11 July 2017

Hebat Sangat Bila..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

HEBAT SANGAT BILA..

Biskut tat berinti nanas
Menjadi kegilaan penggemarnya
Ketika berbicara biarlah bernas
Agar tiada hati yang terasa

Maruku semakin sukar dijumpai
Kerepek pisang harga melambung
Carilah solusi melentur hati
Elak riak dan juga sombong

Makan dodol habis sepiring
Penuh perut senang hati
Tiada salahnya suka barsaing
Asal dijauhi sikap irihati

Pulut durian menjadi pilihan
Isi diasing daripada biji
Mampu tersenyum saat kesedihan
Sentiasa berzikir ketika diuji

Hari ini hari Selasa
Suasana Syawal masih diraiMeletakkan DIA YANG PERTAMA
Nikmat hidup pasti dirasai



5 comments:

  1. Wah pantun tema raya ni, banyak makanan... Terbaik PC...

    ReplyDelete
  2. Pantun raya yang menarik ;-)

    Konon nak balas dengan patut adeh! puas fikir tak dak idea yang datang kah..kah..kah...

    ReplyDelete
  3. Masak kari si ikan bawal
    Lepas masak pergi bersenam
    Sambut raya sepanjang syawal
    Jangan lupa puasa enam

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..