Terpukul Angkara Pedas-pedas Panas

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 💖

Terpukul Angkara Pedas-pedas Panas



TERPUKUL ANGKARA PEDAS-PEDAS PANAS ~ Orang kita .. masyarakat Malaysia kebanyakkannya makan makanan pedas.Ada yang suka pedas biasa-biasa.Ada juga yang gemar pedas berganda dan tidak kurang menjadikan cili itu macam kacang goreng bila makan bagi merasai nikmat luar biasa.Huissss.."aku yang makan cili kau pulak yang peluh ketiak" .. ha gitu..😅. . Dia mengunyah slumber..kita pulak mencungap macam tak cukup nafas..iyelah..lain orang lain citarasa.

Setiap apa yang kita gemari cukuplah besederhana sahaja,kerana ianya boleh bertukar menjadi masalah berbanding dengan apa yang Allah SWT suka,ianya tersirat banyak hikmah.

Hikmah?..dalam hidup ini hikmah yang kita perlu cari..kebaikkan.Sudut mana pun yang kita tuju pastikan kebaikkan mendekat.Namun begitu sedar atau tidak kita sentiasa dikelilingi dan terdedah dengan bermacam situasi dan ragam.


Segelintir manusia gemar meninggi dalam merendah semasa berbicara.Nampak santai sebenar membantai.Seperti ringan walhal fokusnya berat dan sarat hinggakan ada yang tidak kuat untuk terus mengangkat kesabaran.Tidak kurang yang mengakui dalam menuding jari.Sepertinya suci hakikatnya mencuci.Sinis itu ada bagusnya namun takut-takut matlamat tersasar tempat,orang lain yang mahu dilipat orang lain pula melompat terpukul angkara pedas-pedas panas.

Suka adakala ditunjuk adakala tersimpan rapi.Benci ada masa terluah ada saatnya ditelan sendiri.Kita akan berbicara apa yang kita rasa betul..walau orang rasa terpukul.Cuba sesekali sebelum berbicara fikir betul-betul.Itu pun kalau tidak mahu di smash berbakul-bakul.😄

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. dalam maknanya tu...selamat pagi...hari ni luangkan masa Blogwalking kejap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat petang....terima kasih singgah zirah PC ☺

      Padam
  2. yupp dalam maknanya, mula2 baca ingatkan besederhana dalam melakukakn sesuatu, jangan terlebih atau terkurang, kemudian citarasa berbeza2 ada yang suka pedas dan sebaliknya... mmg bagus penulisan ni, padat isi tersirat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cikgu...peringatan untuk diri sendiri juga ni...hati-hati pada setiap tingkah☺

      Padam
  3. Betul lah kan PC. Kita ni bila bercakap kadang2 macam meninggi diri pula sedangkan kelemahan bukan main banyak. Bila dah terlepas cakap tu cepat2 muhasabah diri semula. Takut apa yg di cakapkan itu memakan diri sendiri. Bak kata pepatah siapa yg makan cili dia yg terasa pedas. Tp kadang2 org lain yg makan cili orang lain pula yg terlebih rasa pedasnya. Maka kenalah sentiasa bersederhana.

    BalasPadam
  4. Islam sentiasa ajar kita bersederhana..
    Suka dengan perkongsian PC..
    Terima kasih ;-)

    BalasPadam
  5. sangat mendalam makna dri entri ni pc..

    BalasPadam
  6. Mcm2 perangai manusia ni.. pelik kdg2 mcmmana perasaan org2 yg selalu meninggi diri ni hmmm

    BalasPadam
  7. GV percaya jika kita sentiasa berserdahana dalam apa jua kita lakukan, InsyaAllah, semua perkara akan menjadi baik dan mudah untuk kita. Gv setuju kak PC. Terbaik semua. :D

    BalasPadam
  8. Berhati2lah pada setiap pertuturan kita

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama