07 June 2017

Berhenti..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BERHENTI || Bergerak kemudian tidak bergerak..itu berhenti bergerak.Bernafas kemudian tidak bernafas itu berhenti bernafas.Mati.Mati itu boleh berlaku disaat masih bernyawa.Mati akal.Bukan disebabkan sakit atau lumpuh tapi terkejut seketika,tidak boleh memberi tindak balas segera ketika berbahas.Lagi-lagi kalau yang tanya kanak-kanak 3 tahun..soalan standard professor..mahu tak timbul urat dikelopak mata..

Berhenti beranggapan kanak-kanak serba tidak tahu..dalam situasi sekarang mereka lebih banyak tahu banyak hal berbanding orang dewasa..harap maklum ya.

MENUDING JARI.Menuding jari kerja mudah.Lebih mudah kalau banyak dan tahu siapa sasarannya.Mudah ya...mudah sangat.Mudah dunia.Berhenti berasa aku betul engkau salah kerana tidak semua orang sentiasa betul dan tidak juga semua orang itu sentiasa salah.Daripada terus buang masa menuding jari lebih baik baiki diri dan mencari solusi.

FIKIR NEGATIF.Mula-mula fikir kemudian berteka teki dihati.Penyudahnya serba serbi jadi tidak kena.Kita mesti cepat-cepat bertindak dengan berhenti fikir negatif terutama pada hal yang tidak sahih dan tidak berlaku dihadapan kita.Seandainya nyata didepan mata,masih mahu menidakkan itu berbohong pula namanya.Susahkan.Memanglah susah.

BERASA SELESA.Selesa itu perlu.Terlalu selesa itu bahaya.Maksudnya biar berada di zon selesa tetap berusaha berbaiki diri dan lebih dekatkan hati dengan Pencipta..lebih mesra dahi dengan sejadah,lebih banyak basah wudhuk pada anggota tubuh..*ini amaran untuk diri PC juga..jangan pandai cakap je*

Berasa cemburulah dengan insan yang hidupnya selesa di dunia tanpa berhenti berusaha bersungguh sungguh mengejar keselesaan di akhirat.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



3 comments:

  1. Wkmsalam.
    Kejar keselesaan di dunia untuk menambahkan kebahagiaan di akhirat

    ReplyDelete
  2. KESELESAAN DI DUNIA PERLU UNTK MMBHGIAKAN DIRI DI AKHIRAT SANA

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..