31 December 2017

Percaturan Rezeki

8:50 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


PERCATURAN REZEKI ~ Bila diselami .. diperhalusi .. tiada satu pun milik kita.Walau sebesar zarah pun.Allahu.Apa yang boleh kita lakukan usaha untuk menjaga sebaik-baiknya apa sahaja yang telah Allah SWT beri pinjam kepada kita.Semua ada nilainya.Semua ada balasan yang dirahsiakan.Hakikatnya cukup berat.

Rezeki.Luas pengertiannya.Percaturan rezeki telah Allah SWT pakejkan sedari alam rahim ibu kita lagi sebenarnya.Telah disusun cukup cantik,cukup sempurna dan sangat bertepatan dengan apa yang kita perlukan.SubhanaAllah.

Seperti ajal .. rezeki tidak terlewat mahupun tercepat.Seperti surat .. tidak silap tempat kerana tiada khilaf alamat.

Alhamdulillah rezeki dua hari sebelum 2017 melabuhkan tirainya (semalam PC terima hadiah diari ni)..terima kasih pemilik blog Lady In Red Planner .. Puan Lenny binti Zackaria atau lebih dikenali sebagai LZ..Terima kasih Kak LZ 😊. 





Belum kenal dengan Lady In Red Planner?!? Jom singgah SINI.Dah kenal? .. terus eratkan ukhuwah.Moga Kak LZ terus berjaya dalam kerjaya dan menjadi seorang blogger.Terus berkongsi info bermanfaat untuk semua pembaca.Terus kreatif menghasilkan planner yang cute.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


30 December 2017

Jangan Biar Rasa Membinasa

9:11 AM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

JANGAN BIAR RASA MEMBINASA

Udang digoreng bersama peria
Biar pahit banyak khasiatnya 
Fanatik tidak usah hingga memuja
Silap tingkah lain hukumnya

Terasa mahu makan semangka
Dapat sepotong pun sudah rasa bahagia
Apa dikongsi biar berpada
Jaga batasan tingkah sentiasa

Makan pulut bersama mangga
Mangga madu manis tidak terkata
Marah itu ada baiknya
Cukup niatkan untuk mendidik sahaja

Sungguh harum bau nangka
Masak molek di dalam raga
Jangan hari ini bersungguh tidak suka
Esok lusa mabuk kepayang beria-ria 

Putih dan ungu si buah naga
Bijinya halus tidak terasa
Cemburu itu ada bahayanya
Cukup tersemai untuk berjaga-jaga
Jangan Biar Rasa Membinasa
Google image 
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

29 December 2017

Macam Kecil Tapi Bommmm Impaknya

8:41 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


MACAM KECIL TAPI BOMMMM IMPAKNYA ~ Hal kecil sering dianggap mudah dan ringan.Benda kecil sering dikemudiankan keutamaannya.Satu perkara yang kadang kita terlepas pandang adalah .. impak luar jangka daripada hal dan benda kecil yang telah diremehkan.

Usaha sekuat mana.Tawakkal sepenuh jiwa.TETAPI siapa pun kita ini tetap mengharapkan doa.Meminta-minta untuk didoakan.Ya doa.Ledakkan yang acapkali macam tidak bermakna apa-apa kerana sentiasa beranggapan bahawa berjaya sesuatu itu kerana gigihnya berusaha.Tajam dan padunya setiap kiriman dan hadiah doa itu luar biasa.

Sentiasalah minta didoakan dan mendoakan yang baik-baik..yang molek-molek dan yang cantik-cantik..

Bila kita bertindak,pasti sudah dirasakan cukup wajar untuk dilakukan.Sebab itulah kita melakukan.Hidup dikelilingi insan-insan yang sentiasa memandang .. selalu mendengar .. juga memiliki rasa ingin tahu yang tinggi,mesti perlu sentiasa waspada.

Tidak semua boleh diterima orang .. seperti mana kita tidak semua tindak tanduk orang kita hadam dengan mudah .. faktau mahupun auta .. serius atau sekadar acah-acah suka-suka ... ingat,yang mahu mencontohi sentiasa ada.Hati-hati ya..


MACAM KECIL TAPI BOMMMM IMPAKNYA
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


28 December 2017

Pengakhiran Itu Sebenarnya Permulaan

9:27 AM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


PENGAKHIRAN ITU SEBENARNYA PERMULAAN ~ Kehidupan-kematian .. muda-tua .. dan seterusnya.Ada permulaan ada pengakhiran.Pengakhiran itu sebenarnya permulaan.

Mungkin ada yang berputus asa bila sesuatu yang sedari awal gigih diusahakan menemui noktah tanpa mengecap nikmat .. siapa pun biarsedikit .. rasa kecewa itu bercambah.Lebih-lebih lagi bila meletakkan pengharapan yang menjulang tinggi.SubhanaAllah.Namun semua atas izinNYA juga.Percayalah,pengakhiran (kegagalan) itu sebenarnya permulaan.

Bayangkan kalau kita tidak berasa kenyang walau telah menikmati makanan .. sentiasa lapar .. pasti banyak urusan terganggu.Resah,binggung .. bagaimana kita hendak merasai nikmat kenyang.Justeru,Allah izinkan kita rasa kenyang bila makan supaya kita akan memulakan makan di waktu yang lain.Mudahkan.Hakikat pengakhiran biarpun pada suapan atau di saat kita tidur.

Wujud.Berdiri dengan zat dan sifat yang tersendiri itu DIA.Tiada permulaan tiada pengakhiran.Manakala kita makhluk,proses pengakhiran dan permulaan itu sentiasa berlaku.


Pengakhiran Itu Sebenarnya Permulaan

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

27 December 2017

Cuba Semai Dan Suburkan Rasa Malu

7:30 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


CUBA SEMAI DAN SUBURKAN RASA MALU ~ Bila berkehendak sesuatu tetapi tidak terluah dengan kata-kata.. itu bermakna "Malu-malu tapi mahu .. Dikhalayak amboi tersipu-sipu,khalayak berpaling oiii dia ligat bak gasing .. ertinya "Malu-malu kucing" .. bahaya ni ikan sebakul boleh habis dimakannya🐱

Tidak mengapa walau rasa malu itu sedikit atau tipis..selagi ada rasa malu insyaAllah ianya masih boleh membentengi diri seseorang itu tidak kira siapa pun.Percayalah ianya masih boleh diselamatkan.

Penting sangatkah rasa atau perasaan malu ada pada diri kita ..

Daripada Ibn Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW melalui seorang lelaki daripada golongan Ansar yang sedang menasihati saudaranya tentang malu (yang keterlaluan), lalu Baginda SAW bersabda, “Biarkanlah dia (dengan perasaan malunya), kerana malu ini sebahagian daripada iman.”(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cuba semai dan suburkan rasa malu pada diri,keluarga,masyarakat dan keseluruhannya.Cuba..pasti akan nampak impak luar biasanya.Pasti berbeza aura yang sedia ada.Rasa malu itu membuat kita berada disatu tahap dan kedudukkan yang tersendiri.Kita tidak minta dihormati namun dengan adanya rasa malu kita akan sentiasa menjaga apa yang sepatutnya dijaga..daripada sudut itu kita akan dihormati dan dihargai dengan cara tersendiri.

Dalam malu itu ada adab .. ada akhlak .. ada agama .. ada nilai maruah .. ada iman.CUBA SEMAI DAN SUBURKAN RASA MALU.

Cuba Semai Dan Suburkan Rasa Malu
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



26 December 2017

Puji-pujian

7:00 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

PUJI-PUJIAN

Setiap kalimah terkandung makna
Sebut dengan betul pun sudah berpahala
Tiada kata seindah bahasa
Selain memuji PENCIPTA semesta

Azan berkumandang lima masa
Isyarat untuk insan bersedia
Banyak surah boleh dibaca
Banyak puji-pujian di setiap bait-baitnya

Hati berbunga terima pujian
Sebelum memuji fikir-fikirkan
Untuk penghargaan bukan permasalahan
Jangan asyik  memuji kerana ada keperluan

Singgah sebentar pasar di pekan
Niat mencari ikan haruan
Tidak usah termakan kata hasutan
Biarpun awalnya mewah puji-pujian 

Selawat dan salam untuk Rasul junjungan
Bersyukur kita jadi umat pilihan
Teruskan berselawat dengan puji-pujian 
Moga disana kelan bertemanan


Puji-pujian

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


25 December 2017

Sedarlah Dan Terima Hakikat ..

8:30 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SEDARLAH DAN TERIMA HAKIKAT ~ Sebenarnya kita sudah tidak ada banyak waktu lagi.Waktu untuk bersuka ria berasakan dunia ana yang punya.Setiap hari ada berita kematian..kemalangan..penindasan..peperangan..ya setiap hari..ya itu semua suratan yang telah Allah SWT rencanakan juga .. PC yakin ada yang sedang DIA mahu sampaikan..yang lebih utama ada yang DIA mahu ingatkan.Allahu.Betapa ajal itu semakin mendekat sedang kita juga semakin mendekat namun pada perkara-perkara yang menjauhkan kita daripada landasan dan perjanjian awal.

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2956)

Mahu berhibur tiada salahnya.Asal berpada-pada dan sesuai mengikut apa selayaknya.Dunia tempat hamba-hambaNYA mempertaruh sama ada mahu membesarkan keimanan atau menurut arahan nafsu belaka.Di dunia ada banyak lorong,ada banyak lembah dan terdapat banyak arah...namun di antara banyaknya lorong,lembah dan arah itu .. jangan sampai kita tersilap masuk kerana ia memberi impak besar di kehidupan mendatang.


Sedarlah Dan Terima Hakikat ..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



24 December 2017

Boleh Sahaja Diusahakan

10:05 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


BOLEH SAHAJA DIUSAHAKAN ~ Sesekali atau mungkin kerap kali rasa berputus asa itu singgah di benak dan jiwa.Tidak menafi .. ya acapkali rasa berputus asa itu tidak langsung terkecuali mendekati PC.Rasa itu cabaran untuk melemahkan.Kuncinya,jangan berhenti berusaha.Lawan .. lawan .. lawan.Rasa berputus asa ini sentiasa mengikut rapat pada setiap inci usaha yang dibangunkan.


BOLEH SAHAJA DIUSAHAKAN

Tiada usaha .. tiada rasa berputus asa..

Pemacu untuk mencapai sasaran itu banyak.Sokongan.Doa.Semangat.Redha dan izinNYA itu yang paling pertama lagi utama.Sebarang hajat boleh sahaja diusahakan.Asal bersungguh.Tolak tepi pada suara-suara yang meruntuh dan melebur sebaliknya kenal pasti di mana kelebihan dan kekuatan pada diri.

Menuntut ilmu .. Gilap bakat dan kemahiran .. Kesihatan .. Zuriat .. Jodoh .. Rezeki insyaAllah ini antara daripada banyak perkara yang boleh sahaja diusahakan.Biar ada antaranya telah Allah SWT sedari awal mentakdirkannya namun setiap usaha hamba tidak pernah Allah SWT pandang sia-sia dan dicampak ke tepi.Satu yang perlu diambil perhatian .. pada penghujungnya tetap serah dan yakini kehendakNya.

Keinginan yang salah tetap salah selagi ianya tidak selari dengan apa yang telah termaktub.Istilah "takdir" itu diperhalusi pengertiannya,jangan dijadikan alasan untuk membela diri.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


23 December 2017

Terapi

10:32 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

TERAPI ~ Setenang-tenangnya air .. pasti berkocak juga.Ada masa membadai juga.Disaat surut terasa luasnya daratan..dan dikala pasang subhanAllah..terasa kerdilnya diri.Dan hakikatnya antara daratan dan lautan..lautan lebih menguasai muka bumi ciptaan Allah SWT ini.Hidupan laut nenjadi salah satu sumber rezeki kita untuk kelangsungan hidup.Alhamdulillah.

Manusia .. ya kita.Tenang ada ketikanya..tersangat tenang dan lapang hati serta fikiran.Tidak juga terlepas bebas daripada berasa yang kurang menyenangkan.Kacau bilau .. jiwa kacau .. fikiran berserabut.Rasa tenang itu nikmat dan apabila sesekali ianya ambil seketika kita boleh jadi kebuntuan punca.

Jalan rerus mengikut arah
Silap perkiraan mungkin tersesat
Teruji diuji tidak tentu arah
Ingat DIA mampu meringan apa yang memberat

Justeru bagaimana solusinya .. terserah mahu bagaimana hendak mengemudi rasa.Rasa aman,damai itu anugerah.Perlu diminta sentiasa dan diusahakan juga.Mungkin ada yang memilih untuk meneroka alam semesta untuk dijadikan terapi.Apa pun terapi yang dipilih tiada jalan singkat untuk mencantikkan dan mendapatkan kedamaian hati dan minda.

Terus dekati DIA.Ungkapkan kalimah-kalimah zikir..insyaAllah ianya menjadi terapi yang sangat berbaloi.


Terapi

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

22 December 2017

Suatu Ketika Dahulu ..

7:30 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SUATU KETIKA DAHULU .. ~ Kisah dulu-dulu tidak mungkin dapat kita buang jauh baik apa pun warnanya,kerana itulah rentetan kisah hidup dan ceritera sepanjang perjalanan usianya kita.Boleh dan tidak salah untuk dikenang tetapi jangan terbelenggu hingga kita tidak boleh memulakan langkah yang baru.

Dahulu itu dahulu .. jangan disamakan dengan sekarang.Dahulu lain sekarang lain.Bila sebut "dahulu" dan "sekarang" .. sangat jelas sindrom menilai perbezaan itu ada dan terlihat.Kalau tegar untuk menghalang daripada membuat perbezaan antara dahulu dengan sekarang pun seakan tidak manis kerana yang dahulu itu pemula sedang yang sekarang adalah perintisnya.Tiada dahulu maka tiada sekarang.Hargai dan hormati yang dahulu,jaga dan tambah baik yang sekarang.


SUATU KETIKA DAHULU .. 

Sangat berharga.
Tidak sama kita dan dia.
Berbeza itu cerita.
Disimpan.Ada ketikanya untuk dicerita.

Suatu ketika dahulu.
Bebas benar-benar bebas.
Tetapi tetap teguh berbatas.
Bukan tiada yang terlepas dan terbabas.
Tapi masih terkawal tidak terlepas dilibas.

Dahulu.
Mungkin jauh.
Jauh yang dekat.
Rapat.Erat.
Bukan jasad tapi jiwa yang tersirat.
Setiap pertemuan cukup mewah.
Mewah kemesraan.Sarat.Sendat rasa bahagia.

Suatu ketika dahulu.
Hitam putih juga warna.
Biar mungkin dua warnanya.
Tapi hebat ceritanya.
Maju itu tetap dirasa.
Pada zaman ketika dilaluinya.


Suatu Ketika Dahulu ..
Google image 
Edit by PC

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 






21 December 2017

Rasa Keraguan ..

10:45 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SUMBER IMEJ : GOOGLE 


RASA KERAGUAN ~ Kadang tubuh begitu cergas dan kuat..kadang aura lemau,malas dan letih melanda..semua bersebab dan pastinya berhikmah begitu.Itu daripada segi fizikalnya,walhal emosi kita juga sebegitu rupa..perasaan.Kadang berani dan rasa yakin yang meluap-luap dan ada detiknya timbul rasa keraguan pada perkara yang jelas atau sebaliknya.Paling bahaya bila rasa ragu itu muncul diketika sedang kita menunaikan solat atau ibadat serta hal baik yang lain.


Daripada Abi Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Talib RA katanya : Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW : "Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu kerana kebenaran/kejujuran itu ketenangan dan sifat dusta itu mendatangkan keraguan.(Hadith Sahih riwayat At-Tirmizi, No.Hadith : 2518)

Rasa keraguan boleh jadi berpunca daripada khilaf kita sendiri tidak kurang juga berpunca daripada bisikkan dan hasutan syaitan dan iblis.Satu hal yang mesti kita pegang .. rasa keraguan? .. pada hal yang bagaimana.Perlu juga jelas.Rasa keraguan biasa disebabkan kurang yakin atau kurang percaya.Ada yang boleh kita ragukan dan ada yang tidak boleh kita ragui langsung.

Hati-hati untuk rasa keraguan ..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

20 December 2017

Telan Atau Cuba Untuk Telan

7:56 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

TELAN ATAU CUBA UNTUK TELAN


Telan Atau Cuba Untuk Telan
Google image 

Biasa
Pepatah ini biasa di dengari.
Bila cuba untuk meluah apa di dasar hati.
"Diluah mati emak .. ditelan mati bapak"
Penyudahnya.
Tidak mustahil bakal ada yang nekad.
Memilih menamatkan kata ke jalan sesat.
Salah.Dipandangan hukum.
Silap.Dipandangan manusia.
Berdosa.Dipenglihatan Tuhan.
ALLAHU.
Minta dijauhkan.


Serba salah.Ya.Serba salah.
Mahu meluah bagai ada yang tidak kena.
Hendak ditelan rasa tidak berdaya.
Bagaimana penyudahnya.
Bayangkan.Cuba meletak diri disituasi.
SubhanaAllah.
Tiada siapa mahu memikul beban dikalbu.
Tidak terlihat tetapi tertanggung.Menanggung.


Luahkan.
Meringan.
Tidak semudah itu.
Terus pilih untuk telan atau cuba untuk telan.
Perlahan.Awalnya tertahan.
Lama-lama kebiasaan.
Tuhan tidak pernah membeban.
MengujiNya mengikut kemampuan.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



19 December 2017

Menghitung Baki

8:18 AM 17
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

MENGHITUNG BAKI ~ Kurang dua minggu berada di bulan Disember 2017.Detik tahun baru 2018 kian menghampiri kita.Ada yang bergembira.Ada yang berduka.Cerita yang dilalui setiap insan tidak sama.Dalam kepayahan kita bangkit dan terus jalani.Dalam kebahagiaan berhati-hati .. syukuri .. siapa tahu khilaf langkah ujian mengganti.

Bukan suatu yang asing .. setiap kali menjelangnya tahun baru .. pelbagai persoalan muncul bertubi-tubi.Apakah menyambung visi dan misi yang masih berbaki belum terealisasi atau telah menyenarai  matlamat dan azam baru untuk digapai di tahun yang baru nanti.

Apa pun yang cuba disemai menjelang tahun baru nanti..jangan terabai apa yang perlu dilunas tunai.Qada jika ada yang perlu dan dituntut berbuat begitu.Berhutang sesama insan .. berhutang dengan Tuhan .. asal statusnya hutang segera mungkin lunaskan tanpa culas.

Istilah baki itu terkadang banyak terkadang sedikit.Lihat pada jumlah keseluruhannya.Tidak mengapalah.Apa yang terpenting bagaimana baki-baki itu tidak tersia-sia dan hambar hingga hujungnya.

Menghitung Baki
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

18 December 2017

Sesedap Rasa ..

9:30 AM 14
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

Sesedap rasa

SESEDAP RASA ~ Ikut citarasa.Susu atau gula sebagai manisan pada minuman.Lebih masin,atau sedang-sedang..mungkin tawar pada hidangan makanan..Terserah suka yang bagaimana.Sesedap rasa pada individu yang mahu menikmatinya.Seandainya menyediakan hidangan untuk orang lain juga .. perlu juga ambil kira kehendak mereka serba sedikit sebaiknya.


Manusia hanya boleh usaha yang terbaik .. namun kesempurnaan itu milik hakiki Allah SWT.

Menikmati.Setiap daripada kita berhak untuk menikmati.Ada bahagian untuk merasai atau lebih mendalami akan sesuatu perkara.Dengan cara masing-masing asalkan patuh syarak.Pusinglah ikut mana pun .. gorenglah sampai hangus pun .. selagi ianya masih dilandasannya insyaAllah kita akan terpelihara sentiasa.


Bila kita menjaga .. kita sentiasa dijaga dan terjaga.

Sesedap rasa tidak tertakluk pada urusan melayan atau memikat perut semata-mata.Dalam urusan seharian juga perlu sentiasa peka agar tidak tergolong dalam kelompok sesedap rasa bila bertindak .. dan sesedap rasa bila berbicara.

Layanan yang baik .. bertaraf kelas pertama tidak perlu pun hamparan karpet merah sentiasa .. kompang berbelas lagu .. irama muzik yang mendayu-dayu .. cukup bila berbicara tertib dan santun.Tenang hati yang menerima,selesa telinga yang mendengar dan lapang fikiran yang mahu menghadam butir bicara.Awas ya..tertib dan sopan .. bukan terbawa-bawa hingga tahap menggoda dan mengada-ngada.Ada bezanya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




17 December 2017

Memahami Itu Berat

9:25 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


MEMAHAMI ITU BERAT ~ Faham itu lebih ringan berbanding memahami kerana memahami lebih cenderung ke arah yang lebih men'dasar'.Ramai orang boleh faham tapi tidak semua orang boleh memahami.Kalau faham itu sekadar apa yang dilihat dan didengari..memahami pula harus hingga tersuntik ke dasar hati.

Ya,memahami itu berat.Satu proses yang bukan calang-calang untuk sampai ke tahap memahami.Alah,memahami je kot..tidaklah susah mana..tidaklah gempak sangat pun..Bagi sesetengah orang ya tapi tidak segelintir insan.Ada hal ringan dipendengaran tapi berat pada penerimaan.Ada perkara berat disampaikan namun cukup mudah untuk dihadam.

Syaitan yang tidak pernah lelah dan bosan menghasut .. iblis yang tidak pernah menyampah dan berputus asa berbisik sedari kita lahir lagi sering menodai hati (iman) dan kewarasan akal kita.Sedang kita berusaha memahami satu-satu situasi untuk menolak sangkaan bahawa semua adalah 'alasan' itu bukan mudah.Senang cakap,bila nak fikir dan anggap positif satu-satu 'alasan yang diberi' atau 'sebab mengapa begitu tidak begini' mesti akan datang bisikkan yang ajak menyimpang.Kalau tidak dari hasutan ghaib..hasutan nyata la pulak.Dugaan!

Bagi PC..untuk kita didik diri memahami itu berat.Tiada rasa untuk memahami itu bakal menghancuri dan akan sentiasa mencurigai.Krisis akan sentiasa terjadi kalau tidak sesama kita paling pedih krisis dengan diri sendiri.Belajarlah untuk memahami kerana ianya tidak rugi.

Memahami Itu Berat

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


16 December 2017

Noktahkan

2:49 PM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

NOKTAHKAN

Noktahkan rasa tidak puas itu dengan rasa SYUKUR.
Kalau kita berasa diri sendiri belum cukup puas.
Kalau kita berasa juga lelah untuk memuaskan orang lain.
Ingat.
Rasa puas itu sepertinya bahagia.
Lebih banyak memberi lebih berganda bakal diterima.


Noktahkan rasa curiga dengan masa hadapan.
Tiada siapa mampu menelah masa hadapan.
Bahagiakah.Deritakah.
Hidup berskala.Sepertinya musim.
Kita manusia.Berhubung dan berhubungan.
Dari jenis yang sama - MANUSIA
Kecuali DIA.Tahu semua.Segala-galanya.
Kita harungi.Kita usahakan.Kita tawakkal.
Cuba mengorak langkah.Mencorak.Melakar.Mewarna.


Noktahkan rasa amarah.
Sejukkan dengan zikrullah.
Redakan dengan istighfar.
Kemudian berbicaralah dengan kewajaran.
Bertindaklah dalam ketenangan.
Keputusan itu lebih mendamaikan.


Noktahkan.
Noktahkan pada suatu yang kelat.
Sedang kita mampu menambah kemanisan.
Walau bermula dari rasa manis yang sedikit.
Noktahkan rasa lelah untuk meminta.
Memintalah dengan doa.
Pikatlah dengan usaha.
Boleh.InsyaAllah boleh.



Noktahkan

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


15 December 2017

Cantik Sangat

9:06 AM 13
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

CANTIK SANGAT

Alhamdulillah bertemu lagi Jumaat
Umpama hari raya setiap minggu ummat
Carilah seberapa banyak berkat
Moga mewah kelak di akhirat

Cantik dunia sementara
Sementara ada yang memuji dan suka
Hakikat cantik bukan sekadar dirupa
Seiring waktu bakal dimamah usia

Kita berkira-kira 
DIA merencana juga
Kita istiqhomah dengan usaha
Terima juga apa kiriman daripadaNYA

Rasulullah juga seperti kita
Allah memilih dikalangan manusia
Tujuannya satu cuma
Agar ummat mudah menerima

Jika dihitung semua yang ada
Sangat cantik sangat sempurna
Bukan atas ikhtiar makhluk semata
Melainkan atas kun fayakunNYA

Langkah kanan dianggap berezeki
Tuhan telah atur kita yang memiliki
Dipandangan manusia macam teka teki
Hakikatnya sudah tertulis di alam rahim lagi

Esok Sabtu seterusnya Ahad
Gunakan waktu walau terhad
Menghadiri majlis-majlis berakad
Moga berbahagia hingga berabad

Cantik Sangat

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




14 December 2017

Sekali,Dua Kali,Tiga Kali .. Sambung Dengan Doa

8:40 AM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SEKALI,DUA KALI,TIGA KALI .. SAMBUNG DENGAN DOA ~ Pembuka .. pertengahan(isi) .. penutup.Diibaratkan kalau ucapan tu mesti ada kata-kata alu-aluan .. isi .. penutup.Kalau kita perhalusi banyak juga perkara yang kita lakukan tiga langkah.Ketika nak makan.Ketika berwhudhuk juga disunatkan membasuh anggota tiga kali.Kalau kita berubat cara altenatif pun lazimnya dipesan agar ulang tiga kali.Syarat,adat,adab atau pilihan.

Pilihan .. tiidak semua pilihan yang kita buat itu betul.Tidak semestinya juga setiap kehendak kita itu tepat.Mungkin ya bagi kita tapi tidak bagi orang.Benar kita berhak untuk membuat pilihan mengikut kehendak diri tapi perlu diambilkira juga pendapat dan teguran orang lain.

Teguran itu banyak maksud dan matlamatnya.Menjatuh dan meruntuh atau kerana rasa tanggungjawab dan kerana rasa sayang sesama insan.Kaji,perhalusi dan muhasabah diri pada yang ditegur.Ada yang sangat mudah menerima teguran.Tidak kurang kita menegur dan kemudian kita ditegur kembali..berbalik pada hati masing-masing..SEKALI,DUA KALI,TIGA KALI .. SAMBUNG DENGAN DOA .

Jangan terus menolak teguran atau nasihat biar pahit untuk ditelan dan pedih dipendengaran mungkin itu langkah pertama untuk kita menjadi lebih baik.Setiap teguran atau nasihat itu manusia sekadar perantara hakikatnya gerak rasa daripada DIA.Ubahlah persepsi..tidak semua orang hatinya hitam.

Cukuplah menasihati SEKALI,DUA KALI,TIGA KALI .. SAMBUNG DENGAN DOA pula.Bukan kerana lelah tapi takut nanti diri kita yang tercela.

Sekali,Dua Kali,Tiga Kali .. Sambung Dengan Doa


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


13 December 2017

Ber"Cendawan Tiram"

8:28 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


BER"CENDAWAN TIRAM" ~ Bila satu-satu perkara atau kerja lama ditangguh makan akan kedengaranlah suara lunak merdu memerli .. "lama sangat bertangguh haaaa bercendawanlah jawabnya" .. itu belum lagi kalau rasa tergugat bila tengok kawan maju sikit dalam perniagaan ais krim Malaysia .. mulalah dia kata "ais krim dia jual mahal,sekarang orang buat ais krim macam cendawan tumbuh lepas hujan .. tinggal pilih je" .. tak pasal-pasal 'famous' cendawan..itu belum kes kawan sekolah yang lama tak jumpa .. "eh bila ko nak datang rumah aku,naik berkulat dah aku tunggu" .. 

Cendawan?.. ada banyak jenis cendawan sebenarnya.Antaranya adalah Cendawan Butang,Cendawan Tiram,Cendawan Shiitake,Cendawan Enoki.Cendawan adalah daripada keluarga kulat.Tapi awas ya,ada yang boleh di makan dan ada juga yang beracun.Kini permintaan cendawan di pasaran semakin menggalakkan.

Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. SUMBER

Alhamdulillah .. PC dan En Suami berezeki Cendawan Tiram.En Suami beli dengan rakan sekerja yang sedang gigih mengusahakan tanaman cendawan.Berbanding cendawan yang lain,cendawan tiramlah yang agak mudah ditemui.Bukan yang lain sukar didapati tetapi sesetengahnya hanya boleh dibeli dari pasaraya.😊

Ber"Cendawan Tiram"

Bila ada ada depan mata .. tercari-cari pula idea nak masak apa la si cendawan tiram ni .. banyak menu boleh diolah daripada cendawan tiram ni .. terserah mengikut citarasa masing-masing,asalkan kebersihan diutamakan,tiada pembaziran dan syukuri nikmat.. goreng tepung pun nikmat juga ni...😅

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




12 December 2017

Ada Yang Menarik-narik Buat Tertarik

9:59 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


ADA YANG MENARIK-NARIK BUAT TERTARIK ~ Naluri sangat sukar diterjemah kerana kadang perkataan pun tak mampu membayangkan apa yang dirasai.Tapi boleh je terbayang pada sinar mata dan air muka.Gembira,sedih,bahagia atau tengah meletop-letop dalam hati..begitu jugalah kalau kita lakukan sesuatu..sedikit sebanyak ada yang menarik-narik buat tertarik..😁lebih bersemangat lebih mercik peluh.

Berbelanja keperluan harian..belanja dapurlah mudahnya baik barang basah atau barang kering.Sebenarnya ikut cara masing-masing.Ada yang membeli barang kering untuk sebulan manakala barang basah stok untuk seminggu.Atau ada juga gemar berbelanja hari-hari terutama barang basah kerana mahukan kesegaran.Mudah sebenarnya..bila kita melihat jangan mudah buat kesimpulan kerana setiap individu,pasangan atau keluarga ada pola ekonomi dan kira-kira masing-masing.

Bila pergi berbelanja...ADA YANG MENARIK-NARIK BUAT TERTARIK  je.. ada tak tempat yang "mesti" kalian pergi .. walau sekadar tengok-tengok .. banding harga dan jadikan terapi.. adoi laaa..

Ada Yang Menarik-narik Buat Tertarik

Ada Yang Menarik-narik Buat Tertarik

Beli tak beli mesti berhenti di bahagian buah-buahan ni..haruman buah-buahan ni jadi terapi untuk PC...ditambah dengan warna-warnanya..tak beli banyak sebiji dua pun alhamdulillah..sampaikan En Suami pun dah faham..sebiji dua tapi kalau banyak jenis mahu juling mata juga😄kahkahkah..betul jugakan.

Tekak masing-masing tidak serupa kerana citarasa dan selera pun jauh beza.Jangan pelik juga kalau ada yang lebih gemar mencuba makanan digerai-gerai mahupun restoran-restoran baru ya.Cuba elakkan beranggapan .. "fuh banyaknya duit dia" ... "malas masak la tu" ... "tidak menjimatkan" ... "eleh sah-sah tak pandai masak" ... Assalammualaikum ... ingat,rezeki bukan urusan kita.Allah menarik hati kita untuk makan di tempat-tempat makan untuk memberi rezeki pada peniaga juga sebenarnya 😁

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



11 December 2017

Tebalkan Rasa Syukur .. Tipiskan Rasa Bangga

9:15 AM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


TEBALKAN RASA SYUKUR .. TIPISKAN RASA BANGGA 

Ungkap daripada mulut.
Bisikkan padanya hati.
Pembuktian dengan tindakkan.
Ya itulah syukur sewajarnya. 
Tanda berterima kasih padaNYA.


Tiada rugi terus bersyukur.
Tiada yang tersungkur kerana bersyukur.
Tapi ramai yang tersungkur kerana kufur.
Tebalkan rasa syukur.
Bukti insan akur.


Bangga cuma rasa.
Daripada jiwa yang sedang bergelora.
Berasakan mampu miliki banyak perkara.
Ingat!
Nikmat dunia.
Boleh cuma biar sekadar biasa-biasa.
Tidak usah melangit berbicara. 
Jangan bertindak tanduk ikutnya suka.


Bangga!
Ada bangga yang tidak bawa ke mana-mana.
Tipiskan rasa bangga.
Selagi kita insan.
Sedarkan diri kita tidak punya apa-apa.


Terima hakikat manusia!
Semua kepunyaan DIA.

TEBALKAN RASA SYUKUR .. TIPISKAN RASA BANGGA


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

10 December 2017

Sebarkanlah

9:46 AM 1
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

SEBARKANLAH

Hari ini Ahadlah
Masih juga cuti sekolah
Ada yang berkelah
Tidak kurang bersantai di rumah

Di sini syukur menikmati
Menikmati rezeki kurniaan Ilahi
Jangan lupa pada saudara yang sedang diuji
Titipkanlah doa sentiasa dari hati

Sana sini jualan murah
Promosi khas untuk naik sekolah
Hal baik kita sebarkanlah
Moga membendung hal yang salah

Dayung sampan dengan semangat
Dayung patah terbahagi empat
Apabila hak mula dirembat
Bangkinlah lawan terus bersemangat

Jangan berani bermain api
Kecilnya kawan besarnya memakan diri
Berdiam tidak semesti menyetujui
Hakikatnya kita juga rasa disakiti

Sebarkanlah
Semangat syahid untuh Allah
Untuk Rasulullah 
Moga di sana nanti menjadi sinar terang menyuluh

SEBARKANLAH

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


09 December 2017

Melepas Lagi .. Gigit Jarilah Jawabnya

11:17 AM 2
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


MELEPAS LAGI .. GIGIT JARILAH JAWABNYA ~ Dulu selalu dengar abang-abang sepupu tidak pun kawan-kawan pakcik makcik yang datang rumah atok nenek cakap macam tu..kemudia ketawa-ketawa.Ketawa yang mulut tu muatlah lesung batu dengan anaknya bertapa dalam tu😅..yang cakap ketawa..yang terkena atau dikenakan muka berkedut macam asam keping.

Sesama yang 'sekepala' atau memang saling 'masak' dengan perangai masing-masing hal atau gurauan seperti itu langsung tidak meninggalkan bekas.Tidak jadi kudis senang cakap.Seminit dua baik semula.Lazimnya bab jodohlah .. tidak pun dalam urusan mendapatkan pekerjaan.Ikut kelompok usia yang memperkatakan dan topik tersebut akan mudah 'ngam' dan 'klik' satu sama lain.

Berbanding sekarang banyak punca yang sukar untuk dikesan bagi mengurus  agar tidak terus kusut sebaliknya mudah untuk dileraikan.Semakin lama semakin sukar untuk dimengerti sikap manusia.Justeru mesti berpada-pada ketika berlisan tidak kiralah dengan siapa pun.

Andai hari ini usaha lebih berganda dari sebelumnya namun melepas lagi .. gigit jarilah jawabnya lagi maka itu bukan kerana ketewasan yang berpanjangan.Sebaliknya Tuhan mahu gandakan ganjaran.Kita hanya boleh menjangka-jangka apa yang ke hadapan sedang Tuhan sudah dan lebih tahu setiap kejadian yang akan berlaku.

Melepas Lagi .. Gigit Jarilah Jawabnya
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

08 December 2017

Diantara Jatuh Dan Bangun

9:41 AM 13
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

DIANTARA JATUH DAN BANGUN

Diketika jatuh.
Ada yang semakin mendekat tidak kurang yang menjauh.
Semangat yang teguh mampu runtuh.
Dahan yang kuat boleh menjadi rapuh.
Lebihnya adalah pada rasa sedih.
Andai tiada sanggup bantu memulih.
Tolong.Tolong.Tolog jangan memperlekeh.

Dipertengahannya.
Pasti ada duka dan luka.
Pasti ada gembira dan bahagia.
Ada terkorban atau sekadar mangsa.
Pelbagai rasa luar duga.
Parut kekal bersisa.
Luka sesekali masih terasa bisanya.
Hakikat.Kita manusia.
Tersangat payah untuk melupa.

Disaatnya bangun.
Bernafas seakan bebas dari bara yang berunggun.
Langkah yang baru mula disusun.
Agar lebih santun.
Bersusun.Mungkin berduyun.
Datang mengerumun.
Sepertinya digula-gula yang bertimbun.
Dulu duduk jauh kini macam sangat berdekatan.
Dulu sembang sepatah sekarag rajin melayan.
Insan.Akhlak juga ada kaitan dengan iman.

Diantara Jatuh Dan Bangun
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


07 December 2017

Berselindung? .. Eh Lupa Ke..

9:54 AM 3
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

BERSELINDUNG? .. EH LUPA KE ..

Rumah baru indah bercat
Tidak cermat cat melekat-lekat Jangan dilupa ada yang mencatat
Jangan diabai DIA MAHA MELIHAT

Jangan dibuang si besi karat
Jadikan tungku memanggang Sepat Manusia tidak tahu apa yang tersirat
Namun izin TUHAN menguatkan firasat

Indah sungguh sulaman tekat
Kuncinya kesabaran ketika membuat
Buka perlahan kusutan berikat
Terima musibah tukar menjadi manfaat

Melatahnya dia melompat-lompat
Terkejut mendengar dentuman kuat
Benar di dasarnya hati tersimpan rapat
Jangan disangkal telusnya DIA sangat dahsyat

BERSELINDUNG? .. EH LUPA KE ..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



06 December 2017

Mahu Tidak Mahu .. Mesti!

9:09 AM 13
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


MAHU TIDAK MAHU .. MESTI! ~ Dipilih.Tuhan pilih saya,awak,mereka dan kita semua untuk hidup di dalam rahim sang ibunda.Satu usaha.Membuahkan hasil yang dipertanggungjawabkan kepada suami isteri menggalas peranan sebagai ibu bapa.Pilihan terbuka luas bagaimana cara masing-masing mengukir,melukis,mencorak dan mewarnai agar menjadi indah zahiriah juga batiniah pada si anak.Mahu tidak mahu .. kombinasi antara ketegasan dan toleransi kita hadapi dan lalui.

Tidak selamanya menjadi si bayi yang comel.Tumbuh menjadi kanak-kanak,kemudian remaja seterusnya dewasa dan tua."Step by step" .. fasa yang Allah pinjamkan untuk kita nikmati,kenang dan belajar.Tidak semua menikmati.Syukuri atas izin kerana dengan apa yang kita harungi hingga hari ini itu bermakna banyak nikmat telah dirasai.Alhamdulillah😊..Teruskan berjuang.

Berubah menuju perubahan.Berubah bukan hal mudah.Bukan macam duduk bersila depan televisyen sambil makan kerepek ubi pedas..huhahuha pedas minum air..hilang pedas eh..ngunyah lagi😅Berubah menuju perubahan mahu tidak mahu .. mesti! .. mesti lakukan sesuai dengan tuntutan dan kewajaran.Ingat,ikut rasional pada hukum bukan pada keinginan sendiri.Andai keinginan diri dan hukum itu selaras..silakanlah.

Ibu bapa kita boleh menjadi cermin untuk kita .. pasangan kita,suami atau isteri boleh saling menjadi cermin .. insan-insan yang benar-benar tulus bersahabat dengan kita juga boleh menjadi cermin juga..bagaimana?..minta pandangan mereka..minta nasihat daripada mereka dan mahu tidak mahu .. mesti ambil tahu setiap apa yang diperkatakan.

MAHU TIDAK MAHU .. MESTI!

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi