30 September 2017

Eh! Di Sana Senyum Ke Sini Masam .. Aduh!?!

7:21 AM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡


EH! DI SANA SENYUM KE INI MASAM .. ADUH!?! || Bila keluar ke tempat awam,pastilah skop pandangan atau had pemandangan kita jauh lebih luas..tidak kira di tempat atau kawasan sendiri atau ke tampat atau juga mungkin ke negara orang,pasti berganda luasnya pandangan dan pengalaman😊.Melihat telatah pelbagai peringkat usia berlainan individu itu ilmu.Ada yang boleh dipandang tapi jangan dicontohi.Tidak kurang yang baik-baik boleh kita praktikkan.Diri kita sendiri pun tunjuk perilaku yang baik kerana diri sendiri pun sedang dinilai *ikhlas ya,bukan untuk tontonan dan tayangan semata-mata ok😉*

Eh! Di Sana Senyum Ke Sini Masam .. Aduh!?!
Google image 

Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali-kali
Berbuat baiklah dengan semua
Bukan mengikut siapa yang disukai

LAWAN RASA.Sesuatu yang normal ada rasa pilih kasih.Benci.Marah.Tak ngam.Kerana rasa-rasa itu biar negatif,ada masa luar kawalan kita.Namun walau sukar ianya mesti dibendung supaya tidak menjadikan kita seorang yang menzalimi orang lain.Zalim dan kejam itu bukan dinilai dengan mencederakan pada fizikal sahaja .. menyakiti dan memberi tekanan secara emosi serta menta juga satu tindakkan yang zalim dan kejam.

BERTINDAK WAJAR WARAS.Tengok cerekarama pun boleh nangis.Belum lagi tengok drama Korea.Silap-silap sebabak dua adegan mencelah dalam mimpi.Tidak kurang kisah terlebih emosi layan hindustan dengan cerita tamil..bertangkup kelopak mata nangis*ambil mood sedih tu bawa ketika sujud dan berdoa*.Begitulah kita,atau mungkin PC sahaja begitu terbawa-bawa dan terbuai dengan emosi.Apa yang lebih penting saat menjadi orang tengah di antara dua pihak..bertindak wajar waras.Dengar semua cerita.Cari solusi.Menjadi jujur sejujur-jujurnya dalam menyimpah segala butir bicara.

MEMANDANG KETIKA KESULITAN.Jangan kita mencari,mempergunakan orang yang tidak kita peduli itu hanya semasa kita berada dalam kesulitan."Di saat kau malas mahu berbuat baik,dengan ekor mata pun tidak kau lihat dia.Dikala kau perlu,diketika itu kau berbaik dengan dia untuk diperguna".. berbuat baiklah kerana DIA PENCIPTA.Kikislah sikap kita-kita.Siapa tahu saat kita telah terbujur kaku .. dulu dia yang kita tidak hargainya menjadi yang pertama mengurus jenazah kita sedari awal hingga akhir dengan semulia-mulianya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

29 September 2017

Ada Banyak Jalannya..

6:57 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum♡

ADA BANYAK JALANNYA..

Bissmillah.
Mencari dan teruslah mencari dengan namanya.
Semakin mencari semakin sedar bahawa diri bukan sesiapa.
Berasakan sudah banyak diketahui sedang hakikat masih banyak yang tidak lagi ditemui.
Hayun setiap langkah kaki.
Pandu setiap anggota dan deria.
Kerah jiwa dan akal yang kadang lesu mahu mengenal DIA.

Bahagia.
Bahagia yang bagaimana.Sekadarnya apa.Hingga bila.
Bahagia miliki semua.Semua DIA punya.
Pinjaman.Ya pinjaman yang dinikmati MESTI disyukuri.
Bersedia atau tidak sampai janji akan diambil kembali.
Hakikat bahagia itu nanti bila di syurga DIA.

Pilihan.
Tiada salahnya justeru itu yang dipilih.
Pada pandangan sendiri.
Pada fikiran sendiri.
Maka pada pertimbangan itu terus memilih.
Walau khilaf dipandang orang namu benar dirasa diri.
Maka dilakukan.
Biar betul disangkaan orang tapi buruk dipilihan diri.
Justeru diabaikan.
Jangan pernah lupa DIA YANG MEMILIH.

Alasan.
Jujur.
Ada jalannya.
Dusta.
Luas caranya.
Ada banyak jalannya.
Ke lembah mana yang hendak dihuni juga pilihan.
Menanti itu pilihan.
Berusaha juga pilihan.


Ada banyak jalannya
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

28 September 2017

Tiada Salahnya

9:01 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TIADA SALAHNYA...

Tiada Salahnya
Google image 

Pokok pandan tumbuh melata
Daunnya lebar berbau harum
Berbuat baik tiada salahnya
Moga nama yang ditinggalkan kekal mengharum

Kekal mengharum sebaris nama
Pasti bahagia ibu dan bapa 
Tiada silapnya berasa curiga
Ingatkan diri lebih waspada

Lebih waspada tanda berjaga-jaga 
Biarlah walau tidak disenangi orang
Bahaya itu di mana-mana
Ketika perlu mintalah bantuan orang

Bantuan orang banyak bentuknya
Terima apa adanya dengan redha
Ada rasa mahu berubah tiada salahnya
Itu lebih baik daripada terus menjadi pendosa

Menjadi pendosa bukan penamat segala
Pintu taubat luas terbuka
Selagi jasad masih bernyawa 
Selagi itu cahayanya tetap ada

Terapkan sikap sopan dan ramah
Moga ramai mudah mendampingi
Acuankan hati menjadi pemurah
Sekiranya ada berilah imbuhan tanda menghargai 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


27 September 2017

Budi Bicara Itu Ada Bezanya

9:13 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


BUDI BICARA ITU ADA BEZANYA || Budi bicara itu memberi erti juga "akal fikiran" .. bermakna akal fikiran itu ada bezanya.Ada yang ada akal tapi tidak digunakan sebaiknya untuk berfikir.Ada yang menggunakan akal semaksimumnya untuk berfikir seterusnya bertindak pada perkara yang baik-baik dan membina diri sendiri serta orang lain.

LAIN DARIPADA YANG LAIN .. HAIRAN?.Bila kita lakukan sesuatu yang orang lain tidak buat,pasti kita dipandang pelik.Begitu juga bila kita melihat sesuatu yang asing luar daripada kebiasaan dilakukan oleh orang lain .. ermm pastinya hairankan .. mula la pandang tidak berkelip,terteleng-teleng kepala tu.Perlakuan manusia dipengaruhi banyak aspek.Salah satunya mengikut budi bicara.Jangan hairan melihat orang pakai cermin mata sekadar bingkai tanpa kantanya..itu trend katanya.Asal kelainan itu tidak menjerumus kita ke lembah azab,dan budi bicara itu tidak sia-sia,diperbolehkan syarak,dipersilakan.


Budi Bicara Itu Ada Bezanya
Google image 

BERTAHAN DAN MEMPERTAHANKAN.Sebelum bertahan dan seterusnya mempertahankan .. pastikan tahu apa tujuan dan keperluannya terlebih dahulu supaya setiap bidasan dapat dihadapi dengan lapang hati.Menangani ragam budi bicara lur jangka buka satu hal yang mudah dan kecil.Silap tingkah boleh menbawa perbalahan.Tidak hairan jiwa seorang dewasa menasihati kumpulan remaja terhadap sesuatu hal .. tiba-tiba kereta yang menegur dan memberi nasihat itu dibaling telur.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

26 September 2017

Pegang Tali Kuat-kuat .. Bergabung .. Meletop!

8:18 AM 15
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


PEGANG TALI KUAT-KUAT .. BERGABUNG .. MELETOP!💥|| Teringat pula duet Adam AF dengan Stacy AF lagu Menggegar Dunia .. ada lirik Adam .. Stacy bergabung meletop ahh.. itu sekadar lirik lagu yang hanya untuk hiburan.Lagu itu juga boleh menjadi terapi jiwa lebih-lebih lagi jika senikatanya menjurus kepada Islamik..*bukan maksud PC lagu-lagu luar genre itu tidak bagus ya*.. Setiap kita ada keyakinan dengan tahap masing-masing.Dan kita sebagai umat Islam berpeganglah dengan tali Allah..لا إله إلا الله محمد رسول الله

Pegang Tali Kuat-kuat .. Bergabung .. Meletop!
Google image 

LETUR HATI.Kalau dihitung tiada satu hal pun mampu kita lakukan sendirian tanpa bantuan dan izin dariNYA.Fikir.Hayati.Dasari.In shaa Allah kita akan sedar dan mudah untuk lentur hati.Mudah juga untuk hidupkan rasa kehambaan dijiwa.Terus meminta-minta agar DIA pilihkan apa yang paling terbaik.Usaha kita jika kita gabung dengan doa kemudian ada campurtangan Allah SWT..wah nikmatnya sungguh luar biasa..aminn.

DALAM PERHUBUNGAN.Bissmillah.Niat yang baik pasti Allah SWT bantu walau mungkin mengambil masa yang agak lama dan panjang.Bagaimana? Itu hak DIA untuk menentukannya.Dalam satu ikatan perkahwinan baik suami mahupun isteri mesti sentiasa pegang tali Allah kuat-kuat.Adik-beradik mana yang tidak ada rajuk,berselisihan pendapat,,namun jangan pernah buang muafakat dan teruslah bergabung kerana bila hubungan adik beradik cantik in shaa Allah dalam hubungan persahabatan juga silaturahimnya meletop💥..

Niat cukup kerana Allah ianya mampu mengemudi hati (iman) kita in shaa Allah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


25 September 2017

Dalam Satu

8:18 AM 17
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Dalam satu
Google image 
Re Edit PerduCINTA 

DALAM SATU || Dulu .. dulu .. dulu susah nak jumpa in 1 (dalam satu).. tapi sekarang serba sebi dalam satu.Baik makanan dan minuman,perkhidmatan(contohnya:perbankkan online),kecantikkan (alatan kosmetik) dan hal-hal lain.Alhamdulillah semakin memudahkan.Asal sentiasa berhati-hati dan besederhana dalam penggunaan atau pengambilannya in shaa Allah terlindung dan terhindarlah daripada apa yang tidak sepatutnya.

Sedar atau tidak blogger juga melakukan hal yang sama.DALAM SATU.Yeke? .. mungkin ada yang sedar atau mungkin tidak menyedari hakikat bahawa blogger itu bukan sekadar blogger..

EH,DAH MACAM CIKGU.Luangkan masa.Fokus.Menyemak patah demi patah perkataan.Dari satu perenggan ke satu perenggan dihayati.Nampak tak itulah yang akan blogger lakukan bila singgah di blog blogger lain untuk membaca entri yang dikongsi.Waktu inilah kesilapan ejaan dapat dikesan*masalah typo ni kawan baik PC*.

PENULIS SKRIP.Setiap entri itu umpama skrip.Skrip daripada hati dan minda yang diterjemah dengan penulisan,kemudian dikongsi untuk dibaca oleh pengikut yang sentiasa menghargai.Watak utamanya adalah penulis itu sendiri.

PUSAT PENGUMPULAN.Apa yang dikongsi dan apa yang diperolehi daripada perkongsian rakan-rakan lain diblog masing-masing akan terakam diminda dan tersimpan rapi selagi mana entri terdahulu tidak dipadam dan blog tidak dihapus.Tidak mustahil sentiasa menjadi rujukan juga.

TAPAK SEMAIAN DAN TUAIAN.Blog umpama wadah sesiapa sahaja boleh memiliki blog kemudian berkongsi.Apa pun niche blog yang dipilih itu mengikut citarasa dan keperluan masing-masing.Ada yang sekadar menulis dan kemudian berkongsi,tidak kurang yang membangunkan blog bukan sekadar itu sebaliknya menjadikan blog juga perantara untuk menjana pendapatan dengan memasang Iklan(Publishers).Segmen dan giveaway yang dianjurkan secara tidak langsung juga dapat menambah pengikut pada blog kita.


Berapa banyak benih yang kita semai jangan dihitung,,hitunglah berapa yang hidup subur daripada benih tersebut.Kerana yang hidup itulah perlu kita beri perhatian sebaiknya agar hasilnya tidak menghampakan.PerduCinta
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

24 September 2017

Nak Tanya? .. Silakan .. Tapi

8:56 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

NAK TANYA? .. SILAKAN .. TAPI || "Malu bertanya sesat jalan" .. eleh GPS (Global Positioning System) kan ada .. Susah sangat muat turun Waze di play store application .. susah juga? beli kompas .. ingat,tidak semua mampu  miliki apa yang kita miliki.Dan ingat juga diri kita sendiri pun mungkin tidak mampu miliki seperti apa yang orang lain miliki.Setiap orang Allah beri pakej kendiri dan peribadi yang berbeza-beza satu sama lain.Bertanya itu juga usaha untuk mencari dan mendapatkan penyelesaian.NAK TANYA? .. SILAKAN .. TAPI 


Nak Tanya? .. Silakan .. Tapi
Google image 

TAPIS DULU SOALAN.Bukan mahu asingkan santan dari kelapa parut saja perlu ditapis ya .. bagi PC hendak bertanya pun perlu ditapis dahulu soalannya.Tapis guna akal yang waras dan hati yang tenang lagi murni.Supaya tidak terkeluar soalan yang dianggap kurang pintar dan bakal mengaibkan diri sendiri.Soalan yang diajukan itu lambang warna hati dan fikiran juga😊

SILA PANDANG-PANDANG BISIK-BISIK.Bercakap memang seronok.Macam terapi.Bagi yang gemar berckap,tidak bercakap lima minit boleh nangis berguling-guling.Bila suka bercakap maka suka juga bertanya,kerana rasa ingin tahu yang sangat maksimum itu membuatkan banyak soalan tercetus diminda.Betul tak?..tetapi sila pandang-pandang persekitaran..sesuaikah atau sebaliknya..ada sesetengah pertanyaan boleh disuarakan secara terus dan selayaknya boleh didengar oleh umum,namun sebahagian pertanyaan cukup sekadar bisik-bisik sahaja.Bijaklah membezakan ya.

PERTANYAAN itu boleh buat orang berfikir dan boleh juga buat orang hilang pertimbangan (marah) .. berhati-hatilah.Hal yang peribadi akan tetap peribadi dan sebaliknya.Setiap pertanyaan yang dilontar itu ada impaknya.Jangan sampai menyakiti dan mengaibkan.PerduCinta✒

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

23 September 2017

Sakit Hati?..Janganlah!..Nanti Dulu

8:30 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SAKIT HATI?..JANGANLAH!..NANTI DULU || Mula-mula rasa sakit di mata .. abaikan .. eh jadi lagi,terus rasa sakitnya melompat ke hati.Tidak pun asalnya sakit ditelinga..panas merah je cuping tu ya.Tenang..tenang..bila dengar lagi,tu berbekas juga dihati sakitnya.Berpunca daripada sakitnya hati itu menyebabkan tercetusnya marah atau api kemarahan.Ada yang sekali terjentik terus sentap sakit hati.Ada yang simpan rasa sakit hatinya walau dihentam bertubi-tubi..ini bahaya,sekali meledak luar jangka sekali.


Sakit Hati?..Janganlah!..Nanti Dulu
Google image 

Luar jangka itu manusia
Dalam pengetahuan itu keagungan Pencipta
Setiap hal pasti ada sebabnya
Setiap tindakkan tentu ada alasannya

BERTEPUK SEBELAH TANGAN.Ragam orang tidak sama.Cubaan.Mengena itu rezeki,tidak mengena bermakna sedang diuji.Sedekah mudah adalah senyuman.Namun tidak bagi setiap orang anggapnya begitu.Ada yang sangat murah dengan senyuman ada juga yang mungkin tersenyum ketika meneran kerana sembelit.Tidak mengapalah.Ada yang ramah tamah sikapnya dan ada yang ditegur pun buat batu sahaja.Eh,tidak mengapa asal jangan ramah dan tersenyum ketika mahu meminta bantuan dalam kesulitan.Jangan sakit hati bila senyuman dan teguran tidak berbalas anggap saja mungkin bukan rezeki kita,tidak pun dia sedang dilanda masalah.

BERBALAS-BALAS ITU MERUGIKAN.Kalau dulu tak puas hati walau senja pun eh gagah datang ketuk pintu sound direct depan-depan.Bilal merdu azan di surau dan di masjid,awak pulak sibuk sinseng lengan baju protes tak puas hati kenapa anak tak terpilih dalam pertanding pakaian  tradisional di tadika.*anehnya kenapa tak serang cikgu..kan yang pilih calon*.Ibaratnya cakap situ habis situ.Tapi sekarang berganda beza caranya.Pertelingkahan dua pihak boleh diketahui beribu orang.Sebenarnya kita boleh pilih cara terbaik agar yang aib tidak tersebar cuma terserah pada diri sendiri jalan mana yang hendak dilalui.Bila ada yang buka aib kita jangan ambil peduli.Lebih-lebih lagi sekiranya aib yang direka musuh dan aib tersebut tidak kita lakukan.Musuh sentiasa mencari kelemahan kita..sedang kita kenali kelebihan diri sendiri.Alihkan perhatian diri.

RASA KETIDAKADILAN.Hanya Allah SWT yang memiliki sifat adil itu.Maha Adil.Tersangat Adil.Pengertian pada kita makhluknya ini adil itu memberi hak kepada yang berhak sewajarnya.Sikap suka mempertikai itu sukar dipisah dengan manusia.Mengapa begitu..kenapa tidak begini.,dan macam-macam lagi..kurang di sana sini dalam memenuhi apa yang diimpikan itu lumrah.Bukankah kudrat kita sangat terbatas,maka fahamilah dan ianya wajar.


Sakit hati? ..janganlah! .. nanti dulu kerana nak sakit hati pun perlu pilih-pilih.Ada juga kerana rasa sakit hati yang membawa kejayaan dan kebaikkan kerana bijak mengolah keadaan dan emosi.Tidak kurang yang kebanyakkannya membinasakan diri sendiri dan orang lain juga.
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

22 September 2017

Ada Lagi Masa .. Usahakan Segera!

10:49 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


ADA LAGI MASA .. USAHAKAN SEGERA! || Terlambat? .. tidak.Selagi nyawa masih berjauhan daripada leher selagi itu peluang dan ruang itu sentiasa ada dan terbuka luas untuk kita.Untuk semua.Sesiapa pun.Asalkan ada tindakan untuk mengisi ruang dan peluang yang telah Allah SWT sedia untuk dipinjamkan.

Ada Lagi Masa .. Usahakan Segera!
Google image 

BIJAK REBUT PELUANG.Hendak berjaya mesti bijak rebut peluang *lazimnya begitulah yang kita dengar dan nasihat-nasihat daripada pakar kan..kan..kan*.Baik dalam apa pun bidang dan pekerjaan yang diceburi.Work hard or work smart .. terserah masing-masing untuk mencapai sasaran.Menggapai impian.Syaratnya tiada yang rasa ditindas dan tiada yang menjadi mangsa kerakusan diri dalam ghairah merebut peluang.Jangan berasa bahagia dan bangga dengan pencapaian diri di atas derita dan air mata orang lain .. takut-takut nanti tak terlap air mata sendiri.Elak dan moga dijauhkan la ya.Aminn.

Jaga hubungan dengan Allah SWT .. Jaga juga hubungan sesama manusia .. menjaga hubungan dengan Pencipta itu paling utama namun Allah SWT juga tidak suka hamba-hambaNYA bermusuhan dan merenggangkan silaturahim.PerduCinta

KATAKAN TIDAK DAN JANGAN KITA PULA  HAMPIRI.Tidak  mustahil kita diuji berpunca daripada diri sendiri,daripada apa yang dilakukan dan daripada apa yang diperkatakan.Tidak salah kalau sedari dulu kita sering diingatkan dengan kiasan-kiasan seperti .. "cakap siang pandang-pandang,cakap malam eh bisik-bisik" .. "kerana pulut santan binasa,kerana mulut haiii badan binasa" .. "terlajak perahu boleh diundur,terlanjur bicara badan merana" ..
Daripada Samurah bin Jundab RA bahawasanya nabi SAW bersabda : Sebahagian daripada penghuni neraka akan dijilat api neraka hingga ke tumit, sebahagiannya hingga ke lutut, sebahagiannya hingga ke pinggang dan sebahagiannya pula hingga ke tulang leher.(Riwayat Muslim) (SUMBER)
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi  

21 September 2017

Sudah Sampai Semula Giliran..

10:14 AM 20
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SUDAH SAMPAI SEMULA GILIRAN..


Sudah Sampai Semula Giliran..
Background :Google image 
Quotes : PerduCinta 

Hari ini hari Khamis
1 Muharram menjelang lagi
Setahun hijrah  1438 sudah habis
Ayuh kita mulakan lembaran baru ini

1439 Hijrah sudah bermula
Mengimbas sirah hijrah Baginda
Mengapa tidak kita jadikan pemula
Suntik semangat baru di dalam jiwa

Hijrah itu besar maknanya
Besar juga impak pada umat manusia
Apa yang sudah dimula jangan dipersia
Terus bangkit jadi ummat berguna

Dalam asyik mengungkap hijrah
Janganlah sekadaran dibibir sahaja 
Dalam berhijrah tiada istilah lelah
Matlamat utama kejar redha NYA

Awal Muharram detik hijrah Baginda
Ansar dan Muhajirin seia sekata
Hutang Ramadhan jangan dilupa
Sebenarnya Ramadhan pun sudah tidak lama

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

20 September 2017

Jangan Pernah Rasa Bersendirian ..

7:17 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


JANGAN PERNAH RASA BERSENDIRIAN || Resah bila melihat sahabat sudah mendirikan rumahtangga.Sedih mendengar perkhabaran kawan-kawan selamat menerima kehadiran cahayamata.Meriah memerhati rakan-rakan sesama sendiri bergurau senda.Mungkin ada yang bertanya pada diri sendiri..aku?..bagaimana nanti.Ingat satu hal..mereka yang kita lihat bahagia miliki semua yang diidami atau mereka yang juga seperti kita sendiri pun tidak tahu bagaimana keadaan mereka di hari-hari yang ke hadapan.Ada sesetengah hal telah Allah SWT jawab pada banyak persoalan (Al-Quran) .. tidak terkecuali pada banyak perkara yang dirahsiakan.

.. jangan pernah rasa bersendirian .. 

Jangan Pernah Rasa Bersendirian ..
Google image 

DIA DAN KERAJAANNYA SENTIASA ADA.Tidak dinafi lazim kita manusia terkadang rasa sepi,sunyi,kosong .. mencari dan terus mencari.Sesuatu yang susah diungkap dengan apa pun bahasa kerana bahasa jiwa itu luar biasa ada magisnya.Percaya atau tidak dan sama ada kita sedar arau tidak hakikatnya kita boleh merawat diri sendiri dalam hal-hal tertentu.Cari,dekati,lebih mencintai dan jaga DIA setulus serta sepenuh hati.Betul,memang TIDAK mudah! .. Rasa berharap dan bersandar pada sesama insan itu perlu sebagai usaha namun kecilkan sedikit berbanding sandaran padaNYA harus lebih besar lagi.PC akui.Tapi cuba .. dan terus cuba..

Tidak kelihatan namun dapat dirasai oleh jiwa-jiwa yang sentiasa setia mencinta.Cinta yang berbalas banyak buktinya.Luas sempadannya.Adakala tidak diberi nikmat bukti itu pada peminta setia sebaliknya dibiaskan juga pada insan-insan istimewa yang ada disekelilingnya.PerduCINTA

HARGAI INSAN SEKELILING.Kebergantungan itu pada DIA tetapi jangan dibuang dan disisih terus insan-insan sekeliling kita yang ada.Sama-sama mencari redha Allah.Sama-sama bangkit menjai ummah yang ampun dalaman dan luaran.Jangan cuba untuk khianati sesama sendiri dan menyakiti satu sama lain.Bila ukhuwah itu longgar tidak mustahil ada pencerobohan anasir lain untuk membinasakan kita.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

19 September 2017

Macam Petik Jari Sahaja .. Mudah Sangat

11:22 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MACAM PETIK JARI SAHAJA .. MUDAH SANGAT || Rasa PC semua orang suka akan hal yang mudah-mudah.Serba serbi pantas dan mengambil masa yang singkat.Jalan pintas itu adakala sangat membantu dan selamat,tidak kurang juga menimbulkan pelbagai masalah dan bahaya.


Sesetengah urusan menjadi mudah bila kita menyenangkan urusan individu atau pihak lain..Mengapa?..kerana ada rasa saling redha dan niat yang tidak tersasar..PerduCINTA


MEMBERI ARAHAN  (MEMERINTAH).Arahan lazimnya daripada pihak atasan atau majikan kepada anggota di bawah naungannya atau pekerja dan seluruh kakitangan pada suatu institusi,jabatan dan sebagainya.KETUA..hebat bila dia boleh menjaga kebajikan dan silaturahimnya dengan semua dan menyatukan semua.Boleh dicontohi kerana indah budi dan akhlaknya.Menjaga adab dan tertibnya.Bukan KETUA yang aku akulah..patuhi arahanku..membantah kau disisihkan.

Macam Petik Jari Sahaja .. Mudah Sangat
Google image 

MELETAKKAN KESALAHAN.Sukar untuk akui kesalahan dan memohon maaf.Susah.Hal yang adakala berlarutan hingga berpuluh tahun.Berbanding meletakkan kesalahan pada orang lain.Bahagian ini tersangatlah mudahnya.Sesiapa pun mahu menjaga maruah diri .. nama yang bersih itu besar impaknya.Namun jangan sampai mahu menutup lemah dan aib diri hingga menggadai maruah dan aibkan orang lain.

BERSIHKAN NAMA.Sekiranya difitnah dan dianiaya..sila pertahankan apa yang sewajarnya.Perjuangkan.Tidak menjadi satu khilaf pun.Minta bantuan DIA.Segera.Akan DIA hantar bantuan-bantuan luar duga akal manusia..PerduCINTA

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

18 September 2017

Setelah Sekian Lama..Eh Muncul Kembali

8:49 AM 26
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SETELAH SEKIAN LAMA .. EH MUNCUL KEMBALI || Masa lalu boleh dikenang untuk selingan kehidupan.Mungkin daripada setiap kenangan itu ada pengajaran dan pengalaman yang boleh dimanfaatkan.Untuk diri sendiri dan untuk yang lain juga.Biarpun ada yang terlalu peribadi dan sulit .. pasti ada sedikit yang boleh dikongsi sebagai benih amal.

Disaat hati pasrah dan redha untuk melepaskan.. eh muncul juga .. walau hanya sekali sekala ianya menyejukkan juga jiwa.Tidak mengapalah.Nampak macam biasa-biasa sebenarnya ia juga antara satu ujian daripada banyak dugaan lainnya.Moga ini permulaan dan peluang.Syukur Ya Allah.Terima kasih Nuffnang.

Setelah Sekian Lama..Muncul Kembali

CEMBURUKAH ATAU PESAINGKAH.Cemburu itu rasa.Datangnya sukar diduga.Kadang pada hal yang kecil dan biasa-biasa..macam tidak logik bunyinya.Hendak kurangkan rasa cemburu mungkin langkah pertama adalah jangan pandang semua itu pesaing..kalau pun sebenarnya begitu..pandu ke arah lebih baik.Jangan sampai yang tidak tahu apa-apa menjadi mangsa.

Adakah Nuffnang cemburu dengan Google Adsense...ahakkk😉.. apa pun semua bersebab.Rezeki.Takdir.Namun usaha itu tidak pernah Allah SWT sisihkan,kerana usaha dan doa itu ramuan penting pada banyak perkara.

*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redah Ilahi


17 September 2017

Tarik Nafas .. Dan Bertenanglah

11:40 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TARIK NAFAS .. DAN BERTENANGLAH || Celik mata di awal pagi dengan jantung yang masih berdegup..nafas yang halus kedengaran indah dipendengaran sendiri..itu nikmat yang besar untuk disyukuri.Alhamdulillah masih hidup.Masih bernyawa.Moga-moga boleh lebih beramal.

Tarik Nafas .. Dan Bertenanglah
Google image 

Gerak hati.Gerak akal.Adakala bercanggah.Tidak kurang berbalah.Akal dan hati juga seakan kita,ada masa bertelagah.Mana yang lebih dominan.Hatikah atau akalkah.Keimanan itu bermula daripada iktikat,akujanji dihati.Nafsu yang sering terburu-buru juga di situ.Nampak tak kewarasan akal fikiran itu tersanfat-sangat perlu.Sedang hati sedang keliru jangan akal turut sama celaru .. bakal haru biru .. tarik nafas .. dan bertenanglah.

UKURAN KEYAKINAN.Keyakinan yang PALING BESAR DAN UTAMA adalah ikatan janji kalimah syahadah..antara kita dan DIA .. akui dihati kemudian diterjemah dengan perbuatan dan mentaati.Kalau ada yang beranggapan dengan menyebut kalimah In Shaa Allah itu melambangkan tiada atau kurangnya rasa keyakinan diri .. maaf itu silap,sebaliknya In Shaa Allah itu membuktikan keyakinan diri pada DIA penuh hati.Tiada sebaik-baik rasa yakin melainkan meletakkan atau menyandarkan semuanya pada DIA.Bertenanglah.Fikirkan.

KENYATAAN DARI HATI.Berasa gembira dan ghairah*terlalu gembira*.Berasa bahagia dan bersemangat.Macam berada di puncak .. berterbangan .. tidak pun diawang-awangan.Sebenarnya ujian sedang berjalan bezanya kita sedari atau sebaliknya.Begitu juga di saat mendung datang,ya itu juga ujian.Satu hal yang mesti di ambil kira adalah di saat berbicara dalam apa pun situasinya.Sebolehnya elak larut dan hanyut dengan emosi.Terlalu yakin kemudian hebahkan.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

16 September 2017

Hari Ini? .. 16 September ..

8:09 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


HARI INI? .. 16 SEPTEMBER || Betul,alhamdulillah hari ini 16 September.Adakah sekadar angka semata-mata..Atau cuma tarikh yang biasa-biasa juga.Mungkin biasa bagi diri sendiri tapi tersangat istimewa untuk orang lain.Tarikh,waktu,tempat,peristiwa..sangat dekat dengan apa yang dipanggil sejarah .. atau kenang-kenangan. 

Mungkin hari ini ada yang sedang berdebar menanti detik kelahiran .. atau berdegup kencang jantung untuk majlis ijab qabul supaya menjadi pasangan yang halal .. tidak terkecuali juga ada yang sedang Tuhan uji berulang-ulang dan berpanjangan.SubhanaAllah.

Turun naik dan jatuh bangun itu lumrah.Boleh berlaku bila-bila masa sahaja,dan kepada sesiapa pun juga.Tiada hari yang tidak baik.Tiada tarikh yang membawa kepahitan.Biar pahit untuk dihadam semua telah Tuhan aturkan.Sabar itu sakit.Redha itu pahit.Bahagia dan manisnya dirasa bila kita sedar banyaknya hikmah yang telah Tuhan sediakan.

Hikmah?😎 .. ya .. banyak,dan di antaranya adalah ... hari ini 16 September. . Sama-sama kita merai hari Malaysia🎉🎊


Hari Ini? .. 16 September ..


H A R I  M A L A Y S I A. Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.SUMBER
Moga negara kita Malaysia sentiasa dilindungi dari hal-hal yang merosakkan dan mencemarkan maruah negara.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

15 September 2017

Menyengat Sangat Nampak

8:25 AM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MENYENGAT SANGAT NAMPAK || Sebut pasal sengat menyengat ni terus terbayang lebah.Comel tapi harus waspada dengan serangannya dan sengatannya.Madu yang dihasilkan merupakan salah satu makanan sunnah.Banyak khasiat madu yang tidak dapat dinafikan,dengan syarat amalkan memakan madu asli.InsyaAllah kesan yang akan dirasai juga puas hati.Mudah-mudahan ya.Usaha.Pembeli mesti bijak membezakan mana madu asli dan mana satu madu yang ada campuran.Bagi pihak penjual pula harus juga bijak sewaktu berniaga..bukan bijak berbohong untuk lariskan jualan tapi bijak kawal hasutan agar tidak timbul ketidak jujuran.Hujung-hujung takut tersengat diri sendiri.

Menyengat Sangat Nampak
Google image 

HIBURAN PERUT DAN TEKAK.Sedia maklum,makanan dan minuman itu satu keperluan.Bagi PC makanan dan minuman itu juga adalah satu hiburan perut terutama apa yang ingin dimakan atau diminum dapat dipenuhi.Bila mana ianya terarah kepada kehendak.Ada juga mungkin dengan cara makan itu dianggap sebagai satu terapi.Tetapi haruslah berhati-hati.Ikut rasa itu adakala binasa,ikut nafsu akhirnya lesu dan ikut hati boleh jadi mati..mati akal dibuatnya.Mati akal yang tukang mencari..yang tukang pesan sengeh memanjang..hihihi.Selain melayan tekak antara faktor lain menyemarakkan nafsu makan adalah aroma  masakkan yang menyengat turut mampu mempengaruhi keinginan untuk makan..makan dan makan.Kenyang pun segera berasa lapar.Masakkan pedas.Masakkan masam manis.Menyengat.Sungguh.Sesekali tewas itu tidak mengapa..kerap kali itu bahaya.

LISAN.Sesiapa pun perlu menjaga lisan.Sedari kecil.Bermula daripada dewasa menjaga lisan ketika berbicara sesama sendiri terutama bila ada si kecil disekeliling.Anak-anak kecil sangat tajam pemerhatiannya dan sangat pantas menyerap maklumat dari apa yang di dengar lebih-lebih lagi bila berulang setiap hari.Di dunia mungkin hebat berbicara,berdebat,berpidato..berbahas,,namun nanti di sana lidah itu membisu.Lidah dan mulut serta suara itu sah lakunya sekadar di dunia tidak di sana.Saat di hadapan Tuhan.'mulut aku,ikut suka aku'...betul la tu,tapi kena ingat siapa pemilik hakiki mulut itu.Komunikasi itu perlu dua hala.Percakapan itu indah bila terjaga bahasanya.Tidak perlu sentiasa bermadah,tidak perlu juga berlenggang lenggok dan berirama .. cukuplah tertib dan sopan.Bila percakapan dipandu emosi itu bahaya.Akan menjadi menyengat intonasinya ditambah dengan bahasa yang cukup tajam.Janganlah ya.

Hari ini hari Jumaat
Hujan turun penuh berkat
Bila berbicara tudak usah menyengat 
Takut timbul banyak mudarat

*terima kasih ukhuwah

#sama-sama mencari redha Ilahi

14 September 2017

Sokongan

8:00 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SOKONGAN || Bersatu buat kita lebih kukuh ... bercerai buat kita mudah rapuh.Ada waktu kita perlu untuk bersendirian.Namun jangan menolak untuk hidup bermasyarakat dan bersosial secara bersih dan sihat.Apa yang penting pandai-pandailah bawa diri asal tidak memandai-mandai sana sini.Owh itu berbahaya.

Sokongan
Google image 

KEKELUARGAAN.Sewaktu anak-anak masih kecil,ya ibu ayahlah yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak.Waima hingga anak-anak sudah dewasa pun sokongan ibu ayah sangat-sangat masih diperlukan.SubhanaAllah.Cuma dikesempatan yang kita tidak tahu masih berbaki berapa banyak ini,,wahai anak-anak,,adik beradik,,salinglah memberi sokongan kepada ibu ayah,,kepada satu sama lain.

PASTINYA BUKAN UNTUK DIRI SENDIRI SEMATA.Awas dengan setiap apa yang kita ada hari ini.Satu ketika bila semuanya bangkit berbicara jangan sampai kita tanpa belas dihumban ke dalam neraka.Sungguh PC betul-betul takut.Terpercik minyak panas hanya sebesar duit lima sen pun menanggung sakit tidak terkira,bagaimana sejasad terus dihumban dalam api yang marak.Allahu.Apa yang Allah SWT pinjamkan itu rezeki untuk kita manfaatkan bagi keperluan diri sendiri dan dalam masa sama untuk meringankan orang lain juga.

Jangan sentiasa beranggapan orang pasti menangis kerana iri hati dengan apa yang kita ada,,tapi risaulah kalau sebenarnya orang sedang menangis kerana dizalimi dengan apa yang kita sedang miliki..  -PerduCINTA-

TIDAK BERERTI TAMAK.Apa yang telah Allah SWT tetapkan wajib hukumnya maka lakukanlah walaupun hati tidak sepenuhnya rela.Buat sahaja nanti lama-lama suka dan jatuh cinta.Syarat ada usaha bukan asyik beralasan hingga menyalahkan Allah SWT kerana belum beri hidayah katanya.WAJIB.Satu kemestian.Buat berpahala.Tinggal berdosa.Apa yang wajib itu sokonglah dengan yang sunat bukan kerana yang wajib itu tidak kukuh cuma mahu lebih menambah tuaian nikmat diakhirat.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

13 September 2017

Mantapkan Terasnya

7:50 AM 14
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MANTAPKAN TERASNYA || Besar,tinggi,gah,tersergam indah dan apa sahaja yang selayaknya untuk ditafsir..bagaimana pun terlihat pada pandangan mata hebatnya bangunan mahupun sebuh rumah itu harus dipastikan kukuh sedari asasnya.Begitu juga halnya dengan kita manusia.

Daun sireh daun kadok
Macam sama tapi tidak serupa
Bila bercakap tidak usah belok-belok
Takut nanti orang hilang percaya

Hilang percaya banyak ruginya
Raih kepercayaan bukan mudah
Lebih baik berterus terang sahaja
Biar jelas yang sudah-sudah

Menjadi kenangan hal sudah-sudah
Terakam indah disegenap minda
Semailah hal yang bawa faedah
Moga terus mengalir ganjaran pahala


Diketika jasad sudah bersatu dengan bumi tiada apa yang diharapkan untuk menjalani kehidupan yang kekal abadi melainkan segala ganjaran pada setiap kebaikkan yang pernah dilakukan.Biarpun sebesar zarah sekalipun teramat sangat kita harapkan dan hargai.Selagi boleh kebaikkan itu akan digali.

LIAT.Liat sinonimnya dengan daging yang kurang lama dimasak.Tapi daging yang liat-liat sikit itulah yang syok makan.Agak-agak kalau kita liat*susah goyah*mudah tak orang nak buli kita .. goreng kita sesuka hati.Pentingnya dipasak kemantapan dalaman pada diri,dari sudut mana pun diasak insyaAllah boleh bertahan dan terus mempertahankan.

Mantapkan Terasnya
Google image 

Sepertinya sebatang pokok bila teguh akarnya mencengkam bumi ianya bukan sahaja sekadar menjadi terapi mata yang memandang malahan boleh menjadi teduhan dan sandaran saat diperlukan.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

12 September 2017

Kehidupan Baharu

11:06 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KEHIDUPAN BAHARU..

Semalam 11 September 2017 Tuanku Baginda Sultan Kedah mangkat meninggalkan kita yang suatu masa pernah kita menjadi rakyat di bawah naungan pentadbiran baginda sewaktu menjadi Yang di-Pertuan Agong.SubhanaAllah.

Baginda merupakan Sultan Kedah ke-28 (1958 - 11 September 2017) 
Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5
 (21 September 1970 - 20 September 1975) dan
 ke-14 (13 Disember 2011 - 13 Disember 2016)

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Kehidupan Baharu
Google image 

Al - Fatihah

Sembah Takziah
 28 November 1927 - 11 September 2017

Kenapa Ya ..

9:02 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


KENAPA YA .. || Hidup sentiasa penuh persoalan.Bila banyak persoalan maka banyak juga usaha untuk mendapatkan jawapannya.Bagaimana caranya itu atas tindakkan masing-masing tetapi dengan izinNYA juga.Puas hati pun masih bersoalan,apatah lagi tidak berpuas hati,bertalu-talulah persoalan demi persoalan.

Kenapa ya ..

Kenapa Ya
Google image 

SABAR ITU BANYAK CABARANNYA.Perkara baik besertanya adalah dugaan.Bukan bererti lebih baik tidak berbuat kebaikkan sebaliknya dugaan itu ujian sekadar mana kental jiwa untuk istiqhomah pada jalan kerana Allah SWT yang ESA.Sabar itu unlimited.Marah itu bukan kemuncak had kesabaran tetapi jiwa dan minda yang sebenarnya sudah kelelahan untuk bertahan.

Kepahitan sabar itu akan hilang saat terlerai apa yang membelenggu.Terlepas apa yang terbuku.Terungkap setiap teka teki.Berakhir penantian.Terjawab setiap keraguan.Sehingga semuanya menemui titik penamat .. ya bersabarlah.


MARAH ITU BUKAN KEPUASAN.Adakah melempiaskan kemarahan itu satu kepuasan.Satu kenikmatan.Tenangkah.Atau sebenarnya kita menyemai benih permusuhan.Mengukir luka yang seterusnya meninggalkan parut dalam.Kenapa ya hari ini kita marah,ianya seolah tiada noktah.Ingin marah lagi .. lagi dan lagi .. kerana tenangnya terhapus dek bara membara.

Iblis tetap taat pada Allah SWT.Jangan kita pula biarkan jiwa tertakluk oleh iblis yang telah ampuh dengan sumpah mahu membinasa.Hati-hati wahai manusia.

SEDEKAH MENJADI PELABURAN LUAR BIASA.Sedekah itu mentarbiah jiwa menjadi lebih tunduk dan belas ihsan.Berkongsi dan yakin apa yang dimiliki tidak semuanya hak sendiri.Walau sedikit di dalamnya ada milik makhluk Allah SWT yang lain.Mengapa PC kata makhluk lain adalah kerana ianya tidak khusus untuk sesama insan sahaja.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

11 September 2017

Pilihan Dan Bahagia

8:06 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


PILIHAN DAN BAHAGIA || Bersyukur Allah SWT izinkan PC dan pilih kita semua untuk hidup di dunia ini.Sangat-sangat bersyukur.Setiap pilihan Allah SWT itu tepat dan terbaik .. tinggal terserah pada diri kita pula untuk buat pilihan dan bahagia dengan apa yang telah kita putuskan.

Bagaimana? .. ada banyak cara.Pilihlah yang tidak merosakkan janji kita denganNya .. tidak juga membinasa hubungan kita dengan kekasihNya ... moga setiap apa yang kita pilih disertai dengan redha dan rahmatNYA.Mudah-mudahan.

ABAIKAN BICARA-BICARA PARAH.Tidak semua orang sama-sama berasa bahagia melihat bahagianya orang lain.Tidak mengapalah,abaikan dan doakan moga dia yang tidak berasa senang hati itu menikmati bahagia luar biasa.Kalau hari ini tersilap langkah memilih cara untuk rasa bahagia.Cepat-cepat keluar dari kepompong itu.Pilihlah bahagia dari cara yang lurus dan halal.Nanti akan lebih terasa nikmat bahagia berganda-ganda 😄.Bahagia yang tulus dan tulen.

RASA SUKA ITU MOTIVASI.Bila ada rasa suka,semangat pun berkobar-kobar untuk lakukan sesuatu yang dihajati.Suka ditambah dengan minat maka sentiasa bersemangat.Sekiranya lakukan dengan rasa terpaksa .. bahagiakah? 😡.Justeru saat kita melihat orang lain bahagia dengan pilihannya dalam apa pun sudut hal yang baik-baik ... biarkan.

Pilihan Dan Bahagia

Pokok pandan pokok kari
Diajak bicara setiap hari
Mendekati tumbuhan terapi diri
Bicara dan berzikirnya dengan cara tersendiri

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

10 September 2017

Berganti-ganti

8:33 AM 18
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


BERGANTI-GANTI || Lari berganti-ganti biasa dengar.Lazimnya satu kali larian 4 calon untuk 400 meter maka jadilah lari berganti-ganti 4x100meter.Masa passing batton itulah yang buat jantung berdegup kencang.Adududu.Lebih-lebih pihak lawan kawannya sudah sampai.Sedang kita tunggu sambil berlari-lari anak kawan tidak juga sampai-sampai😂😥 .. hahah ...

BERGANTI-GANTI
Google image 

Itu kisah sukan .. kisah PC dulu-dulu ... apa kisahnya dengan berganti-ganti yang cuba PC nak sampaikan kali ini.Kalau orang jawa di sebut "gentenan" .Bahasa mudah membantu ikut giliran.Huhuhu.Dulu ianya menjadi satu tradisi.PC lalui zaman ini.Sungguh.

RINGANKAN BEBAN.Sama-sama susah maka sama-sama membantulah terutama ketika ada hal besar berlaku.Majlis perkahwinan.Urusan kematian.Merai kelahiran.Adik beradik,jiran tetangga dan saudara mara mendahulukan sumbangan sorang sedikit untuk menampung apa yang tiada.Maka yang kurang dapat di atasi.
Hari ini saya tolong awak bila giliran saya awak tolong saya.Ha gitu.Sama ada memulangkan barang yang sama atau sebaliknya terserah.

MENDIDIK.Menjaga ukhuwah bukannya mudah.Bila mana ada cara sebegini ianya mendidik agar menjadi jujur dan saling menghargai serta menghormati.Biarpun begitu apa yang paling penting sebenarnya adalah keikhlasan pada setiap pemberian.Itu lebih baik sebenarnya.Baik untuk jangka masa singkat dan untuk jangka masa panjang juga.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



09 September 2017

Serba Pantas ..

8:33 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


SERBA PANTAS || Salam Sabtu semua.Moga setiap apa yang kita lakukan dipandu oleh kasih sayang Allah SWT.Musim peperiksaan kian menghampir.Ibu ayah mula tidak senang duduk.Selain persediaan diri anak-anak untuk menghadapi peperiksaan..aspek kesihatan,keselamatan juga harus dititik beratkan.Menghampiri hujung tahun,sebelum merai cuti persekolahan terlebih dahulu berjuang di dewan peperiksaan.

DICUTIKAN.Sesetengah ibu ayah cutikan anak-anak mereka untuk menonton televisyen terutama waktu peperiksaan.Termasuklah gadjet.Fokus.Terserah cara masing-masing.

Serba pantas .. dirasa waktu yang berlalu begitu pantas.SubhanaAllah.Atau sebenarnya PC yang asyik leka.Nauzubillahiminzaliq.Sedang waktu berlalu,usia semakin meningkat angka dan ajal semakin mendekat.Sedarkah atau tidak pernah ambil tahu.

AMBIL TAHU TIDAK SEHINGGA TUMPAS.Menyebar.Menyampai.Sekarang sikap terbuka itu sukar dibendung.Baik dalam hal yang baik atau dalam perkara terlalu peribadi yang sepatutnya dijaga dan disimpan rapi.Hak peribadi untuk disimpan atau dikongsi.Trend "Ikut suka aku" .. "Suka tengok tak suka abaikan.." begitulah lazimnya sering buat banyak pihak tewas.Tewas dihujung jari.

Dulu sebut berhati-hati..pasti bermaksud dan terbayang ketika di jalanraya..tapi kini harus lebih berhati-hati di media sosial saat like,share dan comment.

TIDAK MENGAPA KETINGGALAN.Kura-kura lambat ... tapi sampai juga walau telah ketinggalan jauh diawalnya.Ada masa kebaikkan itu lewat menjelma bukan kerana Allah dengki kita,tapi belum masanya untuk kita terima.Lebih baik sedikit terlewat daripada pantasnya membawa mudharat.

PC dulu suka tengok kartun Sonic..Super Sonic.Dia punya kelajuan..fuhhh.Berdesup.Kalau naik motor dengan babah,OC suruh babah bawa laju macam Sonic.Bila naik basikal dengan mama,suruh mama kayuh basikal laju macam Sonic.Huhh bebudakkan.Rupa-rupanya ada yang lebih pantas melebihi segalanya.DIA DAN SELURUH KERAJAANNYA mentadbir seluruh alam.Kepantasan yang tidak mampu disangkal.

Serba Pantas
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi