bertindak melulu dengan mengambil jalan mudah dan singkat tetapi tidak cerdik dan sia-sia...

INI KISAH NUJUM PAK BELALANG.Tengoklah dari zaman hisap botol susu sampai gigi runtuh satu persatu...macam tak jemu..hihi...menjadi keseronokkan bagi segelintir kaum lelaki..menjadi mimpi ngeri bagi si hawa..bukan menongkah hukum namun manusia..tidak pada semua perkara terbuka untuk berkongsi..
Lebih baik sharing because caring...daripada sharing and fighting.. 

1..banyak-banyak  2..sikit-sikit  3..kadang-kadang  4..jarang-jarang
👦👧                       👦👧👧         👦👧👧👧               👦👧👧👧👧

Sunnah?..ya betul...jangan persenda sunnah untuk melepaskan diri..
Berbanding poligami...Rasulullah SAW lebih lama bermonogami(seorang isteri)..isteri yang tidak pernah dimadukan adalah Saidatina Khadijah hingga akhir hayatnya..(betulkan kalau PC silap ya..tak mengapa boleh..)

KISAH YANG BOLEH KITA CIPTA.
1..banyak-banyak..beramal  dengan istiqhomah 👦👧
2..sikit-sikit..perbaiki diri dekatiNya 👦👧👧         
3..kadang-kadang..silap itu lumrah👦👧👧👧               
4..jarang-jarang. .marah itu kejayaan menahan amarah👦👧👧👧👧

                     
Seperti mana rezeki...takdir juga begitu...tidak pernah tersasar kalau ianya daripadaMU Ya Rabb..
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


28 April 2017

Ketepikan Untuk Mendahulukan

7:30 AM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


KETEPIKAN UNTUK MENDAHULUKAN || Buat baik berpada-padalah..adakala bila kita buat baik,yang tidak suka itu pasti ada..sabarlah...yang suka dan menyokong pun sentiasa wujud..syukurilah.Kalau dalam diri sendiri pun ada rasa tidak puas hati...jadi,fikir dan anggap orang lain juga begitu supaya mudah untuk kita terima dan berlapang dada*bukan dedah dada* pada setiap maklum balas yang bakal diberi dan diterima..

MENYUSUL NANTI.Dulu sering PC dengar.."sikit-sikit tunggu balasan akhirat nanti"...itu dulu...orang cakap..tapi akhir zaman ini...banyak dah Allah SWT  beri tunai di dunia..bila terasa sakit hati jauhkan daripada mendoakan yang bukan-bukan.Bila asyik terkena dan dikenakan..sesiapa pun..PC sendiri pun timbul rasa untuk "membalas"..persoalannya sampai bila..di mana hujungnya.Jadi,kalau boleh bertahan..adakala kita tidak perlu pun menyerang untuk berjaya dan menang..cukup dengan bertahan kita mampu cemerlang..
Sebaik-baik mengemudiankan adalah ketepikan duniawi seketika untuk mendahulukan tuntutan ukhrawi..seburuk-buruk tindakkan adalah mendahulukan kepentingan diri mahupun organisasi namun ketepikan hak peribadi kepada yang berhak..ingat! Allah nampak..Dua penganiayaan berlaku..terhadap orang lain yang kesannya di dunia...dan terhadap diri sendiri yang akibaynya di akhirat.
Ketepikan Untuk Mendahulukan
Google image 
BERBALOI BILA KENA TEMPATNYA.Bertindak bijak dan rasional.Susah tu.Sebab kita sering kali tewas dan tumpas dengan emosi..ya PC acap kalinya begitu..subhanaAllah.Ada ketika jangan fikir dan berasa terkilan bila kita ketepikan  untuk mendahulukan..bila?..bila untuk DIA PENCIPTA serta ibu bapa khasnya..kerana kemudiannya nikmat mendekat berganda-ganda.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

27 April 2017

Biar Berskala Itu Lebih Baik

7:23 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Biar Berskala Itu Lebih Baik
Google image 


BIAR BERSKALA ITU LEBIH BAIK || Kalau kita biasa tengok iklan ditelevisyen..pasti ada yang menggunakan skala bagi mengukur keberkesanan satu-satu produk baru...syampulah...barangan kosmetik juga tidak ketinggalan..kecerahan...kegelapan...kelurusan..kekusutan..haaa...segala bagai ada..motif?

PERUBAHAN.Berskala..bermula dari peringkat yang paling asas...yang paling mudah dan seterusnya ke peringkat yang sederhana kemudian lebih mendalam...ya,PC rasa itulah skala yang terbaik untuk kita atau sesiapa sahaja yang ingin berubah ke arah yang lebih baik.Berubah secara berperingkat dan perlahan-lahan.Jangan ikut orang lain kerana setiap orang ada potensi masing-masing..ada daya terima berbeza-beza.



Cepat naik maka cepat turunnya..adalah lebih baik perlahan dan kemudian bertahan..kerana ianya lebih memberi impak..

IDEAL.Memiliki berat badan ideal menjadi impian segelintir daripada kita.Ada yang memandang serius akan hal ini,dan tidak kurang yang biasa-biasa saja..mana-mana pun ok gitu kekdahnya..berat badan yang ideal bukan jaminan sifar penyakit...namun mungkin penyakit agak sukar untuk aktif bila empunya tubuh sentiasa berusaha untuk menjauhinya.


Sekiranya sedang berusaha meningkatkan kualiti kesihatan badan..berpada-pada dengan caranya..niatkan kerana DIA..untuk lebih mudah beribadah kepadaNya..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

26 April 2017

Menggeramkan Sungguh Laaa..

10:00 AM 18
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MENGGERAMKAN SUNGGUH LAAA || Bila tengok sesuatu *yang boleh dipandanglah ya* rasa geram..rasa seronok..mesti tak cukup sekali..maka berkali-kalilah mata ni nak memandang..sebab setiap sesuatu itu ada daya tarikkannya yang unik dan tersendiri..tapi tengok tu kalau boleh...kalau bolehlah......jangan tengok saja-saja....jadikan ia asbab kita lebih mahu mendekatiNYA.


Google image 

PART GERAM SUKA NAK TENGOK..HA..😊👍

TUMBUHAN.Terutama yang baru nak bertunas..dan dah berbunga..tak kisahlah pokok bunga ke..pokok buah-buahan ke..suka tengok..tunas yang baru tumbuh itu umpama kehidupan kita setiap pagi..hari baru...cerita baru..begitulah..

PELAPIS MASA HADAPAN.Tak ada baby yang tak comel..semua baby comel..salah satu dari banyak-banyak ciptaan Allah SWT..dibahu ibu bapanya tergalas amanah dan tanggungjawab yang bukan calang-calang beratnya..subhanaAllah..antara lorong-lorong ke syurgaNya untuk ibu bapa yang berjaya..Damai jiwa tatkala dapat melihat anak anak ini boleh menghadaz dan menghafal Kalammullah diusia yang masih hijau.Sungguh!PC kagum.

WARNA.Muka bumi ini kaya dengan warna-warna indah untuk dilihat dan dihargai..pelbagai bentuk..bermacam tekstur..mewah..alhamdulillah..lihat pada diri sendiri pun banyak yang boleh kita hargai..kagumi..hebat Allah yang mencipta..

TAPIKAN ADA JUGA PART YANG KURANG COMEL LAGI MENGGERAMKAN*menjengkelkan hati*..😤💔

KALAH PETIR.Diam tidak semestinya suka dan setuju..hehehe..walhal dok perhati kecik-beso-kecik-beso je mata dengan lubang hidung ni..Diri tidak sampai 3 langkah tapi bercakap macam kawan tu di hujung kampung.Terjerit-jerit..Allahuakbar..sedihnya la..cukup Allah tahu semua yang ada pada kita...orang lain tak perlu tahu..

MELAWAN.Kalau budak-budak melawan tak pelik..adalah juga comelnya..tegur sekali dua tunjuk rotan..sumpah tak buat lagi..tapi kalau dah remaja purba melawan..tunjuk kayu bakau pun tak guna..silap-silap dia tunjuk kayu balak kat kita..Melawan bukan semata-mata dengan berbalas cakap..dengan perbuatan pun boleh menunjukkan reaksi melawan.Geram..istighfar jelah caranya..betullah PC rasa geram bila ada yang suka provok..jangan sampai PC piat telinga tu...kikiki..


Ada yang kita suka dan sebaliknya...begitulah kita..semuanya ada pengajarannya yang tersendiri...

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

25 April 2017

Kecil Yang Besar

8:17 PM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KECIL YANG BESAR || Besar,gah...itu yang seringkali ditafsir hebat..dan PC adakala berpandangan begitu.Sehinggakan terpinggir yang kecil comel molek itu ada ketikanya tidak terjangka hebatnya..luar biasa dan berbisa..jangan nilai luaran terus membuat kesimpulan.

Biarpun hanya sebelah...jangan dipandang sinis..
Daripada ‘Adi bin Hatim RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan bersedekah sebelah buah tamar.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kecil Yang Besar
Google image 

BOLEH BERTUKAR.Apa yang kita beri walau sedikit asal keikhlasan itu putih,besar ganjarannya..walaupun besar dan banyak yang dihulur..kalau hitam nawaitunya ianya bukan sekadar mengecilkan ganjarannya..mungkin juga mampu menghapus yang sedia ada..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

Sentiasa Ada

9:31 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SENTIASA ADA || Sahabat baik sentiasa ada disaat sukar sahabatnya..suami seharusnya sentiasa bersama isterinya terutama tatkala wajah si isteri tanpa alat solek*bagi wanita yang sentiasa ber'makeup'..huhu*..itu harapan kita manusia..ingin sentiasa ada seperti apa yang diidamkan..dihajati..difikirkan..

MASALAH.Di mana pun kita berada,ya masalah tetap ada.Kecil,besar,sedikit atau banyak itu sahaja bezanya.Sesiapa pun sepanjang kehidupannya akan terdedah dengan permasalahan..kalau tidak berpunca daripada diri sendiri..mungkin masalah itu berpunca daripada orang lain..semuanya dengan izin DIA,atas kehendaknya untuk mendidik diri kita.Sabar itu sukar.Paksa diri untuk terus sabar.

REZEKI.InsyaAllah sentiasa ada untuk kita.Ikhtiarkan,ya hasilnya akan diperolehi nanti.Mendapat rezeki yang lebih,melimpah ruah itu nikmat..alhamdulillah..atau mungkin sekadar kecukupan..ya itu juga nikmat..sewajarnya sentiasa disyukuri dan dirai dengan rasa berlapang dada.

SOLUSI.Gerak hati,idea atau pun ilham..mungkin juga melalui orang lain di sekeliling kita..solusi itu sentiasa ada untuk kita melerai apa yang mungkin sedang tersimpul,menyambung apa yang telah putus juga menjernih apa yang kelihatannya keruh.SubhanaAllah..seperti mana masalah dan rezeki itu sentiasa ada dan hadirnya pelbagai rupa,begitu juga cara mengatasi sesuatu kemusykilan yang mungkin timbul.


Apa pun..di mana pun..ingat..ALLAH SWT sentiasa ada untuk kita..

sentiasa- ada
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-samamencari redha Ilahi 

24 April 2017

Tolak 45..Jagalah Bakinya

10:49 AM 15
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Tolak 45..Jagalah Bakinya
Google image 

TOLAK 45..JAGALAH BAKINYA || Alhamdulillah,daripada 50 kemudian rayuan demi rayuan hingga timbul rasa malu padaNya...bakinya itu hingga kini..menjadi salah satu rukun yang wajib dilunas sebagai orang Islam yang beriman.

TANDA CINTA.Rasulullah SAW tahu bagaiman umatnya di akhir zaman..ternyata berbaki 5 itu pun dirasakan berat dan masih ada yang meninggalkannya..melalaikannya tanpa rasa berdosa.Hargailah cinta dan kasih sayang Rasulullah SAW kepada kita..banyak istimewanya menjadi umat baginda.Balaslah dengan mentaati Allah SWT.

TIKET DAPATKAN HARTA.Nak tengok wayang..nak naik kapal terbang..nak naik bas ekspres pun kena beli tiket dulu,,dunia ni ibaratnya tempat kita kumpul duit nak beli tiket yang saaaaaangat bernilai dan mahal...tiketnya di akhirat..hasilnya...selepas titian sirat..insyaAllah,yakin boleh..ikut,taat...baik-baik hujungnya nanti.

Awalnya kurang baik,,moga di tengah-tengahnya timbul kesedaran yang membawa kebaikkan secara berterusan hingga ke hujungnya..ameen..ameen..ameen..hidayah itu milik Allah..tapi kita perlu usaha mendapatkannya..

27 Rejab 1438H 
Salam Israq Mikraj 
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi  

23 April 2017

Ruang Yang Terbuka

8:57 AM 21
Ruang Yang Terbuka
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

RUANG YANG TERBUKA

Alhamdulillah Ahad muncul lagi
Bertambah cerita itu ini
Bawa berkelah anak bini
Berhati-hatilah awasi diri

Pergi gerai pesan Milo
Milo suam kurang manis
Jauh dekat hello..hello
Erat ukhuwah berkata manis

Duduk diserambi diwaktu petang
Sambil makan cengkodok pisang
Ada baiknya tetamu bertandang
Dosa-dosa kecil hapus terbang

Ramadhan semakin mendekati
Kurma sudah kelihatan di sana sini
Jangan juadah berbuka sibuk difikiri
Tumpulah pada ibadah untuk diri

Menonton wayang dihujung minggu
Tidak sedar waktu berlalu
Kalau mahu kecukupan waktu
Luangkan dulu waktu untuk DIA yang satu

Rambut kerinting banyak kutu?
Eh,,eh jangan cakap begitu
Selamat beristirehat sahabat blogger ku
Moga kalian sejahtera selalu

22 April 2017

Ada Masa Batu..Sesekali Tisu

9:37 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Ada Masa Batu..Sesekali Tisu
Google image 

ADA MASA BATU..SESEKALI TISU || "Sedangkan pantai boleh berubah..begitu jugalah hatinya manusia"..mesti kaitkan dengan hatikan..kerana baik hati maka baiklah keseluruhannya..dan sebaliknyalah..besar peranannya hati itu membentuk diri kita di muka bumi Allah ini.

BOLEH BERUBAH.Ya hati kita Allah punya..dalam jasad kita yang juga Allah yang punya.Berserta hati,adalah akal.Dan di antara keduanya ada nafsu.Sampai waktu kita berserah,namun sebelum itu kita kerah..kerah dan kerah diri.Allah beri setelah lihat ikhtiar kita walau sedikit dan kecil sahaja.Nak usahakan..tidak mahu kerugian. Luar jangka itu tafsiran kita manusia pada DIA kuasa "kun fayakun" milikNYA.

TAKUT.Takut atau ketakutan itu salah satu daripada banyak perasaan yang ada pada diri sesiapa pun.PC pun ada perasaan takut juga.Banyak faktor rasa takut itu bercambah dan subur dalam hati kita.Ada ketika ianya membuat kita hilang rasa keyakinan.Sama ada berpunca daripada diri sendiri (pengalaman hidup) atau juga disebabkan faktor sekeliling yang sering mempengaruhi.Secara peribadi mempunyai rasa takut itu normal dan wajar kerana kita manusia biasa..namun jangan sampai rasa takut itu menjurus kepada hilang rasa kepercayaan kepada qada dan qadar serta meragui kekuasaanNya.


Mempunya prinsip itu perlu agar menjadi insan yang tidak mudah dipergunakan orang lain..namun tidak salah juga bertoleransi untuk manfaat bersama..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-samamencari redha Ilahi 

21 April 2017

Cuba Gantikan Kemudian Amalkan

7:52 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


CUBA GANTIKAN KEMUDIAN AMALKAN || Perbetulkan yang lama,amalkan yang betul..bukan mudah nak biasakan diri pada perkara baru..sungguh bukan mudah ya..perlu ambil masa mungkin singkat atau tidak mustahil mungkin bertahun juga..berasa janggal atau kekok itu pasti..tetapi kalau dihati sudah disemai niat yang lurus..insyaAllah akal dan jasad akan menurut..Allah sentiasa ada membantu..lembutkan hati..

Lebih mudah untuk kita mencorak di atas sehelai kain putih yang kosong dan bersih..berbanding menghias pada sehelai kain yang telah tersedia dengan lukisan dan warnanya..



INILAH YANG SERING SINGGAH DIBIBIR.

ALAMAK..cuba gantikan dengan Allahuakbar..lebih bermakna dan memujiNYA juga..lagi berpahala kan..mudah bukan..

cuba-gantikan-kemudian-amalkan
Google image 

NASIB BAIK..bila terlepas daripada satu satu situasi yang tidak diingini..ya 'nasib baik' inilah sering disebut..lepas ini ubah kepada Alhamdulillah..tanda syukur kita kerana Allah lindungi kita..puji Allah.

WOW.Rasa kagum?..bagus..selain espresi wajah yang nenunjukkan kekaguman itu,kita mesti akan sebut wow..tidak pun peeerghhh..kagum sangat la maksudnya tu..kalau kita kagum dengan manusia atau hasil kerjanya jangan lupa siapa yang mencipta diri manusia itu..oleh itu ubah ke SubhanaAllah.

Berhati-hati...
Pelihara setiap perkataan yang baik-baik dan suci..pastikan sewaktu kita hendak menyebutnya di bibir  itu berada ditempat yang bersesuaian..namun istimewanya..seandainya kita menyebut di dalam hati...ianya baik-baik sahaja...di mana pun..


Pilih mana yang terbaik itu perlu..menggandingkan apa yang telah terbiasa itu dengan yang terbaik itu tidak salah..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

20 April 2017

Bergurau Jangan Sampai Mempersenda

8:38 AM 20
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

bergurau-jangan-sampai-mempersenda
Google image 

BERGURAU JANGAN SAMPAI MEMPERSENDA || Bergurau itu perlu dalam kehidupan seharian kita..Rasulullah SAW sendiri bergurau dengan isteri baginda.Bergurau ni boleh mengeratkan ukhuwah..bukan sahaja hubungan sosial..dengan rakan-rakan..malahan dengan ahli keluarga juga..adik beradik..suami isteri..anak-anak..tak adalah asyik mengadap situasi muka ketat sentiasa..kalau begitu yang stress bakal berlipat ganda stress-nya..

LETAKKAN HAD.Ingat sentiasa,apa pun yang kita buat mesti ada hadnya.Jalanraya pun ada had kelajuannya..begitu jugalah dalam kita menjalani kehidupan sehari-hari.Kalau kita ingat hukum insyaAllah kita boleh menjaga had atau batasan..tak apalah..hari ini mula sikit..esok sambung lagi...kan lama-lama jadi insan yang lebih baik..daripada terus langsung tak berubah..betul tak..

AGAMA.Zaman PC kecil-kecil..kalau ikut nama pergi dengar ceramah agama..tak pun ceramah agama di sekolah..ustaz atau ustazah undangan...omak oiiii...serius sungguh la muka..padat dengan fakta..kalau 2 jam...2 jam tulah sendat dengan input..yang bosan mulalah asyik la ke tandas..berbeza sekarang..di surau..di masjid atau di mana pun majlis ilmu penceramah lebih bijak menarik perhatian penonton atau pendengar dengan menyelitkan sedikit jenaka asal tidak mempersendakan agama dari mana-mana bab pun..hiburan emosi dan santapan rohani..seiring..kadang tak sedar masa berlalu..

FIZIKAL.Kalau kawan kita gemuk..kita panggil atau main ejek-ejek..eee gemuk..eee gemuk macam badak...kalau kurus...eeee kurus...macam lidi...PC melalui zaman begitu..bagi PC itu lumrah..sama-sama tak baligh lagi...sama-sama tak mummaiyez pun juga masa itu..ibaratnya lap hingus pun guna hujung lengan baju..kalau merajuk pun mungkin 5 minit..huhu..kemudian gurau semula...itu budak-budak..mungkin saat itu tahu hukum sekadar tahu tapi belum begitu memagami..dan tatkala ini..si dewasa diharap sentiasa peka pada sebarang bentuk gurauan..mungkin akan menyinggung perasaan orang atau lebih parah komplen ciptaan Allah SWT secara tidak langsung.

MARUAH.Kucing kalau diherdik depan tetamu pun sedih mukanya..tak percaya cubalah..inikan pula manusia..bergurau itu pemanis kehidupan..namun ianya akan bertukar pahit jika terheret hingga menyebabkan jatuhnya maruah seseorang itu..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

19 April 2017

Menjadi Yang Terawal

10:03 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MENJADI YANG TERAWAL..

Bukan mudah tetapi dengan semangat tidak susah
Asal niat kerana Allah SWT yang AAHAD'
Bantuan Allah itu akan segera mendekat...

Berkejaran..nampaknya seolah tergesa-gesa
Tergesa-gesa memenuhi saf pertama itu hebat
Untuk berasa lebih nikmat..moga dapat berganda RAHMAN RAHIM
Mudah-mudahan.

menjadi-yang-terawal
Google image 

Embun hanya terlihat seawalnya pagi-dingin,suci
Beruntunglah bagi jasad-jasad yang mampu bangkit lebih awal darinya itu..subhanAllah..
Embun dulu...atau kita dulu..
Malu pada diri sendiri..sebenarnya  lebih malu pada ILAHI

Minta itu minta ini
Sedia ada telah diambil
Namun tetap meminta lagi
DIA tetap suka..malahan menanti-nanti
Cuba bangkit..jadi yang terawal..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

18 April 2017

Bertahan Atau......Ermmm..

9:55 AM 19
Bertahan Atau......Ermmm..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖





BERTAHAN ATAU...ERMMM || Kekuatan untuk bertahan itu bermula daripada dalam diri sendiri..lazimnya dikaitkan dengan semangat..dan semangat pula letaknya dihati..bentuk dan keadaan fizikal bukan penentu sepenuhnya kepada wujudnya semangat yang tinggi..mungkin ada yang sering terlepas pandang akan hal ini..hakikatnya semua dengan izinNYA..

SABAR BUKAN SLUMBER.Sabar itu perlu.Sabar itu sifat terpuji.Tapi sabar yang slumber tanpa tindakan walhal tindakan itu perlu..itu yang bahaya.Sabar tidak bersempadan itu mesti..tapi sabar yang disertai dengan usaha atau tindakkan itu wajar.Ada sesetengah orang faham untuk menghormati kesabaran orang lain..tetapi lebih ramai yang mengambil kesempatan di atas kesabaran orang lain..bahagian ini yang perlu ditangani dengan sabar tetapi bukan kesabaran yang kosong.

bertahan-atau-ermmm
Google image

NUFFNANG OH NUFFNANG.Terserah pada diri masing-masing bagaimana untuk menambah pendapatan.Betul niat dan caranya..insyaAllah cantik juga rezekinya nanti.Lambat atau cepat serah padaNYA yang penting sudah diusahakan sehabis baik..pengiklanan dengan dunia blog berpisah tiada..ini menjadi salah satu usaha blogger menambah sedikit pendapatan..prestasi blog PC yang semakin merudum..atau pihak Nuffnang yang semakin rigid untuk memilih blog bagi menyiarkan iklan...wallahuaklam..mugkin ada blogger yang kian berputus asa dengan pihak Nuffnang atau setia menanti dengan sabar...terserah pandangan masing-masing..

UNIK DAN ISTIMEWA.Syukur Allah SWT pilih kita untuk menumpang hidup di muka bumi ini..berbekal agama yang diwarisi..akal dan fizikal(jasad) yang dipinjamkan..kita menempuh kehidupan yang penuh liku ini dengan gigih dan sebaiknya..alhamdulillah.Terima kasih Allah. 

Minta sesuatu daripada manusia..tidak dapat..kita berasa sedih dan kecewa..tetapi minta dengan Allah SWT biarpun lewat..keinginan untuk terus meminta itu subur..kerana Allah SWT menjawab setiap doa doa kita dengan cara yang paling unik dan istimewa...

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

17 April 2017

Matanya Orang..Telinganya Orang..Mulutnya Orang

10:53 AM 15
Matanya Orang..Telinganya Orang..Mulutnya Orang
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MATANYA ORANG..TELINGANYA ORANG..MULUTNYA ORANG || Bersyukur bila Allah kurniakan pancaindera yang sempurna untuk kita..jaga baik-baik..manfaatkan juga ke arah yang baik-baik ya 😊.Salam Isnin yang indah😉..selamat qada puasa dan selamat melaksanakan puasa sunnat.

Aura Ramadhan kian terasa.Atau mungkin PC saja yang over dan rasa begitu.Promosi raya sudah bermula dari awal tahun sedang promosi Ramadhan baru sahaja bermula.Tidak mengapalah.Asal kita tahu batasannya.

MATANYA ORANG.Tidak perlu tunggu buka mulut pun kita boleh tahu reaksi dan emosi melalui mata..marah,gembira,sedih..yes sinar mata itu unik.Dan biarpun memandang pada perkara yang sama namun fokusnya pada satu-satu sudut itu berbeza beza kerana daya tarikan dan rasa tertarik setiap individu itu berbeza.

Lalu seorang wanita/lelaki dihadapan tiga orang lelaki/wanita..Lelaki/wanita A - lebih tertarik pada wajahnya.Lelaki/wanita B - lebih fokus pada potongan dan bentuk tubuhnya.Lelaki/wanita C - tumpuannya pada pakaian dan penampilannya.Siapa yang paling berasa nikmat dan beruntung sebenarnya?..bagi lelaki dan wanita yang menundukkan pandangannya..insyaAllah.

TELINGANYA ORANG.Dia dengar C..saya dengar E..eh..eh..mana satu ni..dah jangan tarik-tarik rambut..aurat tu..nak lebih selamat tanyalah biarpun berkali-kali..tiada salahnya bertanya..kalau takut lupa..risau silap..silalah mencatat kerana itu lebih baik daripada teragak-agak..

MULUTNYA ORANG.Kita tak boleh kawal mulut orang kecuali diri dia sendiri yang ada usaha nak didik mulut tu.Begitu juga kita..orang lain cuma boleh nasihat,selebihnya atas diri sendiri juga.Orang cakap kita dengarkan..kemudian tapis siap-siap..bila tiba giliran kita cakap pilihlah perkataan yang baik-baik walau pun susah..susahnya bila kita asyik dibom dengan perkataan perkataan yang menjarum dan menggunting..silap -silap kita terus bersilat..

Sabar dan syukur itu nikmat bila ingat kematian kian mendekat..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

16 April 2017

Menjaga Itu...

10:38 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

menjaga-itu
Google image 


MENJAGA ITU.. || Sebut hal menjaga..hui..mudah..ibaratnya menyemai benih cili...ala dah tanam tu..siram..letak la baja..begitulah asasnya..namun tidak semudah itu..bagi yang dikatakan tangan sejuk..tanam la pokok apa pun..kadang tu tak tanam pun..dicampak campakkan je benih..eh hidup..dengan izin Allah SWT juga..kawan sorang ni..puaslah semai itu ini..tak juga menjadi..kata orang tangannya panas*pokok susah nak hidup dan menjadi*...alahai..nampak tak..sebenarnya kelebihan dan rezeki masing-masing..dah tak perlu direndam tangan tu dalam ais..naik kecut..tangan sejuk tangan panas tu kiasan je...

IBU AYAH."Mak ayah boleh jaga 10 malahan lebih yang ada tu orang anak...tapi 10 orang anak tu belum tentu boleh melayan karenah mak ayahnya"...ada yang tidak setuju dengan pepatah ini..sungguh PC setuju..dannn bersyukurlah mak ayah kalau dalam ramai-ramai anak...ada yang sanggup tinggal bersama mereka walau sudah berumahtangga..bab lain pula...anak menantu sila beli hati mertua...mahal ya...jangan main-main...menjaga itu mudah...tapi nak kekalkan dan tambah kualiti jagaan itu sukar..saat anak semakin dewasa dan tua...detik itu pula mak ayah kita yang sudah berusia kembali ke zaman kanak-kanaknya...inilah cabarannya.

SUAMI ISTERI.Sempurna nafkah zahir-rumah,pakaian,tempat tinggal..lengkap nafkah batin-saling menjaga perasaan masing-masing. .alhamdulillah..cukupkah?..pada pandang kasar,ya asasnya cukup sempurna..namun sejajar dengan istilah suami seorang imam yang menakhodai bahtera rumahtangga jangan pandang mudah pada perkara kecil yang besar akibatnya kelak..dan isteri,belajarlah sikit-sikit..bantu suami..kurangkan tanggungan dibahu kirinya..beratkan bahu kanannya..

Bila satu kesalahan itu tidak ditegur ada banyak kemungkinan..mungkin dia(suami/isteri) tidak tahu ianya salah..atau mungkin dia(suami/isteri) tidak mahu mengguris hati insan-insan kesayangannya..bagaimana pun..biarpun telah bercucu..tiada salahnya terus menimba ilmu rumahtangga kerana matlamatnya adalah berpimpinan tangan menuju ke syurga..💑

HAK PENCIPTA.Kalau dah katanya pinjaman,pasti ada pemiliknya..tak gitu.Murah dengan kasih sayang itu bagus*sila pastikan bertempat*...ada rasa sayang pada sesama makhluk itu juga bagus..dan sebelum memula menyebarkan rasa sayang itu pada yang lain..sayangi diri sendiri terlebih dulu..itu juga tanda menghargai apa yang Allah SWT beri..sebelum diambil semula...hargai..syukuri..

Bila kita rasa syukur dengan sebenar benar syukur...rasa kecukupan itu sentiasa dirasai...dan apabila kita tidak berasa puas..percayalah apa milik orang akan dirasakan dan kelihatan seperti milik kita..jangan semai benih tamak..bunuh  benih itu dengan sifat syukur..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

15 April 2017

Luar Waktu

12:11 PM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

LUAR WAKTU || Sebut waktu semua orang tahu..bezanya sama ada setiap detik itu kita hargai atau berlalu dengan sia-sia..itu sahaja..

Setiap detik yang Allah pinjamkan kepada kita,sampai hari yang ditetapkan..biar pun sesaat..pasti dipersoal apakah kita manfaatkan atau sebaliknya..akan ditanya semuanya..

TIDAK DITUNTUT TAPI DIGALAK.Sedia maklum,solat lima waktu itu wajib dilunaskan sehari semalam 5 waktu..namun di luar waktu itu..di saat yang lain asyik lena dibuai mimpi..solat sunnat juga digalakkan untuk kita lakukan..begitu juga dalam halnya berpuasa.Berpuasa di bulan Ramadhan itu wajib...namun diluar bulan tersebut kita digalakkan untuk berpuasa sunnat..

luar-waktu
Google image 

LEBIH BERBALOI KERANA ALLAH SWT.Ada orang buat kerja sedikit tapi hasilnya lumayan..ada pula buat kerja lebih hasilnya biasa-biasa..atau mungkin lebih sedikit berbanding tenaga yang dikerah.Bukan mudah nak mencari dan mendapat rezeki yang halal dan suci.BUKAN MUDAH.Semuanya bermula daripada langkah usaha yang pertama.Tindakkan.Perbuatan.Nak lebih usaha lebih.Buat lebih kerja.Lebih usaha.

Kalau ditanya,pasti tidak ada pun yang suka untuk melakukan 2...3 kerja dalam satu masa untuk kelangsungan hidup..satu cara untuk berasa bahagia...lakukan kerana Allah SWT bukan kerana manusia..

ADA NILAINYA YANG TERSENDIRI.Tengok buah-buahan.Kalau musim buah..harga akan jatuh..siap jual borong dan longgok lagi..ha masa nilah boleh beli..boleh ulang makan banyak kali..begitulah bila penawarannya berlebihan..sampai peniaga sendiri pun kadang jual bukan nak untung banyak tapi sebab nak habiskan stok..tapi cuba kalau diluar musim..dengan harga yang bukan melambung..tapi melantun-lantun..dapat jeling hujung mata👀 pun dah syukur..kikikiki..saat ini LEBIH BERGANDA.Durian yang mahal bertambah mahal..mahal pun dah kalau teringin..tutup mata..bayar.

Melakukan apa sahaja asal perkara itu baik itu sememangnya digalakkan agama..namun bila kita boleh lakukan kebaikkan itu dengan istiqhomal walhal pada satu hukum yang ringan..percayalah kita akan rasai nikmatnya yang luar biasa..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi  

14 April 2017

Jangan Sampai Ada Rasa "Tidak" Itu..

8:38 AM 20
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


jangan-sampai-ada-rasa-tidak- itu
Google image 

JANGAN SAMPAI ADA RASA "TIDAK" ITU || Alhamdulillah gembira rasanya bila Allah SWT izin bersua lagi dengan penghulu ni..seminggu sekali penghulu tetap muncul kerana putarannya sememangnya begitu..bezanya diri ini..masih bernyawa di sini atau sebaliknya.

Bila kemarau melanda...setitis air itu tersangatlah berharga..begitu juga kesempatan yang Allah pinjamkan kepada kita..ianya tersangatlah bernilai..dengan baki usia yang kita sendiri tidak tahu..isi peluang yang ada semaksimumnya..

TIDAK BERGUNA.Barang terbuang pun kalau bijak diurus boleh jadi sumber pendapatan jadi jangan pernah rasa diri tidak berguna..adakala rasa itu muncul berpunca daripada mulut-mulut yang tidak beretika..kemudian tersimpan kemas dihati..subhanAllah..kalau dengar sama ada ditujukan tepat pada diri atau sekadar sembang kencang bak belakang parang yang tumpul...mohon abaikan..tiada yang sia-sia bila Allah SWT cipta sesuatu itu..termasuklah diri kita..percayalah..

TIDAK SETIMPAL.Allah akan beri rezeki dengan banyak cara...begitu juga dugaan atau pun ujian dalam kehidupan yang akan datang dalam pelbagai bentuk.Kalau kita dah sehabis baik buat kebaikkan..namun Allah SWT masih lagi mendatangkan ujian...bersabarlah..pasti bersebab..muhasabah diri..semak kembali niat yang terpasak..kerana orang lain nilai kebaikkan itu diluaran sedang Allah SWT menilainya daripada dalaman..

Jangan mengeluh pada setiap kebaikkan yang dilakukan andai dirasakan tidak mendapat ganjaran yang setimpal...boleh jadi Allah SWT melebihkan di satu sudut yang tidak kita ketahui sedang kita sibuk merisaukan perkara sedikit yang tidak bertambah-tambah..

TIDAK LAYAK.Sesekali terbit dihati PC rasa tidak layak..mungkin berpunca daripada rasa rendah diri..setiap kali asyik menterjemah idea dipapan kekunci..ya terbit rasa itu..sedari tahun pertama lagi..namun dengan izinNYA biar pun sering tergelincir..alhamdulillah PC masih lagi berkongsi yang sentiasa PC harapkan manfaatnya bertebaran..En Suami  dan sahabat-sahabat blogger umpama vitamin buat PC bangkit...bangkit dan terus berkongsi ceritera..terima kasih...

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 
@salam Jumaat


13 April 2017

Beringatlah Sentiasa

11:26 AM 14
Beringatlah Sentiasa
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BERINGATLAH SENTIASA..

Beringatlah Sentiasa
google image


Pergi pekan berkereta kuda
Sambil bersembang bergurau senda
Kadang ingat kadang lupa 
Memang itu lumrahnya manusia

Beli anak benih rambutan budak sekolah
Kiriman daripada hai jiranlah sebelah
Bila ingat bersyukurlah
Bila lupa beristighfarlah

Balik sekolah habis basah
Hujan lebat tiada tempat berteduh
Sebut ilmu terimbas sekolah
Hakikatnya sepanjang kehidupan adalah madrasah

Buat rojak dicampurnya cuka
Rojak nenas pembuka selera
Allah beri bukan suka-suka
Ada asbab untuk kita teroka

Bila berbicara melebihi gula
Manisnya terasa hingga kejiwa
Dibibir sering ungkap syurga
Jangan perbuatan menuju lembah hina

12 April 2017

Jangan Benarkan Diri Terperangkap

12:48 PM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


Jangan Benarkan Diri Terperangkap
Bayang-bayang itu umpama teman..apa pun rupa kita saat itu dia tetap dia ..tulus..mulus..



JANGAN BENARKAN DIRI TERPERANGKAP || Sebut pasal perangkap ni sangat sinonimlah dengan tikus..landak..ayam hutan..betul tak..kepada peminat burung..tak dipanggil perangkap tapi jerat burung..tapi fungsinya sama sahaja..

Ada kiasan..

Jerat tidak pernah melupakan mangsanya..tepi mangsa itu sendiri yang sering terlupa akan si jerat..

Lucunya kiasan ini lazim digunakan bila seseorang itu naik angin..tuntut janji atau tuntut hutang tapi pihak sebelah buat-buat koma.Bagai dihiris belati rasa hati tu..sabarlah.Biasalah bila sedang emosi kadang macam-macam peribahasa,simpulan bahasa,kiasan keluar walau kedengaran seakan tidak kena dengan situasi..layankan je.

FIKIR BANYAK KALI PUN TIDAK MENGAPA.Ada masa diri sendiri terperangkap dengan tindakan yang diri sendiri putuskan.Sendiri gali lubang,sendiri masuk,sendiri tertimbus.Dahsyatkan..tapi itu lebih baik daripada kita gali lubang tanam orang hidup-hidup,itu lebih zalim.Sebab itu mengapa sangat digalakkan agar sentiasa fikir sehabis baik sebelum bertindak.

DENGAR DAN HADAM.Mendengar pendapat sesiapa pun tidak menjadi satu kesalahan..dah kata pun dengarkan..maka dengarlah..kemudia hadam betul-betul..kalau rasa sesuai dan ada benarnya,sila gunakan.Dan andai kata tidak membantu sila jentik jauh-jauh.Ego itu ada pada setiap orang.Bagi PC ego yang sihat itu perlu ada.Tapi jangan sampai keegoan itu menghalang diri kita untuk diacuankan semula kepada acuan yang lebih cantik.Rugi sangat nanti.

BAYANG-BAYANG.Pertembungan antara kegelapan dan cahaya itu menampakkan bayang-bayang..kucing sangat suka dengan bayang-bayangnya sendiri..dia ingat kawan baru..jadi jangan pelik kalau kucing nampak bayang-bayang dia sendiri dia akan bergurau terpusing-pusing..*kucing PC la tu*..dan kita adakala terkejut dengan bayang-bayang..siap ada yang melatah..itu baru bayang-bayang belum roh..tak sempat pecut dah pengsan..


Ke mana pun kita pergi,belari dan berhenti,ya bayang-bayang itu setia menemani..kita dia,dia kita..namun jangan pernah benarkan diri terperangkap dengan bayang-bayang khilaf yang lalu kerana ianya boleh membelenggu kita daripada kepompong insaf dan taubat..        💗Perdu Cinta💗   


*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Ilahi

11 April 2017

Senyum Je..

7:57 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


Senyum Je..
Google image 


SENYUM JE.. || Roller  coaster..bagi yang gayat,tengok sahaja pun sudah cukup mengecutkan perut.Itu tengok,yang lebih parah dengar saja pun dah menjerit-jerit macam kena sengat lebah..serta merta muntah,belum naik lagi.Tapi bagi yang sangat gemarkan cabaran,yes memang menjadi idaman dan cita-cita sentiasa..PC? mau muntah hijau kalau naik ni dik non.Jangan cari pasal.Kalau ada yang offer,PC duduk tepi senyum je😊.

BELAJAR HORMAT.Setiap orang,sesiapa pun pasti ada lebih dan kurangnya.Ada kekuatan dan kelemahannya.Membanding itu tidak salah kalau betul caranya.Tidak menyebabkan ada yang terasa.Salahnya bila tidak kena dengan gayanya.Hendak lebih selamat sila belajar hormat.Hormat itu bukan dihamparkan segulung karpet merah,tidak sembah sujud,,bukan!..cukup teliti saat mendengar,bicara saat perlu dengan tertib dan senyum je walau pada pendengaran kurang sedap di dengar.

POTENSI.Betul pada kita belum tentu betul pada orang lain.Baik bagi orang lain belum tentunya juga baik pada kita.Bercelaru sangatkan.Bukan mudahlah nak cari titik penyatuan.Itu belum depan kita setuju seribu kali belakang kita bantah 7 ribu kali..kan...nampak tak..dan begitu jugalah diri kita pun..setiap individu ada potensi.Potensi untuk dicontohi kerana kebaikkan atau sebaliknya.Berpotensi untuk disayangi atau dimarahi.Tidak mengapalah,apa pun yang kita miliki,yang sementara ini berpotensi juga diambil semula.Sabar.Biar pahit.Walau kelat.Andai pedih dan perit.Senyum je.Moga itu menjadi terapi.

Belajarlah untuk terus senyum je..biar tidak siapa pun tahu betapa parahnya jiwa..kerana Allah SWT akan bantu merawatnya..senantiasa,untuk hamba yang mencinta PENCIPTANYA 💗Perdu Cinta 💗


* terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi  



10 April 2017

Semakin Rancak..Semakin Galak

8:32 AM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SEMAKIN RANCAK..SEMAKIN GALAK || Kalau semalam "eh dah Ahad"...hari ni "eh dah Isnin"...hehehe..😁 alhamdulillah..hujan-panas-hujan-panas..bersilih ganti..jaga kesiharan ya semua..menjaga dan mencegah itu usaha kita hamba..kalau berlaku juga apa yang cuba dielakkan itu ujian dariNYA.Luar bidang kuasa dan kemampuan kita untuk menghalangnya.

Semakin Rancak..Semakin Galak
Google image 

AURA RAMADHAN.Kurma itu salah satu makanan kegemaran Rasulullah SAW..tidak seperti di tanah Arab kurma itu sentiasa ada..berbanding di Malaysia permintaan dan penawaran kurma bermusim.Bulan Ramadhan la ianya terjual di sana sini..meriah sungguh,,di luar waktu itu..ada penawarannya namun hanya pada sesetengah kedai sahaja...tersangat terhad.Sejak awal Rejab PC perasan disesetengah pasaraya sudah ada menawarkan kurma kepada pengunjungnya.Bukan sekadar orang Melayu,malahan orang Cina dan India turut membeli.Bak kata mereka "ini aura puasa sudah mari datang dekat juga"..kita amal kerana sunnah dan khasiatnya..mereka makan kerana khasiat dan rasanya.

BERDIKIT-DIKIT.Bukan sahaja hujung tahun yang dinanti-nantikan untuk kehadiran YES..YEAR END SALE..pertengahan tahun terutama menghampiri musim-musim perayaan pun akan rancak dan galak dengan diskaun sana sini.Waktu inilah peniaga melancarkan perang harga..psikologi harga biarpun hanya beza 1 sen ianya mampu menarik perhatian pengguna.Saat ini segala pesanan dan nasihat berdentum-dentum dari rumah sebelum keluar berbelanja akan hanyut begitu saja😖😂😩.Bagi keluarga besar saat ini mungkin ada yang sudah mula membuat persediaan raya berdikit-dikit..tidak mengapalah.Dan saat ini juga sebahagian besar tukang jahit sudah tidak lagi mengambil tempahan.Mungkin pakaian readymade bakal menjadi pilihan..

Fikir baik-baik ..bertindak tidak usah melulu..sederhanalah dalam segala hal..insyaAllah akan baik-baik sahaja..💗Perdu Cinta 💗

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

09 April 2017

Tak Usah Dirampas..

10:31 AM 4
Tak Usah Dirampas..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TAK USAH DIRAMPAS || Selamat berhujung minggu semua..ada yang cakap.."eh..Ahad dah,rasa macam semalam baru Isnin.."..selamat memulakan tugas juga dihari pertama minggu bekerja..12 Rejab dah hari ni..syukur alhamdulillah..yang mana sedang qada puasa,,teruskan.Ramadhan terus menghampiri..bezanya ada rezeki kita untuk menemuinya atau tidak..itu percaturan Allah SWT..doa yang baik-baik sahaja.

WAKTU.Dalam Al Quran sendiri ada surah khas yang menyentuh soal peri pentingnya waktu itu..DEMI MASA!..yang disebut dalam surah Al 'Asr..setiap kita Allah SWT pinjamkan 24 jam sehari semalam..7 hari seminggu..alhamdulillah rezeki tu.Sama setiap kita yang membezakannya bagaimana pengisiannya setiap daripada kita.Masing-masing jagalah waktu masing-masing..hormati waktu orang..dan sekiranya memerlukan orang lain meluangkan masa untuk kita atas asbab yang tidak dapat dielak,jangan buat-buat koma nak ucap terima kasih.

ZAMAN KANAK-KANAK.Kalau sekarang tanya kanak-kanak..apa yang menggenbirakan mereka..pastinya dapat bermain permainan yang digemari,dapat makan apa yang diingini..yang agak advance sikit berangan nak cepat besar..hehe..sabar ya insyaAllah waktunya akan tiba..cuba tanya pula kepada yang dewasa,pasti rindu zaman kanak-kanak..*biarpun mungkin segelintirnya ada yang cuba mahu mengikis dan memadan memori zaman kanak-kanak dari minda..*..berilah peluang dan hak mereka menikmati zaman yang indah sebaiknya untuk dikenang..

HAK YANG BUKAN MILIK.Kita jaga hak kita..dan kita jaga juga hak orang sekiranya diminta dan diamanahkan begitu dengan jujur dan sebaik-baiknya.Dasarnya setiap yang ada pada kita saat ini bukanlah hak milik kekal.Ada yang punya yang bila-bila masa boleh diambil semula.Bersediakah atau tidak diri kita untuk melaluinya..Allahu..redha itu berat dan sakit..seribu kali suka kalau bukan hak kita,,jangan diambil..sejuta kali kita memerlukan bukan hak kita bila meminjam,sila pulangkan..

Jagalah sebaik-baiknya hukum dan syariat yang digalas..moga ianya memendekkan waktu hisab kita di akhirat kelak..💗Perdu Cinta💗

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi