31 July 2017

H A R T A

7:44 AM 17
H A R T A
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


H A R T A || Diri kita tanpa sedar adalah harta.Harta untuk ibu ayah yang Allah SWT pinjamkan untuk mereka.Bersertanya ada ujian dan kebahagiaan..ada juga kunci bagi banyak pintu untuk dibuka suatu ketika.Setelah kita lahir..Allah SWT juga hadiahkan kita harta..ya..agama....dan..ibu ayah kita😄...ingat..ingat..ingat.

MENCARI.Kita usaha,Allah bantu..kerjasama.Ada ketika kita lupa,dan magisnya ingat tatkala hanya kerana harta...

HARTA....semasa ibu ayah masih ada,ya mereka yang berusaha bekerja..mencari untuk anak-anak dan keluarga tercinta.Anak-anak patuh dan taat semua.Saat tidak sampai pun usia kematian sepurnama..berubah pula kisahnya..saat ada hayat mereka mengapa tidak berebut untuk menjaga..namun saat matinya mereka harta pula yang didamba.

HARTA....Ada yang sanggup menganiaya,menghasut sini sana..yang dulunya jauh mula mendekat..dulu yang sering berbahasa kelat sekarang manis likat melekat..yang entah dulunya di mana tiba-tiba datang mengaku kerabat..pengakuan demi pengakuan timbul..saudara bau-bau bacang katanya..yang nyata bau hatimu dapat dihidu juga.

Sedikit atau banyak harta itu...uruslah sebaiknya.Kasihan mereka yang telah tiada.Sebut soal harta..tidak semestinya nyata kelihatan..bukan ertinya kepalsuan..tetapi ada harta yang perlu dicari untuk persediaan  di kehidupan lebih jauh ke hadapan.

Apa yang terbaik sebagai hamba-hambanya adalah apabila...Hati Ada Rasa Takutkan Allah.....insyaAllah akan selamat di dunia...bersenang lenang di akhirat kelak..bergembira bersama pasangan masing-masing di atas pelaminan indah..saat itu mintalah apa sahaja pasti tidak tertolak.....
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

30 July 2017

Mesti Lawan,,Tetapi Melawan Saat Perlu

11:00 AM 7
Mesti Lawan,,Tetapi Melawan Saat Perlu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MESTI LAWAN,,TETAPI MELAWAN SAAT PERLU || Klise,sebut lawan..melawan..zassss..terbayang babak gulung lengan baju..tarik-tarik rambut..cakap terjerit-jerit..kurang kuat...kuat lagi..lagi hebat angkat kain tinggi sikit barulah senang kot kot nak menendang ala ala kung fu..begitulah lawan dan melawan dari sudut fahaman kita..ada gaya lawan dan melawan begitu tapi zaman sekarang sebahagian besarnya lawan dan melawan berteknologi...awas ya..😡

MESTI LAWAN.Ada tawa ada air mata..ada turun kemudian naik..cantik aturannya begitu.Tidak semua perkara itu,suka dan mudah untuk dilakukan..justeru mesti lawan.Lawan untuk lakukan perkara yang kita tidak suka,walhal perkara itu baik.,,pendek kata,banyak hal dalam menjalani aktiviti seharian sangat perlu dan mesti lawan pada aura-aura yang tidak jelas dan tidak jernih.PC sendiri ada rasa bermalas-malasan ya..bohonglah kalau PC sentiasa rajin.PC juga sangat jauh daripada kesempurnaan justeru banyak perkara mesti lawan untuk menjadi lebih baik.InsyaAllah. Amin.


Beradu itu tidak semestinya menggunakan tenaga..tidak juga bersyaratkan kegagahan fizikal seseorang.Ada saat tertentu,beradu itu sangat perlu namun dengan hanya memanfaatkan kebijaksanaan yang ada..

MELAWAN SAAT PERLU.Apabila berasa yakin bahawa sesuatu itu selayaknya mendapat pembelaan dan wajar dibela,,maka melawanlah saat itu.Kita tidak boleh menjangka situasi.Ianya boleh berubah dengan hanya sehela nafas dan sekelipan mata..sehinggalah ianya berlaku baik seperti apa yang kita harapkan atau jauh menyimpang daripada apa yang kita bayangkan.Diam,bersabar itu lebih baik,lebih mendamaikan..namun sesekali perlu untuk kita melontar bicara agar dapat menyedarkan orang lain kalau tidak semua yang dia lakukan itu benar semuanya.

....lakukanlah dengan Bissmillah,bukan niat untuk berbalah sekadar meluah agar cedera tidak semakin parah..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

29 July 2017

Apa Yang Akan Diperolehi..

12:34 PM 5
Apa Yang Akan Diperolehi..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


APA YANG AKAN DIPEROLEHI || Menyediakan perancangan itu perlu.Soal berjaya atau sebaliknya bukan urusan kita.Itu urusan DIA yang Maha Mengetahui.Agar tidak melulu melakukan sesuatu tanpa hala tuju..perancangan itu jadikan panduan.Ibarat seorang arkitek yang melukis plan seperti apa yang dibayangkan..melukis dan terus melukis..dalam setiap garisan yang dicantum sertakan tawakkal.

Gerak hati,rangsangan minda..memacu apa yang dirasa-rasa.Sebelum terus mengemudi rentak dan gerak pertimbangkan terlebih dulu sekadar yang perlu..apa yang akan diperolehi nanti.

BERBICARA.Berbicara tidak semudah disangka.Sebenarnya.Kalau ada yang mengatakah berbicara atau bercakap itu mudah....pasti dia hebat gerangannya..sama ada benar-benar hebat kerana bicaranya penuh hikmah atau sebaliknya..waima pemidato hebat pun..pasti pening mencari frasa indah..kosa kata yang berada ditengah-tengahnya zon paling selamat.Siapa yang mendengar tidak sakit telinga..siapa yang dituju tidak terasa hingga merobek jiwa.

FIKIR.Fikir kemudian bertindak itu lebih berbaloi daripada bertindak dahulu kemudian baru mahu berfikir.Tetapi tidak mengapa kerana selagi ada rasa untuk berfikir itu tandanya masih lagi ada pertimbangan dan kewajaran dalam menggunakan akal.Alhamdulillah.

SATU PER SATULAH.Tamak itu sering merugi dan membinasakan.Satu persatu itu bagi sesetengah orang lambat dan lewat..tetapi itu lebih baik berbanding yang dikejar tidak dapat malahan yang digendong keciciran..hujungnya termenung sendiri..fikir apa yang akan diperolehi..sudah terlambatkah..jawabnya belum selagi masih bernyawa...silakan mula semula.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

28 July 2017

Cak..Cak Ba..Sila Lupakan

9:24 AM 16
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


CAK..CAK BA..SILA LUPAKAN || Kalau tidak kita diagah..mesti kita yang mengagah...ber-cak-cak-ba...tepuk amai-amai..begitulah bila si dewasa cuba mahu berkomunikasi dengan anak jecil atau lebih teoat mahu menarik perhatian si kecil.Tersenyum si kecil,berjaya la kita..menangis si kecil,bukan kita tidak bagus tapi sila usaha lagi dan lebih kreatif.

Kreatif itu bagus.Inovatif juga baik.Menjana penjenamaan bermula dari diri sendiri hinggalah di mana bumi dipijak dan langit dijunjung.Tapi berjaga-jaga, jangan sampai kreatif dan inovatif itu merosakkan apa yang telah dicipta cukup sangat terbaik dan sempurna.


Mengubah itu wajar pada hal yang sepatutnya.Namun tidak semua perkara ada kewajaran untuk diubah mengikut selera kita.Niat tidak pernah menghalalkan cara..tetapi cara akan terpandu oleh niat yang baik-baik. 

Cak..Cak Ba..Sila Lupakan
Maksudnya : Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! (Surah Al Mulk : Ayat 14)

BERATKAN DAN RINGANKAN IKUT KETETAPAN.Islam itu indah kalau benar-benar dihayati.Alhamdulillah atas nikmat agama dan iman yang Allah pinjamkan.Syukur.Jaga elok-elok.Jangan cak..cak ba pada apa yang disyariatkan..sila lupakan andai ada rasa begitu..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

27 July 2017

Tidak Semestinya Memiliki..

9:27 AM 14
Tidak Semestinya Memiliki..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI || Harapan sentiasa ada.Cuma peluang yang datang atau dicari berbeza-beza.Bukankah rezeki setiap makhluk Allah itu tidak serupa walau lahir daripada rahim ibu yang sama.Katakan tidak pada sikap dan pemikiran yang sangat suka membeza-beza.

HAJAT.Setiap orang ada hajat.Senang kata impian.Besar peranan dan impian dalam hidup kita..ianya visi dan misi..boleh jadi motivasi..masakan tidak..seandainya sudah disemai hajat atau impian..lapangkanlah waktu dan diri untuk sering mendirikan solat sunnat hajat..bukti Allah kasih tanda Allah cinta hamba walau sering kasih dan cintanya dipandang sebelah mata oleh hamba-hambaNYA yang derhaka.

DIA MAHU KITA BELAJAR.Semak semula diri.Pandang kanan kiri.Kalau apa yang kita minta hingga saat ini tidak lagi dimakbuli..bukan kerana Allah tidak peduli atau benci....tetapi DIA mahu kita belajar.Belajar bahawa tidak semestinya memiliki apa yang kita kehendaki.Adakala setelah memperbaiki baru kita miliki..

Adakala kita mendambakan akan sesuatu tetapi Allah tidak restu.Pasti bersebab yang kita tidak tahu sedangkan Allah mahunya begitu.Kita rasa kita mampu sedangkan Allah itu lebih tahu.Untuk mengecapi nikmat,pada sesetengah hal ianya wajar kita miliki..manakala pada sesetengah perkara yang lain Allah kata........sementara waktu nikmati dulu nikmat-nikmat yang lain.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

26 July 2017

Ada Banyak..Pandai-pandailah Bezakan Ya

8:55 AM 21
Ada Banyak..Pandai-pandailah Bezakan Ya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

ADA BANYAK..PANDAI-PANDAILAH BEZAKAN YA || Rambang mata..suka dan pantang melihat apa yang kena dijiwa..dirasa seolah-olah mahu dibelinya semua..selagi berpada-pada itu tidak mengapa asal tidak berhubungan rambang.Itu berbahaya.Banyak hal perlu dinilai sebaiknya.Walau kita tiada upaya untuk menepis banyak perkara, namun ikhtiarkan.

TEGURAN DAN NASIHAT.Biar kena dengan situasinya.Biar sedikit namun berkesan.Daripada hati pasti terkesan juga hingga ke hati.Berhati-hati menggunakan apa pun kata...biar manis jangan sinis.Andai teguran dan nasihat yang diberi itu berjela asal tidak merimas itu boleh-boleh sahaja.

MARAH.Marah lazimnya berkait rapat dengan gangguan emosi dan akal yang tidak terkawal juga tidak seimbang.Ada yang saja-saja marah..tidak kurang dia marah sebab tengok orang lain marah...sia-sia sebenarnya jika jadi nasi tambah kalau tiada manfaat..ada yang marah sebab dia lebih dulu sudah di marahi..nak lepas geram kaedahnya la tu....dan orang yang hebat niat marahnya kerana Allah kerana mahu mendidik..kalau baik niatnya..matlamatnya insyaAllah sampai.

SENYUM.Senyum itu sedekah.Sedekah yang bagaimana.Hati-hati.Ada yang sedekahnya untuk bekalan akhirat.Ada juga untuk menarik perhatian.Tidak kurang yang bersedekah dengan matlamat tertentu..atas tiket sedekah serampang lebih dari tiga mata..begitu juga senyuman..ada yang sinis mengguris..ada yang meleret terseret..ada yang kerana DIA untuk ukhuwah.Murah senyuman itu bagus..pastikan senyuman itu berkualiti bukan senyuman murahan.

BANTUAN MENCIPTA KAWAN.Kalau ada niat untuk membantu tidak kira kepada siapa harus dihulur bantuan itu.Sesama kawan sedia mengenali..atau tidak dikenali.Bantuan itu ada ketika mencipta kawan.Ada masa juga menganiaya teman.Susah untuk mentafsir orang kerana hatinya tersembunyi akalnya terselindung.Hati-hati saat berteman.Berkira-kira ketika menghulur salam.Bukan bukan belangkas sahaja dua alam..tidak juga sekadar talam dua muka..manusia juga ada yang pintar bermain kata.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

25 July 2017

Dengarkanlah..

8:06 AM 22
Dengarkanlah..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


DENGARKANLAH ||🎶🎶....Dengar..Oh! Jeritan batinku.....🎶🎶...antara bait-bait lirik nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramli..Jeritan Batinku..kalau tak silap PC lagu ini dalam cerita "Ibu Mertuaku"

Apa yang di dalam hati tidak mungkin kedengaran kalau tidak diluah dengan kata-kata baik secara lisan atau tulisan.Kecuali DIA yang Maha Hebat.Maha Mendengar.Tahu segenap inci apa yang ada pada kita hamba-hambaNYA .. 

Mendengar itu dengan sepasang telinga..itulah Allah ciptakan telinga untuk kita..syukuri..satu saat telinga itu boleh berbicara.Maka,dengar apa sewajarnya sahaja selagi boleh..

JANGAN SEMBARANGAN.Saat mahu berkeluh kesah..pertama pada DIA..bicaralah apa yang terbuku di dada..yang menyesak minda..silakan..sebanyak-banyaknya..pastikan lega..dan kemudian mungkin dengan insan yang diyakini boleh dipercayai.Jangan berlainan jantina..tidak usah juga yang gemar mengadu domba.Bahaya.Takut nanti terpelanting dari mulut telaga..terjerumus pula dilembah fitnah dunia..pilih untuk menjadi pemilih pada segelintir hal itu perlu dan tidak salah.

SANG DEWASA.Tidak perlu bertubuh yang gagah perkasa.Cukup mampu menjadi pendengar setia.Bukan fizikal yang mendengar tetapi cukup deria dengar yang kebal dan peka saat diperlukan.Ibu ayah,dengarlah setiap patah bicara anak-anakmu sebelum mereka lebih memilih orang asing untuk meluah rasa.Sahabat,bersedialah untuk sama-sama berkongsi rasa,mendengar apa yang cuba tidak mampu sahabatmu cerna.Bantulah.


Tidak semua permasalahan itu berpunca daripada kewangan.Tidak semua hal wang itu solusinya.Adakala cukup kita sudi mendengar setiap keluh kesah lantaran bebanan dirasa..itu juga bantuan sebenarnya.


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

24 July 2017

Kembali Juga Nanti

9:55 AM 27
Kembali Juga Nanti
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


KEMBALI JUGA NANTI || Pada babak pertemuan pasti ada  kisahnya perpisahan.Sementara atau selamanya.Pada setiap perpisahan pula terlakar pelbagai kenangan.Banyak bentuk.Pelbagai warnanya.Sedih Ramadhan berlalu pergi terubat lantaran Syawal datang mengganti.Hadiah untuk ummat yang mentaati.Melunas rukun arahan Ilahi.Setiap bulan-bulan itu juga bergilir berbakti sebagai perkiraan ummat insani menyusun dan beraktiviti.Hari ini 24 Julai 2017 bersamaan 30 Syawal 1438H ,hari terakhir untuk Syawal dirai.InsyaAllah akan Syawal kembali cuma kita masih di sini atau bagaimana nanti.

Anak dara manis berkebaya 
Berkebaya labuh dihiasi labuci
Diam tidak diam hari ini akhir raya
IzinNYA kitakan meraikannya lagi

Berkilat rotan bila divarnis
Atok yang mengilat nenek pula yang megah
Pasti banyak kenangan manis
Jadikan azimat bertautnya ukhwah

Balang kuih sudah bercuci
Disimpan kembali ke tempat asalnya
Segala silap harap telah dimaafi
Maka tenanglah rasa minda dan jiwa

PERTEMUAN YANG PALING PASTI.Sedia maklum.Tidak tahu kemudian ambil tahu,atau tahu buat-buat tidak tahu.Ya mati itu pasti.Cuma diluar jangkaan kita adalah bila dan bagaimana cara kematian itu..yang paling didambakan adalah husnulkhatimah.Sesiapa pun inginnya sebegitu disaat kematian kerana "Kehidupan setelah kematian" itu PALING digeruni.Moga manfaat Ramadhan dan Syawal serta bulan-bulan yang lain menyumbang dana kebaikkan untuk menjadi bekalan bagi menjalani kehidupan abadi di sana kelak.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

23 July 2017

Salam Perkenalan..

10:02 AM 7
Salam Perkenalan..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SALAM PERKENALAN || Matlamatnya sama,namun caranya berbeza.Berjaya atau gagal,biar gigih berusaha semua ditentukan olehNya.Bukan bererti diusahakan hari ini,hasilnya juga dapat dinikmati hari ini..ya pada sesetengah hal..tidak begitu bagi sesetengah hal lainnya juga.

TEKNIK.PC ambil kisah yang sangat dekat dengan kita.Dulu zaman emak ayah kita bercinta *logik sikit PC oi..awak belum lahir macam mana boleh tahu cerita pulak😅..tahu daripada pengalaman saudara mara😊*..tidak secanggih zaman ini.Bezanya banyak,dan diantaranya teknik berhubung itu.Dulu surat berjela-jela perantaranya kalau berjauhan,tapi sekarang boleh Skype bila-bila masa..paling tidak pun video call.Dulu daripada awal kenal terus bercinta dengan keluarganya tapi sekarang lepas kahwin masih ada yang tidak kenal satu sama lain ahli keluarga..*tidak semua ya..tapi ada*..eh tidak mengapalah..ambil masa dan kenali.

LAIN,KERANA DIA ISTIMEWA.Jambangan bunga itu cara manusia.Teruja namun seketika.Kata-kata manis itu juga dambaan manusia.Seiring waktu tidak mustahil dilupa.Kejutan mewah,sederhana atau apa adanya pun impian manusia.Bahagia namun adakala terluka sedikit dihapus dilupa.Salam perkenalan DIA lain..kerana DIA istimewa.tahu luar dan dalamnya kita.Mengikut dan memberi seiring gerak rasa dijiwa.Ujiannya mungkin pahit tapi tidak buat kita patah hati untuk terus meminta-minta.Saat kita menjauh DIA tarik kita untuk mendekat.DIA HEBAT.Ada cara tersendiri menyedarkan kita daripada tersesat.SubhanaAllah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


22 July 2017

Menyampaikan..

9:10 AM 13
Menyampaikan..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MENYAMPAIKAN || Berjenaka..tidak salah.Tapi ada syaratnya.Tidak mengaibkan,tidak menyentuh isu-isu sensitif..maka silalah berjenaka.Berjenaka dengan hikmah,dalam gurau senda ada input baik yang boleh dimanfaat..ada pesanan-pesanan untuk lebih mendekati Tuhan.Saya dapat,awak dapat dan mereka dapat..Dapat apa?..Dapat pahala.Alhamdulillah.

FAKTA.Situasi sekarang serba pantas.Di sini sembang kencang air segelas pun tidak bertambah lagi,kisah apa yang disembang sudah tersebar luas.Klik...klik..klik..tap..tap..tap..pantaskan..sangat pantas..fakta atau auta sudah menjadi entah kepentingan dikedudukkan keberapa..asal sensasi lagi terkini.Bangkitlah,sedar..kalau kita tidak berlenggah untuk menyebar,malaikat pun tidak bertangguh untuk mencatat.


Sampaikan biar sekecil hal,,ianya fakta.Ia tetap berganjaran baik yang berterusan.


BERSESUAIAN.Bukan berpakaian sahaja perlu beretika..mesti bersesuaian dengan citarasa kita dan Tuhan..untuk menyampaikan juga pastikan bersesuaian.."sempoi" itu boleh..."asbol-asal-boleh" pun tidak bermasalah..sila sensitif pada persekitaran keberadaan kita di ketika itu.Kita suka..belum tentu orang lain berkenan..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

21 July 2017

Disaat Siang Dan Malam Bersilih Ganti

8:16 AM 13
Disaat Siang Dan Malam Bersilih Ganti
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


DISAAT SIANG DAN MALAM BERSILIH GANTI || Bumi terus berputar pada paksinya.Seluruh apa yang ada di langit dan bumi ada fungsinya yang tersendiri.Memainkan peranan masing-masing seperti yang telah Allah SWT tetapkan.


Di alam ini,kita saling memerlukan..senantiasa melengkapi keperluan dan kehendak satu sama lain..saling menjaga dan menyayangi dengan cara masing-masing..akal itu membuat manusia banyak mempertimbang..hati dan keimanan itu membentengi manusia agar lebih meriah dengan bersifatkan insani.


MANTAPKAN RASA CINTA AGAR LEBIH MENEBAL.Gandakan jiwa mendekat.Lebih rapat supaya lebih erat dengan DIA pemberi pinjam nikmat.Masa itu,milik DIA.Jika berasa masa itu seakan sedikit..solusinya lebihkan masa untukNYA..jika berasakan berlebihannya waktu moga di dalamnya melimpah keberkatan.

JANGAN DIBIAR LUPA TERLALU LAMA.Apa yang wajib dilunas,lunaskanlah.Syariat yang mesti di patuh.Patuhilah biar terpaksa bertatih hingga keringat terakhir beserta keletihan yang membelenggu jasad.Terlupa itu wajar..melupakan itu kejam kita sebagai hamba.Hidayah Allah perlu dan wajar dicari,dipupuk..tidak salah juga terus disemai.Seperti pokok,adakala dahannya patah,batangnya condong,daunnya kering..tidak terkecuali juga kita sebegitu..carilah baja yang bersesuaian untuk menjadi pemangkin meneruskan kehidupan.

MENYULAM BAHAGIA..MERATAP SENGSARA.Zaman sekarang viral..tular..itu perkara biasa.Tidak pelik.Akan menjadi pelik bila kita tidak mengetahui berita panas yang lagi sensasi..silap-silap boleh tercampak di pulau ciptaan manusia kerana asing dengan apa sahaja yang sedang meledak di media sosial.Tidak salah ambil tahu.Asal tahu apa yang harus diambil tahu.Kita ada kehidupan sendiri..begitu juga orang lain.DISAAT SIANG DAN MALAM BERSILIH GANTI ada yang menyulam bahagia..tidak kurang meratap sengsara lantaran dizalimi.Campur tangan Allah SWT itu sentiasa kita dambakan.Di suatu sudut lainnya,ayuh kita menajamkan senjata doa moga menjadi benteng dan tugu yang teguh.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



20 July 2017

Pedang..Jarum..Gunting

8:19 AM 21
Pedang..Jarum..Gunting
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


PEDANG..JARUM..GUNTING || Cara kanak-kanak hendak menunjukkan keadilan.."osom" la yang menjadi pilihan.Waktu itu semua keluar..batulah..mataharilah..kertaslah..guntinglah..burunglah..airlah..mana yang sifatnya keras atau kuat dialah menang..tidak pun main terbalik atau telentangkan telapak tangan.."lat-ta-li-lat-ta-li-tam-lum".Itu kaedah PC dan rakan-rakan bermain saat kecil-kecil..mungkin sekarang ada tapi jarang atau mungkin kadang-kadang sahaja.Tidak hairanlah bila anak-anak zaman sekarang melihat cara begitu untuk tentukan giliran,mereka berasa bagai ada sesuatu kepelikkan sedang berlaku.Muka pelik macam nampak alien..

Seusia yang dilalui,banyak yang telah ditinggalkan..bagi yang melalui ianya menjadi kenangan indah untuk dikenang.Bagi yang tidak mengetahui mungkin ianya terganti dengan sesuatu yang lebih baik.Sedar atau tidak ada tiga senjata ini yang hampir dengan diri kita mesti dikemudi sebaiknya..harus dijaga molek-molek..apakah?😉

PEDANG.Lidah.Ya butir bicara kita lebih tajam daripada pedang.Baik sahabat mahupun musuh boleh tercedera dengan pedang yang satu ini..kata-kata adakala membina..ada saatnya membinasa tidak mengira masa.Pedang ini boleh menikam musuh,boleh juga mempertahankan sahabat,,dan jangan hairan andai berlaku sebaliknya.


Jaga-jaga..pedang ini akan tumpul setumpul tumpulnya di hari pengadilan dan pembalasan..hunus pada tempatnya..simpan juga pada kedudukannya.Takut kelak lantaran terlalu tajam hari ini..membinasa pada hari mendatang.


JARUM.Tajam tapi tugasnya mencantum.Dari sudut mana pun,bagaimana pun rupa koyakkan dan hasilnya..ianya tetap mencantum.Biar hasil akhirnya tidak secantik pada awal sebelumnya koyak dan lebih parahnya rabak...ianya tetap menyatukan.

GUNTING.Gunting dalam lipatan itu SANGAT bahaya..tetapi memutuskan atau memisahkan sesuatu yang kurang baik itu wajar dilakukan sebelum ianya turut menburukkan keadaan..dengan syarat..terlebih dahulu usaha mengubah dan perbaiki yang kurang baik tersebut.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

19 July 2017

Masih Berbaki

9:07 AM 4
Masih Berbaki
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MASIH BERBAKI || Hari ini 25 Syawal.Bermakna sudah 25 hari juga Ramadhan meninggalkan kita.Macam meninggalkan,hakikatnya Ramadhan sedang membuat pusingan "U" untuk menanti giliran menemui kita lagi.InsyaAllah ada redhaNya kita jumpa lagi.Semakin hujung Syawal semakin itu rancak majlis rumah terbuka diadakan di sana sini.Semakin itu juga ada yang gigih melunaskan puasa sunnat yang masih berbaki.

Kuih raya..kalau di awal-awal raya..kurang uuumppph bagi PC...terasa sedapnya bila waktu-waktu begini..hujung-hujung Syawal hinggalah habis Syawal..Nikmat lain macam..serdak atau tinggal habuk pun terasa sedap sangat.Kadang sampai ketuk-ketuk cepu kuih tu..

Setiap rezeki itu ada nikmatnya.Bukan untuk sendiri,ada juga untuk diagihkan kepada yang sewajarnya.Agih sebaiknya supaya yang masih berbaki biar pun hanya sedikit..rasa kecukupannya berterusan..🍒Perdu Cinta 🍒

MANFAATKAN USIA.Saat ini kita menikmati apa sahaja yang diingini.Semahunya,semampunya dan selayaknya atas setiap nikmat yang dipinjamkan.Moga-moga dalam setiap daripada itu tidak kita menyisih atau menolak ke tepi apa yang DIA mahukan daripada kita hamba.Timbal balas.

DUIT SEKOLAH JADIKAN TABUNGAN.PC suka sebut duit jajan.Walau pun tak beli jajan.Walau setiap pagi mama sediakan bekal..babah pasti sediakan duit jajan..alhamdulillah.Di sekolah rendah kadar tabungan agak lumayan berbanding sudah ke sekolah menengah..tapi setiap baki yang ada pasti ke tabungan.Terserah pada diri mahu atau tidak sebenarnya menabung.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



18 July 2017

Bahaya Berlebih-lebihan..

8:30 AM 14
Bahaya Berlebih-lebihan..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


BAHAYA BERLEBIH-LEBIHAN || Reaksi akan sesuatu hal itu banyak bentuknya.Bergantuk pada diri individu yang menerimanya.Ada yang biasa-biasa..yang bahaya bila setiap perkara atau tindakkan berlebih-lebihan.

TERLALU YAKIN.Yakin atau berkeyakinan itu perlu..rasa yakin boleh menjadi motivasi juga serba sedikit..sentiasa bersemangat untuk terus melakukan,tapi kalau terlalu yakin takut riak jadinya.Lebih-lebih bila rasa yakin itu diluahkan kepada orang lain..lebih baik bertindak semampunya,cukup sekadar bisikkan pada diri sendiri dan jangan berasa hebat bila berbicara akan sesuatu hal..hujungnya kembali kepada DIA juga..kerana berjaya atau gagal walau telah gigih berusaha,terserah padaNYA untuk memberi mana selayaknya untuk kita.

BERJAGA-JAGA.Majlis perkahwinan,kenduri kendara..dan sambutan hari raya..rumah terbuka la lazimnyakan yang memerlukan perbelanjaan agak besar dan tinggi..bergantung jumlah tetamu yang diundang.Sering menjadi kegusaran tuan rumah adalah makanan yang tidak mencukupi..aduhai...sediakan menu lebih atau lebihkan sedikit kuantiti itu bagus tapi jangan sampai membazir.

MEMINATI.Silakan.Setiap kita ada idola.Ada lagu kegemaran,makanan kegemaran,aktiviti kegemaran..betul tak..rasa suka itu ada pada diri kita.Kita menyukai itu bermakna kita senang dengan keadaan tersebut.Selesa.Gembira.Lapang hati dan fikiran.Namun pastikan ada hadnya.Setiap yang kita rasa suka dan banyak kebaikkan itu andai keterlaluan boleh juga berubah menjadi sebaliknya.Berpada-pada dan besederhana.InshaAllah selamat.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

17 July 2017

Air Mata Dan Deraian Tawa

8:27 AM 16
Air Mata Dan Deraian Tawa
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


AIR MATA DAN DERAIAN TAWA..

Bersilih ganti.Pada semua.Air mata - deraian tawa.
Hidup.Satu anugerah.Diikhtiarkan.Allah uruskan semua.
Rebah.Bangkit.Bersemangat.
Sabar.Redha.Tawakkal.Semampunya hamba.

Selagi berjiwa.Punya rasa.
Air mata.Deraian tawa.Bertali arus.
Hakikatnya ibarat kalah dan menang.
Si gagah bangkit.Si lemah tersungkur.

Kepayahan.Air mata.Mendewasakan.
Deraian tawa.Terlalu asyik membinasakan.
Meratapi berpada-pada. 
Tertawa beringat-ingat sentiasa. 

Menangis mengapa.Tertawa mengapa.
Selami puncanya.Boleh jadi sinis di penglihatan.
Air mata - tertawa bersahabat.Akrab.Pada satu jasad.
Kita acuannya.DIA pengizinnya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

16 July 2017

Alahai..Menyampah Sungguh La..

12:34 PM 5
Alahai..Menyampah Sungguh La..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


ALAHAI..MENYAMPAH SUNGGUH LA .. || Ketika asyik berbicara kadang-kadang tidak terjangka apa yang bakal dilontarkan..individu yang bercakap akan terus berbicara..namun yang mendengar terserah sama ada pilih mahu terus mendengar atau beredar dengan sopan dan izin.Tergantung juga pada situasi.

MENYAMPAH DALAM ERTI KATA SEBENAR.Ada yang suka berlapik-lapik bila berbicara..lawannya dalam senyum,setujunya dalam sepi dan tertunduk..tidak kurang ada yang terus terang.Umpannya cucu cacing sahaja tapi hasilnya wow sangat.Lebih parah belum tanya sudah jawab.Terserah mana yang mahu dipilih.Tetapi kalau tanya PC,berpada-pada mengikut situasi dan keperluan..kalau berbicara mengikut kehendak pun banyak khilafnya nanti..tambahan andai lebih banyak minyak berbanding air itu lebih memburukkan diri dan keadaan.

Rasa menyampah itu puncanya sikap.Cuba mengubah..sama-sama berubah,inshaAllah semua akan lancar.

MENYAMPAH SEKADAR KIASAN-KIASAN SEMATA.Terlalu suka akan sesuatu namun sukar untuk mendapatkannya...Rasa menyampah yang sekadarnya dimulut walhal tidak terlintas dihati.

"Menyampah tahu tak...kenapalah baju ni cantik sangat"
...sebenarnya dapat tengok tapi tak dapat beli..tu datangnya menyampah disitu..huhu..
"Awak niiiii...kenapa laaaa comel sangat...menyampah je rasa sebab tak boleh bawa awak balik rumah" (saat ziarah bayi baru lahir lazimnyalah)

Hanya Allah SWT yang tahu lintasan dihati kita.Niat kita juga.Husteru bila berbicara dengan pihak lain jangan mudah mengadili begitu begini..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

15 July 2017

Walaupun Seketika...Mungkin..

8:19 AM 5
Walaupun Seketika...Mungkin..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


WALAUPUN SEKETIKA...MUNGKIN.. || Waktu itu sangat berharga bagi yang tahu dan mahu menghargainya sentiasa.Masa tidak pernah ada yang sia-sia.Manusia itu sendiri adakala yang tidak memanfaatkan masa itu semaksimumnya.


Alah..kalau hari ini kita berhiburan..bukankah esok masih ada waktu lagi untuk diisi dan dimengertikan...TIDAK.Semalam tidak boleh dimajukan,hari ini mana mungkin boleh diundurkan..apatah lagi esok..belum pasti bagaimana situasinya nanti.Setiap momen itu ada harga yang tersendiri.Walaupun seketika...mungkin...

LEBIH BAIK DARIPADA TERUSAN TIADA.Niat.Keikhlasan.Berterusan.Dalam apa pun hal yang diusahakan halangan itu tetap ada..cabaran itu umpama tiang seri yang teguh berdiri..menyokong tiang-tiang lain yang ada saatnya mebanti detik rebah.Jadi tidak hairan mengapa bangkit setelah puad tersungkur impaknya lebih gempak dan teratur rentak.

Sebelum menuai hasil,semailah benih yang baik.Asal pokok itu dari benih..asal hasil itu dari pokok..pokok dulu atau benih dulu..benih dulu atau pokok dulu..krisis ayam pun masih ada yang kebas kepala memikir..tidak mengapalah yang mana mulanya..asal kita yakin semua ada yang cipta untuk menfaat bersama,satu masa semua akan hancur lebur umpama debu..sebelum saat itu tiba,walau seketika..mungkin..rebutlah agar menjadi makhluk terpilih.

NIKMAT KESIHATAN DIKURANGKAN SEDIKIT.Sepanjang usia kita sungguh!..tidak akan terhitung nikmat yang Allah pinjamkan.Satu perkara harus diingati,apabila ianya pinjaman,PEMILIKNYA boleh ambil dan tangguh berterusan atau seketika.Berat untuk kita tanggung..namun belajar untuk terima..bersabarlah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

14 July 2017

Taubat Dan Berhenti

8:06 AM 8
Taubat Dan Berhenti
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


TAUBAT DAN BERHENTI || Bumi mana tidak ditimpa hujan..kalau dahulu Tanah Suci Mekah agak mustahil untuk menerima titisan hujan..dengan izinNya banjir boleh melanda.Tiada yang mustahil jika Allah berkehendak sesuatu itu berlaku.Begitu jugalah resamnya kita ini sentiasa menjadi pendosa.Kecil atau besar..berat atau ringan sahaja beza timbangan dan nilainya disisiNya.Setiap ketika,ya mudah sahaja untuk kita lakukan dosa kalau tidak betul-betul dijaga.

PELUANG DAN RUANG SENANTIASA ADA.Di dunia kerja serta berpendidikkan yang baik-baik..bergaji atau berpendapatan tetap dan besar itu menjadi sebahagian cita-cita.Itu di dunia.Dari zaman tadika pun tiga cita-cita utama..fuhhh tidak mahu kalah..ibaratnya menang dengar kalah macam dah pasti..bersihkan kutu harimau..hebatkan cita-cita begitu..😉.Manakala di akhirat cita-cita yang paling didamba adalah mahu menjadi penghuni syurga selama-lamanya..mahu menjadi lebih cantik daripada semua bidadari syurga yang ada.Kuncinya adalah kasih sayang Allah SWT.


ALLAH SWT cipta dan sediakan syurga untuk didiami semua.Penuhi syarat,maka dipersilakan.Peluang dan ruang senantiasa ada untuk kita perbaiki diri.Taubat dan berhenti.Buka lembaran baru dengan kisah yang pertama semula..

MENJAUHI UNTUK MENDEKATI.Keberanian menjauhi apa yang kita suka tetapi Allah benci itu bukan senang ya.Tidak ada pada setiap kita.Keberanian untuk berubah dan mengubah.Bukan kerja mudah.Tidak semudah alif ba ta..1 2 3..ada saatnya penyatuan itu perlu untuk lebih ampuh..pada sesetengah bab,kita sangat perlu menjauhi untuk mendekati.Tidak kerugian andai menjauhi jika berganda impak positif yang boleh kita terima lantaran mendekati.

Taubat itu umpama penukul besar yang mampu meruntuhkan benteng penghalang daripada hajat tertunai.Ringan pada bibir belum tentu ringan jasad mempraktikalkannya..selagi nyawa dan roh belum tiba dileher..teruslah taubat dan berhentilah..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

13 July 2017

Hilang Rasa..

8:51 AM 4
Hilang Rasa..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


HILANG RASA || Kita ada dua deria rasa.Lidah dan kulit.Lidah untuk merasa masam,masin,pahit manakala kulit untuk merasa sentuhan..namun satu lagi yang adakala kita terlupa..hati,bank pada segala emosi yang mempunyai warna warni rasa-rasa jiwa.Baik kondisinya makan baiklah keseluruhan jasad.

Cantik hati,molek peribadi...insyaAllah.Walau sekadar berbedak kompak ala-ala tisu..serinya tetap terserlah..👉👩👌👍

MEMBINASA.Apa kaitannya hilang rasa dengan membinasa.Hakikatnya ada.Bila sesama insan hilang rasa kasih sayang..hormat menghormati..tidak saling menghargai,ianya jelas punca membinasa ukhuwah yang sewajarnya dipelihara.Bila hilang rasa belas ihsan dan kewarasan sudah tidak mengira sesiapa sahaja dijadikan tempat melepas amarah.Ubatilah dengan istighfar..zikir..ejen penenang yang mudah tapi sukar diamalkan..

IMPAK LUAR BIASA.Bila jasad lesu,jangan dibiar hingga iman turut membeku.Bila tidak lagi menjadi jaguh,jangan sampai dengan DIA pun menjauh.Bila jiwa semakin menjauh dengan Pencipta..saat itu diri menjadi si penderhaka.Saat semakin jauh hanyut pasti terasa impaknya luar biasa.Suram.Muram.Kosong.Namun jika masih bersisa iman,segera diasing dari rasa yang kontang.Ya..impak lebih luar biasa akan dirasa.Damai.Bahagia.Bermakna. 


Jangan pernah hilang rasa pada DIA..ayahanda bonda..agama..RasulNya..Biar segenap alam membenci kita..jangan sampai ibu hilang rasa pada kita..bila ibu hilang rasa pada anaknya itu tanda Allah tidak redha akan hambaNya..


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

12 July 2017

Selagi Masih Berkeinginan

8:52 AM 22
Selagi Masih Berkeinginan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SELAGI MASIH BERKEINGINAN || Sebut keinginan berkait rapat dengan nafsu.Ikut rasa binasa,ikut hati mati,ikut nafsu lesu.Terhidanglah walau lauk pauk yang super mewah..kalau tiada nafsu makan..tidak ke manalah juga.Nampak tak.Besar juga peranan nafsu yang menimbulkan pelbagai keinginan dalam kehidupan kita sehari-hari.Nafsu menyuburkan keinginan seterusnya mempengaruhi kehendak..Semangat juga salah satu ramuan dalam melaksana apa yang diingini.


Sebut sahaja frasa nafsu..sekali dengar sepertinya kurang manis.Nafsu kalau diacuankan dengan baik dan lurus,murni sahaja impaknya.Allah meghidupkan nafsu pada setiap jasad itu bukan sia-sia..tidak juga sekadar suka-suka.Beserta nafsu yang penuh dengan rasa berkeinginan itu ada akal dan iman.Tiket ke mana yang kita tempah bergantung juga pada hasil pengemudian nafsu-akal-iman.hati-hati..jangan sampai nafsu mengemudi hidup kita..

LAGI..LAGI DAN LAGI.Adakala fizikal seolah menolak..keterbatasan kudrat yang semakin dimamah usian itu sering bertingkah dan adakala tewas apabila rasa ingin lagi..lagi dan ladi itu sentiasa segar dan bercambah.Justeru tidak hairan mengapa ada sebahgian insan-insan istimewa..atau insan-insan keistimewaan upaya lebih berjaya dan cemerlang.Semuanya atas izinNYA dan keinginan yang berkobar-kobar untuk menyerlah dizon yang positif.

AJAL ITU NOKTAH. Bak kata orang-orang tua yang sering PC dengar.."selagi mulut nak makan selagi itu kenalah bekerja mencari duit.."tidak banyak sedikit anak-anak tetap menberi wang saku namun kepuasannya bila terima hasil usaha sendiri lain nikmatnya..Apa pun yang sedang diusahakan sekarang dengan kegigihan..kalau tidak mampu dihentikan oleh sesama insan..sampai saatnya Allah akan menghentikannya juga.Noktah pada usaha,doa,tawakkal dan redha adalah ajal.

*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi

11 July 2017

Hebat Sangat Bila..

7:23 AM 5
Hebat Sangat Bila..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

HEBAT SANGAT BILA..

Biskut tat berinti nanas
Menjadi kegilaan penggemarnya
Ketika berbicara biarlah bernas
Agar tiada hati yang terasa

Maruku semakin sukar dijumpai
Kerepek pisang harga melambung
Carilah solusi melentur hati
Elak riak dan juga sombong

Makan dodol habis sepiring
Penuh perut senang hati
Tiada salahnya suka barsaing
Asal dijauhi sikap irihati

Pulut durian menjadi pilihan
Isi diasing daripada biji
Mampu tersenyum saat kesedihan
Sentiasa berzikir ketika diuji

Hari ini hari Selasa
Suasana Syawal masih diraiMeletakkan DIA YANG PERTAMA
Nikmat hidup pasti dirasai



10 July 2017

Salah Satu Daripada Banyak Amaran

8:20 AM 8
Salah Satu Daripada Banyak Amaran
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SALAH SATU DARIPADA BANYAK AMARAN || Amaran sentiasa ada di mana-mana.Buktinya banyak sahaja papan-papan tanda yang dipasang atau diletakkan pada kawasan-kawasan tertentu.Cuma diri kita sendiri yang mahu ambil tahu atau sebaliknya.Mahu dijadikan ingatan dan amaran atau sekadar pameran mengisi ruang.

Jenayah itu bukan semata-mata datang serang,tetak,tembak,pukul hingga patah riuk,cedera parah seterusnya mati..walhal jenayah itu ada juga yang kaedah membunuh dan menzalimi secara sedikit demi sedikit dan berterusan..halus caranya..sekali pandang macam biasa-biasa..oleh itu waspada sentiasa..kita sukar untuk mengubah orang,untuk kebaikkan kitalah beralah.

TAKUT BERTEMPAT.Rasanya setiap daripada kita ada rasa ketakutan akan sesuatu hal.Berbeza-beza rasa takut yang dialami.Lucu bila kita lihat orang takut dengan kucing,orang lain pula berasa lawak bila kita takut dengan siput sedut.Belajar hormati emosi orang.Apa yang penting pandu rasa takut itu sebaik-baiknya.Bukan sesuatu yang janggal bukan?..Ia akan lebih pelik kalau tidak langsung takut pada setiap amaran Allah SWT.

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
Surah Yasiin : Ayat 65

MEMPERTAHANKAN HAK JANGAN SAMPAI SINGKIRKAN DIA."Mulut aku ikut suka aku nak cakap apa".."Pendapat aku suka akulah"..bila emosi menguasai diri..sangat berbahaya.Bagus menjadi menusia berpendirian.Tidak mudah digoncang dan tidak senang goyang.Tapi pastikan apa yang dipertahankan itu selari dengan syariat dan sunnah.Kalau hari ini mulut petah berbicara baik pada berkara yang benar atau sebaliknya...jangan lupa satu saat mulut itu juga yang membisu 1000 bahasa.Berjaga-jaga.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

09 July 2017

Tidak Menguntungkan Langsung

9:06 AM 7
Tidak Menguntungkan Langsung
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


TIDAK MENGUNTUNGKAN LANGSUNG || Untung?..ya siapa yang tidak suka pada hal yang mendatangkan keuntungan.Daripada keuntungan itulah puncanya kesenangan.Tetapi bagaimana cara mendapatkan keuntungan..juga bagaimana bentuk keuntungan yang diperolehi..sila tanya diri sendiri.Jalan mana yang dipilih..corak bagaimana yang diukir..warna apa yang dipadankan.


Ketika asyik dengan yang dikatakan untuk atau beruntung..silap percaturan,rugi jadinya..untung dan rugi bukan sahaja merujuk kepada sumber pendapatan atau harta benda..malahan lebih daripada itu sebenarnya..


SOMBONG.Kalau sedar diri tidak punya apa-apa..pasti rasa sombong itu lenyap serta merta.Kalau sedar semua yang kita miliki Allah punya dan hanya dipinjamkan kepada kita..nak dengar perkataan sombong pun kecut perut.Sombong yang paling bahaya adalah sombong hamba dengan Penciptanya.Buanglah rasa sombong itu kerana ianya tidak menguntungkan langsung.Jika sesama insan,silaturahim pasti meretak.Nauzubillahiminzaliq. Hindarilah.


Tiada salahnya bersikap sombong..namun kesombongan itu cukup sekadar pada perkara-perkara yang wajar..kemaksiatan..jenayah dan sebagainya..pada hal-hal baik..dekatilah dengan hikmah.


MAHAL.Jual mahal.Harganya mahal.Ada bezanya.Remaja sila jual mahal pada pelawaan-pelawaan kurang sihat ya.Tolak cara baik.Cari solusi yang menyelamatkan.Bertindaklah dengan sehabis bijak.Peniaga..ya harus bijak merebut peluang dan bermain harga.Untung sedikit..balik modal..pelanggan bertali arus..sentiasa ada tidak putus-putus,itu lebih berbaloi daripada untung berganda tetapi permintaan terus menjadi sepi.

Rezeki itu milik Allah SWT..ada di mana-mana.Asal gigih berusaha..insyaAllah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

08 July 2017

Terimalah Hakikat..Sedar Diri..Berubah!

8:00 AM 6
Terimalah Hakikat..Sedar Diri..Berubah!
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


TERIMALAH HAKIKAT..SEDAR DIRI..BERUBAH! || Setiap kita akan merasai,melalui fasa perubahan..perubahan akan terus berlaku setiap detik.Bezanya ia perubahan berskala besar atau hanya kecil dan sedikit sahaja.Berlaku tetap terus berlaku.Bukan dongengan.

BUKAN LAGI "SINGLE".Baik lelaki mahupun wanita,bila sahaja bernikah,,berkahwin dan seangkatan dengannya,,ya status awak berubah..daripada Cik kepada Encik dan Puan.Boleh jadi awak itu mak long,pak long..pak atau mak angah,uda,andak,,ucu dan selayaknya gelaran daripada anak-anak buah mahupun anak-anak saudara ya.Bukan suka-suka,"yes" aku sudah berkahwin..no..no..no..akad ijab qabul itu bukan macam makan kuaci..sambil goyang kaki depan tv.Besar dan berat tanggungjawab yang mesti dilunas.

BERAZAM UNTUK MENJADI YANG PERTAMA.Juara.Mahu menjadi juara bukan mudah.Banyak halangannya.Dalam apa pun yang diusahakan.Harap maklum.PC sendiri adakala tewas untuk menjadi juara.Kerana kita manusia biasa-biasa.Tetapi ketewasan itu sangat mengaibkan.Sungguh memalukan ketahap yang paling bawah bagi PC.Bila?!?...bila mertua terlebih dahulu berada di dapur awal pagi.Ibu bapa mertua sebenarnya  tidak mengharapkan anak menantunya super sonic..memadai membantu sedayanya.Sesekali lewat itu wajar..hari-hari sengaja lewat itu boleh jadi dianggap kurang sopan dan kurang manis..atau bahasa agak kasarnya maaf ya.."kurang ajar"..kecuali ada hal yang tidak dapat dielakkan.Bagi sesetengah ibu bapa tidak kisah jika anak atau menantunya bangun tidur terus mengadap makanan..namun ada sesetengan ibu bapa yang lain beranggapan sebaliknya.

Wahai anak menantu...berhati-hatilah..jaga diri..bijaklah bawa diri..kerana saat bersama mertua kamu membawa maruah keluarga kandungmu..dan wahai mertua,sama-samalah mendidik menantumu moga tidak nampak kesilapan itu sekadar pada menantu walhal anakmu sendiri terlebih dahulu melakukan..

Sesiapa pun terdedah untuk lakukan kesilapan.Muda,tua,kecil,besar...semua..kita tidak boleh menidakkan hakikat kerana kesempurnaan itu jauh daripada kita.

TIDAK MINAT?..TOLAK TEPI.Betullah lakukan sesuatu perlu minat.Barulah menjadi.Tetapi adakala daripada tidak minat tetapi bersemangat akhirnya lebih cemerlang hasilnya.Nampak tak..minat boleh dipupuk.Tapi kalau malas itu apa pun bakal kecundang.Hebat dibidang yang kita gemari itu bagus,tapi tidak salah semai rasa mahu mencuba dan menguasai apa yang tidak dijiwa.I S A.. IKUT SUKA AKU..yes silakan..tapi pandang pandanglah sedikit situasinya.Ingatlah juga di mana berada.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

07 July 2017

Lebih Yang Ada Jangan Mengurangkan

9:54 AM 7
Lebih Yang Ada Jangan Mengurangkan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


LEBIH YANG ADA JANGAN MENGURANGKAN|| Sebut kelebihan wajarlah tersenyum lebar si pemilik tubuh.Kelebihan itu umpamanya keistimewaan pada diri.Kita ada dia tidak ada.Gitulah lebih kurang.Jangan lupa,itu ujian sebenarnya.Senyum..senyum juga..jaga lintasan hati.

SYUKUR..LEBIH MERENDAH.Apa yang ada pada diri syukuri biar pun sekecil nikmat.Tidak kiralah apa pun sahaja yang kita miliki..sentiasa didik diri mensyukuri.Kalau boleh ingatkan juga insan-insan yang hampir dengan kita agar terus bersyukur.Namun begitu untuk menegur atau menasihati,gunalah bahasa dan intonasi yang paaaaaaaaling berhemah.

JURANG?..NO..NO..NO.Kecilkan jurang.Rapatkan saf.Eratkan ukhuwah.Mungkin segelintir daripada kita sangat mendabik dada memiliki sedikit kelebihan,,atau mungkin kebolehan..biarpun bicaranya santai dalam gurauan..namun perlu diingat sentiasa bahawa penerimaan setiap yang mendengar itu tidak sama..berbeza-beza..ada yang dengar sekadar dengar..ada yang dengar kemudian ambil dari sudut baiknya dan tidak kurang dengar..terkesan dihati seterusnya menjadi dendam.

NYONYA MANSUR..CUKUP DIA SAHAJA.Matikan watak di dunia realiti.Masih wujudkah insan berhati seperti nyonya mansur.. ada cuma mungkin diversi yang lain,lebih moden mengikut zaman.Lebih pedas dalam dingin..lebih pedih dalam kata yang melereh..huiii..berbisa..hendak meremuk jiwa zaman ini tidak perlu lagi terpekik terlolong..menjerit-jerit hingga timbul urat leher..sembang santai santai pun boleh membunuh.

Sesiapa pun andai berada di tengah tengah..andai tidak mampu meletakkan keadilan sewajarnya,tidak usah memberat di mana-mana.Memiliki kekurangan dan kelebihan itu bukan satu yang harus diperbesarkan dan dijadikan isu,kerana kelebihan itu tidak berpanjangan menjadi nikmat manakala kekurangan itu tidak juga seterusnya menjadi beban.Lebih yang ada jangan mengurangkan..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

06 July 2017

Jauh Mendekatkan

7:17 AM 7
Jauh Mendekatkan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JAUH MENDEKATKAN || Berasa berjauhan itu banyak asbab..beribu alasan mengapa ianya berlaku baik dengan rela atau sebaliknya.Positif atau sebaliknya bergantung pada olahan minda dan emosi untuk menerima.Silap percaturan membinasa..betul mengemudi membina.InsyaAllah.

Kalau jauh itu jauhlah..bolehkan mendekatkan.Terserah.Realitinya yang jauh mahupun berjauhan itu boleh mendekatkan..dengan izinNya.

ALLAH SWT DAN MAKHLUK.Kalau diulas soal kedekatan atau berasa dekat..sedar atau tidak,banyak cara Allah sampaikan pesan mahupun teguran untuk kita lebih mendekatiNYA.Kalau Allah uji itu tanda DIA mahu kita lebih mendekatiNYA..sesekali kewarasan dan kesabaran pasti tergelincir.Ragu.Marah.Pasti.Mempersoal sudah tentu.Cepat sedar.Jangan layan.Isi peluang itu untuk lebih mendekati.Mengenali.Menggali lebih lagi.

RINDU OWH RINDU.Rasa rindu ada pada diri kita.Rasa semulajadi. Mungkin boleh jadi kurang..atau mungkin boleh menjadi lebih.Tidak salah mewah dengan rasa rindu..tapi jangan kemewahan itu memiskinkan diri sendiri kelak.

RAMADHAN KAN SEBULAN.Lazimnya diminggu-minggu pertengahan Syawal meriah dengan rumah terbuka.Bukan hari-hari lain tidak terbuka tapi terbukanya lebih luas di Aidilfitri.Tidak salah pun rezeki yang ada dikongsi,asal tidak membazir dan berlebihan.Niat bersedekah kerana Allah.Lillahitaala.Puasa sebulan..raya pun sebulan,malahan ada yang terlajak hari ke 40 masih berumah terbuka..huhuhuhu...begitulah terujanya meraikan.Ukhuwah yang terjalin dijaga,diikat erat moga hingga akhirat.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

05 July 2017

Tiada Tarikh Luput Dan Lupus

8:26 AM 7
Tiada Tarikh Luput Dan Lupus
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TIADA TARIKH LUPUT DAN LUPUS || Makanan,ubat-ubatan..ya ada tarikh luputnya..dan sesetengah barangan juga sampai waktu akan dilupuskan.Tamat khidmat.Noktah riwayat.Begitu juga kisahnya nyawa kita..tiba saatnya terhenti juga.Maka jasad terbujur kaku.Pucat.Lesu.

Kematian itu permulaan satu kehidupan baru yang tiada penghujung.Kehidupan yang isinya bergantung apa yang diusahakan semasa kehidupan di dunia.Bagaimana lancar dan tergendalanya langkah demi langkah kelak..bergantung kualiti benih yang telah disemai.Menjadi hasil atau bertukar lalang.

Justeru masih bernyawa pada sebujur jasad..

BERBUAT BAIK.Buat baik mudah,yang susah menjaga kuantiti dan kualiti kebaikkan yang dilakukan itu.Istiqhomah dalam hal kebaikkan bukan mudah ya.Perlu berperang dengan diri sendiri.Hendak selamat padukan niat.Sentiasa suburkan iman.

BERMAAFAN.Ada yang mudah meminta maaf..ada yang berat mengungkap kata maaf..meminta maaf itu sukar..memaafkan juga bukan mudah.Syawal,sinonim sangat dengan bulan dan saatnya bermaaf maafan..silap yang dijamakkan,,dan di bulan Syawal setiap silap di qasarkan saat meminta maaf.Fuh...peluh orang belakang tunggu giliran nak bersalaman.Adalah lebih manis lagi afdhal,mohon maaflah sentiasa kerana TIADA TARIKH LUPUT DAN LUPUS untuk lakukan begitu.Selagi namanya manusia waras..selagi itu sentiasa terdedah untuk lakukan silap..dengan sesama insan bermaafan..dengan Allah kita mohon taubat diterima.Aminnn.

MENJADI YANG TERBAIK.Berusaha menjadi yang terbaik itu sangat perlu.Jangan pernah berasa cukup dan puas atas setiap kebaikkan yang telah atau sedang dilakukan.Kita tidak sedar malahan tidak tahu pun pada setiap kebaikkan yang dilakukan itu hanya berapa peratus sahaja yang benar-benar diterima sebagai amal kebaikkan..tolak riak..tolak ujub..tolak takbur..huisss..silap-silap tidak ada apa pun yang tinggal.Oleh itu teruskan usaha menjadi yang terbaik di pandangan Allah.

Sesetengah perkara kita sangat perlu hadkan..pada sesetengah hal lainnya kita wajar melebihkan..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi  

04 July 2017

Warna Warni

10:33 AM 18
Warna Warni
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


WARNA WARNI || 10 SYAWAL 1438H.Alhamdulillah syukur atas setiap limpahan nikmat.Kepada yang masih bercuti,selamat bercuti.Atau yang baru mula bercuti,selamat pulang ke kampung.Apa pun situasinya,sentiasa sabar dan berhati-hati.

LEBIH MENJAGA.Sebut berhati-hati bukan sekadar ketika memandu(keselamatan).Malahan lebih juga menjaga ketika berkata-kata..sembang memang seronok tapi jangan sampai terlajak.Lama tak jumpa amboi dijamaknya cerita..tidak salah pun,asal berpada-pada.Dalam bab makanan juga wajar diambil perhatian.

DIMATA DAN DIHATI.Mata yang melihat warna warni warna mahunya tidak girang hati kan...kan..boleh jadi terapi..tenang..damai..warna yang kita lihat itu untuk layanan mata..namun warna dihati itu jangan dibiar dan terbiar.Boleh menjadi ia gundah..tidak mustahil ia menjadi cantik dan indah.

SYAWAL INI....1438H..2017

Hari ke-21 atok meninggalkan kami kembali menemui Pencipta.Sampai saatnya rela atau tidak..janji waktu tidak terhenti.tetap pergi..tetap memenuhi fitrah hidup itu pasti hujungnya mati.Moga indah saja singahsana di sana.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 





03 July 2017

Untungnya Beringat

11:00 PM 6
Untungnya Beringat
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

UNTUNGNYA BERINGAT...

Semerbak harum bunga mawar
Merah warnanya lambang semangat
Biar hari ini dirasa hambar
Asal jangan patah semangat

Pokok mawar melata tumbuh
Biar berduri tetap dicari
Yang patah kan tumbuh
Yang hilang kan berganti

Mawar putih pilihan hati
Menusuk kalbu harumnya
Di dunia ini tiada yang abadi
Melainkan akhirat kekal selamanya

Kelopak mawar ditabur-tabur
Girang hati mata memandang
Tidak usah sakan berhibur

Ingatlah hanya syurga tempat bersenang lenang

Minat sedikit minat sangat
Berpada-pada jangan terlebih amat
Untungnya beringat
InsyaAllah terhindar sesat