07 April 2017

Jangan Anggap Seperti Hari Biasa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


Jangan Anggap Seperti Hari Biasa
Google image 




JANGAN ANGGAP SEPERTI HARI BIASA || Alhamdulillah,syukur kita diberi peluang untuk bertemu penghulu segala hari buat sekian kalinya..besar nikmatnya.Kerana tidak semua berpeluang untuk melaluinya.Nampak remehkan..alah apa sangatlah dengan hari Jumaat..walhal hari Jumaat setiap kebaikkan yang dilakukan bergan da ganjaran pahala yang akan dikreditkan dalam buku akaun rahsia kita..subhanAllah.

BERI TUMPUAN LEBIH.Kalau kita mula berasa tertarik akan sesuatu perkara itu secara tidak langsung kita akan beri perhatian yang lebih..lebih segala-galanyalah..kalau boleh tidak mahu ada kekurangan pun..sehabis baik tumpuannya gitu..jadi apa salahnya kalau setiap hari Jumaat itu beri lebih sedikit tumpuan atau perhatian.Bukan bermakna pada hari-hari lain itu boleh dan digalakkan bersikap asbol (asal boleh) atau cincai..no..namun gandakan aura dan tindakan positif di hari Jumaat.

JANGAN SAMPAI DIPERTIKAI.Setiap apa yang kita lakukan akan ada yang sentiasa memerhati..Allah SWT  dan para malaikat itu pasti..kalau tidak terkesan dengan kata-kata nasihat sesama manusia yang berhati insan..terkesanlah dengan DIA yang tidak pernah lalai untuk menilai..undang-undang di dunia yang digubal dan dicipta manusia itu untuk menjaga kemaslahatan negara..tapi undang-undang dan hukum yang ditetapkan Allah bukan sahaja untuk kesejahteraan di dunia malah diakui dan terpakai di akhirat juga..

Manusia cipta undang-undang..manusia sendiri boleh mengubahnya ..lantaran ada kurangnya di mana-mana..sedang undang-undang Allah (hukum yang disyariatkan)tidak boleh dan tidak mampu kita ubah kerana kesempurnaannya luar biasa..istilah pengakhiran itu di dunia..tidak di akhirat..

Salam JUMAAT
*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 

7 comments:

  1. waalaikumsalam PC. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan hari Jumaat yg penuuh barokah ni. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen kak... :) insyaAllah begitulah harapnya untuk kita semua.

      Delete
  2. salam jumat mkcik PC tuuu., ;p

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat. Jom banyakkan selawat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat kembali Ana :)..jom..jom..

      Delete
  4. Alhamdulillah hari Jumaat semalam saya dapat gaji pertama saya.
    Semoga berkat duit gaji yang saya dapat hehe. Salam sabtu kak.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..