31 May 2017

Menggali..

11:22 AM 4
Menggali..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MENGGALI..|| Sebut gali terbayang tanah...walhal selagi hidup perlu banyak perkara kita gali untuk perbaiki diri hari demi hari..semakin dalam kita menggali,semakin banyak benda kita temui,namun hati-hati jangan sampai tertimbus diri sendiri.


Burung Nuri warna warni
Makan kuaci dihujung jari
Pahala itu perlu dicari
Sebagai bekalan kemudian hari

Makan kuaci dihujung jari
Hati-hati jangan sampai tersakiti
Hidayah itu kepunyaan Ilahi
Mesti diminta juga dicari

Hati-hati jangan sampai tersakiti
Tidak kelihatan lukanya dihati Benar dan batil sering berganti
Galilah kebenaran dengan tulusnya hati

Galilah sesuatu yang ghasilnya membawa dan memberi manfaat kepada diri dan orang lain..bukan sibuk dan ghairah menggali sesuatu yang boleh memusnahkan diri dan orang lain juga.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

30 May 2017

Menjadi Lebih Baik

11:43 AM 11
Menjadi Lebih Baik
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MENJADI LEBIH BAIK || Kalau ditanya,semua nak jadi baik.Sebut saja baik lega.Lapang dada,tenang fikiran.Mahu kelihatan baik di pandangan Pencipta dan sesama insan bukan satu kerja mudah.Hitam putih pasti bersilih ganti lebih-lebih pada hati.

NIAT SAHAJA TIDAK CUKUP.Celik mata setiap pagi,niat dalam hati,"saya nak jadi baik"..niat sahaja tidak akan ke mana.Mesti disertakan pengerasnya.Pengerasnya itu adalah DUIT.Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal..samalah kalau sudah berpuluh kali niat puasa..tapi bangun tidur tanpa rasa bersalah lagi berdosa slumber mengkarung goreng telur dua biji curah kicap ngap....ngap..ngap...leburlah niat tanpa tindakkan.

A B C mudah disebut1 2 3 mudah dihafalKalau berbuat baik sekadar menyebutTiada manisnya apa yang dipraktikal

LATIHAN.Kemahiran itu bermula daripada latihan tanpa jemu.Kalau kita lihat kehebatan yang ada pada sisi kemanusiaan itu mengagumkan entah keberapa kali hasil latihan yang dilakukan."Practice make perfect" kaedahnya gitu.Hasil yang meletop latihannya juga tip top.

Dua kali jatuh..empat kali bangkit insyaAllah membantu kita lebih baik..pastikan ketika bangkit itu harus ditambah sekali ganda kesungguhannya..justeru mengapa dua kali jatuh empat kali bangkit.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 







29 May 2017

Yang Pertama

11:14 AM 10
Yang Pertama
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


YANG PERTAMA || Seribu langkah ke hadapan mulanya daripada langkah yang pertama.Begitu juga setiap malam yang kita lalui..bermulanya juga dari malam yang pertama.

Siapa pun kita hari ini,bermula hidup kita dari benih yang bersatu..di alam rahim dan kemudian lahir.Setiap detik itu ada permulaan yang menjadi yang pertama.Step by step.

Kalau ditanya siapa yang pertama..letakkan Allah SWT yang pertama.Kerana DIA.Untuk DIA.Kepada DIA.

Kita meraikan ulangtahun kelahiran mengikut tarikh kita dilahirkan.Hanya Allah yang tahu bila detiknya sperma dan ovum itu menyatu.Sebab itu disebut hari lahir bukan harijadi..

Tahu atau tidak,,,atau suka atau sebalinya setiap kita akan alami setiap detik yang pertama sepanjang kehidupan.Dan lazimnya yang pertama itu ada nilai sentimental yang tersendiri.

SAAT SENDIRIAN YANG PASTI.Di alam kubur.Setiap yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian.Kita tidak pernah tahu bagaimana kisah akhir hayat diri.Kita menziarahi upacara pengurusan jenazah sedari awal hingga akhir,ya itu dia..dan kita?..hanya DIA yang tahu.

Tidak tahu..jangan buat tidak tahu sebaliknya ambil tahu.Bagaimana kehidupan kita di hari yang pertama kelak boleh diusahakan dari saat ini,di dunia ini.Belum terlambat bagi yang ingin berusaha perbaiki diri.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

28 May 2017

Luar Acuan

9:24 AM 7
Luar Acuan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


LUAR ACUAN || Bulan yang kita nanti-nantikan telah tiba..alhamdulillah hari ini hari kedua..moga sedari permulaan hingga ke akhirnya diiringi dengan kebaikkan.Ameen..


VARIASI.Bervariasi itu bagus.Tidak salah..yang salahnya jika variasi itu mencemarkan acuan asal yang sudah tersedia wajib di patuhi.

MEMUDAHKAN.Sekarang sangat mudah.Tunjuk..pilih..klik..bayar.Tersangatlah mudah.Baik secara online..atau offline alhamdulillah kemudahan sentiasa hampir dengan kita.Dan kita sendiri pun berusaha untuk memanfaatkan setiap kemudahan yang ada sebaik dan sepenuhnya.Rajin atau sebaliknya..dengan mahu atau tidak sahaja.

JAGA ASASNYA.Bersyukur kita dengan nikmat Islam dan iman.Alhamdulillah.Itulah acuan asas kita.Kalimah syahadah itu ikatan janji antara kita dan DIA PENCIPTA.Jaga.Gilap.Pertahankan.Sedari kecil malahan sedari alam rahim lagi kita telah didedahkan dengan pendekatan agama,justeru ianya secara tidak langsung menjadi acuan terbaik.


Islam itu indah.Islam itu mudah.Apa pun cara yang digunakan untuk menyebarkannya,asal sentiasa berpaksi pada syarat dan syariatnya,silakan.TETAPI jangan memudahkannya apatah lagi mempersendakannya..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




27 May 2017

Hati-hati Jangan Tergelincir

9:47 AM 3
Hati-hati Jangan Tergelincir
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

HATI-HATI JANGAN TERGELINCIR || Bila musim hujan,banyak takungan air di sana sini.Lopak-lopak air itulah disukai kanak-kanak selain menjadi istana si nyamuk aedes untuk mengembangkan salasilah keturunannya..kawasan yang lembap dan berair,risiko untuk kita tergelincir adalah sangat tinggi terutama pada permukaan bersimen.Maka berhati-hatilah sentiasa kerana bila sebut soal tergelincir itu bukan saja terlihat pada pandangan kasar..malahan ada juga berlaku pada sudut lainnya.

😄Syukur..hari ini...ya Ramadhan pertama..subhanaAllah..

NIAT.Setiap amalan itu bermula daripada niat.Niat setiap hari boleh...niat untuk sebulan pun tiada masalah..yang tak boleh tanpa asbab sengaja tidak berpuasa..sangat rugi..kena qada juga selepas berakhirnya Ramadhankan..baik puasa..untuk anak-anak kecil..walau tiada istilah puasa separuh hari..tapi tidak salah untuk mendidik..PC pun dulu puasa separuh hari..setiap hari babah dan mama akan tambah sejam...esok tambah lagi dua jam....lama-lama terbiasa..percayalah nikmat orang yang berpuasa penuh (kecuali keuzuran lelaki wanita/uzur bagi wanita) dengan yang puasanya rongak-rongak...rompong sana sini..ketika sambut raya...ketara berbeza....

PELANGGAN YANG MEMBELI.Sebelum ketibaan Ramadhan telah tersedia tapak-tapak gerai jualan..Bulan Ramadhan sangat sinonim dengan Bazar Ramadhannya..saat ini yang tidak ada pun boleh ada..terutama menu-menu yang mungkin jarang atau tidak pernah kelihatan.Menggila jadinya..semua nak..semua meliurkan..kan..Menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh menbatalkan puasa,dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat....Terbenam matahari..berkumandang azan maghrib...saat itu hati-hati...jangan tergelincir dengan nafsu.

PENIAGA YANG MENJUAL.Keuntungan dunia dan kekayaan akhirat..ini saatnya..bukan bermakna selain bulan Ramadhan tidak dianjurkan...tetapi di bulan ini sangat-sangat digalakkan...disaat semua kebaikkan berganda ganjarannya maka peluang ini mesti digunakan.Lebihkan kuantitinya dengan harga yang sama bermula dari awal jualan....bukan melebihkan kuantiti di saat terbit rasa takut akan pembaziran..lainkan maknanya...memberi kerana berlebihan itu lazimnya disaat akhir..tapi bersedekah itu biasanya sedari awal.

SASARKAN ANAK PANAH BETUL-BETUL.Kita mensasarkan.Namun yang membawa haluannya takdir Tuhan..Biarpun begitu..kasih sayang Allah yang sangat luas dan dalam tidak pernah akan menzalimi..kecuali diri sendiri yang menyakiti..usahakan Ramadhan ini yang TERBAIK.


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi  

26 May 2017

Jumaat Terakhir...

8:49 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


JUMAAT TERAKHIR || Selamat bertemu kembali Syaaban di tahun yang akan datang..beruntung awak penghulu kepada segala hari menjadi penutup tirai di hari terakhir bertugas..subhanAllah..hari ini Jumaat terakhir sebelum tirai Ramadhan yang akan tersingkap esok..*entah kenapa sayu dirasakan*..

Jauh disudut hati....Allah...Allah...Allah...betapa diri sering alpa..betapa diri sentiasa derhaka..namun Allah tetap mengizin merasai nikmatnya Ramadhan..subhanAllah..syukur diriku menjadi hambaMU..tiada sebesar zarah pun nikmat yang mampuku nafikan.
Syukur.T E R I M A   K A S I H   A L L A H.

MALAM TARAWIH PERTAMA.Biarpun hukumnya sunat..tetapi sunat muakad..iaitu sunat yang dituntut.Sekiranya tiada yang membataskan untuk melakukan..ambillah kesempatan untuk menunaikannya..di rumah..di surau atau di masjid..Jangan berasa rendah diri jika gagal di malam pertama ini..bangkit dan kejar malam malam seterusnya..

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.(Hadis riwayat Muslim)

MUKA SURAT BAHARU.Di tahun mendatang..tahun baharu tetap datang..namun diri kita belum tentunya masih di sini.Justeru ramadhan ini..jadikan muka surat baharu dalam secebis kisah kehidupan seumur yang ada..pelung untuk perbaiki ramadhan-ramadhan yang lalu..Sengaja atau tidak..kesilapan tetap ada dan pernah PC lakukan sepanjang perkenalan di alam maya ini..sahabat blogger...dari sanubari yang paling dalam..PC minta maaf atas setiap perkongsian atau peninggalan komen yang kurang menyenangkan ya.


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMUA.....

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan!..ini saatnya 

25 May 2017

Puasakan Segenapnya

9:11 AM 12
Puasakan Segenapnya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


PUASAKAN SEGENAPNYA || Apa yang dinanti semakin mendekat.SubhanaAllah..alhamdulillah.Syukur,semangat untuk berpuasa,menemui bulan Ramadhan kian meninggi.Semua dengan izinNYA.Kita masih dihidupkan,masih juga diberi ruang dan peluang untuk melaksanakan rukun Islam ketiga ini..insyaAllah ameen.

Berpuasa itu bukan sekadar tidak makan dan tidak minum.Ada anggapan yang perlu dijernihkan..

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda 
Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini.(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)(SUMBER)

MULUT (LIDAH).Makan dan minum dengan memasukkan makanan atau minuman ke dalam mulut itu sangat nyata.Ooooo makan dan minum ya..haaa batal puasa.Maka heboh nanti dia tidak puasa begitu begini.Namun yang sering dipandang dan diambil mudah adalah apabila makan tetapi tidak kelihatan.Memakan daging saudaranya sendiri.Mengata memang syok..akibatnya pun syok..ada pula yang kata mana ada mengata guna mulut (lidah)..kan wahatsapp dan seangkatan dengannya..taip je..guna jari..ingat..setiap apa yang jari jemari taip itu dipandu dan dikarang oleh hati..bicaranya manusia ada dua,kalau tidak terus dari mulut (lidah)..mungkin dihatinya asyik kencang berbicara.
PANDANGAN.Bersyukur Allah kurniakan kita mata untuk melihat.Hargai dan jaga sebaik-baiknya sentiasa.Menjaga itu bukan sahaja melindungi mata daripada sebarang bahaya atau kecederaan,malahan lebih daripada itu.Terpandang itu tidak mengapa kerana tidak sengaja.Tapi jangan daripada awalnya tidak sengaja diulang berkali-kali dek kerana rasa tertarik..meminta garfu itu namanya.
HATI.Cantik hati,molek segenap anggota.InsyaAllah.Selain akal,hati juga nadi setiap patah bicara,tempat mengarang,menjadi tempat tapisan juga..istighfar,zikir..semua dihati..akal memberi arahan..hati itu di dalam,tetapi itulah yang sangat mesti dijaga.Tidak terdengar bisikkannya dicuping telinga orang lain tetapi sentiasa jelas dipendengaran Allah SWT.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan semakin hampir

24 May 2017

Tengok Dulu Sebelum Pukul Rata

11:38 AM 9
Tengok Dulu Sebelum Pukul Rata
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TENGOK DULU SEBELUM PUKUL RATA || Kalau sebut purata...itu keseluruhan...matematiknya,ditambah semua kemudian dibahagikan..maka dapatlah bahagian masing-masing.Masa tu puas hati tak puas hati bertabah dan senyum sembelit sahajalah ya..kerana rasa tidak puas dan rasa tidak cukup itu ada pada diri bergelar manusia.

MEMBERI HAK KEPADA YANG BERHAK.Adil..memberi hak kepada yang berhak dan selayaknya.Adil mengikut keperluannya.Oleh kerana hati kita ada masa berbolak balik..maka buatlah keputusan pada saat telah mantap dan teguh pendirian supaya tiada isu bangkit membangkit kelak.Sebab itulah sebolehnya,jangan beremosi saat berbicara..ya mungkin kita yang bercakap lupa apa yang diperkatakan..tapi tidak bagi yang mendengar.Kalau dulu bukti bertulis (catatan) boleh dikatakan hilang atau habis dimakan gegat..tapi tidak semudah itu memberi alasan sama untuk mengelak sekarang kerana teknologi perakam ada di mana-mana.

SELAMATNYA SEKETIKA.Beralasan untuk selamatkan diri.Sifat suka pukul rata ini sering digunakan terutama untuk melindungi pihak yang mungkin dekat.Biar pun alasannya tidak mahu ada jurang atau ketara kelihatan pilih kasih kononnya..tapi itu bukan solusi yang terbaik.Tanpa sedar....ianya penganiayaan kepada pihak lain.Niat tidak pernah menghalalkan cara..tapi cara itu akan terpandu dengan niat yang baik.

MELULU ITU RUGI.Sebiji kelapa itu tua..tidak bermaksud keseluruhan pada tandannya adalah kelapa tua juga..begitu juga dalam kehidupan kita..satu yang diketahui tidak boleh merumuskan semuanya sama..yang tersilap dan yang benar tidak wajar dirumuskan semua tersilap atau semua benar..kerana ianya akan lebih mengelirukan..adalah lebih baik,mengambil pengajaran daripada segenap sudut..baik itu ditauladani..buruk itu dihindari..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ eh Ramadhan la..

23 May 2017

Bersatunya Dua Sayap

10:46 AM 13
Bersatunya Dua Sayap
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BERSATUNYA DUA SAYAP || Sedari kecil,sedia maklum..kalau sebut kapal terbang ya mesti ada dua sayap..selain enjin..sayap juga memainkan peranan yang cukup besar selain yang teramat paling penting dengan keizinan Allah membolehkan ia terbang.Burung,bila sebelah sayapnya cedera..menjadi satu kesedihan baginya..subhanaAllah..

TERBANG LEBIH TINGGI.Setiap ujian itu ada momentomnya yang tersendiri.Apa yang penting penghujung kepada kesannya yang dirasai diri sendiri..malahan orang sekeliling yang paling hampir dengan kita.Adakala ujian itu menyebabkan kita jatuh teruk..tidak mustahil dengan ujian juga menjadikan kita mampu untuk terbang lebih tinggi.. meredah awan..dan berlari lebih jauh..bergantung bagaimana diri mengacuankannya.

LEBIH MEMUDAHKAN.Berat dipikul,ringan mudah dijinjing.Sebatang lidi mungkin tidak mampu membersihkan debu sebuah rumah..namun seikat penyapu bukan sekadar dalam rumah..luar rumah pun boleh dibersihkan..rajin atau tidak sahaja soalnya.

KESEMPURNAAN.Kalau ditanya pada setiap orang apa itu erti kesempurnaan,akan kedengaran pelbagai tafsiran..dah kata pun pandangan peribadikan..hormati sajalah.TETAP dah kalau sah-sah pandangan tu merapu lagi mengelirukan..sila tegur dan perbetulkan.Berpasangan juga lumrah keinginan manusia cuba mencari kesempurnaan..hidup berpasangan dari jenisnya sendiri..lelaki dan perempuan..sama-sama manusia ya maksudnya..bukan bila sebut dari jenisnya sendiri sesuka hati bantai sama jantina.Satu hakikat yang perlu dipegang kerana ianya bersangkutan dengan keimanan..kesempurnaan itu milik Allah SWT..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan dekat sangat

22 May 2017

Tidak Semestinya Juga..

9:32 AM 9
Tidak Semestinya Juga..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


TIDAK SEMESTINYA JUGA || Isnin yang damai..sinar mentari yang seakan segan mahu memancarkan cahayanya..bersilih ganti dengan mendung yang mula kerap mengambil alih..*jangan mendung dan guruh di langit air di tempayan terus dicurahkan ya kerana belum tentu hujan kan turun* redup..moga seredup itu hati kita menanti hadirnya Ramadhan.Tenang.Damai.InsyaAllah.

TIDAK DARI HATI TIDAK SEMESTINYA TIDAK SAMPAI KE HATI.Bila dipersoalkan akan sesuatu hal yang mesti dilakukan walau tanpa rela..biasanya tindak balas yang sering didengari.."alah belum sampai serulah".."tunggu betul-betul bersedia supaya tidak berhenti separuh jalan".."mahu jadi diri sendiri"..cuba ambil masa..fikir,seruan sudah lama ada atau mungkin seruan lain yang diutamakan,,seruan nafsu mungkin..bersedia atau tidak ajal tidak mengambil kira itu semua..

Andai diawalnya kerana terpaksa..tidak semestinya hingga hujungnya tetap terpaksa..Asalnya mungkin terpaksa lama-lama suka,rela dan redha.Biar mungkin tidak dalam segala hal dan pada semua orang...namun tidak mustahil...asal sentiasa buka hati untuk lakukannya..

BOLEH JADI BERUBAH ATAU BERTUKAR.Awalnya baik hujungnya sebaliknya.Awalnya kurang baik hujungnya tersangat baik..nampak tak..jangan anggap tiada lagi peluang untuk diri berubah..jangan tutup hati dan minda daripada niat untuk berubah..sentiasalah cari jalan untuk diri lebih dekat dan rapat padaNYA.Buang rasa malu untuk berubah ke arah yang lebih putih.Apa pun warna dan corak yang pernah dan telah diukir pada kanvas sepanjang usia terdahulu..biarkan.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kurang 7 hari 

21 May 2017

Perlu Sejelasnya

11:32 AM 6
Perlu Sejelasnya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖
PERLU SEJELASNYA || Apa yang didengar perlu jelas supaya nanti apa yang akan disampaikan juga jelas tanpa keraguan..tiada teragak-agak..muka keliru..bila ditanya dua tiga kali terus sepi.Itu yang nanti jadi fitnah.


Cakap belakang itu mengata..cakap depan-depan tidak kena cara  itu mengutuk dan menghina..sudahnya bagaimana?...jumpa secara peribadi..bicara daripada jiwa yang tenang dan akal yang waras.Selamat insyaAllah.


SIASAT DULU.Siasat dengan menyebuk lain.Sudah mendapat aduan kemudian buat tindakan sewajarnya seandainya melibatkan banyak pihak,panggil kesemuanya bermesyuarah..dengar suara pihak yang terlibat,ya itu siasat.Tapi kalau datang tidak beri salam terus terjah tanya itu ini..itu menyebuk namanya.

HERO HEROIN YANG TEWAS.Kalau sebut hero atau heroin haruslah dia yang menonjol..yang hebat memainkan wataknya..yang menjadi tumpuan kerana merupakan watak-watak utama..walau pada awalnya macam lemah dan kalah..tapi pengakhirannya juat dan juara..baik drama dan filem Melayu..atau Bollywood juga di novel-novel.Itu watak mengikut acuan skrip dan bayangan..hakikatnya ada sahaja hero heroin yang tewas..bukan dari segi fizikal tapi jiwanya.

Melangkah melibatkan diri dalam satu-satu situasi itu perlu bijak mengendali dan membawa diri..sekiranya sedia maklum sedang marak apinya,jangan sengaja disiram minyak lagi dan lagi..takut diri kita sendiri terbakar sama..
🍒terima kasih ukhuwah 
👑sama-sama mencari redha Ilahi 
💝Ramadhan sudah dekat😄 

20 May 2017

Sama-sama Akan Kembali

11:21 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SAMA-SAMA AKAN KEMBALI || Jika hari ini kita sama sama menikmati pelbagai nikmatnya dunia,jangan sampai lupa untuk bersyukur,walau dengan sekecil nikmat.Kepuasan,kegembiraan,kebahagiaan itu dirasai lebih berganda bila disertakan rasa syukur yang berterusan.


Sama-sama Akan Kembali

PILIH YANG TERSANGAT KUKUH.Sesiapa pun di  muka bumi ini adalah sandaran.Perantara satu sama lain.Namun,pemberi izin kepada semua yang berlaku adalah DIA.Susahkan hendak mengaitkan.Adakala akal seolah menolak walau hati lintasannya percaya pada setiap apa yang terjadi atas kehendakNYA.Tiada yang lebih kukuh dan teguh untuk dijadikan tempat pengharapan melainkan DIA.

KEPASTIAN YANG TERSANGAT PASTI.Setiap yang hidup pasti mati.Pasti.Saling mengharap atau bergantung satu sama lain itu tidak salah dari sudut keperluannya manusia..tetapi jangan pada keluruhannya.Setiap manusia ada kerapuhannya.Ya,tentulah termasuk PC.Andai mahu mengatasi kerapuhan itu,pastikan jinakkan hati dan diri pada pemilik keseluruhan alam ini.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kian mendekat 




19 May 2017

Seiringkan

9:53 AM 5
Seiringkan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SEIRINGKAN || Orang lain PC tidak pasti,tapi bagi diri PC sendiri bukan satu tugas mudah untuk lakukan apa yang kita perkatakan.Hari ini kita boleh cakap berdentam dentum macam guruh..mungkin esok kita beku dan kaku..membisu seribu bahasa.Mati akal.Atau mungkin hari ini kita biasa-biasa,tapi esok menunjukkan hasil yang di luar jangka.

HARAPAN DAN USAHA.Ungkapan yang baik-baik itu doa dan harapan.Semua orang ada harapan.Ada doa.Semua tidak kira sesiapa pun kita.Daripada harapan,angan-angan itulah munculnya usaha..acuankan usaha kita berdasarkan apa yang diharapkan.Jangan sekadar dibibir.Tapi pasakkan dihati.

Sedangkan...

Kucing🐱 pun bila nampak tuannya siang ikan dia berharap adalah bahagian untuknya..bunyi yang tidak kita fahami tapi dari sinar matanya boleh kita tafsiri..nak ikan...nak ikan..hehe😻.Doa tidak putus-putus..bila laaaa tuan aku nak pergi tandas ni...kentut dah berdas-das...naik pitam aku🙀...hai laaaa ikan...🐟

IBADAH DAN TAUBAT.Dalam banyak-banyak ibadah dan kebaikkan yang kita lakukan..entah berapa sahaja yang betul-betul Allah SWT terima..PC sendiri sering memikirkannya.Tolak dengan tergesa-gesa,tidak khusyuk,bermalas-makasan,hujung waktu atau mungkin lakukan ibarat melepas batok (tempurung) di tangga..subhanAllah,namun tetap masih banyak nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita kan...kan..Allahuakbar..moga taubat kita Allah terima..dan ibadah kita tidak tertolak.

JUMAAT YANG TETAP HADIR.Hari ini Jumaat kedua terakhir sebelum Ramadhan..masih ada waktu untuk lunaskan qada puasa tahun lepas.Sudah selesai?..alhamdulillah..yang belum selesai..fokus.Hari yang mengetuai hari-hari lainnya ini penuh dan mewah dengan keberkatan..seiring itu isilah dengan sebaik-baiknya pengisian.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan sudah dekat ni 😄

18 May 2017

Serba Tidak Kena Jadinya..

10:33 AM 13
Serba Tidak Kena Jadinya..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SERBA TIDAK KENA JADINYA || Sesiapa pun berhak bersuara mengutarakan pandangan peribadinya.Dan jangan pernah menaruh harapan yang tinggi pandangan kita akan bulat-bulat diterima kerana orang lain juga berhak untuk menolak.Terimalah hakikat dan jangan berhenti memberi pandangan.

PENERIMAAN DAN PENOLAKKAN.Perkara biasa bila satu komuniti itu bersidang.Di mana-mana pun ada yang menyokong tidak kurang yang membangkang.Dalam keluarga sendiri pun situasi sebegini boleh berlakukan..mudahnya,untuk kawal keadaan cuba hormati prinsip orang lain..dengar apa yang ingin disampaikan..tapis betul-betul..jangan cepat melatah dan bertindak melulu dan terus meluru.Tidak pasal-pasal mendapat tumbukkan padu😲

JANGAN SIMPAN LAMA-LAMA.Hidup kita warna warni.Bercampur baur.Warna,rasa dan iramanya.Diri kita sebahagian daripada orang lain,begitu juga orang lain sebahagiannya adalah kita.Saling memerlukan.Bercakap itu memang percuma tapi yang sering terlepas pandang adalah akibat daripada percuma itu.Oleh itu seandainya terdengar bicara-bicara yang tidak enak..jangan simpan dalam hati dan fikiran,serba tidak kena jadinya nanti.

Masalah tidak pernah habis.Sama ada berpunca daripada diri sendiri mahupun daripada pihak lain..Sebaik-baiknya cari punca sedari awal.InsyaAllah ianya boleh dileraikan..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan sudah menghampiri 

17 May 2017

Bersih

10:48 AM 12
Bersih
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


BERSIH || Bersih,sabar...sangat dekat dengan iman..ada kaitan setiap satunya.Ambil berat,ambil tahu walau sikit-sikit pun syukur..asasnya.


Bersihkan pakaian yang kotor pastikan guna air mutlak..kemudian ditambah dengan sabun pencuci pakaian..nak wangi dan lembut gebu..tambah cecair pelembut dan pewangi..nak bersihkan hati..cuci dengan zikir,istighfar..selawat..nak bagi lembut hati..jangan banyak ketawa..senyum boleh..hehehe..


HATI DAN PEMIKIRAN.Kalau lantai bilik air kita berlumut,sental dengan berus,,insyaAllah bersihlah lantai tu..tapi kalau hati dan fikiran kita mula berlumut..itu bahaya..sebelum lumutnya bertambah tebal dan parah..rajin-rajinlah bersihkan lumut yang baru hendak tumbuh itu..sebelum hati dan pemikiran kita tergelincir..

Lumut itu hijau warnanya..lembut..menenangkan mata yang melihat..ya itu lumut yang tumbuh dipermukaan bumi..terutama di kawasan yang lembab...di hutan...berbanding lumut yang tidak kelihatan ianya lebih berbahaya..

REZEKI.Rezeki itu ada di mana-mana asal diusahakan.Statusnya bergantung pada langkah pertama dalam usaha memperolehinya..betul caranya..cantik niatnya insyaAllah indah hasil yang bakal menjadi darah daging.

CUKUP SEKADAR PENDAPAT.Seandainya ingin menegur,niatkan kerana Allah..sekiranya mahu memarahi pastikan sebabnya kukuh..dan jika mahu berkongsi selidik dulu agar tiada unsur fitnah.Dalam berblog biarpun ianya peribadi milik kita..bagi pendapat PC ada banyak yang wajar PC jaga..*lain orang lain cara dan pendapat*..bukan mudah hendak bersihkan entri daripada bercampur baur dengan emosi..apa pun,doa sentiasa agar terhindar daripada yang tidak molek di baca.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kian mendekat 

16 May 2017

Jangan Hanya Sehari Dan Sekali

10:31 AM 10
Jangan Hanya Sehari Dan Sekali
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN HANYA SEHARI DAN SEKALI || Menghargai itu bukan dan jangan hanya sehari dan sekali.Belajarlah menghargai kerana setiap orang akan rasa bermotivasi apabila dihargai.Sesiapa pun pasti berbunga-bunga hatinya bila nampak bernilai di pandangan.Kita akan bahagia bila membahagiakan..tak bahagia???..cepat-cepat semak diri.

Menghargai...merai..pada insan-insan yang kita sayangi,hormati..tidak dan jangan hanya sehari dan sekali..sentiasa dan berpanjangan..majlis mungkin mudah dilupa..hadiah ada nilai susutnya...tapi doa tiada bandingnya..saat mintanya dahi menyapa sejadah..sedang permintaannya diangkat ke langit..subhanAllah..betapa tingginya nilai doa itu...

16 MEI.Tarikh istimewa buat para guru.Setiap tahun pada tarikh ini akan disambut dan diraikan dengan pelbagai aktiviti guru dan murid..satu masa dulu dua tiga hari sebelum tarikh ini,PC la yang paling sibuk...sibuk minta mama dengan babah bungkuskan hadiah.Prinsip PC mudah..biar harganya sederhana tapi semua cikgu dapat..hihihi..dan pada hari tersebut PC minta babah hantar awal ke sekolah sebab nak susun hadiah di meja cikgu..oleh kerana hadiahnya sama..slumber lala PC letak..huiii..

2 hari sebelum... ☝

MINGGU KEDUA.Minggu kedua di bulan Mei yang jatuh pada 14 Mei meriah dengan ungkapan,ucapan,sambutan hari ibu..ada beberapa ulasan dan bahasan daripada ulama' mengenai kewajaran atau sebaliknya dalam kita merai sambutan hari ibu..PC sendiri masih cuba mencari solusi yang terbaik dan sahih.

Sebelum ☝..ada lagi la...2 hari juga sebelumnya..

12 MEI.Sambutan hari jururawat sedunia...doktor dan jururawat umpama tangan kiri dan kanan..kaki kiri dan kanan..bulan Mei boleh dikategorikan bulan meraikan ni...alhamdulillah..tidak kurang yang menyambut ulangtahun di bulan ini..kan...kan..

Siapa pun kita..kita ada tanggungjawab masing-masing yang telah Allah amanahkan..kita tetap makhluk yang bergelar manusia yang wajib taat pada suruhanNya..dan menjarak pada setiap laranganNya..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kian mendekat 

15 May 2017

Jangan Dibuatnya Kerja Gila

12:58 PM 4
Jangan Dibuatnya Kerja Gila
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN DIBUATNYA KERJA GILA || Gila-gila dan gila itu jauh beza ertinya..gila-gila ni lebih kepada sikap yang lebih santai,tapi santainya itu adakala terlalu kraetif dan luar kotak..terlebih gila-gila pun bahaya..gila?...sedia maklum..hilang kewarasan untuk membuat pertimbangan..tiada istilah salah..semuanya betul belaka pada sudut pandangan dan fikirannya.

Jangan dibuatnya kerja gila yang PC cuba maksudkan adalah..perbuatan yang sia-sia..aneh pada pandangan orang..tidak masuk akal gitu..tapi sering dilakukan bukan kerana tidak siuman tetapi saat jiwa kacau melanda..

MARAH PADA TIDAK SEPATUTNYA.Ada yang jenis mudah marah mudah juga tenang dan sejuk..ada yang susah marah tapi bila marah hingga berdendam.Ada macam-macam jenis orangkan.Harap maklum.Dan sebut marah ini tidak semestinya juga pada sesama manusia,haiwan atau tumbuhan..lebih parah  lampu isyarat pun menjadi mangsa amarahnya.Untuk kemaslahatan (kebaikkan dan keselamatan) bersama ikutlah giliran,,sabar..nak juga jalan di saat lampu isyarat merah...boleh..silakan..tunggu jalan BETUL-BETUL lengang,cuma kenderaan kita sahaja yang ada saat itu..biarpun sedang lampu merah..silakan terus jalan.Ditambah dengan keadaan kecemasan mungkin..isteri nak bersalin..anak tidak sihat..lumba haram?....dah nama pun lumba haram...tak kiralah warna apa pun lampu isyarat tu...sepi macam mana pun jalanraya tu..tetap diharamkan dik non..

TIDAK CUKUP SELESAKAH.Bawa-bawalah bersabar..bila difikir-fikir tidak cukup selesakah tilam,katil atau lantai di rumah tu untuk dijadikan  tempat untuk berbaring dan rehatkan tubuh badan.TIDAK CUKUP MEMBAHAGIAKANKAH..atas motosikal juga sibuk nak baring..ingat seksi ke tiarap atas motosikal tu..nampak tulang rangka..nampak getah boxcer...yang melihat sakit mata dan hati*lebih kepada rasa ngeri sebenarnya*..lebih baik awak dengan kawan-kawan kumpul modal buka gerai makan,jual sup tulang gearbox lagi bermanfaat..dan tahu tak bila membabitkan orang lain sebagai antara mangsa..seksa mereka menanggung kesakitan..seksa keluarga melalui kesedihan..juga keluarga awak turuk merasai..

Nak marah silakan...nak tarik perhatian silakan..tapi pastikan dengan cara dan laluan yang betul..yang bila orang melihat lembut hati untuk menghadiakan doa yang baik-baik..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kian mendekat 

14 May 2017

Kerana..

10:22 AM 3
Kerana..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KERANA || Selamat berhujung minggu semua..dan selamat bertugas juga ya.Yang mana keluar bawa keluarga tu hati-hati terutama beri perhatian lebih kepada anak-anak kecil.

KERANA..

MUSIBAH ada di mana-mana..kita tidak boleh menjangka pun..kalau tidak berlaku pada kita,mungkin berlaku kepada ahli keluarga kita..atau mungkin orang lain boleh melaluinya..sana-sama doa yang baik-baik..bantulah pada tempat dan pada situasi sewajarnya.

TERLUPA itu dah macam kawan baik PC..mungkin setiap kita ada tabiat lupa ini..sama ada serius atau tidak sahaja masalah lupa ini..kalau dah kata 'ter' tu sah-sah la tidak sengaja..justeru bertolak ansurlah..jalan terbaik pesan pada orang yang paling hampir untuk selalu mengingatkan..tak pun set reminder awal-awal.

Terlupa pada perkara-perkara kecil itu agak ringan.Ambil serius jika mula terlupa pada hal-hal besar yang berat..sila selidik..benar-benar terlupa atau buat-buat lupa..lainkan..kan..kan..
HARTA itu ujian.Tidak semestinya wang berjuta,kereta berjenama..setiap inci yang ada pada tubuh kita juga adalah harta.Dekat bukan..tapi sering dilupakan..kerana harta yang rapat menjadi renggang,yang sahabat bertukar musuh..benarlah kesenangan juga dugaan.

BERSEBAB.Tanpa sebab kita tidak belajar.Malahan  mungkin tidak ambil tahu pun..Lantaran itu pandang setiap asbab itu sebagai teguran.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kian mendekat 

13 May 2017

Cuba Elakkan..Kalau Boleh..

12:12 PM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

CUBA ELAKKAN..KALAU BOLEH.. || Semampunya kita usaha lagi dan lagi dan lagi..berdoa..berserah..terakhir bila sebut serah itu bererti redha..pasrah..kalau nak rasa puas hati di saat redha itu,,pastikan usahanya luar biasa..*ingatan untuk PC juga ni*..rasa berputus asa itu sentiasa seiring dengan tekad dan semangat..oleh itu hati-hati.

Cuba Elakkan..Kalau Boleh..
Google image 

SALAH FAHAM.Tidak sehaluan.Tidak sependapat.Tidak sejiwa dan sekepala.Maka tunas-tunas salah faham itu mudah untuk bercambah.Kalau tidak segera dicantas,boleh menimbulkan jurang sengketa yang lebih dalam dan luas.Jadi,dengar..tenang..fikir..siasat..bertindak.Bertindak pun mengikut keperluanlah,kalau rasa boleh berlebih kurang..apa salahnya.Bergantung juga pada situasi.

DITEGUR.Saling menasihati itu bagus,lagi-lagi kalau sama-sama ke arah kebaikkan..tapi kena pandai beza..menasihati dengan mengaibkan kalau bunyi dah jauh,maknanya apatah lagi..jauh beza,jangan hentam ikut suka.Yang menegur sila peka.Kalau boleh elakkan sering ditegur kerana kesilapan,terutama pada kesilapan yang sama.Secara tidak langsung mengaibkan diri sendiri nanti.Tak seronokkan macam tu..

Sesiapa pun akan lakukan kesilapan..setiap kesilapan itu mungkin boleh buat kita berubah.Syaratnya ambil pengajaran daripadanya.💝Perdu Cinta💝

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan berbaki 13 hari lagi

12 May 2017

Selagi Adanya Denyut Nadi

11:50 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SELAGI ADANYA DENYUT NADI

Selagi Adanya Denyut Nadi
Google image 

Alhamdulillah Jumaat bertandang lagi
Syukur kita masih di sini
Menikmati kurniaan Ilahi
Moga menjadi insan yang mensyukuri

Alhamdulillah masih di sini
Esok belum tentu lagi
Resamnya hidup pasti mati
Setiap makhluk pasti merasai

Gagah melangkah ke sana sini
Harap tidak semata duniawi
Kerana dunia banyak membohongi
Kelak diri binasa sendiri

Andai kesal menghantui diri
Balik semula mendekati Ilahi
Ilahi tidak menzalimi
Ambillah kesempatan perbaiki diri

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kian mendekat 

11 May 2017

Jangan..Jangan..Jangan

11:22 AM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN..JANGAN..JANGAN || Kita menegah dengan perkataan,perbuatan,tapi Allah menegah dengan hukum..kalau apa yang sesama manusia perkatakan itu dipandang sepi..jangan apa yang Allah katakan dipandang layu.Biarpun ada segelintir yang lebih suka pada kata-kata manusia,jangan sampai buang kata-kata DIA.

Salam Khamis semua..yang sedang gigih qada puasa..alhamdulillah tahniah kerana kalian kuat semangat..berpuasa di suasana orang lain syok makan kalau tidak kuat,boleh rebah..bagi yang berpuasa sunnat..teruskan..syabas.Moga istiqhomah dalam kebaikkan ya.

BERTANGGUH.Dalam bab keburukkan tiada istilah bertangguh sebaliknya padam terus.Tetapi dalam kebaikkan,sebolehnya jangan bertangguh..biarpun untuk lakukan kebaikkan dengan berniat saja pun ada ganjaran pahalanya,namun bila ianya di laksanakan lebih berganda-ganda ganjarannya.Kecuali ada kekangan yang tidak dapat dielakkan..itu diluar batas keterdayaan kita.

Jangan..Jangan..Jangan
Google image 

PENGECUALIAN DIRI.Sebelum bantu orang,bantu diri sendiri dulu,sebelum sayang dan hormat orang,sila sayang dan hormat diri sendiri dulu..kendiri..tapi bukan pentingkan diri sendiri..bukan poyo tak tentu hala..jangan..jangan..jangan.Eh..eh..eh..kalau pada diri ada rasa aku dah cukup bagus itu bahaya..aku tahu semua,itu lagi-lagi bahaya..jangan ada rasa nak buat pengecualian diri kalau rasa-rasa masih perlukan bantuan orang lain.Paling utama,kenapa perlu buang rasa hebat kerana bantuan Allah SWT itu sentiasa kita dambakan.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ 15 hari lagi nak Ramadhan la


10 May 2017

Menutupi Cela

12:23 PM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MENUTUPI CELA || Tengok cermin,tengok parut jerawat..terimbas zaman sekolah.Ada baiknya juga parut jerawat ni..kikikiki..mulalah tersengeh sendiri..gitu.Tengok tangan ada parut..owh dulu nakal..nilah tandanya..huhu..senyum lagi..diri kita adalah bukti kekuasaanNya yang paling hampir dan nyata.

MANUSIA.Tidak semua orang berkulit mulus halus..kesan parut itu boleh terjadi kepada sesiapa pun sebenarnya.Apa pun yang kita miliki,semua rezeki yang dimiliki mesti disyukuri.Alhamdulillah.Kebijaksanaan manusia itu sering merentasi pemikiran.Luar jangka.Asal tidak melangkau dan melangkah hukum..memadai dan berpada-pada..insyaAllah selamat.Alat solek itu solusi mudah yang tidak kekal lazim diguna pakai untuk menutup cela.Pastikan tidak memudharatkan,halal dan suci.

PENCIPTA.


SubhanaAllah..janji Allah itu sangat pasti..tertutupnya cela kita bukan sekadar di dunia..malah hingga ke akhirat..moga kita tidak tersilap menutup cela..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kian mendekat 

09 May 2017

Walaupun Masing-masing Ada...

12:56 PM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

WALAUPUN MASING-MASING ADA... || Sedari seusia empat bulan di dalam rahim si ibu lagi telah Allah tetapkan rezeki,umur,jodoh seseorang itu..yang mungkin si ibu itu pun tidak tahu apa yang Allah rencanakan melainkan sentiasa berdoa minta yang baik-baik sahaja.

Walaupun Masing-masing Ada...
Google image 

SIUS.Bila-bila,,tidak kira di mana pun,,apa pun keadaannya..yang menjaga sentiasa bersedia melunas tugas.Dan kita hanya boleh meminta agar berakhirnya episod kehidupan di dunia dengan keadaan yang sangat baik..tidak membebani..tidak juga mengaibkan..saat suis hayat itu off..bermula satu kehidupan baru..bukan di rumah kita saja banyak suis..rupanya hari-hari ada satu suis yang kita bawa.

BUKU.Mengapa aku begini..dia begitu..mengapa tidak begitu sedang yang diharapkan sebaliknya.Persoalan demi persoalan sentiasa berlegar-legar.Bukan tidak bersyukur,tapi itu lumrah nalurinya manusia.Bijak kawal cantik jadinya.Tidak terkawal maka suburlah perasaan hasad dengki,PHD yang membinasa.Setiap kita ada buku takdir masing-masing..ada juga buku rekod sendiri.Sama-samalah saling menjaga.

MASA.Masa awak,masa saya..masa itu Allah punya,tugas kita mengurus dengan sebaik-baiknya.Masa yang ada kita gunakan mencari REZEKI yang halal..melunaskan segala URUSAN duniawi sebaik-baiknya moga tidak terdakwa di akhirat kelak..PC sendiri sedang perbaiki bab dan perkara ini..bukan mudah dan seringkali rebah..tak tipu..perlahan-lahan..insyaAllah boleh.

NAMUN......biar pun masing-masing ada..PAKSINYA PASTIKAN SATU...semuanya kerana DIA..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kian mendekat 

08 May 2017

Sebenarnya Ada Sahaja Di Mana-mana

11:31 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SEBENARNYA ADA SAHAJA DI MANA-MANA || Ada yang terasa ingin menjadi seperti sang burung..terbang tinggi bebas ke mana sahaja..tapi jangan lupa Allah beri kaki untuk kita berjalan juga mengikut rasa.Ada yang teringin menjadi kuntuman bunga yang menawan..sentiasa menarik perhatian orang..dibelai dan dicium baunya..mungkin kalau kita memahami bahasanya sang bunga pasti kita tidak mahu menjadi sepertinya kerana mudah disentuhnya orang.Syukurilah rezeki yang ada.Kalau rasa kurang di sana sini bukan ciptaan Allah yang tidak sempurta tapi tebalnya rasa tidak syukur dalam diri.

Semai rasa syukur betul-betul.Mengeluh memang tidak molek.Tapi kita manusia biasa..eh PC pun tak terkecuali daripada mengeluh.Sekali mengeluh tu lega rasa..bukan mengeluh bebel..tapi mengeluh dengan melepaskan nafas yang berat..halus tapi padat..harap maklum bukan kentut.

Sebenarnya Ada Sahaja Di Mana-mana
Google image 

MAKCIK DAN PAKCIK BAWANG.Spesis kepochi sentiasa ada walau di mana pun sebenarnya..baik lelaki atau perempuan.Secara alam maya atau di akam realiti..ada baik dan buruknya bersikap kepochi kerana mereka ini sangat mewah dengan berita dan cerita.Nak selamat dengar kemudian siasat..atau terus mengelak.

GEJALA SOSIAL DAN SAMPAH.Ada segelintir yang sangat memuji-muji dan menjadikan contoh sesebuah negara itu agar kita turut mengagumi.Eh tidak menjadi satu kesalahan yang baik itu ditauladani..silakan..namun hakikatnya harus juga kita tahu,semuanya bergantung pada diri sendiri..pentadbiran dan pengurusan.Masalah sentiasa ada.Selagi mana yang megurusnya manusia.

SEMBUNYI?..fikir baik-baik.Bolehkah.Ya boleh sembunyi daripada pengetahuan manusia tetapi tidak daripada pengetahuan dan penglihatan Tuhan.
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kian mendekat 

07 May 2017

Dibenci Itu Mungkin Terbaik

11:15 AM 2
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

DIBENCI ITU MUNGKIN TERBAIK || Biasa dengarkan.."yang manis jangan terus ditelan,yang pahit jangan cepat-cepat dibuang"..namun hakikatnya sebaliknya..pepatah hanya tinggal pepatah..kebenarannya hanya akan diakui setelah terkena pada batang hidung sendiri..tak apalah..asal kita pelajari kesilapan..perbetulkan..berubah.

Dibenci Itu Mungkin Terbaik
Google image 

BERUBAH SAYANG.Hati kita dan setiap rasa di dalamnya,Allah SWT yang jaga.Bila-bila masa boleh berubah.Tidak perlu tunggu sehari pun untuk hati kita berubah..sekelipan mata pun tidak mustahil.Jadi,jaga mulut.Mulut itu fungsinya bukan untuk mengunyah makanan semata-mata,sebaliknya banyak fungsi lainnya juga.."terlajak perahu boleh diundur,terlanjur kata buruk padahnya"..terlajak?...istighfar,taubat,,minta maaf.

SUSAH.Susah dahulu senang kemudian...atau mungkin senang dulu susah kemudian..tidak pun susah dan senang yang berterusan..susah itu kita yang terjemah..hakikatnya bukan susah tapi kecukupan.Tidak lebih tidak kurang...ngam ngam je...cun cun je..tiada lebihan itu yang sering buat hati risau..yang sering menjadi isu adalah kewangan..biarpun wang bukan segalanya tapi sebahagian besar urusan kita seharian memerlukan kos sara hidup..percayalah,mungkin dengan sekadar kecukupan itu biarpun kita tidak senang hati dengan situasi begitu tapi ianya menjadikan kita dekat padaNYA..itu lebih baik.

Rindu Pencipta dengan hambanya..diikat dengan dugaan..berat,namun sambutlah dengan sedaya kudrat..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kian mendekat 

06 May 2017

Pasti Ada Sebabnya Tu

3:24 PM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

PASTI ADA SEBABNYA TU || Kadang kita keliru dengan keadaan.Kita pun mula mengagak..meneka neka..begitu begini..dan macam macam lagi..kerana ada segelintir gemar berdolak dalih..tidak kurang bersikap terbuka..hakikatnya dua dua situasi ini berisiko.

SEBELUM DAN SELEPAS.Dalam sesetengah situasi,sebelum itu lebih baik berbanding selepas..dan sesetengah hal yang lainnya selepas itu lebih baik daripada sebelumnya.Maksudnya...

YANG TERKEHADAPAN.Kita tidak tahu apa yang diharapkan,,diminta dan disebut dalam doa itu terbaik atau sebaliknya untuk kita.Pastinya yang kita minta yang baik-baik betul tak..itu pendapat kita..namun apa yang terkehadapan hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.Yakinlah kerana..

PEMUTUS TERBAIK.Allah SWT adalah sebaik-baiknya pemutus kepada satu keputusan yang tidak layak untuk kita sangkal.Jangan pernah berhenti berdoa agar Allah campuri dalam segala urusan kehidupan kita..kerana bila Allah mengiringi..pasti ada keberkatannya..insyaAllah..ameen.

Pasti ada sebabnya tu
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kian mendekat 

05 May 2017

Sinarnya Kian Menyinar..

9:12 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SINARNYA KIAN MENYINAR..

Sinarnya Kian Menyinar

5 Mei 8 Syaaban
Matahari terbit indah sinarnya
Setiap hari menanti hadirnya Ramadhan
Moga diizin Allah menunaikannya

Melunaskan puasa Ramadhan satu tuntutan
Tidak usah dipandang biasa-biasa
Meninggalkannya berhutanglah dengan Tuhan
Mana yang tertinggal cepat-cepat qadakannya

Juada di atas meja bukan keutamaan
Kurma dan air sunnah Baginda
Tumpukan ibadah kurangkan makanan
Jika membazir tiada gunanya

Hukum tidak memberatkan jika keuzuran
Namun jangan ambil kesempatan ke atasnya
Tiada nikmat mampu didustakan
Tanda kasih Allah pada hambaNYA

Terima kasih ukhuwah atas sokongan
Hanya Allah mampu membalasnya
PC singgah juga tanda penghargaan
Moga jalinan ini dapat redhaNya

04 May 2017

Kisah Semalam

11:24 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KISAH SEMALAM || Di mana pun kita berada,sebarang kemungkinan boleh berlaku..semua dengan izin dan aturan Allah untuk kita ambil yang baik..muhasabah yang kurang cantik..yang sering mensia-siakan itu manusia tapi dari Allah tiada yang tidak berguna..

Kisah Semalam
Google image 

TEMPAT : KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN
MASA : 3.00 - 5.00 PETANG

....lama rasanya tak buat rawatan gigi...sedari bulan April lagi telah buat pemeriksaan..kemudian barulah diberi tarikh untuk bertemu Doktor..biasalah begitu perjalanannya..kerana sekadar scaling...kata Doktor kalau cabut boleh on time..

Sementara menanti angka giliran  5011 dipanggil..

MUDAH TERCABAR.Angka giliran itu membuat perjalanan urusan menjadi lebih teratur..kalau pun tidak keseluruhannya tapi ianya membantu..sabarlah..kalau ditanya,tiada siapa pun yang sanggup menunggu lama..PC pun tak nak..dalam hujan..sejuk..duduk menunggu..mengantuk jadinya...jadi tidak hairanlah kalau ada yang menunjukkan rasa marah dan protes sebabak dua dalam klinik..saat begini kesabaran mudah tercabar...fikir balik..bukan kita sorang menunggu giliran..semua orang pun sama..*baik-baik ngantuk,,segar terus mata PC sebab terkejut*

LEBIH MENYEDARKAN.Bila menanti hingga tibanya giliran...entah berapa kali melihat jam...kemudian geleng kepala...rasa buang masakah menunggu...kalau untuk kesihatan diri ianya berbaloi..dengan syarat niatnya betul...mengisi masa tidak semestinya perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain..ada kala kita boleh arahkan hati kita sahaja yang bekerja..bagaimana...isi masa itu dengan zikir,,istighfar..

BUKAN MASANYA.Ramah itu bagus..bertanya khbar itu harus dipuji..menyembang itu perlu lebih berhati-hati..1 suara....2 suara...20 suara...wah meriah...kesian misi dibahagian pendaftaran....semput dia nak panggil sorang-sorang bagi nombor giliran..jangan marah bila dia tak senyum dengan kita...dia pun manusia....dan jangan marah juga pada pesakit kerana bukan lambat gerak tapi kali ke lima disebut nama baru dia dengar..

MERAWAT.Tidak kiralah Doktor di hospital..di klinik..mereka bukan sahaja berdiri dengan profesion kedoktorannya untuk merawat penyakit pesakit secara fizikal..malahan memainkan peranan juga pada merawat emosi pesakitnya..*rasa takut,gugup,marah,,kian mencair bila Doktor dan staff bijak memainkan peranan*..syabas..alhamdulillah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kian mendekat 



Kebarangkalian Yang Mana

8:52 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Kebarangkalian Yang Mana
Google image 

KEBARANGKALIAN YANG MANA || Segalanya mungkin.PC,malahan sesiapa pun terdedah kepada segala kemungkinan yang telah ditakdirkan dan impak apa yang diusahhakan oleh diri sendiri.Apa yang kita usahakan dalamnya ada suratan.Semangat,lintasan hati dan fikiran,petunjuk..semua dengan izinNYA.

Kebarangkalian itu sukar dijangka..tapi DIA sudah tahu segalanya..kerana DIA perencana..sama ada kuat atau tidak untuk kita melaluinya..tapi ujian itu sentiasa sepadan dengan kemampuan hamba-hambaNYA..

HIDUP SELEPAS MATI.Bukan mudah.Tapi tidak mustahil.Dah banyak contoh.Ketika hayatnya hanya segelintir yang mengenali..setelah kematiannya seolah seluruh alam meratapi..mengenali..subhanaAllah..moga menjadi saham baik di sana..moga yang hidup itu setiap kebaikkannya.

MATI SEMASA MASIH HIDUP.Bahaya.bagaimana nanti setelah tiadanya..nauzubillahiminzaliq.Memadai biasa-biasa pun tidaklah mengapa jangan sampai dianggap mati biar masih sihat bernyawa.

ISTIMEWA.DIA SANGAT ISTIMEWA.Semasa hayatnya dikenali..setelah tiada semakin diingati..dirindui..malahan dirai setiap tahun hari kelahirannya..bergema seluruh alam mengalunkan selawat ke atasnya..ya BAGINDA RASULULLAH SAW.Kehidupannya..kewafatannya sentiasa dikenang..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan kian mendekat