13 April 2017

Beringatlah Sentiasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BERINGATLAH SENTIASA..

Beringatlah Sentiasa
google image


Pergi pekan berkereta kuda
Sambil bersembang bergurau senda
Kadang ingat kadang lupa 
Memang itu lumrahnya manusia

Beli anak benih rambutan budak sekolah
Kiriman daripada hai jiranlah sebelah
Bila ingat bersyukurlah
Bila lupa beristighfarlah

Balik sekolah habis basah
Hujan lebat tiada tempat berteduh
Sebut ilmu terimbas sekolah
Hakikatnya sepanjang kehidupan adalah madrasah

Buat rojak dicampurnya cuka
Rojak nenas pembuka selera
Allah beri bukan suka-suka
Ada asbab untuk kita teroka

Bila berbicara melebihi gula
Manisnya terasa hingga kejiwa
Dibibir sering ungkap syurga
Jangan perbuatan menuju lembah hina

14 comments:

  1. nice seloka kak,,betul tu sepanjang kehidupan adalah sebuah madrasah,ilmu tak pernah habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan irda...berharga walaupun diperolehi tidak secara formal.. :)

      Delete
  2. Fitrah manusia memang selalu lupa. Bila dah beringat kenalah bersyukur atau beristighfar. Jangan buat2 lupa pula. Nanti sendiri yg rugi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..yang lupa bila dah ingat cepat-cepat lunaskan..moga kita sentiasa ingat dan dekat dengan perkara-perkara baik :)

      Delete
  3. Hujung minggu bersama keluarga
    Bersama keluarga mencari buah nona
    Tak sangka akak ni pandai berpantun juga
    Pantun pula sarat dengan makna

    hahahaa alamak macam pelik bunyinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah boleh la sikit2 Cikgu...dengan izinNya..kadang tu macam janggal juga bunyinya.. =D

      Delete
  4. Ayam selasih, ayam hutan,
    Terima kasih di atas peringatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...
      Sama2 Pakcik WP..
      Ayam selasih warna hitam tu ya...

      Delete
  5. banyak pantun nasihat..alhamdullilah

    ReplyDelete
  6. ramai plak yang join buat pantuun hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah comel-comel pantun dari kawan-kawan..hehe..

      Delete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..