31 October 2017

Warna Langit

8:04 AM 13
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum♡


WARNA LANGIT ~ Ada macam-macam kaedah digunakan untuk mengenal peribadi seseorang.Secara psikologi.Penilaian mengikut tarikh lahir.Kedudukan tahi lalat.Bentuk muka.Angka kegemaran.Tidak ketinggalan juga warna yang disukai.Kalau kita tidak memilih warna sekalipun,sebenarnya hidup kita ni sememangnya penuh dengan warna warni.Kita suka mungkin satu atau dua warna dan kita menginginkan warna tersebut menceriakan hari-hari kita .. melambangkan identiti dan perwatakan ataupun personaliti .. sedang Allah SWT mengizinkan warna yang lebih hebat,maka nikmatilah.Syukurilah.

Warna Langit
Google image 

Di tengah-tengah.Boleh jadi juga di atas pagar.Biar sudah yakin mana sebenarnya jalan dan lorongnya terkadang rasa-rasa itu membinasa.Tewas dengan kehendak justeru hakikat ditolak bisu dan lesu.Kembalilah kepada apa yang disyarat dan disyariatkan.Tinggalkan naluri yang membinasa.Terima hakikat diri apa adanya kerana itu juga tanda hamba yang tahu mensyukuri.Senja itu diantara siang dan malam.Namun senja tidak pernah ingkar dengan arahan Yang Maha Besar.Terus berputar mengikut kitarnya pada orbitnya.

Hidup tidak sentiasanya indah dan mudah.Kenapa?GELAP(kesukaran dan kesempitan) itu adakala buat kita hamba lebih mendekat dan merapat erat.Mungkin bukan pada jasad tapi pada jiwa yang sedang lara dan melarat.Malam.Gelap namun bias sang rembulan dan bintang menyuluh alam.Malam sepi namun sang unggas ada yang riang bernyanyi.Malam sedang ada yang asyik menyulam mimpi,ada juga yang gigih mencari rezeki.Gelap malam ada yang merasakannya pekat tidak kurang yang merasakan cukup terang.

Siang.Terang.Bima sakti bertugas kembali.Adakala awan berespresi.Menangis yang sukar dimengerti.Meluah rasa yang tersembunyi.Namun detik itu berdoalah kerana ianya menjadi lorong luas agar doa-doa di angkat ke langit tinggi.Sesekali gerimis berserta pelangi menghiasi.Tetapi jangan hairan andai masih ada yang terkurung dalam kegelapan,meraba-raba dalam kesamaran buka di penglihatan mata tapi dipandangan hati.

Langit terbentang luas..warna langit itu sebenarnya sangat dekat dengan ceritera kehidupan makhluk..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

30 October 2017

Serahkan Betul-betul

7:37 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SERAHKAN BETUL-BETUL ~ Bab serah menyerah bukan mudah.Bila sebut serah ni terus terlintas majlis akad nikah.Kalau di Negeri Johor  *negeri lain PC tak pasti* ada lafaz Sakinah yang melibatkan mempelai dengan kedua ibu bapa pihak isteri.Masa nilah masing-masing emosi.PC sendiri alhamdulillah telah melalui .. ianya tidak dan bukan mudah.Janji dengan diri.Janji dengan suami.Janji dengan babah mama.Paling berat janji dengan Ilahi.Jujur,menjadi isteri dan anak dalam waktu yang sama tidak mudah.Justeru bila ada yang bertanya perkahwinan itu apa..

Perkahwinan itu perkongsian .. perjuangan yang bukan calang-calang ..

Rasa waswas kadang datang tiba-tiba.Berbelah bahagi.50-50.Lebih-lebih lagi bila niat untuk buat perkara baik sudah di set dengan cantik sedari awal.Macam ada sahaja yang datang menghasut,berbisik ditelinga.Bila begitu situasinya tidak mustahil niat yang awalnya mantap terus lenyap.Mungkin dengan melakukan secara spontan ianya dapat membantu.Tekad dalam hati.Serahkan betul-betul padaNYA. Segala hasutan baik nyata atau sebaliknya tendang jauh-jauh.Istighfar.

Sedikit menjadi rebutan.Banyak menghanyutkan.Namun tidak semua bersikap tamak dan cintakan harta dunia.Ada juga yang sederhana sahaja.Sentiasa.Harta.Bahaya.Bahagia yang telah tiada andai kerana harta yang ditinggalkan mengeratkan waris .. tapi berjaga-jaga .. menderitalah yang di alam sana andai kerana harta waris yang ditinggalkan menjadi porak peranda.Lebih parah memutuskan silaturahim antara mereka.Allahu.Moga dijauhkan.Justeru bagaimana?!? .. rujuk pada yang selayaknya.Selesaikan dengan musyawarah seiring apa yang telah digariskan.

Serahkan Betul-betul
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

29 October 2017

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online Pemudah Cara

12:25 PM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH ONLINE PEMUDAH CARA ~ Mudah,pantas,jimat masa,tenaga dan kos.Ciri khas yang menjadi pilihan dewasa ini.Serba serbi lebih ke arah teknologi.Teknologi andai betul dimanfaatkan makan mendatangkan impak yang luar biasa.Kalau dulu sekadar di dalam rumah tetapi tidak lagi di zaman ini.Di mana sahaja boleh di bawa dan di akses dengan pantas.Asal bijak memilih insyaAllah selamat dan tercapai matlamat.

Perbelanjaan harian,pengurusan pembayaran bil-bil juga tidak terkecuali daripada menggunakan kaedah atau sistem "atas talian(online)".Seiring waktu Kementerian Pelajaran Malaysia juga mewujudkan satu sistem pemudahh cara untuk ibu bapa yang dikenali sebagai SAPS IBU BAPA.

SAPS IBU BAPA?..mungkin ada yang masih asing dengan sistem ini terutama bagi ibu bapa yang sudah tidak mempunyai anak sekolah.Tetapi tidak asing bagi ibu bapa yang masih mempunyai anak yang masih bersekolah baik di peringkat sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.Bagi PC setiap daripada kita wajar ambil tahu serba sedikit mengenai sistem terkini yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH IBU BAPA ONLINE merupakan satu sistem pemudah cara untuk ibu bapa dan murid atau pelajar itu sendiri membuat semakkan keputusan peperiksaan yang telah mereka duduki dan ambil sama ada di sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah.Keputusan peperiksaan itu boleh juga dianggap sebagai satu penanda aras tahap penerimaan anak-anak terhadap pembelajaran yang diterima dan difahami semasa guru berkongsi ilmu di dalam kelas.Justeru lazim bagi ibu bapa teruja untuk mengetahui keputusan setiap kali selepas anak-anak menduduki peperiksaan.Berdolak-dalih,beribu alasan daripada anak,bertangguh atau menukar markah sesedap rasa,masalah ini tidak timbul oleh kerana ianya telah para guru masukkan ke dalam sistem yang ibu bapa boleh rujuk seperti di bawah ini.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online Pemudah Cara


Impak positif yang jelas,selain daripada SAPS IBU BAPA ini pemudah cara,ianya satu sistem yang telus dan lengkap untuk dijadikan rujukkan ibu bapa dan pelajar itu sendiri.Memalui sistem semakkan online ini ibu bapa bukan sahaja mengetahui markah peperiksaan setiap mata pelajaran anak-anak,malahan slip peperiksaan,kedudukkan dalam kelas dan tingkatan juga boleh diketahui.Ini memudahkan juga urusan ibu bapa untuk proses pendaftaran anak untuk sesi persekolahan untuk tahun yang berikutnya.

Ibu bapa juga tidak perlu tunggu lama untuk mengetahui potensi anak-anak mereka dalam menguasai satu-satu mata pelajaran yang di ambil itu.Menghadapi dunia yang semakin serba mencabar ini,"Keputusan yang segera,analisa yang pantas,bertindas atas keperluan" sangat-sangat perlu.Banyak hal ibu bapa perlu lebih selangkah ke hadapan berbanging guru-guru kerana anak-anak lebih hampir dengan ibu bapa.Tanpa anak-anak disisi juga ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka dengan syarat mengetahui nombor kad pengenalan atau nombor sijil kelahiran mereka.

Bolehkah begitu?..bagi PC boleh kerana sistem ini terpakai untuk murid darjah satu hingga darjah enam .. untuk sekolah menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan 5 tetapi tidak boleh diakses untuk peperiksaan awam UPSR,PT3 dan SPM.Maka wajarlah ibu bapa mengakses keputusan peperiksaan anak-anak mereka terutama bagi murid-murid darjah satu yang mungkin belum begitu memahami dan mahir melakukannya sendiri.Jom klik link di bawah untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online Pemudah Cara

Pemantau ibu bapa sangat perlu.Sama ada anak-anak bersekolah di sekolah berasarama atau tidak,ibu bapa sewajarnya sentiasa ambil tahu perkembangan anak-anak.Aktiviti sosial mereka tidak kurang juga akademik anak-anak.Maka manfaatkanlah sistem ini sebaiknya moga ianya dapat meningkatkan kualiti akademik anak-anak dengan lebih mudah dan berkesan.

*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi





Kejernihan Hati

7:16 AM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


KEJERNIHAN HATI ~ Bersih pada air itu selain bebas najis .. kejernihannya juga menjadi ukuran.Mudah kata,seperti air mutlak .. yang suci lagi menyucikan.Sungai yang airnya mengalir jernih,bersih itulah yang menjadi tumpuan.Cuba setiap hari bekalan air paip keruh .. lebih keruh daripada milo o..agak-agak mengamuk tak..nyamuk aedes pun bijak..cari air bersih nak biakkan keturunannya.Itu nyamuk .. kita apatah lagi.


Kejernihan Hati


Biar dari tempat yang bersih namun virus yang di bawa itu bahaya .. maka ianya tetap mendatangkan mudharat kepada manusia.Nyamuk itu perantara,semua atas izin dan kehendakNya juga.Apa yang boleh kita lakukan adalah berjaga-jaga dengan cara yang sepatutnya.Berbeza dengan kejernihan hati .. berada di mana pun andai kejernihan hati itu sentiasa subur .. insyaAllah bukan sahaja dirinya malah persekitarannya juga boleh "hidup".

Bebas prasangka .. sifar iri hati .. tidak mudah.Perlu proses yang lama dan berterusan.Bukan macam bersihkan najis .. guna air mutlak,hilang rasa,bau dan warna selesai.Tidak.Untuk memiliki kejernihan hati banyak pengorbanan yang mesti dilakukan.Namun andai berjaya,percayalah ketenangan yang dinikmati sungguh luar biasa.Tak percaya? .. mulakan dengan MEMAAFKAN diperingkat permulaan kemudian MENDOAKAN.Sedikit tapi berterusan.InsyaAllah sedikit demi sedikit nikmat dan hikmah kejernihan hati itu akan dirasai.

Kebaikkan tidak semestinya yang terlihat dek pandangan kasar.Ada juga kebaikkan-kebaikkan yang boleh dilakukan di luar pengetahuan orang.Ada yang biasa-biasa hakikatnya luar biasa..ini hebat..hebat bila membuat kebaikkan tangan kiri pun tidak mengetahui.Impak daripada kejernihan hati itu akan mendekat,rapat dan erat.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

28 October 2017

Sudah Beberapa Hari Begini..

8:06 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

SUDAH BEBERAPA HARI BEGINI~ Sehari .. dua hari .. tidak mengapa.Namun aoabila berhari-hari mula timbul kerisauan.SubhanaAllah.Bila cuba mencari solusi di tutorial kebanyakkannya mengatakan hanya sementara .. hanya seketika .. sedih icon teman inspirasi tidak muncul.Sedang dengan izin Allah SWT kalianlah inspirasi PC.Sungguh.

Sudah Beberapa Hari Begini..
Benarlah,ujian itu luas.Banyak cara akan berlaku dari sudut mana pun sebenarnya.Sabarkah.Marahkah.Redhakah atau mempersalahkankah.Allahu.Seperti juga rezeki.Banyak ujian.Sedikit dugaan.SubhanaAllah.Solusi?..rakan-rakan yang pernah mengalami moga sudi menbantu😊.

Diam tak diam sudah hari Sabtu
Sabtu akhir di bulan Oktober
Terima kasih yang sudi membantu
Semangat daripada ukhwah adalah sumber

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


27 October 2017

Sebab

7:59 AM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SEBAB ~ Rasa tidak puas hati pasti bersebab .. ada sebabnya.Bertumbuk,pukul .. pun ada sebabnya.Hinggalah ke hal atau perkara yang besar,berbahaya sekalipun pasti ada sebab dan alasannya.Kalau kita sakit pasti juga ada puncanya.Sihat?..syukuri bukan untuk berasa riak "owhhh tengok aku sentiasa sihat tak pernah sakit".Sama ada situasi yang kita lalui itu perit atau manis..pasti bersebab.Ya ada sebab.

Definisi SEBAB : yg mengakibatkan sesuatu, fasal, kerana, lantaran, mula

Kita,dia,mereka atau sesiapa sahaja boleh menjadi sebab.Siapa yang menjadi pemula atau menjadi penamat yang penting baik-baik sahaja dan bukan yang sebaliknya.Satu hal yang perlu dipandang berat,setiap sebab mesti ada alasannya,ada pro dan kontranya ada positif dan negatifnya ada juga akibatnya.Kita bentuk menjadi sesuatu yang tidak membebankan bukan sahaja pada diri sendiri malah tidak melibatkan orang lain juga.

Apa yang diusaha itu yang dituai..sebelum Allah SWT memberi DIA juga ada sebab yang tersendiri mengapa menangguhkan sesuatu itu.Kita tidak tahu sebab yang Allah SWT tetapkan tapi Allah SWT sentiasa tahu sebab yang telah,sedang dan  akan kita lakukan serta berikan.


Sebab


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

26 October 2017

Bakal Menjadi Saksi

8:41 AM 14
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


BAKAL MENJADI SAKSI ~ Melihat pelakon ditelevisyen memainkan peranan dan menggalas watak masing-masing adakala menganggu emosi penonton.Kalau tidak masakan ada yang terbawa-bawa larut dalam emosi walaupun ceritanya sudah tamat.Mereka mengikut arahan pengarah dan berdialog mengikut skrip.Hakikatnya kita semua adalah pelakon yang memainkan peranan masing-masing.Ikut skrip yang betul (Al Quran) dan arahan (apa yang disyariatkan) .. insyaAllah kita akan berjaya menjadi pelakon yang baik.Anugerahnya dua .. syurga atau neraka .. nikmat atau azab.

Bakal Menjadi Saksi
Google image 

Selaginya hidup di mana pun di bawah langit Ilahi .. di atas permukaan bumi .. ya di tengah-tengah menjadi isi bumi .. sebenarnya kita semua bakal menjadi saksi satu sama lain kelak.Saksi di dunia diperlukan untuk membantu mencari kebenaran begitu juga di padang mahsyar kelak saksi akan muncul sama ada untuk meringan atau memberatkan hisab.Allahu.Siapa yang bakal tampil .. bagaimana rupanya .. dan atas asbab apa .. semuanya masih lagi rahsia.

Teringat PC pada kata-kata ustaz "waima sebatang jarum karat yang sudah patah kemudian dibuang pun di akhirat kelak akan bangkit menjadi saksi" ..

Indahnya andai semua sedar setiap inci yang ada sama ada terlihat atau tidak bakal menjadi saksi kelak.Bila semua sedar secara tidak langsung kita berasa takut untuk melakukan perkara-perkara yang kurang baik .. berfikir berkali-kali untuk buat hal yang sia-sia (lagha) dan sebolehnya menjauhi khilaf.Sebenarnya ianya berbalik juga pada kesedaran diri masing-masing.Suatu masa segala yang kini sepi tidak berbicara akan bangkit bercerita.Di ketika itu setiap penyesalan sudah lagi tidak bermakna.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

25 October 2017

Seiringnya Waktu

11:29 AM 3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

Seiringnya Waktu
SUMBER IMEJ : GOOGLE 


SEIRINGNYA WAKTU ~ Salam Rabu.Diam tak diam sudah 5 Safar 1439H.Alhamdulillah.Syukuri setiap kasih sayang yang Allah SWT pinjamkan kepada kita.Sangat banyak bukti kasih sayang Allah SWT pada kita moga-moga kita membalasnya dengan kecintaan yang tidak berbelah bahagi.InsyaAllah.Aminn😊

Semua suka perkara mudah.Sepertinya juga dalam hal menilai.Lihat luaran,dengar apa yang diungkap atau dibicarakan.Mudah bukan?.Maka kesimpulan dilakukn.Rumusan terhadan satu-satu hal yang perlu diambil perhatian.Ia boleh menjadi fakta.Boleh juga menjadi auta.Lebih parah menjadi fitnah.

"Jangan menilai isi di dalam sekadar melihat kulit luarnya sahaja".. anak yang masih kecil,mengikut renrak dan apa yang diacuankan ibu bapanya.Bagaimana ibu bapa mencorak dan mewarnainya.Masih jauh perjalanan yang harus ditempuh seusia yang Allah SWT izinkan.Justeru jangan dibandingkan.."eh dulu masa kecil begini..megapa dewasanya menjadi begitu".Terbuka.Terima hakikat bahawa hati manusia milik Allah SWT.Seiringnya waktu apa pun boleh berlaku.Apa sahaja boleh berubah.Syaratnya biarlah lebih baik dan tidak sebaliknya.

Jangan hari ini disaat kita berasa suka dan bahagia semua baik,indah dan manis sahaja..dibibir hanya memuja-muja..dan tidak usah kita mengadu domba,memcaci mencerca membongkar segenap khilaf yang ada bila sudah tidak lagi berasa suka..namanya manusia tiada yang sempurna..apa yang boleh dilakukan usaha untuk menjadi yang terbaik sebagai persiapan menghadap PENCIPTA.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


24 October 2017

Berbahagilah..

12:16 PM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

BERBAHAGILAH..

Hari ini hari Selasa
Selamat bercuti warga Pahang
Berbahagilah tanggungjawab yang ada
Sepertinya juga berkasih sayang

Adilnya manusia semampunya
Memberatkan hak bagi yang berhak
Buang iri hati dalam jiwa
Hindari sikap suka bertekak

Berbahagilah
Google image 

Sana sepuluh sini sepuluh
Bukan memberi kerana nama
Kita berpeluh dia pun berpeluh
Apa yang ada barbahagilah sama

Memberi bantuan tiada salahnya
Amalan mulia disukai Tuhan
Apa yang utama berpada-pada 
Agar tiada yang ambil kesempatan

Jangan disesali bantuan yang diberi
Walau sedikit tetap dihargai
Apa yang utama iklas dari hati
Ganjaran pasti Tuhan beri

Hargai keluarga kandung dahulu
Susah senang kita mereka setia bersama
Kenalan yang baru belumnya tentu
Moga bersamanya hanya ketika gembira

23 October 2017

Tunjang Utama

12:02 PM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 
Definisi "TUNJANG": sesuatu yg menjadi asas dan menopang sesuatu yg lain: Amanah merupakan ~ pertumbuhan sesuatu masyarakat yg baik dan berharmoni. akar ~ akar dr batang dan tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah. bertunjang berpegang teguh atau bersandar pd. menunjang 1 menyokong supaya tidak rebah atau tidak condong. 2 memberikan bantuan atau sokongan. tunjangan bantuan atau pertolongan berupa wang dll yg diberikan. pe­nunjang 1 orang yg memberikan tunjangan atau bantuan; penyokong. 2 orang yg menyokong sesuatu pihak (dlm perlawanan bola sepak dll). SUMBER
TUNJANG UTAMA ~ Iman (iktikad hati) dan akal yang sentiasa berTAUHID itu asas dan menjadi tunjang utama kita insan.Ikatan sebuah perjanjian yang dimetrai sedari alam rahim ibu.Pegang,jaga,perbaiki dan hargai..sentiasa bukannya ikut suka.Senakal mana pun kita...seberapa banyak pun khilaf yang telah sedang dan akan dilakukan..andai iman itu masih ada walau sangat rapuh..rasa untuk menjadi baik itu akan bercambah.Dan hujung kehidupan kita akan tetap ke syurga.

Tunjang Utama

Hijau daun akan bertukar warnanya..Kukuh dahan akan patah nantinya..Tidak mustahil yang tegak berdiri rebah juga..Andai kukuh mencengkam tunjangnya,biar lambat semua akan pulih semula.Buruk orang tidak selamanya..baik orang boleh berubah juga..sekilas itu tidak banyak yang terlihat.Perbaiki struktur tunjangnya insyaAllah kebaikkan akan terserap hingga pucuknya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 





22 October 2017

Sudah-sudah La Mendongak ..

7:30 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SUDAH-SUDAH LA MENDONGAK ~ Daripada Anas RA bahawasanya dia berjalan melintasi beberapa orang kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan katanya, Nabi SAW sentiasa berbuat demikian.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tidak letih ke mendongak
Segeralah letih sebelum apa yang dicatat berbahang tidak tercongak
Mendongak cukup sesekali untuk melihat
Bukan untuk menginjak-injak sehingga lumat
Setegar mana  mendongak 
Dirimu tetap di bawah
Kakimu tetapnya di bumi
Segeralah letih

Sudah-sudah la mendongak
Takut diri terpuji di bumi tapi terlaknat dari kerajaan di atas tertinggi
Mungkin hari ini dirimu dihormati
Belum tentu itu tanda disukai
Siapa tahu ada rasa benci yang terpendam disudut hati
Letihlah 
Mati menghampiri
Hiduplah setelah kematian dengan kisah-kisah murni

Mendongak lagi
Apa sebenarnya dicari
Tidak puas dengan apa dimiliki
Owh jangan dilupa kain kafanmu juga sedang satu persatu benangnya dijalini

Mendongak lagi
Silakan seberapa lama yang dimahukan
Tapi cukup untuk memohon keampunan
Merayu-rayu pinta pertolongan
Memohon kasih sayang Tuhan
Menitiskan air mata kehambaan 
Mendongaklah kerana bermunajat kepada Tuhan
Mendongak hidup berTUHAN bukan mengambilalih tugas TUHAN

Sudah-sudah La Mendongak ..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

21 October 2017

Bila Ada Rasa Sayang

9:04 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

BILA ADA RASA SAYANG ..

Selesai Asar bersiar-siar ke bendang
Terasa nyaman disapa angin mendatang
Rasa sayang anugerah bukan sembarang
Tidak ternilai kerana bukan barang

Pergi pekan membeli pisang
Pisang diletak diraga belakang
Cukup cubit jangan dilempang
Marah itu tandanya sayang

Menu istimewa ayam panggang
Dipanggang secukupnya dengan arang
Satu di sini seorang di seberang
Biar pun jauh sanggup bertandang

Hujung minggu menonton wayang
Sambil menonton mengunyah kacang
Tidak nampak dimata diminda terbayang 
Sedekahkanlah Al Fatihah selesai sembahyang

Perabot disusun menegak melintang
Karpet indah becorak bintang
Bila dijiwa ada rasa sayang
InsyaAllah hidup tidak berasa seorang

Musuh pergi sahabat datang
Menghadapi semua dengan tenang
Baginda bersinar melebihi bintang
Tidak pernah bertemu pun terasa sayang

Ada manusia tumbuhan dan binatang
Hidup bersama di bumi luas terbentang
Allah SWT cipta bukan sembarang
Tanda agung DIA sayang

Setiap petang pergi ke padang
Bersama rakan membuat layang-layang
Susah senang setia bersembang 
Janganlah bermusim menunjuk sayang


Bila ada rasa sayang
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

20 October 2017

Berterusan .. Mampukah?!?

8:00 AM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


BERTERUSAN .. MAMPUKAH?!? ~ Berterusan dalam melakukan suatu hal itu bukannya semudah menyebut.Berterusan seerti juga dengan "Istiqhamah".. iaitu ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus (termasuk urusan agama); beristiqamah melakukan istiqamah.

Cabaran sentiasa ada .. jurang sentiasa luas dan terkadang semakin dalam.Bila kita bersemangat untuk terus berada dipaksi yang sewajarnya tahap menggebu-gebu diketika itu jugalah lintasan-lintasan dan pelbagai bisikkan singgah untuk menghalang dan mematah.Hasutan luaran tidak akan bercambah subur jika hati lebih teguh dan sentiasa ampuh.InsyaAllah 👑


Salah satu ramuan penting pada tindakkan yang berterusan itu berjaya adalah disiplin.Huiii..bukan calang-calang dugaannya.Terkadang bukan kita tidak mampu untuk berterusan dalam melaksanakan sesuatu tetapi sedari awal kita kalah dan menyerah*ini PC sendiri lalui pada sesetengah hal*.Perlu semangat dan yakin boleh! .. Mampukah! .. Minta padaNYA.


Berterusan .. Mampukah?!?

Kerajaan di langit sentiasa akur dan melaksanakan tugasan seperti yang ditetapkan tanpa mempersoalkan apa-apa pun..planet-planet berputar pada paksinya juga seperti mana yang telah DIA tetapkan..berterusan..jadi mengapa tidak kita ini hamba-hambaNYA berterusan menjaga dan berubah kepada kebaikkan sebagai membalas setiap pinjaman nikmat yang telah,sedang dan akan Allah SWT berikan.


Teruskan dengan momentum yang padu pada setiap jalan kebaikkan lebih-lebih lagi jika ianya mampu menarik lebih ramai orang untuk mendekatiNYA sentiasa -PerduCINTA-
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

19 October 2017

Yeke?

8:22 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


YEKE?
SUMBER IMEJ : GOOGLE 

YEKE? .. ~ Lazimnya  ..

YEKE?
Andai dikongsi 10 video membincang akan hal kebaikkan kemudian 1 daripadanya perkongsian hal hiburan maka yang hiburan itu bakal lebih menjadi tumpuan ..


Kecenderungan yang berbeza itu membuatkan setiap kita ada daya fokus yang berlainan.Cenderung itu boleh tapi jangan keterlaluan terutama pada agenda yang boleh melalaikan ..

YEKE?
Sekiranya 10 kebaikkan telah dilakukan dengan tulus keikhlasan tanpa sedar dan tidak disengajakan pun terpalit 1 keburukkan atau kesilapan maka akan terpadam setiap manis kebaikkan itu dari diingat orang ..


Pada setiap kebaikkan atau sebaliknya baik diingat atau tidak oleh orang .. sama ada diterima dan dihargai atau sebaliknya sebenarnya itu hal kedua .. yakinlah setiap satunya biar sebesar zarah pun akan malaikat mencatatnya tanpa culas.


YEKE? ~ Persoalan demi persoalan.Lepas satu .. satu.Jangan kata ahh budak biasalah tahap ingin tahunya tinggi.Sebenarnya yang dewasa juga begitu.Malahan kadang melebihi daripada si kecil.Ingin tahu itu tiada salahnya yang penting apa yang mahu di ambil tahu itu perlu jelas dan tidak terbabas.

Separuh yakin .. separuhnya sangsi.Rasa yang berbahagi-bahagi.Ada masa hati berasa begitu.Ada ketika minda berkira-kira.Yeke?.Hakikatnya apa yang diperlukan adalah kepastian.Misi mencari satu kepastian biar beralas,pastikan tertib dan seandainya melibatkan lebih daripada satu pihak seharusnya tiada isu berat sebelah mahupun pilih bulu.Kalau dirasa-rasa lebih banyak menimbulkan konflik,adalah lebih baik dielakkan.

Sebenarnya ..

Pada pandangan mata kasar ianya sudah cukup dan sempurna.Tetapi mengapa pada empunya diri seolah tidak berasa kecukupan.Mahu lagi dan lagi malahan yang dimahunya lebih.Jawapannya mudah .. rasa cukup atau tidak itu bukan apa yang terzahir .. tapi ianya ada pada hati.Di hati ada dua .. iman yang sentiasa mensyukuri atau nafsu yang sentiasa berasa tidak mencukupi -PerduCINTA-


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

18 October 2017

Pahit?! .. Bersabarlah

9:07 AM 16
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

PAHIT?! .. BERSABARLAH

Hari ini Deepavali
Ada yang bekerja tidak kurang yang bercuti
Dengar omelan memang sakit hati
Buruk dibuang baik diikuti

Sudah lama maruku diperhati
Disuruh makan oleh tuan rumah yang baik hati
Dicaci di maki sabarkan hati
Dipihak yang benar akan ketahuan nanti

Pahit?! .. Bersabarlah
Google image 

Kolam menghiasi ruang di sana sini
Menjadi perhatian menawan hati
Bukan tugas mudah hendak memuaskan hati
Setiap orang ada bawaan sendiri

Kelihatan cahaya pelita di kanan kiri
Terangi malam sinarnya hingga pagi
Sihat dan sakit bersilih ganti
Dosa-dosa kecil sedang Tuhan guguri

Capati dihidang bersama kari
Ramuan kari diadun sendiri
Buang rasa dengki dan iri hati
Mula-mula berat lama-lama terbiasa nanti

Ada kuih muih ada beraneka buah
Ambil dan makan jangan lupa disyukuri
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 





17 October 2017

Niat? .. Bagaimana ..

7:03 AM 14
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


NIAT? .. BAGAIMANA .. ~ NIAT ITU ADALAH TULANG.Pada tubuh manusia,tulang .. terutama tulang belakang menjadi tunjang utama menyokong tubuh badan kita.Begitu juga pada sebahagian besar haiwan yang mana tulang belulang menjadi aset penyokong fizikal untuk bergerak.Bagi PC begitu juga pada setiap tindakkan atau perbuatan manusia niat adalah asas utama membangun matlamat atau keinginan.

Membangunkan niat mesti disertai usaha.Usaha lagi?.Ya USAHA.Suka sangat PC dengan topik dan frasa USAHA kan .. maaf kalau ada yang mungkin berasa jemu atau muak.Bukan sahaja manusia disuruh dan harus berusaha,waima makhluk lain juga berusaha dengan cara masing-masing.Selain kun fayakun Allah SWT,besar impak usaha dalam hidup kita.Justeru sebagai contoh tidak mustahil 11 tahun penantian Dato Siti Nurhaliza membuahkan hasil termasuklah sahabat-sahabat kita yang lainnya juga.Penantian berbelas malahan ada yang berpuluh tahun juga.

Mahu semai niat sama seperti mahu semai benih pokok.Tanahnya mesti subur .. mudah dijaga .. sampai waktu perlu dibaja dan insyaAllah hasilnya berkualiti dan berkat.Sebelum berniat pastikan hati kita betul-betul putih agar tiada tahi lalat dihati kemudian mencemar niat baik yang disemai.Sesekali bila niat seakan mahu tergelincir,segera sedar perbetulkan agar tidak tersasar.Apa di hati kita orang tidak tahu kecuali kita dan DIA.Baik lintasan,baik pantulannya.


Kereta mewah .. tanpa petrol tidak ke mana-mana.Niat? .. bagaimana .. bangunkan dengan semangat .. sokong dengan doa dan berserah.Andai Kerana Allah SWT kita niat dan lakukan,pasti manisnya luar biasa.Di hati kita niat itu ada dua cabangnya .. berniat putih atau berniat hitam.Hapuskanlah niat hitam itu kerana ianya bakal menjerumuskan kita ke lembah hina.



Niat? .. Bagaimana ..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

16 October 2017

Sihat? .. Sebolehnya Segenap Sudut

9:03 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SIHAT?.. SEBOLEHNYA SEGENAP SUDUT ~ Syukuri setiap nikmat.Walau sekecil nikmat.Alhamdulillah,kerana walau sedikit atau sekecil nikmat,Allah SWT izin untuk kita nikmati .. Allah SWT pilih kita.

Kisah dua hari lepas .. PC tidak terlibat dan tidak melibatkan diri pun,tapi bersemangat kerana En Suami terlibat.Hari Sabtu,bukan sahaja dewasa bersiap dan bergegas berkumpul di tempat yang ditetapkan,anak-anak remaja malahan kanak-kanak juga terlibat sama.Awal pagi comel-comel dan kacak-kacak belaka kayuh basikal.
SUMBER IMEJ : http://www.harisukannegara.my

Awal pagi .. dengan wajah bersinar lagi berseri-seri ..
"Acik sidai baju ke .. kita nak pegi sekolah ada senam-senam dengan cikgu .. ada nari muzik tu la acik" *poco-pocolah agaknya tu tak pun berzumba..hikhik*

Tengahari .. anak yang sama tapi wajah yang berbeza .. keletihan agaknya tapi tetap menegur sapa ..
"Acik kita dah balik .. kita penat nak kayuh basikal pun penat😄"
SUMBER INFO : http://www.harisukannegara.my


Negara Bersukan bermula daripada isinya iaitu rakyatnya.Bila rakyatnya suka bersukan,rajin bersukan,istiqhomah bersukan .. insyaAllah dapat diwujudkan dan menjadikan apa yang diingini itu terlaksana.Sebut bersukan tidak semestinya berlari bermati-matian tetapi setahun sekali atau pada hari sambutan yang ditetapkan saja..sebaliknya biarpun sukan atau senaman yang dilakukan ringan dan santai tetapi ianya dilakukan berterusan.

Bagi PC apa pun tindakan atau aktiviti yang melibatkan fizikal itu senaman.Tumbuk cili guna lesung pun senaman.Apa yang kita lakukan niatnya untuk sihat agar mudah beribadah kepadaNya.Sihat itu tidak sekadar luaran .. fizikal,malahan merangkumi segenap sudut.

Jaga fizikal .. jaga emosi dan minda .. jaga lisan dan tingkahlaku .. sihatkan keseluruhannya .. insyaAllah akan baik-baik sahaja.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


15 October 2017

Pilih Untuk Memilih

8:22 AM 15
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

PILIH UNTUK MEMILIH ..

Pokok petai ditaku-takuk
Ada tujuannya di pihak tuan
Berbuat baik sesama makhluk
Bukan kerana dia teman sepermainan

Teman sepermainan sungguh istimewa
Banyak simpan kisah suka duka
Mahu berahsia atau terbuka
Pihak lain tiada hak memaksa-maksa

Memaksa-maksa bukan caranya
Bila dipaksa lain jadinya
Kisah dalam kain jangan dibuka-buka
Bertoleransi itu lebih membahagia

Bertoleransi itu lebih bahagia
Awak saya kita sama
Mungkin sedikit kurang di sini sana
Namun ingat kita tetap hambaNya

Ingat kita tetap hambaNya 
Tidak kira siapa dan di mana
Buang marah hapus sengketa
Nikmatilah hidup yang sementara di dunia

Nikmatilah hidup yang sementara di dunia 
Entah esok lusa menghadap pencipta
Sanggupkah kembali sebagai pendosa
Atau kembali diiringi wangian syurga

Pilih Untuk Memilih
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




14 October 2017

Jaga Kepala .. Ekor Ikut

7:30 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

JAGA KEPALA .. EKOR IKUT ~ Cantik keseluruhan jasad zahir dan batin bila cantik hatinya.InsyaAllah.Tapi hati-hati juga,ada yang cantik luaran tidak terbawa hingga dalamannya,dan jangan pandang jelek dengan kekurangan luaran kerana keindahan hati yang dimiliki terselindung di dalam jasad.Bukan perkara mudah hendak mencantikkan hati.Hendak tebal dan kebalkan iman.Adakala diri terasa sudah cukup kukuh bila dugaan melanda terlerai juga.Bila sudah berasa sangat teguh bila terjentik melebur juga.

Rumahtangga .. suami itu nakhoda .. memacu bahtera sebaik-baiknya agar dilimpahi dengan kedamaian ..kasih sayang .. dan rahmat Allah SWT.Namun tidak usah dipandang hambar jika tugas seorang suami itu digalas oleh seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu atas alasan dan sebab-sebab tertentu.

Ketua diperingkat mana pun dalam bidang pekerjaan .. atau di institusi-institusi pendidikan juga umpama garisan penanda aras atau sempadan yang mengawal unit-unit sokongannya.Bijak mengawal keadaan maka sejahtera persekitarannya.Molek juga kualiti dan prestasi sumber manusianya.

Hebat .. berpangkat .. tinggi darjat .. siapa pun diri seseorang itu mesti ingat sentiasa hakikat sebenar bahawa Allah SWT itu ditempat yang paling utama dan pertama perlu di mulia serta dijaga.InsyaAllah yang lain tidak sukar untuk kita ikut dan turut dengan sendirinya.Tidak mustahil ini juga menjadi salah satu asbab untuk meluaskan pintu-pintu rezeki selain mendorong berlakunya hal-hal baik lainnya.Bila kita jaga kepala .. ekor ikut.InsyaAllah.


Jaga Kepala .. Ekor Ikut


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

13 October 2017

Ambil Perhatian Kemudian Perbetulkan

9:20 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


AMBIL PERHATIAN KEMUDIAN PERBETULKAN ~ Usia jangan dijadikan alasan .. status jangan dijadikan penghalang .. proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang hayat.Ada adabnya juga yang mesti dijaga.Ada tertibnya yang perlu dituruti.Apa yang paling penting pilih ilmu dengan akal yang waras dan sekiranya timbul rasa kekeliruan .. rujuklah pada pihak yang sah dan boleh dipercayai mengikut apa yang syarak tetapkan.

Hal atau urusan yang wajar diselesaikan dalam rumah,jangan di bawa ke pengetahuan umum.Perkara yang berpotensi untuk mengaibkan jika diwarwarkan maka jaga rapi-rapi.Sesetengah benda atau urusan boleh dikongsi untuk tujuan menyampaikan atau menjadi ilmu pada orang lain .. maka silakan.Tetapi ingat,tidak semua yang kita anggap ilmu itu akan diterima sebagai ilmu,sebaliknya boleh berubah menjadi fitnah.Berhati-hati.

Episod pertama bermula daripada akar umbinya.Ambil perhatian kemudian perbetulkan.Bagaimana.PC seorang anak.Bagi PC babah mama adalah guru pertama yang mendidik PC daripada segenap sudut.Sahsiah anak-anak mula dibentuk dari rumah.Memerhati tingkah ibu bapanya .. jika ada adik beradik,tingkah adik beradik juga akan diperhati.Hal yang paling PC tidak bersetuju adalah sikap segelintir  ibu ayah yang gemar bergaduh depan anak-anak baik yang masih kecil atau yang telah dewasa.Setiap tingkah ibu bapa ilmu untuk anak-anak serap.Bayangkan sedari kecil mereka melihat hal yang sama berulang kali,pasti terakam diminda.Dan paling menyedihkan,anak tersebut melakukan hal yang sama dengan pasangan bila sudah berkahwin.

Mama babah selalu pesan .. bila dah berkahwin nak bergaduh,bergusti,bertumbuk laki bini jangan depan anak-anak lebih-lebih lagi ketika di rumah orang .. waima nak bermesra-mesraan walau halal pun jangan depan anak-anak .. takut hal yang tidak baik mereka ikut dan mak ayah tak sempat nak perbetulkan .. macam mana nanti mak ayah dalam kubur.
Dan .. kalau boleh ..

Dewasa ini semakin ramai anak yang berani naik tangan dan kaki pada ibu ayahnya,suara apatah lagi*segelintir cuma*.Semasa masih berkudrat,biar segeram dan semarah mana pun dengan anak .. tolonglah hindari suka marah anak di depan khalayak ramai*tidak semua ibu bapa begitu,ada yang bijak mengawal emosi dan ber"psikologi" dengan diri sendiri dan anak-anak*.Anak aku hak aku..aku mak ayahnya yang beri makan minum dan pakai.Betul..betul sekali.Mungkin PC belum merasai rasa marah dan geram mengurus telatah dan karenah anak baik di rumah atau ditempat awam,namun begitu secara peribadi biar anak itu belum mengerti mereka ada maruah diri untuk dijagai.Mungkin menangis itu cara mereka menunjukkan emosi tapi sebenarnya jauh lebih dalam daripada itu.

Ambil Perhatian Kemudian Perbetulkan
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


12 October 2017

Macam-macam Rasa Ada ..

7:19 AM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


MACAM-MACAM RASA ADA .. ~ Pergi kedai kek .. terbeliak biji mata.Pergi restoran,cafe,hotel (buffet) .. tidak kurang gerai-gerai atau food truck .. menggoda dan mencabar sungguh.Macam-macam rasa menu ada dan macam-macam rasa dijiwa juga celaru jadinya.Malaysia alhamdulillah Allah SWT mudah dan mewahkan makanannya.Syukuri dan hindari pembaziran.Lihat saudara mara kita yang terpaksa berlapar dan dahaga .. insafi .. ambil pengajaran dan jadikan pengalaman mereka amaran untuk kita.

Macam-macam Rasa Ada ..
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

Pengalaman banyak atau sedikit .. lama atau seketika tetap sangat berharga bagi PC.Pengalaman itu banyak sumbernya.Diri sendiri yang melalui atau secara tidak langsung kita terbabit menjadi salah satu watak dalam urusan orang lain.Kadang kita menjadi pendengar dan dari cara itu juga kita peroleh pengalaman sebenarnya.Bagi PC setiap apa yang Allah SWT izinkan sesuatu itu terjadi baik pada diri sendiri atau orang lain,pasti bersebab dan ada manfaatnya.Cuma bagaimana kita menerima dan mengolah dengan cara masing-masing.

Sesiapa pun ada perasaan.Sama ada mahu disimpan atau ditunjuk secara terbuka itu pilihan masing-masing.Ada yang memilih untuk dikongsi,apa matlamat diri sendiri yang tahu.Cuma harus lebih bersedia dengan caci maki dan kata nista kerana diri sendiri sudah memula uruslah sebaiknya bagaimana.Ingat,kita suka boleh jadi menjadi kebencian pada orang,dan yang kita benci mungkin yang terbaik untuk kita.Sesiapa pun tiada daya untuk memuaskan hati orang tapi sekelip mata boleh menyemai rasa suka dan benci dihati orang lain.

Macam-macam rasa ada .. seusianya kita banyak yang telah,sedang dan akan kita lalui.Selagi hayat dikandung jasad selagi itu hidup perlu diurus dengan iktikad yang jelas dan padat.Daripada sekecil perkara hinggalah sebesar hal tidak lepas daripada menjadi ingatan dan pengajaran.Ibu hamil mengidam mahu gigit cuping telinga suaminya hinggakan si suami tidur memakai helmet..lucukan..itu bagi kita yang tidak alami.Bila sakit gigi melanda..cicak bergurau senda di dinding pun kena marah..lawakkan..itu juga bagi kita.Kita tidak akan mengerti perasaan orang selagi mana kita sendiri tidak alami.Melainkan terus bercakap dan bercakap dan lagi berterusan.Tetapi PC tidak menafikan ya .. ada segelintir insan yang belajar untuk memahami bukan terus menzalimi.

Menyakiti hati orang juga menzalimi ya..bermula daripada hati yang disakiti akan timbul banyak hal yang adakalanya luar jangka..bunuh diri,bunuh orang,kemurungan juga boleh berlaku .. nampak tak .. Apa kata abaikan kata-kata yang tidak sedap di dengar .. berdiri depan cermin.Sesekali perasan itu biasa ..hikksss😉.Paling tidak pun perasan sendiri depan cermin😗.Kadang daripada ada rasa perasan itulah kita boleh ubah untuk perbaiki diri.Perbaiki yang wajar dan bukannya ubah mengikut nafsu sendiri.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

11 October 2017

Cukupkah Sekadar Suka Atau Suka-suka..

8:44 AM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

CUKUPKAH SEKADAR SUKA ATAU SUKA-SUKA ~ Gembira,puas hati,bahagia .. begitulah gambaran perasaan bila apa yang dicita terlaksana .. apa yang ingin digapai tercapai.Alhamdulillah .. syukuri dari hati agar nikmat dan rezeki terus bercambah lagi dan lagi.InsyaAllah.😊


Cukupkah Sekadar Suka Atau Suka-suka..
Google image 

Bersunguh-sungguh dalam merencana pastikan juga bersemangat dan gigih usaha untuk merealisasikannya.Menjadi atau sebaliknya .. gagal atau berjaya .. jatuh kemudian bangun semula itu kemudian cerita.Ibaratnya andai tumbuhnya padi dituai jika suburnya lalang ditebas hapuskan.

Permulaan sukar ditentukan.Sukar juga dijangkakan bagaimana.Ada sesetengah kejayaan bermula daripada sekadar kerana suka.Tidak kurang yang berjaya bermulanya sekadar suka-suka semata.Begitulah tulisnya suratan rezeki masing-masing yang telah DIA tentukan dan sekadar kita usahakan.Jangan hairan daripada suka atau suka-suka menjadi luar biasa.Berbisa sentiasa.

Biarpun kedengaran dan kelihatan seperti tiada kesungguhan..jangan dinilai terlalu awal gagal penyudahnya.Dan .. sekiranya sesuatu itu kedengaran dan terlihat hebat,bekum pasti juga impaknya dahsyat dan berjaya.Pusing ke mana pun jangan pernah membuang TAKDIR.


Jangan suka berprasangka dan jangan suka-suka bicara ikut suka dan rasa.Ujian orang sebenarnya ujian juga untuk kita.Berapa tahan mulut tidak menyebar..berapa lama telinga dipekakkan dan berapa lama mampu bertahan tidak mem"viral"kan..nampak tak...sedar tak..nasi tambah,lauk tambah mengenyangkan...tapi kalau dosa bertambah bakal menyusahkan.

Cukupkah sekadar suka atau suka-suka .. terserah bagaimana individu itu menterjemah dan mengemudi apa yang ingin dihasilkan.Santai tidak bererti mudah terlerai.Bagaimana pengisiannya itu sangat utama dalam apapun yang kita suka.Hakikatnya hanya diri individu itu sendiri yang tahu sama ada dia suka atau suka-suka pada satu-satu hal itu.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

10 October 2017

Seperti Pesalah Dan Rasa Bersalah

9:22 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SEPERTI PESALAH DAN RASA BERSALAH ~ Allah SWT kurniakan kita satu hati.Sebuku darah.Uniknya dengan sebuku darah ini ia mempunyai banyak ruang dan pengisian rasa (emosi).Dan yang paling penting .. keimanan kita letaknya pada hati,justeru andai baik sebuku darah yang dikenali sebagai hati ini pada manusia (sesiapa pun) ... maka baiklah pada keseluruhan jasadnya.InsyaAllah.

Situasi.Setiap tingkah kita itu sangat dekat dengan pelbagai situasi.Baik yang dialami sendiri mahupun dialami oleh orang lain dan kita melihatnya secara sengaja atau tidak disengajakan.Ada masa kita menjadi perhatian .. adakala kita memerhatikan.Awas,bila kita tertarik untuk melihat jangan sampai buat orang yang dilihat itu berasa tidak selesa.Diperhati seperti pesalah sehinggalah rasa bersalah timbul pada diri walau tidak lakukan apa-apa di luar kewajaran.

Hidup dan menghidupkan.Ya .. Allah SWT izinkan kita hidup .. tidak salah untuk kita menghidupkan.Menghidupkan bukan bererti meniup roh pada jasad (hanya Allah SWT boleh melakukan) .. sebenarnya kalau di dalami,sangat luas tafsiran kepada menghidupkan itu.Semangat yang mula rebah itu perlu kita hidupkan dengan motivasi.Keyakinan yang semakin rapuh itu mesti kita hidupkan dengan dorongan.Teramat utama sekali bila iman kita kian pudar hidupkanlah dengan lebih mengenal dan mencintaiNYA di taman-taman syurga dunia (di majlis-majlis ilmu).

Di ketika meraih perhatian dan pandangan Tuhan .. rendahkan diri dan hati seperti pesalah yang sangat-sangat mengharapkan belas ihsan untuk diampunkan.Apatah lagi dalam usaha melangkah ke pintu taubat .. tebalkan rasa bersalah dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.Pintu taubat itu luasnya melebihi keluasan langit dan bumi.

Seperti Pesalah Dan Rasa Bersalah
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

09 October 2017

Belum Tentu Ya ..

8:41 AM 15
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


BELUM TENTU YA .. ~ Kepastian daripada manusia boleh berubah-rubah.Tetapi kepastian daripada Allah SWT suatu kepastian yang tidak siapa pun mampu menggugat.Telus,tulus dan halus dapat dirasai.Sandar padaNYA.Selagi bernyawa namun bukan bermaksud buang hubungan sesama insan dan makhluk lain.In sya Allah lancar semua.Aminn😄


Bersandar pada manusia kadang kecewa menyertai.Bersandar dengan alam mungkin sukar untuk saling mengerti.Bersandar dengan PEMILIK sekalian alam bahagia hakiki menanti.

NIKMAT TIDAK BERPENGHUJUNG.Senyum,ketawa belum tentu tidak menangis.Hidup ini ada putaran dan kitarannya.Ada pasang surut dan jatuh bangunnya.Kenapa? Banyak asbab yang hanya diketahui olehNYA hingga hujung nafas terakhir kita.Bila perut terasa benar-benar lapar .. suapan demi suapan itu beza nikmatnya.Semakin kita menyuap makanan ke mulut semakin kurang ghairahnya kerana makanan yang sudah masuk ke perut itu  sedikit demi sedikit menghakis nafsu untuk kita terus menikmati makanan.

JAMINAN.Setiap nikmat yang Allah SWT  pinjamkan kepada kita sudah cukup yang sangat-sangat terbaik dan sempurna.Manusia itu sendiri yang sering mengubah,merosak dan tidak mensyukurinya*tidak semualah begitu ya*.Tidak salah ingin mencari kesempurnaan mengikut persepsi dan kewarasan akal insan dengan syarat tidak mengurang atau melebihkan sedari azali kecuali ianya diharuskan syarak.


KESIHATAN.KESENANGAN.KEBAHAGIAAN bukan jaminan tetapi dugaan untuk insan.

GALAU TIADA NOKTAH.Meratapi nasib?Ada caranya.Mengadu dengan DIA..bukan sekali dua .. tapi senantiasa tanpa rasa lelah dijiwa.Jangan pernah beranggapan rasa galau yang melanda tidakkan bernoktah kerana saat hujan pun Allah SWT boleh hadirkan sang pelangi indah.Yakin bila Allah berkendak tiada yang mustahil.

Belum Tentu Ya ..
KREDIT IMEJ :GOOGLE

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi