30 November 2017

Apa Sewajarnya

8:57 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


APA SEWAJARNYA ~ Kata paling mudah adalah patut atau tidak patut.Wajar atau sebaliknya.Sebenarnya berbalik juga pada diri masing-masing.Dia rasa wajar sebab itulah dia buat.Dia rasa tidak wajar maka itu dia tinggalkan.Ha nampak tak.Apa yang jelas sebenarnya ikut pada apa yang telah DIA tetapkan.Itu utama.Sebelum buat,fikir dan minta pandangan mana yang patut.Namun Islam tidaklah memberatkan kecuali yang banyak songeh anggap hukum itu membebankan.

Awak salah masuk lorong ada dua kemungkinan.Tersesat atau sampai tetapi ambil masa yang agak panjang..kerana untuk mencapai satu matlamat ada banyak caranyakan.Tidak mustahil juga menemui jalan mati (buntu).Justeru apa sewajarnya?..persediaan awal..bertanya..dan hujungnya sila bertawakkal.Begitu jugalah dalam kehidupan.

Kamu buat kamu dapat.Memang betullah.Tapi tengok juga apa yang dibuat.Kalau boleh biar bermewah-mewah nanti diakhirat.Mewah yang tidak ada penyeksaan orang lain disebabkan kita sebaliknya kemewahan yang boleh tarik juga orang lain bersenang lenang di syurga.Jom mulakan dari di dunia lagi.

Bertindak mengikut keperluan atau bertindak berdasarkan kehendak.APA SEWAJARNYA .. mana yang lebih wajar diutama dan mana pula yang lebih patut ditempat kedua.Binggung.Pening.Apa yang lazim dihadapi adalah rasa serba salah dan keliru.Istighfar.Tidak serabut istighfar apatah lagi serabut fikiran sila lebih banyak-banyaklah beristighfar.Bila sebut keperluan itu suatu yang "mesti" berbanding kehendak itu sebahagian besarnya "pilihan".

APA SEWAJARNYA .. tanya semula,wajarkah untuk dilakukan.Moga jawapannya menjadi sempadan dan batas yang menyelamatkan kita.

Apa Sewajarnya
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

29 November 2017

Tetap Bercahaya Terus Menerangi

7:22 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


TETAP BERCAHAYA TERUS MENERANGI ~ Matahari terus bercahaya,biar tugasnya adakala diambil gelapnya sang awan yang asyik meluah rasa dengan caranya yang tersendiri.Merajukkah matahari dan tidak mahu bercahaya lagi? .. tentunya TIDAK kerana taat akan perintahNYA.Rembulan juga tetap menerangi malam,cuma terkadang cahayanya sedikit suram dan kelam.Awan,mentari dan rembulan melunas fungsi mengikut arahanNYA..dan tidak mustahil bertasbih dan berbicara dengan bahasa yang tidak kita mengerti.

Bukan hal mudah terus tersenyum diketika hati sedang berduka.Tidak juga menjadi perkara senang sopan bicara dan tingkah ketika sedang dikuasai rasa amarah.TIDAK MUDAH.Namun sesiapa pun mampu melakukan dan boleh mencuba.Kalau rasa-rasa memberatnya ke gagal..sila istighfar sebanyak-banyaknya.Istighfar umpama air yang memadamkan api.InsyaAllah boleh.Yakin tau.

Kalau kita buat hal yang tidak kita suka atau tidak kita ingini..itu bukan pura-pura .. atau lebih mudah disebut "hipokrit" .. sebaliknya mesti diingat,antara kehendak kita dengan kehendak TUHAN mana yang lebih patut diutamakan..dan antara pandangan manusia dengan pandangan TUHAN mana lebih pertama dan utama.Duduk sorang-sorang cuba tanya diri sendiri.Kalau buat kerana TUHAN syabas .. kalau kerana terpaksa .. eh memang patut dipaksa pun.

Kunci kebahagian bila berusaha membahagiakan walau dengan cara yang kecil dan ringan.Dalam rasa bahagia itu ada redha dan doa.Tetap bercahaya terus menerangi jika kerana DIA tidak akan sia-sia.InsyaAllah.

Tetap Bercahaya Terus Menerangi
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

28 November 2017

Jangan Di Tanya

7:22 AM 18
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


JANGAN DI TANYA ~ Nak ke mana tu..bercuti ya.Alhamdulillah.Masa dan peluang yang ada manfaatkan sebaik-baiknya ya.Tidak mengapa kalau tidak ke luar negara..atau hanya bersantai di halaman rumah  sahaja sambil makan dan minum bersama.Kualiti masa itu sangat berharga.Saling menghargai itu lebih utama..dan cara saling menghargai itu lain orang lain cara dan pendekatannya.

Nak tahu kenalah bertanya.Begitu juga kalau tidak tahu.BERTANYA.Sebenarnya bertanya ni lebih untuk mendapat kepastian akan satu-satu perkara.TETAPI tidak semua perkara atau isu perlu kita tanya semata-mata untuk memenuhi keinginan hati.Kesimpulannya nak bertanya pun perlu bijak dan sensitiflah sikit ya.Jangan nampak sangat "busy body".

Lain padang,lain belalang .. lain orang,lain caranya.Ada orang bijak mengawal emosi agar tidak larut dalam situsi..dan ada orang situasi yang tenang menjadi berantakkan gara-gara terbawa-bawa dek emosi.Nampak tak,betapa orang itu berbeza-beza..ada jenis "cool" walau yang lain "hot" macam bara api ditapak kaki..ada juga ikut situasi..macam-macam.Cuba kita belajar mengenal situasi.

Jangan ditanya sekiranya pertanyaan itu menambah luka dan duka pada orang lain.Jangan ditanya kalau pertanyaan itu membawa kesan mudharatnya melebihi kebaikkannya.Jangan ditanya sekiranya terang lagi nyata empunya diri mengatakan ianya peribadi dan rahsia.Ingat..jangan ditanya kalau seandainya terjadi pada diri sendiri pun tidak mampu kita hadapinya.


Jangan Di Tanya
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


27 November 2017

H U J A N

10:15 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

H U J A N


Awan.
Sarat memberat.
Gelap.
Sungguh-sungguh bersedih.
Nampaknya air.
Disertai kasih sayang pencipta Agung.


Nikmat.
Salah satu daripada nikmat-nikmat.
Sepikan diri.
Kemudian dengari.Hayati.Dengan mata hati.
Ada yang sedang berbicara.
Bicara dengan cara sendiri.
Sukar difahami namun boleh dirasai.


Nikmat bila ia dinanti-nanti diminta-minta.
Dugaan tatkala bah melanda.
Tarbiah diri.
Lentur hati.
Ikut dan setuju tetapan Ilahi.
Perit.Sakit.
Hakikat untuk mendapat nikmat.


Ada yang sedang mendamba.
Ada yang berharap ia berhenti.
Jangan cuba-cuba mengawal.
Nampak kecil.Remeh.Ringan.
Ya H U J A N.
Awas.Silap tingkah mengkufuri nikmat.

H U J A N
KREDIT IMEJ : GOOGLE 


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




26 November 2017

Tambah Amal Maruf

9:39 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

TAMBAH AMAL MARUF

Cuti sekolah telah bermula
Rumah ditinggal tidak bertuan
Demi menjaga kemaslahatan bersama
Tologlah tengok-tengokkan

Perjalanan jauh perjalanan dekat
Setiap detik sangat berharga
Becalah doa sebelum berangkat
Moga dirahmati seisi keluarga

Jauh perjalanan luas pemandangan
Aturlah perjalanan sebaik-baiknya 
Elak asyik bersembang sepanjang perjalanan
Selitkan juga denga zikir dan membaca kalamNya

Cuti hujung tahun sentiasa dinanti-nanti
Waktu ibu bapa memenuhi keinginan anak-anak 
Walimatulurus juga di sana sini
Elak pembaziran menikmati menu yang enak-enak

Jalanraya sesak dengan kenderaan
Semua menuju haluan masing-masing
Tiada ruginya memberi laluan
Urusan lancar hati menjadi tenang




*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



25 November 2017

Sebelum Izrail Menyapa

10:01 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SEBELUM IZRAIL MENYAPA ~ Dengar sahaja namanya sudah menggetarkan jiwa..meremang bulu roma.Bagaimanakah wajahnya saat dia datang atas arahan Allah SWT untuk melunaskan tugas yang digalas untuk memisahkan nyawa dengan jasad..Allahu.Saat jemari menaip ini pun terasa mahu tumpah air mata PC.Ngilu rasa hati.SubhanaAllah..disaat dia turun mendekat,kerajaan daripada pihak mana yang bakal dia bawa dan memperlihatkan kepada kita.Sungguh saat itu PASTI akan datang .. malah semakin mendekat.

Izrail  .. Malaikat Maut .. Si Penjaga Nyawa-nyawa atas perintahNYA.

Allah SWT ternanti-nanti rayuan kita.Doa..ya itu rayuan hamba..mintalah apa sahaja,,sebanyak-banyaknya,,sepuas-puasnya.Mengadulah apa pun biar hal yang sama berulang kali..yang berasa jemu itu hamba bukan DIA PENCIPTA.Justeru tidak perlu malu untuk mengadu,berkeluh kesah apatah lagi teresak-esak menangis.Silakan.Lakukan dengan rasa rendah hati.Tapi satu hal yang jangan kita ketepikan .. berdoalah agar Allah SWT sentiasa memberi hidayah kepada kita selagi bernyawa.


●○●○
Daripada 'Abdullah (‘Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah berdoa:
"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta,)."

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2721)
●○●○


Hidayah daripada Allah SWT perlu diminta .. mesti diusahakan .. harus senantiasa digilap agar bersinar.Buka jendela hati seluas-luasnya agar hidayah itu tidak menjauh.Adalah lebih baik hidayah itu kita buru sebelum Izrail menyapa.Sepertinya bolehkan  air terisi ke dalam gelas seandainya gelas tersebut bertelangkup (terbalik) .. pastinya air yang cuba diisi akan tumpah.Begitu juga hidayah Allah SWT.

Sebelum Izrail Menyapa
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

24 November 2017

Rezeki

8:30 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


REZEKI ~ Selamat bercuti adik-adik .. anak-anak semua .. bagi yang masih bersekolah,,hari ini hari akhir sesi persekolahan tahun 2017 untuk kalian sebelum bercuti panjang untuk menempuh 2018 .. insyaAllah.Semalam (23/11/2017),keputusan UPSR telah diumumkan .. ada yang mengalirkan air mata gembira .. tidak kurang yang berduka.Apa pun keputusan peperiksaan kalian,syukuri.Tahniah untuk semua.Tahniah untuk ibu bapa dan guru-guru.


Rezeki


Rezeki,sukar untuk dijangka.Susah juga untuk diduga-duga.Apatah lagi untuk diukur mengikut sukatan yang sering diguna manusia.Hebatkan Allah merahsiakan rezeki untuk hamba-hambaNYA yang dikasihi.Balaslah dengan rasa kecintaan yang sepenuh jiwa raga.

Kalau kita tidak miliki apa seperti orang lain miliki .. kebaikkannya tetap ada dan kembali pada kita.Dan mengapa dia ada .. kerana Allah mahu kebaikkan itu menghampirinya.Kemampuan kita tidak sama baik dari zahiriah mahupun batiniah .. Allah SWT sangat mengetahui dengan jelas akan hal itu sedang kita tidak tahu.Lantaran itu mengapa rezeki satu sama lain tidak serupa.

Hari ini Jumaat .. alhamdulillah.Namun percayalah biar melalui hari yang sama tapi ada pengisian dan jalan cerita yang berbeza setiap makhluk.Semuanya rezeki dengan izinNYA.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

23 November 2017

Bagaimana Ceritanya Nanti

9:13 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

BAGAIMANA CERITANYA NANTI

Cerita.
Kita asyik bercerita.
Atau 
Mereka sakan meluah rasa.
Dengar.Tapis.
Adakala terus abaikan.
Baik ditauladani.
Baki yang buruk disempadani.
Ingat.
Hidup bukan sekadar di dunia ini.
Akhirat.Mahsyar.Syurga.Neraka.
Menanti.

○●○●

Lisan.
Mudah.Sebenarnya tersangat mudah.
Justeru hati juga tersangat mudah cedera.Parah.
Bicara.
Berlalu pergi.
Bagaimana ceritanya nanti.
Yang tersakit hati.
Yang mohon simpati.
Yang menggalas beban.
Seolah sebahagian nyawa diambil kembali.
Buat.Tanggung.
Dunia ditanggung.
Akhirat menjawab.

○●○●

Bagaimana ceritanya nanti.
Bila babak dan watak telah tamat.
Di dunia ini.
Bila ditutur lain.
Ditingkah berbeza.
Dihati damba syurga.
Diakal tergila-gila dunia.
Astarghfirullahaalaazim.

○●○●

Terus mencongak derhaka.
Segera sedar diri mewah dosa.
Entah sudah berapa banyak mencurangi DIA.
Allahu.
Titiskan lagi tangisan sesal.
Berjanji.
Tidak ulangi.
Bagaimana ceritanya nanti.
Sumpah.
Takut sendiri.
Moga nama tidak terpadam.
Biar yang di terakhir calon.
Syurga tetap jadi dambaan.

Bagaimana Ceritanya Nanti


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

22 November 2017

Sebab Apa?

8:32 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SEBAB APA? ~ Sebab?..Ya sebab..kalau atas kehendak diri,,pasti tahu apa sebabnya..namun dalam kehidupan kita ini hamba..kita mesti bersedia dengan dua jenis "sebab".."sebab" yang kita sendiri tahu dan direncanakan..dan..."sebab" yang tersangat rahsia daripada takdir -qada qadar yang TELAH Allah SWT tetapkan sedari kita dirahim ibu lagi...dan "sebab" ini akan kita ketahui bila ianya terjadi atau telah Allah SWT izin untuk kita lalui...

Sebab apa kita makan?...sebab perut kita berasa lapar.Nampakkan lapar itu sebab yang membawa kita untuk bertindak..tidak kiralah memasak atau membeli makanan seperti yang dikehendaki atau diingini.Tapi,jangan sekadar suap makanan ke mulut sahaja..kalau boleh serba sedikit ambillah tahu apa yang hendak dijadikan darah daging itu..

Itu cantik..ini cantik..fesyen tidak asing dengan kita..cuma jangan kita kelihatan seperti makhluk asing kerana ghairah berfesyen..mengikuti perkembangan fesyen eh tak salah pun...tetapi pastikan mana yang boleh mana yang tidak..apa yang wajar apa yang tidak..bagaimana yang halal bagaimana yang haram..ambil tahu..pelajari..rujuk.Mana ada istilah terlambat..kecuali bagi yang memang tidak mahu berubah..ya beralasan saja.Kalau hari ini banyak yang terdedah bukan bermakna nama terpadam menjadi calon syurga..yang penting mahu hijrah.Istiqhamah kerana DIA.**peringatan keras untuk diri PC juga!**

Menuding jari..eh mudah..ingat jari telunjuk itu bersih..jari telunjuk itulah yang bangkit lurus saat bersyahadah ketika bertahiyat dalam solat.Jadi jangan dicemari dengan hal yang bukan-bukan.Bila kita dengar,baca atau lihat hal yang tidak manis atau tidak sewajarnya yang seolah-olah dilakukan secara terburu-buru atau mendadak..nanti dulu kalau mahu ber"persepsi"..kalau kita bertindak pasti ada sebab...begitu juga orang lain.Justeru belajar memberi ruang dan memahamilah.

Sebab Apa?

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


21 November 2017

Belajar Menjadi Yang Terbaik

9:54 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

BELAJAR MENJADI YANG TERBAIK

Epal merah epal hijau
Kisar halus menjadi jus
Cakap orang usah dihirau
Terus usaha bertungkus lumus

Anggur hijau anggur hitam
Elok dimakan sebelum makan
Jangan terperangkap dek kisah silam
Kelak diri sendiri kerugian

Semangka merah semangka kuning
Dipotong tipis mudah dimakan
Perkara ringan jangan dipening-pening 
Buanglah segala macam alasan

Pear kuning pear hijau
Cuci bersih sebelum dimakan
Menuntut ilmu walau pun diperantau
Tempat lahir jangan dilupakan

Kiwi hijau kiwi kuning
Banyak khasiat jika diamalkan
Cuba diubah jalan berlenggang
Tidak manis menarik perhatian

Ada pisang masak hijau
Cukup masa boleh dimakan
Adatlah manusia serta tidak tahu
Justeru perbaiki diri berterusan


Belajar Menjadi Yang Terbaik
Google image 


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

20 November 2017

Penjelasan..

7:41 AM 3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


PENJELASAN ~ Sumber itu banyak.Terpulang pada diri kita sendiri daripada sumber yang mana satu kita gali untuk mendapatkan satu hal yang ingin diketahui hingga ke dasarnya.Namun ingat satu hal paling utama,pastikan setiap apa yang ingin dicari,diketahui itu benar selari dengan Al Quran,sunnah dan hadis sahih.Tidak bertentangan dengan apa yang telah disyaratkan,disyariatkan dan tertakluk pada ketetapan hukum.Yakini kalamullah.



Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".


Luangkan masa kalau tidak banyak,,sedikit juga memadai.Masa yang berkualiti itu lebih baik berbanding kuantitinya yang banyak namun kosong dan terbiar sia-sia.Penjelasan perlu dicari.Mesti didengari kemudian diselidiki kerana akhir zaman ini yang mempercayai suatu keraguan itu lebih banyak dan mudah berbanding menerima yang sahih dan fakta tersangatlah kecil jumlahnya.

Percaya atau tidak penjelesan itu sebenarnya boleh ditolak tambah..direka diubah..kerana lisan itu mudah tergelincir dengan sengaja..namun andai kita sentiasa ingat ada yang sentiasa memerhati...tidak lelah mencatat...insyaAllah pasti kejujuran mewarnai setiap penjelasan..

Memberi penjelasan bukan suatu tugas mudah...seperti mana tidak dengan mudah juga untuk orang menerima dan memahaminya..namun begitu andai disertakan dengan apa sewajarnya seiring dengan apa yang disampaikan tidak mustahil ia mudah untuk dihadam..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

19 November 2017

Bila Sampai Detiknya

8:26 AM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

BILA SAMPAI DETIKNYA ..

Penantian.
Penyeksaan.Hakikatnya Tuhan sedang mentarbiah.
Sabar.Sabar juga perlu disemai.
Sentiasa mesti disiram agar subur.
Mudah mendapat mungkin mudah melupa.
Justeru Tuhan mahu kita perbetulkan dahulu.
Bukan Tuhan menzalimi.
Tetapi..
Persediaan melalui yang bakal mendatang.
Bersangka baiklah.

***

Takdir.
Mahal.Mahal untuk menerima.
Murahnya nanti pada air mata.
Meninggalkan.
Ditinggalkan.
Bersedia.
Tidak bersedia.
Siapa kita menduga-duga.Berkira-kira.
Ada yang terluka.Merana.Derita.
Bukan tidak merela.
Tapi wajar berasa rentapan dijiwa.
Allahu.

***

Berbahagian.
Terlepas.Mungkin hari ini.
Esok.Lusa.Seterusnya.
Senyum bak belati.
Tipis menghiris pedih.
Roda berputar.
Takdir berpindah.Tiada yang mustahil.
Segalanya mungkin.
Mungkin untuk sesiapa pun.
Ingat.
Singkat perjalanan dunia.
Berat perhitungan akhirat.

Bila Sampai Detiknya
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


18 November 2017

Ikatlah Dengan Niat

8:47 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


IKATLAH DENGAN NIAT ~ Penting sangatkah niat? .. bagi PC secara peribadi tersangatlah penting.Penting tak acuan untuk kita bakar atau kukus kek.Pentingkan.Begitu juga niat yang menjadi satu titik permulaan sebelum disambung ke titik lain menjadi apa yang kita mahukan.Sebuah istana yang gah mewah dan tersergam indah dibina daripada sebiji bata yang disusun.

Niat itu di dalam hati.Hati yang berbicara.Berbisik kepada telinga.Tersembunyi.Hanya diri yang mengetahui.Selain Allah SWT dan kerajaanNya yang turut mendengari.Orang lain tidak tahu pun saat hati mula berniat.Mengapa.Untuk apa.Bagaimana.Sehinggalah diterjemah dengan reaksi yang dirasakan sewajarnya.

Terbangun satu perbuatan atau tindakkan itu dengan niat.Berniatlah yang baik-baik agar kita menjadi insan yang akan berfikir berulang kali untuk melakukan perkara-perkara yang hitam●°•○PerduCINTA○•°●

Niat yang baik baru sekadar niat..tercatat ganjaran..niat yang buruk hanya tercatat buruknya setelah melakukan.Allahu.Allah dah bantu.Mengapa tidak kita bantu juga diri sendiri.Ikatlah hati kita dengan niat yang putih dan jernih keranaNYA supaya ianya menjadi sempadan agar diri terhindar noda dan dosa..berselisih dengan khilaf yang melata..ingat..niat tidak pernah menghalalkan cara..tetapi cara akan terdorong bagaimana niat yang disemai.

Ikatlah dengan niat

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

17 November 2017

Semailah Sebanyak-banyaknya

6:37 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SEMAILAH SEBANYAK-BANYAKNYA ~ Daripada biji benih bercambah menjadi anak benih (anak pokok)..mengeluarkan pucuknya yang kemudian menjadi daun dan seterusnya.Satu biji benih yang kita cuba semai itu bermakna 50 nisbah 50 antara hidup atau mati,menjadi atau sebaliknya.Justeru tidak menjadi satu kesalahan andai semailah seberapa banyak biji benih atau anak benih.Tidak merugikan pun.Begitulah juga cuba kita aplikasikan dalam kehidupan seharian.

Petani akan memanfaatkan tanah yang ada untuk aktiviti pertaniannya.Nelayan akan melemparkan seluasnya jala untuk mendapatkan hasil selayaknya.Siapa pun diri kita selagi boleh semailah sebanyak-banyaknya benih kebaikkan supaya nanti hasil yang ghaib (tidak terlihat mata-pahala)dapat kita tuai di sana kelak.

Jumaat.Hari kemewahan yang berganda andai kebaikkan dilakukan.SubhanaAllah.Biar pun kebaikkan yang dilakukan kecil dan ringkas..tetapi pulangannya luar biasa.Mega ganjaran untuk yang bijak mengambil peluang.

Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).(Hadis Riwayat Abu Daud dengan isnad yang sahih)SUMBER

Berselawat di dunia umpama mencetak banyak tiket untuk bertemu kekasih Allah SWT.Mengumpul banyak anak kunci untuk masuk daripada mana-mana laluan untuk bersua dengan baginda Rasulullah SAW.Ucapan salam antara ummat dan Baginda Rasulullah SAW adalah selawat.Jom berselawat.

Semailah Sebanyak-banyaknya
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
¤Salam Jumaat indah

16 November 2017

Alah Gurau-gurau Sahaja

7:34 AM 15
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

ALAH GURAU-GURAU SAHAJA ..

Santai.
Pemanis suasana.
Membuat orang tertawa.
Pahala.

Alah Gurau-gurau Sahaja
Google image 

Disekeliling yang terbuka.
Tua.Muda.Kecil.Dewasa.
Semua ada.
Semua mahu berbicara.
Mahu berjenaka.
Mahu bergurau-gurau sahaja.

Silakan.
Tapi awas.
Jagalah bahasa yang diguna.
Jangan menghiris.
Jangan menghina.
Jangan mengaibkan mana yang ada.

Berhati-hatilah.
Penerimaan orang berbeza-beza.
Kau.Aku.Dia.Mereka.
Tidak sama.
Cuma rawaknya seperti serupa.
Ketara beza.

Alah gurau-gurau sahaja.
Itu bagimu.
Mungkin tidak baginya.
Apa kisahnya hati yang terluka.
Bagaimana maruah yang telah tercela.
Semuanya mahal berharga.
Alah gurau-gurau sahaja?

Ingat.
Dewasa bukan hingusan.
Jangan mudah-mudah digula-gula.
Ingat juga.
Anak-anak tidak mengerti apa.
Namun tetap ada penjaga.

Alah gurau-gurau sahaja.
Ya.
Namun tidak pada semua perkara.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

15 November 2017

Dahlah Curang .. Zalim Pulak ..

8:43 AM 17
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


DAHLAH CURANG .. ZALIM PULAK .. ~ Dengar sahaja pun sudah ada rasa semacam mahu bertukar warna hijau..itu baru dengar..tapi sebelum itu marilah kita dalami erti curang dan zalim ya😃

Definisi CURANG : tidak lurus hati; tidak jujur; khia­nat. mencurangi berlaku atau berbuat curang kpd. kecurangan perbuatan atau hal curang; sifat curang. (SUMBER)

manakala

Definisi ZALIM : tidak mempunyai belas kasihan; tidak berlaku adil; kejam: Rakyat sangat benci kpd raja yg ~. menzalimi berlaku zalim terhadap: Berdosa besar jika kamu ~ anak-anak yatim. kezaliman hal atau sifat zalim. (SUMBER)

Dahlah Curang .. Zalim Pulak ..
Google image 

Curang .. zalim .. satu sisi hitam atau gelap yang sangat tidak disukai dan bakal mendapat cemuhan kepada si pelaku.Itu hakikat dan faktanya.Siapa pun .. di mana pun .. curang .. zalim pasti mengundang satu aura yang terburuk.Sama ada di lakukan individu mahupun ke peringkat yang lebih besar dan luas.Di pandang sinis .. dicaci .. dimaki dan lebih parah akan ada doa-doa tidak baik akan dikirimi.

Dahlah curang .. zalim pulak .. agama sendiri pun melarangnya.

Larut dengan apa yang dirasa kena dengan jiwa .. mendatangkan rasa bahagia luar biasa..malahan berasa bukan lagi terpaksa juga terpaksa berpura-pura..hakikatnya semua itu lumrahnya manusia.Mencari untuk kepastian dan kepuasan jika hingga tersasar .. segeralah bangkit..muhasabah diri..lihat akar umbi.Kembali mencari PEMILIK HAKIKI.

Musibah pasti tercetus .. yang aman boleh bercelaru .. yang dekat menjadi jauh .. yang akrab menjadi renggang .. itu yang sering terpandang dek pandangan mata kasar bila sesama manusia yang sama ada sengaja atau tidak berlaku curang dan zalim..satu hal yang mungkin segelintir kita pandang kecil dan ringan iaitu curang dan zalim hamba kepada PENCIPTA...nauzubillahiminzaliq.

Hakikat .. sesiapa pun sebenarnya mempunyai potensi besar untuk berlaku curang dan zalim kepada Allah SWT..bezanya sama ada kita sedar atau tidak atas perlakuan kita sendiri.Moga Allah sentiasa mengngkat permohonan taubat nasuha hamba-hambaNYA yang sentiasa mendambakan syurgaNYA 😂

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

14 November 2017

Tersenyumlah

9:37 AM 23
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

TERSENYUMLAH ..

Rimbun pokoknya di luar pagar
Megah bercabang semua dahannya
Indah sungguh nikmat bersabar
Bahagia tiada tanda harganya

Teruja melihat pokok yang subur
Ditabur baja penggalak buah
Benarlah dunia tempat berhibur
Berhibur bersyarat tiada yang salah

Hujan panas bersilih ganti
Keluar bunganya mewah sepokok
Walau ada tidak kena rasa di hati
Dengarlah dahulu sebelum menolak

Daripada bunga sudah menggirangkan hati
Menjadi putik berkembang harapan
Jangan dibiar mendalam terguris di hati
Bangkit terus melangkah ke hadapan

Putik diintai dibalik daun
Dihitung-hitung niat rezeki mahu dikongsi
Biar menanti bertahun tahun
Takdir Tuhan jangan disangsi

Detik dinanti telah tiba
Allah SWT pemberi rezeki
Syukuri nikmat pemberianNya
Alhamdulillah dua biji rezeki kami


tersenyumlah

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

13 November 2017

Bermulanya ...

7:46 AM 15
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


BERMULANYA ~ Apa yang terlihat pada luarannya manusia tidak kiralah sesiapa pun .. itu belum cukup menterjemah apa hakikatnya yang di dalam.

Tersembunyi.Menyembunyikan.

Allah SWT tidak akan sekali-kali menzalimi melainkan kita menzalimi diri sendiri.Allah SWT beri seiring lintasan hati hamba-hambaNYA.Baik maka baiklah .. dan sebaliknya.

Daripada Abi Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Talib RA katanya : Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW : "Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu kerana kebenaran/kejujuran itu ketenangan dan sifat dusta itu mendatangkan keraguan.(Hadith Sahih riwayat At-Tirmizi, No.Hadith : 2518)SUMBER
Bahagia dalam ketenangan .. ya semua berkeinginan sebegitu.Apa yang paling penting adalah menikmati rasa-rasa bahagia yang sentiasa disertai keberkatan.Bukan sahaja makanan yang kita suapkan ke mulut perlu dipastikan halal,suci serta berkatnya .. dalam hal lainnya juga perlu akan keberkatannya sentiasa.

Mencari satu kepastian itu perlu untuk menghindar dan terhindar daripada rasa sangsi dan fitnah.Bebas keraguan .. bebas bersangka-sangka adalah vitamin keputihan minda dan jiwa.Tenang untuk beribadah .. fokus untuk beraktiviti.InsyaAllah.

Bermulanya ...
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

12 November 2017

Sebenarnya Mudah Sahaja Sifirnya

9:34 AM 14
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SEBENARNYA MUDAH SAHAJA SIFIRNYA ~ Kalau dulu sebut sahaja sifir .. fuh berpeluh dahi.Lagi-lagi kalau cikgu kata hafal sifir nanti waktu perhimpunan sesiapa sahaja akan dipilih untuk hafal sifir yang ditentukan oleh guru bertugas.Maka berzikirlah masing-masing sampai ke rumah.Darjah satu .. darjah dua .. darjah tiga .. standard dulu semua kalau cikgu cakap A..A-lah..kalau O..O-lah.Tak berani nak tanya kenapa tak B ke..S ke..Dulu belakang buku latihan ada sifir satu hingga dua belas.

Balik sekolah mama ambil .. kadang naik basikal .. kadang motor
Mama : komat kamit mulut..baca apa?
PC : hafal sifir
Mama : baca bissmillah 
PC : cikgu suruh hafal sifir bukan hafal surah mama..
Mama : +×":&^/£₩(&! (Bagi tazkirah pulak😅)

Malam ...
Babah : komat kamit mulut..baca apa?
PC : hafal sifir (sambil tengok deka-dekat sifir belakang buku tu)
Babah : baca bissmillah 
PC : *sebelum ada episod kedua tazkirah baik baca je bissmillah😅 *
          Bissmillahirahmanirahim.
Babah : Nah *babah buatkan sifir,tulis besar-besar tampal didinding*

Begitulah kehidupan.Besar pengaruh ibu bapa .. tebal juga pengaruh guru-guru.Ibu bapa membentuk rohani dan guru membentuk minda..indah andai kedua-duanya dapat dibangunkan dan dijana seiring maka akan lahir anak bangsa soleh solehah yang ada nilai luar biasa.

Sebenarnya mudah sahaja sifirnya .. andai hal yang baik hari-hari dipraktikkan .. ditunjukkan insyaAllah kebaikkan itu akan terpasak dan berpanjangan..sekiranya keburukkan atau kejahatan dan kekasaran serta kezaliman yang di pupuk..tidak hairanlah hasilnya nanti sebegitu malah lebih lagi.

Sebenarnya Mudah Sahaja Sifirnya
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

11 November 2017

Terpukul Angkara Pedas-pedas Panas

10:23 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Terpukul Angkara Pedas-pedas Panas



TERPUKUL ANGKARA PEDAS-PEDAS PANAS ~ Orang kita .. masyarakat Malaysia kebanyakkannya makan makanan pedas.Ada yang suka pedas biasa-biasa.Ada juga yang gemar pedas berganda dan tidak kurang menjadikan cili itu macam kacang goreng bila makan bagi merasai nikmat luar biasa.Huissss.."aku yang makan cili kau pulak yang peluh ketiak" .. ha gitu..😅. . Dia mengunyah slumber..kita pulak mencungap macam tak cukup nafas..iyelah..lain orang lain citarasa.

Setiap apa yang kita gemari cukuplah besederhana sahaja,kerana ianya boleh bertukar menjadi masalah berbanding dengan apa yang Allah SWT suka,ianya tersirat banyak hikmah.

Hikmah?..dalam hidup ini hikmah yang kita perlu cari..kebaikkan.Sudut mana pun yang kita tuju pastikan kebaikkan mendekat.Namun begitu sedar atau tidak kita sentiasa dikelilingi dan terdedah dengan bermacam situasi dan ragam.


Segelintir manusia gemar meninggi dalam merendah semasa berbicara.Nampak santai sebenar membantai.Seperti ringan walhal fokusnya berat dan sarat hinggakan ada yang tidak kuat untuk terus mengangkat kesabaran.Tidak kurang yang mengakui dalam menuding jari.Sepertinya suci hakikatnya mencuci.Sinis itu ada bagusnya namun takut-takut matlamat tersasar tempat,orang lain yang mahu dilipat orang lain pula melompat terpukul angkara pedas-pedas panas.

Suka adakala ditunjuk adakala tersimpan rapi.Benci ada masa terluah ada saatnya ditelan sendiri.Kita akan berbicara apa yang kita rasa betul..walau orang rasa terpukul.Cuba sesekali sebelum berbicara fikir betul-betul.Itu pun kalau tidak mahu di smash berbakul-bakul.😄

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




10 November 2017

Jadilah Yang Paling Harum

6:41 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

JADILAH YANG PALING HARUM ..

Jadilah Yang Paling Harum
Google image 

Bunga teratai kembang setasik
Sampan didayung terkuaklah ia
Usahakanlah mana yang terbaik
Manisnya akan mendekati kita

Manisnya akan mendekati kita
Nikmat luar biasa sukar diungkap
Berbuat baik tiada tanda arasnya
Banyakkan berkebajikkan daripada bercakap

Banyakkan berkebajikkan daripada bercakap
Niat kerana Allah itu paling perlu
Berbuat baik juga pastikan cekap
Kanan memberi kiri tidak tahu

Kanan memberi kiri tidak tahu
Bukan berahsia sekadar membumi
Tidak penting kerajaan di bumi tahu
Asal kerajaan dilangit semua mengagumi

Asal kerajaan dilangit semua mengagumi
Berhasil usaha sepanjangnya usia
Moga malaikat sentiasa mendampingi
Berbahagialah menjadi penghuni syurga

Berbahagialah menjadi penghuni syurga
Bergembira bersama para bidadari
Antara singgahsana yang didamba-damba
Yakin Allah tidak memungkiri janji

Yakin Allah tidak memungkiri janji 
Jasad di bumi harumnya melangit 
Tanda terbaik insan berbudi
Sentiasa dinanti-nantikan makhluk dilangit

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


09 November 2017

Rasai,Hayati,Nikmati Dan Jaga Kemewahannya

9:22 AM 16
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


RASAI,HAYATI,NIKMATI DAN JAGA KEMEWAHANNYA ~ Setiap orang pastinya berkeinginan.Nak itu .. nak ini.Inginkan sesuatu.Jika sudah ada,inginkan yang lain yang lebih baik.Atau mungkin ingin apa adanya sudah memadai.

Lain orang .. berbeza tahap kepuasannya.Jangan hairan kalau kita melihat telah semua dia miliki apa selayaknya .. namun seolah masih ada yang mahu terus dia cari .. lagi .. lagi dan lagi.

Rasa bersyukur itu membuat kita berasa cukup.Sentiasa mensyukuri itu umpama noktah dan pematah nafsu.Namun jangan menjadikan bersyukur itu alasan untuk kita bermalas-malasan terus berusaha.

Bahagia bila membahagiakan.Bahagia bila miliki apa yang diusahakan.Bila kita usaha dan setiap usaha itu membuahkan hasil .. subhanAllah nikmat luar biasa.

Bersungguh kita rasai,hayati,nikmati dan jaga kemewahannya .. pada setiap apa yang sedang kita miliki .. daripada sekecil-kecil harta hinggalah sebesar-besarnya yang dimiliki..wow.Tetapi percayalah hakikat nikmat sebenar itu bila rasa rendahnya hati sebagai hamba sentiasa belajar rasai,hayati,nikmati dan jaga kemewahan lima rukun Islam dan enam rukun iman ini.

Rasai,Hayati,Nikmati Dan Jaga Kemewahannya
Google image 


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

08 November 2017

Dibalik Tirai Itu ..

8:21 AM 13
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

DIBALIK TIRAI ITU ..

Ya dibalik tirai itu
Bermula sebuah jihad 
Hidup.Mati
Memberi peluang jasad untuk terus hidup
Bernyawa dengan izinNYA 
Nyaring tangisan 
Bukti kekuasaanNya 
Penawar segenap keluh kesah dan kesakitan
Wahai anak
Andai tidak dapat sentiasa berdampingan
Sentiasalah berhubungan


***

Meratapi
Menginsafi
Berjanji tidak mengulagi
Terpisah.Terasing
Kembali mencari diri
Taubat dengan cara dan niat masing-masing 
Membayangkan yang di luar
Mencongak
Berkira-kira
Menanti-nanti.
Telah dimuktamadkan atau sedang dibicara
Berat.
Untuk diri sendiri.Untuk yang menyayangi.
Wahai kerabat
Jangan terus dibiar
Mungkin diakhirat mereka lebih hebat


***

Sepi.
Di sepertiga gelapnya malam
Esak tangis.
Halus.Tulus
Rintihan hati
Berbicara dari hati hamba
Ke pendengaran penglihatan PENCIPTA 
Merayu-rayu 
Meraih kasih
Memujuk simpati 
Berhajatkan syurga ILAHI
Duhai hamba
Segelap mana masa silammu
Pintu taubat terkuak luas untuk semua


Dibalik Tirai Itu ..
Google image 
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi