Serba Pantas ..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖


SERBA PANTAS || Salam Sabtu semua.Moga setiap apa yang kita lakukan dipandu oleh kasih sayang Allah SWT.Musim peperiksaan kian menghampir.Ibu ayah mula tidak senang duduk.Selain persediaan diri anak-anak untuk menghadapi peperiksaan..aspek kesihatan,keselamatan juga harus dititik beratkan.Menghampiri hujung tahun,sebelum merai cuti persekolahan terlebih dahulu berjuang di dewan peperiksaan.

DICUTIKAN.Sesetengah ibu ayah cutikan anak-anak mereka untuk menonton televisyen terutama waktu peperiksaan.Termasuklah gadjet.Fokus.Terserah cara masing-masing.

Serba pantas .. dirasa waktu yang berlalu begitu pantas.SubhanaAllah.Atau sebenarnya PC yang asyik leka.Nauzubillahiminzaliq.Sedang waktu berlalu,usia semakin meningkat angka dan ajal semakin mendekat.Sedarkah atau tidak pernah ambil tahu.

AMBIL TAHU TIDAK SEHINGGA TUMPAS.Menyebar.Menyampai.Sekarang sikap terbuka itu sukar dibendung.Baik dalam hal yang baik atau dalam perkara terlalu peribadi yang sepatutnya dijaga dan disimpan rapi.Hak peribadi untuk disimpan atau dikongsi.Trend "Ikut suka aku" .. "Suka tengok tak suka abaikan.." begitulah lazimnya sering buat banyak pihak tewas.Tewas dihujung jari.

Dulu sebut berhati-hati..pasti bermaksud dan terbayang ketika di jalanraya..tapi kini harus lebih berhati-hati di media sosial saat like,share dan comment.

TIDAK MENGAPA KETINGGALAN.Kura-kura lambat ... tapi sampai juga walau telah ketinggalan jauh diawalnya.Ada masa kebaikkan itu lewat menjelma bukan kerana Allah dengki kita,tapi belum masanya untuk kita terima.Lebih baik sedikit terlewat daripada pantasnya membawa mudharat.

PC dulu suka tengok kartun Sonic..Super Sonic.Dia punya kelajuan..fuhhh.Berdesup.Kalau naik motor dengan babah,OC suruh babah bawa laju macam Sonic.Bila naik basikal dengan mama,suruh mama kayuh basikal laju macam Sonic.Huhh bebudakkan.Rupa-rupanya ada yang lebih pantas melebihi segalanya.DIA DAN SELURUH KERAJAANNYA mentadbir seluruh alam.Kepantasan yang tidak mampu disangkal.

Serba Pantas
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ya benar sis, hadirnya rezeki tidak siapa yang tahu... dulu bila nak exam, memang tv tutup... tak boleh keluar main dengan kawan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki rahsia Allah untuk kita..adakala luar jangkaan kita :)

      Padam
  2. Salam ukhuwah sis perdu cinta

    semuanya memang serba pantas

    siapa yang pandai rebut peluang akan berjaya dunia akhirat

    BalasPadam
  3. Allah Ya Rashid Yang Maha Cerdas... ye kan pc rezeki Allah kita sangka lambat, tapi bagiNya klu Dia membenarkan selaju cahaya.... kdg kala hanya kita sahaja yg buta....

    BalasPadam
  4. Dunia pantas bergerak.
    Kita juga kena pantas merebut peluang dan ruang.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama