12 July 2017

Selagi Masih Berkeinginan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SELAGI MASIH BERKEINGINAN || Sebut keinginan berkait rapat dengan nafsu.Ikut rasa binasa,ikut hati mati,ikut nafsu lesu.Terhidanglah walau lauk pauk yang super mewah..kalau tiada nafsu makan..tidak ke manalah juga.Nampak tak.Besar juga peranan nafsu yang menimbulkan pelbagai keinginan dalam kehidupan kita sehari-hari.Nafsu menyuburkan keinginan seterusnya mempengaruhi kehendak..Semangat juga salah satu ramuan dalam melaksana apa yang diingini.


Sebut sahaja frasa nafsu..sekali dengar sepertinya kurang manis.Nafsu kalau diacuankan dengan baik dan lurus,murni sahaja impaknya.Allah meghidupkan nafsu pada setiap jasad itu bukan sia-sia..tidak juga sekadar suka-suka.Beserta nafsu yang penuh dengan rasa berkeinginan itu ada akal dan iman.Tiket ke mana yang kita tempah bergantung juga pada hasil pengemudian nafsu-akal-iman.hati-hati..jangan sampai nafsu mengemudi hidup kita..

LAGI..LAGI DAN LAGI.Adakala fizikal seolah menolak..keterbatasan kudrat yang semakin dimamah usian itu sering bertingkah dan adakala tewas apabila rasa ingin lagi..lagi dan ladi itu sentiasa segar dan bercambah.Justeru tidak hairan mengapa ada sebahgian insan-insan istimewa..atau insan-insan keistimewaan upaya lebih berjaya dan cemerlang.Semuanya atas izinNYA dan keinginan yang berkobar-kobar untuk menyerlah dizon yang positif.

AJAL ITU NOKTAH. Bak kata orang-orang tua yang sering PC dengar.."selagi mulut nak makan selagi itu kenalah bekerja mencari duit.."tidak banyak sedikit anak-anak tetap menberi wang saku namun kepuasannya bila terima hasil usaha sendiri lain nikmatnya..Apa pun yang sedang diusahakan sekarang dengan kegigihan..kalau tidak mampu dihentikan oleh sesama insan..sampai saatnya Allah akan menghentikannya juga.Noktah pada usaha,doa,tawakkal dan redha adalah ajal.

*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi

22 comments:

  1. Keinginan kita mmg tiada batas moga tercapai tapi setiasa berpada mngawalnya.

    ReplyDelete
  2. Kalau ikutkan keinginan mmg banyak kak PC.. Harapnya tak mengikut nafsu la.. hehe.. Lea ni pun parah jugak keinginannya.. Ekekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la Lea..kak PC pun ada je senarai tu :)

      Delete
  3. Semoga kita dapat memacu nafsu kita ke arah kebaikan mudah-mudahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...amin...amin Sis..doanya begitu :)

      Delete
  4. menahan nafsu dri segala keinginan. inshaAllah.. :)

    ReplyDelete
  5. Keinginan yang tidak penamatnya.... betul tu nafsu akan sentiasa ada untuk mencapai sesuatu... sehingga rasa tidak pernah puas...

    ReplyDelete
  6. Apa2 pun, akal dan iman kita perlu mengemudi nafsu.

    ReplyDelete
  7. Semoga kita semua memperolehi kebahagiaan dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete
  8. Keinginan saya nak makan banyak-banyak-banyak. Hehehe

    ReplyDelete
  9. PC, sy dah reply komen PC kat entry saya pasal phd tu

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..