23 January 2018

Dietkan Hati..

7:03 AM 0
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

DIETKAN HATI..

Ah..aneh.
Diet.Lazimnya pada fizikal.
Tanya kembali.
Hati itu letaknya di mana.
Dalam tubuh.
Bermulanya dari hati.
Niat.Laksana.Hasil.

Mulut lesu.
Hati belum tentu.
Mungkin juga lebih rancak dari yang ditahu.
Allahu.

Dietkan hati.
Hindari noda hitam.
Dekati titik putih.
Jernih.
Suburkan dengan lintasan molek.
Matikan segala bisikkan jelek.

Niat.
Merangsang gerak.
Silap niat sumbang rentak.
Dietkan hati.
Pilih untuknya makanan paling hebat.
Zikrullah.
Kalamullah.

Dietkan Hati.
Nyah pada pemusnah.
Alu-alukan semangat da'i ummah.
Acuankan iman dihati.
Bukan mengikut bentuk yang kita sukai.
Tapi ..
Mengikut apa yang Tuhan kehendaki.

Dietkan Hati


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

22 January 2018

Tariklah Perhatian DIA

7:36 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

TARIKLAH PERHATIAN DIA

Pergi ke hutan mencari senduduk
Senduduk berbunga putih dambaan orang
Semakin berisi semakin menunduk
Diri akan disenangi orang

Memandu kereta ke tepi ke tengah
Apa salahnya berhenti berehat
Buat yang di suruh tinggal yang ditegah
Hidup damai dunia akhirat

Subur sungguh pokok kenanga
Di hadapan anjung tumbuh megah
Bersihkan hati jernihkan minda
Setiap urusan pasti dipermudah

Gatal di kepala digaru-garu
Mustahil berudu pastinya kutu
Berzikir beristighfar setiap waktu
Terapi hati yang sedang galau

Lena tidur mimpi ke Jepun
Sedar-sedar terselit di belebas
Eratkanlah ukhuwah sesama insan
Mewahkan jiwa dengan rasa belas 

Tariklah Perhatian DIA
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


21 January 2018

Baligh Je .. Maka Terlibatlah Dengan Saham

11:05 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


BALIGH JE .. MAKA TERLIBATLAH DENGAN SAHAM ~ Sebut saham terbayang duit💰💰💰Hehe.Siapa yang tidak memerlukan duit.Betul tak.Sampai dikaunter .. lima sen pun dituntut tahu tak..cuba bagi lima puluh sen pada kanak-kanak masa raya..mahu diperlinya kita yang memberi..tak semua macam tu tapi ada..garu ketiak tuan rumah.
BALIGH JE .. MAKA TERLIBATLAH DENGAN SAHAM
Google image 

Secara ringkasnya merujuk sumber..Saham biasanya merujuk kepada perkongsian hak milik dalam syarikat. Pemilik dan penyokong pembiaya sesuatu syarikat mungkin membuat keputusan untuk menjual syarikat untuk mendapat wang. Bagaimanapun ini biasanya mengakibatkan kehilangan kawalan ke atas syarikat tersebut.Ini dari sudut urusan perniagaan..

Realitinya kalau dilihat ada juga terkait pada perjalanan hidup kita.Mahu tidak mahu..bersedia atau tidak..

BALIGH JE .. MAKA TERLIBATLAH DENGAN SAHAM

Definisi BALIGH : sudah cukup besar atau remaja dan sudah matang sifat-sifat kelelakiannya atau kewanitaannya (biasanya berumur 12–15 tahun bagi lelaki atau 9–12 tahun bagi perempuan).SUMBER

Saham ini lebih perlu perhatian dan pengurusannya.Merangkumi segenap aspek kehidupan.Tauhid,ibadah,faraid,munakahat,muamalat,jenayat,,ya keseluruhannya.Sebenarnya masing-masing merupakan saham satu sama lain..ibu bap,anak-anak,suami isteri,adik beradik,rakan-rakan..setiap seorang pemegang saham kerana kita semua diikat dengan ikatan darah daging atau keturunan serta silaturahim.

Labur di dunia .. ambil faedah di akhirat..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

20 January 2018

Fit Ke Fat Sebenarnya..Yang Mana?

9:22 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


FIT KE FAT SEBENARNYA .. YANG MANA? ~ Gemuk? .. mengerikan pada kebanyakkan orang.Obesiti apatah lagi.Ditinggalkan,dikecewakan,disakiti,dihina,disisihkan..apa lagi di...banyak lagi "di" gara-gara gemuk.Tetapi ada juga yang mengambil pendekatan secara santai..dinikmati sahaja asalkan tidak ada penyakit-penyakit yang berbahaya.Alhamdulillah.Lain orang lain caranya.Jangan sinis.Menasihati dengan memerli ada bezanya ya.Harap maklum.


FIT KE FAT SEBENARNYA .. YANG MANA?
Google image 


Ada ketika jadilah insan yang melihat dan menilai dengan MATA HATI.InsyaAllah apa yang kelihatan tercela itu dapat diterima dengan berlapang dada dan ketenangan fikiran..PerduCINTA 

Gemuk ni ada yang disebabkan faktor genetik atau lebih mudah jenis tulang atau rangka besar..bila berat naik sikit je...nah..ketara ke'sasa'annya dan ke'comel'annya.Ada juga yang berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak terkawal atau tidak mengikut piramid pemakanan yang betul.Sekarang terlalu banyak ubatan serta rawatan untuk mengurangkan dan menyelesaikan masalah berat badan.Terserah pada pilihan masing-masing.Tapi MESTI INGAT,JANGAN SILAP MEMILIH DAN BERTINDAK.

Fit? .. kalau tidak mengidamkan tubuh badan yang fit maka tidak dihirau berat badan yang melambung-lambung.Betul tak..tak gitu.Lebih cantik dan kacak,lebih mudah bergerak,lebih mudah mencari saiz, lebih mudah untuk bergaya dan menggayajan fesyen terkini lagi sensasi...ulalalala...yang utama secara selamat,sihat dan bersih.

Hakikat kehidupan,manusia susah untuk mencapai tahap kepuasan.Apa pun bentuk fizikal,syukuri.Andai mahu berubah kepada satu keadaan yang lebih baik,,lebih sihat betulkan niat.Sekiranya sudah mendapat apa yang dihajati perlu juga pelihara niat.Mungkin sesetengah beranggapan apa sangatlah dengan niat..hehehe..bantuan Allah pun berdasarkan niat.

FIT KE FAT SEBENARNYA .. YANG MANA? .. "fit"kan matlamat agar semangat sentiasa "fat" kerana semangat itu umpama kunci.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 




19 January 2018

Kurangkan KENAPA .. Lebihkan BAGAIMANA

7:06 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


KURANGKAN KENAPA .. LEBIHKAN BAGAIMANA ~ "Kenapa" itu lebih menimbulkan tanda tanya yang kalau tidak dibendung menganggu kesihatan emosi juga.Berbanding "bagaimana" yang lebih menjurus ke arah mencari atau memberi solusi terhadap satu-satu situasi.Adalah lebih baik diibaratkan 1 nisbah 2 iaitu sekali kenalpasti masalah kemudia dua kali ganda usaha mencari penyelesaiannya.


KURANGKAN KENAPA .. LEBIHKAN BAGAIMANA


"Kenapa" bukan satu hal negatif kerana wajarlah melayan rasa ingin tahu atau lebih tahu sesuatu hal.Tetapi ada batasannya.Lihat pada situasi.Sesuai atau sebaliknya.Mungkin untuk mendapatkan rawatan di hospital,,pakar perubatan mungkin mahu lebih tahu sejarah kesihatan keluarga.Justeru "kenapa" itu mungkin lebih mendalam.Itu pun mengikut sekadarnya keperluan sahaja.Tetapi sekiranya "kenapa" itu hingga menimbulkan rasa tidak selesa .. hentikanlah.

Mahu membantu atau mahu membuka aib .. kita pilih.Lihat dan perbetulkan semula niat.Oleh itu kurangkan "kenapa" kerana tiada siapa pun tahu sesuatu itu berlaku melainkan DIA.

Sesiapa pun lebih rasa tenteram bila pendekatan yang diterima sangat mesra dan meleraikan banyak simpulan.Di ketika ini dalam kesibukkan dan tekanan yang adakala luar biasa,asakkan persoalan itu tersangat merimas dan membebankan.Ada waktunya tidak perlu pun tahu "kenapa" kita sendirinya boleh membantu mencari jalan penyelesaiannya.Itu lebih baik daripada beratus kali "kenapa" sedang "bagaimana"nya langsung tiada.

Kalau dirasakan "lebihkan bagaimana" itu sukar .. bertenang dan jarakkan diri agar "kenapa" itu dapat dikurangkan.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 





18 January 2018

Keju ..Dengar Pun Ngences

7:12 AM 26
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


KEJU .. DENGAR PUN NGENCES ~ Keju leleh? .. muka pelik ditambah dengan terpinga-pinga.Balik-balik rasa macam salah cakap ke..atau silap sebut ke..hehehe..tetapi cuba sebut cheese leleh..cheese cake..cheesekut..tengok muka girang ke tak girang..baik-baik pucat lesu terus merah jambu..hukhuk.

Dewasa ini,bukan satu hal yang aneh bila sana sini ber"cheese"..apa menu selagi boleh letak cheese .. membuak diletaknya.Kanak-kanak,remaja,dewasa..menyukainya.Biarpun tidak semua,namun peminat cheese ada sahaja di mana-mana ya.Ada peminatnya yang tersendiri.Sehingga kini menu berasaskan keju masih tinggi  malahan semakin banyak menu baru dicipta berasaskan keju.


Berpada-pada pada hal yang kita suka kerana jika berlebihan mendatangkan mudarat juga .. PerduCINTA 


Berdasarkan rujukan wikipedia dan PC kongsikan dengan olahan sendiri seringkasnya ya ..

Keju sebenarnya berasal dari perkataan bahasa Portugis:queijo.Mengandungi protein dan lemak daripada susu lembu, kerbau, kambing, atau biri-biri. Ia dihasilkan oleh penggumpalan bagi protein kasein susu. Sebenarnya ada ratusan jenis keju.Antaranya Bitto,Bleu de Gex,Keju kotej,Keju krim,Mozarela,Parmesan.Sedia maklum keju Parmesan sering digunakan untuk hidangan pizza dan spaghetti.Setiap apa yang Allah SWT cipta dan izin pasti ada manfaatnya untuk kita,termasuklah keju ini..berbanding susu asli (susu segar) setelah diproses menjadi keju,jangka hayatnya adalah lebih panjang maka lebih banyak manfaat yang diperolehi,antaranya kandungan tinggi lemak, protein, kalsium, dan fosforus.Di pasaran banyak pengeluaran produk keju dengan penjenamaan sendiri justeru sebagai pengguna pilihlah dengan ketelitian.

KEJU .. DENGAR PUN NGENCES
Mozarela Cheese
Kredit Google Image

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



17 January 2018

Jadi Gangster Soleh Solehah

7:15 AM 21
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


JADI GANGSTER SOLEH SOLEHAH ~ Sebut gangster kecut perut walau tidak lakukan apa-apa kesalahan pun.Terus bayangkan yang semuanya ngeri-ngeri belaka.Menggigil lutut.Peluh dahi.Baru sebut.Belum jumpa berdepan.Kalau sebut Allah .. boleh lagi sengeh-sengeh macam kerang segar baru naik dari bot nelayan..sebut berat azab daripada Allah SWT pun masih lagi santai macam mencurah air di daun keladi..aduhai😅.*amaran keras untuk PC juga ni*

Ada ketika kita kena jadi gangster .. yang soleh dan solehah .. jangan cakap tak boleh .. insyaAllah tidak akan ada bertindak ke atas kita.

Eh..eh..betul ke?..syaratnya..

Ugut diri sendiri pada waktu diri mula mahu memberontak.Fahami diri sendiri.Kenali betul-betul kemampuan diri.Kalau agak-agak diri dah mula malas .. ugut diri sendiri,denda diri sendiri.Kerana nafsu akan sentiasa berdebat dengan akal.Iman kita yang akan melentur nafsu dan akal.Justeru itu ugut diri sebaiknya agar berfikir banyak kali sebelum bertindak hal yang bukan-bukan.

Contoh .. kalau hari ini aku mengumpat orang .. aku kena puasa 7 hari berturut-turut..mampukah?..*secara tidak langsung buat kita terfikir dan berfikir*

Pendirian boleh menjadi ego boleh juga menjadi sempadan.Menjadi ego perlu dipantau agar tidak terbabas ke arah sikap yang negatif .Mulanya ego boleh bertukar menjadi riak dan seangkatan dengannya.Justeru jadi gangster berkeras dan lawan diri sendiri.Pada sisi yang baik perkukuhkan.Pada sudut yang gelap hapuskan.

Tumbuk rasa marah .. tikam  nafsu negatif .. bunuh rasa hasad dengki iri hati .. bakar rasa bangga memiliki.Jadi gangster yang paling perkasa untuk mentarbiah diri sendiri.Bangkit menjadi ummah yang kukuh jati diri Cinta Allah SWT,sayang agama,hargai diri sendiri dan orang lain.

Jadi Gangster Soleh Solehah
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

16 January 2018

Sentiasa Efisyen Jarakkan Untuk Keduniaan

7:49 AM 18
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

SENTIASA EFISYEN JARAKKAN UNTUK KEDUNIAAN

Sentiasa Efisyen Jarakkan  Untuk  Keduniaan

Jangan diketawakan lambatnya kura-kura
Walau lambat hujungnya sampai juga
Kita hidup di dua dunia
Di akhirat nanti kekal selamanya

Santai bersembang perihal semasa
Seronok makan buah longan
Kejar dunia tiada salahnya
Namun akhirat dilupa JANGAN

Sungguh comel si ayam hutan
Awal pagi pandai bersiar-siar
Amalan umpama jambatan
Menghubung dunia dan mahsyar

Minum teh o tanpa gula
Tidak enak pada mulanya
Mula-mula perit mengurangi dunia
Lama-lama terpandu lebih mendamba syurga-NYA

Pergi memancing si ikan Kelah
Siap dimasak makan bersama
Terus istiqhomah pada hal yang jernih
Moga kebaikkan itu menjadi peguam bela di sana

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

15 January 2018

Tinggi Dan Jauh? .. Akhirnya

7:20 AM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


TINGGI DAN JAUH? .. AKHIRNYA ~ Hidup satu proses.Di dalamnya terdapat banyak warna .. catatan dan lakaran.Koyak di sana,jahit di sini .. sambung di situ kemudian terdapat tampalan pula merata.Begitulah yang seadanya.Biar tidak terlihat..sekiranya yang batin boleh di zahirkan,entah seperti apa bentuknya..mungkin mengerikan atau tidak sanggup pun untuk dipandang.Tetapi yakinlah,selagi Allah sentiasa disetiap denyut nadi,insyaAllah bantuan akan ada.Aminn.

Bila berada pada tahap atau kedudukkan yang terpaling rendah pasti ada sebabnya.Fikirkan bahawa ini permulaan.Ya permulaan yang baharu.Agar diketika berada ditahap selayaknya tidak segan dan canggung untuk lebih merasai kedudukkan yang terpaling rendah.

TINGGI DAN JAUH? .. AKHIRNYA ..

Terbang tinggi .. melangkah jauh .. tersenyum dan terus melangkah lagi.Yakin semua kerana atas usaha dan kemampuan diri sendiri.Betulkan anggapan.Syukuri dengan lafaz,hati dan aksi.Tetapi satu titik yang jangan pernah dipendam dan dipadam .. ingat bagaimana akhirnya nanti.Akhir yang pasti namun caranya yang masih rahsia lagi.

Burung lelah berterbangan sampai waktu pulang juga ke sarang.Tempat asal yang paling asal adalah kepada DIA.Sehingga sebelum itu..pilihlah jalan pulang yang betul.

 TINGGI DAN JAUH? .. AKHIRNYA ..
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


14 January 2018

Tiada Salahnya ..

7:45 AM 15
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

TIADA SALAHNYA ..

Membantu.
Dipersilakan.
Sesiapa sahaja.
Boleh membantu.
Tetapi lihat dulu siapa yang ingin kita bantu.
Pentingkah?
Sangat.
Agar pahala untuk kita dan dia berganda.
Bukan dosa yang bertimpa.
Yang baik jadi ibadah.
Yang buruk menjadi bersubahat.
Penting bukan.


Bersangka baik.
Tiada salahnya.
Perlu.
Bukti keputihan hati.
Curiga.
Sesekali.Mungkin sedikit dan tipis.
Juga perlu.
Bukan bererti hitamnya hati.
Langkah siaga.
Semua.
Berpotensi menjadi mangsa.


Tiada salahnya.
Menasihati.
Hal yang baik-baik. 
Urusan yang molek-molek. 
Bukan kerana diri sudah terlalu baik.
Jangan menjadi punca.
Yang tegak menjadi bengkok.
Yang lurus menjadi serong.
Lepas.Di dunia.
Tidak.Di sana.

tiada salahnya


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

13 January 2018

Jangan Musnahkan Laluan Dan Tiket ..

8:32 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


JANGAN MUSNAHKAN LALUAN DAN TIKET~ Jika soalan peperiksaan bocor,bukan guru sahaja pening,calon-calon peperiksaan apatah lagi.Semakin berdebar,semakin bergandalah usaha.Menjadi isu dan semestinya menjadi buah mulut masyarakat.Namun bukti kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hambaNYA banyak rahsia yang bukan lagi rahsia,banyak juga soalan dan jawapan disebarkan secara terang-terangan.Al Quran menjawab dan melerai segala permasalahan dan hadis menjelas banyak persoalan.

Jika bekerja ambil gaji setiap pada tempoh ditetapkan dengan sekian tarikh .. berbuat kebaikkan pula tuai hasilnya diakhirat kelak.Gaji yang tertangguh betul caranya lumayan luar biasa.Ambil kesempatan pada segala soalan dan jawapan yang telah Allah SWT tidak rahsiakan.

Jangan musnahkan laluan dan tiket ...

Jangan Musnahkan Laluan Dan Tiket ..
Google image 

Rasulullah bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya,maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang kamu suka." (HR Ahmad)

Jelas .. jaminannya ada.Ganjaran sudah tersedia,pasti rasa bahagia melebihi mendapat segunung emas di dunia.Sebut syurga pun sudah berbung-bunga dijiwa..baru mendengar kisah indahnya syurga..apatah lagi diberi peluang memilih sendiri.Allahu.Tetapi setiap syarat yang telah dipatuhi jangan diizin ternoda dengan hal-hal yang menjurus ke lembah dosa..kerana  ...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah fuqara' (orang-orang yang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakkan penghuninya adalah wanita." (HR Bukhari dan Muslim)

Allahu .. bergetar jiwa .. moga bukan calon-calonnya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

12 January 2018

Menjadi Pelengkap

6:30 AM 18
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


MENJADI PELENGKAP ~ Apa yang kita ingini adalah pelengkap .. bila lengkap dirasakan sudah cukup sempurna bagi kita.Mengikut tafsiran masing-masing.

Ada yang menganggap sendiri itu tidak lengkap maka berasa risau bila tidak menemui pasangan.Suami isteri ada yang berasakan selagi belum dikurniai zuriat itu juga belum lengkap kehidupan rumahtangga mereka.Bagi pelajar,selagi tidak berada pada tahap paling tinggi dibidang akademik,dikira tidak lengkap kisah hidupnya.

Menjadi Pelengkap
Google image 

Lumrah.Tiada yang perlu dihairankan dan jangan terus me"label" pada kata-kata yang tidak manis di dengar.Bagi PC sendiri,kalau kita mengharapkan sesuatu untuk Allah kurniakan kepada kita,itu bukan kerana kita tidak pandai untuk menjadi makhluk (insan/hamba) yang tidak tahu dan tidak mahu bersyukur.Tidak sama sekali.

Allah SWT  suruh kita berusaha.Allah SWT suruh kita minta bersungguh-sungguh melalui doa.Itu bermakna Allah SWT sentiasa mahu mendengar dan mengabulkan permintaan hamba-hambaNYA. Wujudnya permintaan itu dari niat dan kehendak.Jelaskan.Namun apa yang sedia ada,apa yang telah dinikmati jangan dikufuri..maka disyukurilah.

Bagi mencapai kesempurnaan .. setiap kita akan berusaha sehabis baik untuk memiliki sesuatu bersesuaian dengan kehendak dan fitrah.Hakikatnya setiap kita adalah pelengkap.Pelengkap pada apa selayaknya.Sempurna? Ya juga pada selayaknya kerana kalau dikejar kesempurnaan dan ingin menjadi pelengkap mana mungkin kita mampu.Jauh..tersangat diluar keterdayaan manusia dan sekalian makhluk.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 





11 January 2018

Diam Dimulut Jangan Onar Dihati

9:04 AM 19
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

DIAM DI MULUT JANGAN ONAR DIHATI

Diam.
Kalau itu yang paling terbaik sekali.
Lihat keperluan.Perhatikan keadaan.
Bercakap bila perlu.
Diam juga membantu.
Jangan sentiasa pula beku.

Biar sekata.
DIAM DI MULUT JANGAN ONAR DIHATI
Tuhan ambil kira.
Malaikat mencatat sentiasa.
Berkata-kata.Mengata.Atau seangkatan dengannya.
Alahhhh orang tak dengar.
Eh siapa kata?
Boleh rasa.Aura jiwa.
Jaga-jaga.

Diam.Banyak sebabnya.
Mahu lebih mendengar.
Hendak lebih memerhati dan memahami.
Suasana sudah sarat.
Jangan ditambah lebih berat.
Tidak larat.

Diam-diam.
Bocorkan apa yang di diam.
Bukan pada manusia.
Tepatnya pada Tuhan.
Telus.Terus.Tanpa beratur lurus.
DIAM DI MULUT JANGAN ONAR DIHATI.
Ini syarat.
Agar doa-doa tidak ditangguh lewat.

Diam Dimulut Jangan Onar Dihati

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



10 January 2018

Duduk Dan Berbicaralah

6:32 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


DUDUK DAN BERBICARALAH ~ Berbicara setiap kita boleh dan mampu berbicara.Tidak kiralah dengan cara yang bagaimana.Lisan mahupun tulisan.Kuat atau perlahan.Tergesa-gesa atau tenang dan santai sahaja.Masing-masing punya pilihan.

Berbanding dahulu,sekarang terlalu mudah untuk sesiapa sahaja berbicara.Sambil baring,sambil makan,sambil menonton televisyen dan jangan pelik dalam tandas pun boleh bersemangat berbicara.

Apa yang mudah dan cepat serta ringkas sememangnya menjadi pilihan semua orang.Termasuklah PC.Namun sebenarnya tidak semua hal boleh kita ambil mudah.Bertindak ringan atau lebih "cincai-cincai".Ringan pada kita tapi berat pada orang,mungkin pada kita berlebih kurang itu sudah memadai sedang dipihak lain memberatkan mahu yang lebih sopan dan tertib.Lebih beretika.

Beretika .. tidak perlu karpet merah .. tidak perlu pun juga hidangan mewah atas meja ..

Ambil kira situasi,matlamat dan niat atas dasar apa ingin dibicarakan.Siapa yang terlibat,kesan jangka pendek dan ke hadapannya.Pada ketika mahu berbicara,baik dengan ibu bapa,isteri atau suami,adik beradik,anak-anak, saudara mara,rakan-rakan...duduk dan berbicara..maksudnya muafakatlah berkumpul..berbincang..ambil masa,cari kesesuaian keadaan.Matlamatnya agar maklumat yang  disampaikan dan diterima seragam.Mencari titik persefahaman itu tidak mudah berbanding melebarkan jurang pertelingkahan.

Hargai insan disekeliling kita..duduk dan berbicaralah..tiada ruginya..mewah manfaatnya.

Duduk Dan Berbicaralah

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

09 January 2018

Apa?!? .. Ketagihan!

7:43 AM 14
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


APA?!? .. KETAGIHAN! ~ Sebut ketagihan .. kedengaran negatif.Kurang selesa untuk di sebut dan kurang molek untuk di dengar,,kerana fikiran kita sudah terarah pada hal yang sensitif.Bila sebut ketagihan pasti menjurus pada najis dadah,alkohol (arak) dan hal-hal yang dilarang dan bertentangan dengan apa yang disyariatkan.

Ketagihan sebenarnya boleh juga berlaku pada perkara yang baik-baik.Cuma pada hal yang baik bila dilakukan berulang kali atau kerap tidak disebut ketagihan.Mungkin disebut teruja atau fanatik dan sebagainya.Ubah,keluar kotak dan pandu ke arah lebih positif untuk beranggapan pada satu-satu frasa itu.

Lakukanlah seberapa banyak hal yang baik di mana kebaikkan itu mendorong orang lain turut berasa mahu melakukannya sentiasa malahan lebih baik daripada apa yang kita lakukan.Saham menjadi contoh yang baik kita dapat..jika kebaikkan itu tersebar dan dianalkan satu lagi saham kita perolehi.

Bila berasa mula ketagihan untuk lakukan sesuatu yang mulia,jangan ditangguh.Lakukan.

APA?!? .. KETAGIHAN!

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

08 January 2018

Jangan Dibiar Semakin Menyusut

7:00 AM 11
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


JANGAN DIBIAR SEMAKIN MENYUSUT ~ Masih di bulan pertama tahun masihi.Di sesetengah tempat hujan masih lagi turun tanpa henti.Alhamdulillah.Ada yang menganggapnya nikmat rezeki .. tidak kurang berasa bimbang lebih-lebih lagi jika banjir melanda.Moga-moga banjir segera surut dan bersamanya membawa rasa kebimbangan yang bersarang dihati penduduk.Aminnn.

TAKWA .. ..
Definisi : ketaatan kpd perintah dan la­rangan Allah (kerana takut, kasih dan hormat kpd-Nya). bertakwa menaruh perasaan takut, kasih, hormat, serta patuh kpd Allah: Sesungguhnya orang yg paling ~ kpd Allah ialah orang yg benar-benar taat kpd perintah-Nya.

Bila ada rasa sayang kita akan sentiasa berasa bersemangat.Kasih sayang boleh juga menjadi satu keperluan emosi yang letakknya dihati.RASA SAYANG DAN CINTA sesama makhluk itu mesti ada,agar saling menghargai satu sama lain sentiasa.Namun peruntukkan rasa sayang dan cinta paling besar pada PENCIPTA agar rasa ketakwaan itu tidak dibiar semakin menyusut.

Dewasa ini,masing-masing berlumba-lumba.Tidak kiralah sesiapa pun sebenarnya.Siapa lebih itu,,siapa lebih ini,,siapa hebat itu dan siapa hebat ini.Bukan satu hal yang asing dan pelik kerana sikap berlumba-lumba atau bersaing ini kalau diacuankan dengan betul,baik dan cantik jadinya.Asal diputihkan hati dan fikiran.SEMANGAT MENJADI HAMBA YANG DIPANDANG juga perlu diusahakan.Jangan dibiar semakin menyusut rasa untuk terus berada dilandasanNYA.

Jangan Dibiar Semakin Menyusut
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



07 January 2018

Ohhh Ulser .. Adududu .. Pengajaran!

7:42 AM 19
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

OHH ULSER .. ADUDUDU .. PENGAJARAN!

Asalnya kecil lama-lama besar
Tumbuhnya merata ikut suka
Bila berbicara jangan bernada kasar
Kelak nanti diri sukar diterima

Bila belaga aduh sakitnya
Tahan hingga berair mata
Walau suka gila-gila
Tetap mesti berpada-pada 

Dibibir digusi di tekak juga
Terserahlah ulser hendak hidup di mana
Apa berlaku kehendak DIA
Moga dosa kecil digugurkan segera

Bila ulser tumbuh mengeluh sahaja
Anggap pengajaran untuk diri
Ingat nikmat boleh diambil diterima
Sedarkan diri bukan pemilik hakiki 

Madu minyak kelapa dan air kelapa
Antara rawatan semulajadi boleh diguna
Ulser yang sedikit pun tidak tertahan rasa
Mampukan kita menghadapi bara neraka

Ada pula petua sapukan garam
Baru dengar eh sudah terasa seram
Jangan cepat marah bila berasa geram
Dekati yang halal hindari yang haram


Ohhh Ulser .. Adududu .. Pengajaran!
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

06 January 2018

Satu

6:30 AM 17
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

SATU ..

Satu
KREDIT IMEJ : GOOGLE 

Pada angka ke berapa?
Satu.
Terbit rasa kagum.Salah pandu timbul rasa kelabu berbintik hitam.
Tidak semua.Tapi ada.
Dijulang.Ditatang.Dirai.Dicanang.Diingati.
Dunia.
Di tempat pertama.Satu.
Juara.Jaguh.Wira.Wirawati.
Bakinya dianggap biasa-biasa cuma.
Kedudukkan boleh berubah.
Jangan diketika itu terduduk parah.
Baik dicontohi.
Apa pun dihadapan nikmati.SYUKURI.


Sifar.Satu menyusul.
Hitungan yang bermula satu.
Seribu mulanya satu.
Berjuta langkah mulanya dari langkah pertama.
Satu.Kecil dan sedikit.
Tapi hakikat satu itu besar dan banyak.
SATU untuk semua.
Semua hakikatnya untuk DIA yang satu-satunya SATU.


Disusun satu persatu.
Awalnya dari wahyu.Untuk diseru.
Terusan menyeru.
Lengkap.
Takuti.Patuhi.Taati.
DIA YANG ESA
Berlisan.Seterusnya berkembang padu.
Seluasnya alam.
Setiap kalimah di coret seperti terdahulu.
Apapun tintanya.Ertinya tetap sama.




Barangsiapa membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu pahala dan satu pahala diganjar sepuluh kali lipat. (HR Tirmidzi)


Manusia.
Waktu terus berlalu.
Yang sama tidak akan terganti.
Mulakan.
Bagaimana.Cari solusi.
Biarpun cuma satu.Sehari.


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



05 January 2018

Akan Berpatah Balik

7:30 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


AKAN BERPATAH BALIK ~ TERSESAT HINGGA KE HUJUNG JALAN .. JANGAN MALU UNTUK KEMBALI KE PANGKAL JALAN.Selusuri laluan yang sama,insyaAllah akan temui dari tempat bermulanya kita memulakan langkah.

AKAN BERPATAH BALIK

What you give .. you get back .. Benarkah??..Dalam rukun iman  kelima mesti percaya pada hari akhirat.Di hari itu nanti ada perhitungan dosa dan pahala .. ada juga destinasi ke mana yang bakal kita semua bersemayam.Mewah bahagia atau penuh sengsara.Di ketika itu semua bakal menjadi saksi dan sama-sama menyaksikan..*gerun*.

Belajarlah mula berfikir dengan lebih putih dan mendalam tetapi jangan sampai tersasar.Kalau sebelum ini santai-santai .. lihat kembali sejauh mana satu hal itu boleh dibawa dan dibiarkan santai.Jangan rasa terlewat.Jangan rasa tidak ada peluang lagi..jangan.Selagi benyawa saya,awak,kita dan kalian semua adalah da'i.

Setiap kebaikkan atau keburukkan .. pada setiap rezeki yang dikongsikan dan setiap apa pun yang dilakukan .. kesannya akan berpatah balik pada kita .. tidak mustahil juga pada antara ahli keluarga kita.Justeru gandakan dengan kadar maksimum kebaikkan yang dilaburkan moga manisnya kembali kepada diri sendiri atau dirasai juga insan-insan disekeliling kita.

Ada yang akan kita bawa dan harapkan setelah meninggalkan.. .. .. ..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


04 January 2018

Mencorak Lembaran

7:00 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

MENCORAK LEMBARAN

Hari keempat di tahun baru
Mungkin ada yang masih celaru
Tidak mengapa jangan terburu-buru
Boleh diperbaiki seiring waktu

Boleh diperbaiki seiring waktu
Terserah ikut mana yang mahu
Hidup cuba saling membantu
Meringankan bahu ke bahu

Meringankan bahu ke bahu
Cukup hanya Tuhan yang tahu
Bukan kerana nama mahu membantu
Cukup untuk menjadi umat yang diaku

Cukup untuk menjadi umat yang diaku
Di pintu syurga Baginda menunggu
Berselawat sentiasa janganlah jemu
Moga di sana kita bertemu

Moga di sana kita bertemu
Menghidu haruman jauhnya beribu batu
Mencorak lembaran apa yang kita mahu
Jangan dilupa mohon Tuhan membantu

MENCORAK LEMBARAN
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



03 January 2018

Bukan Satu Yang Asing

7:11 AM 14
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


BUKAN SATU YANG ASING ~ Bila? .. bila suatu atau sesuatu itu bukan satu yang asing? .. Bila kita sudah biasa atau terbiasa dengannya atau sesuatu itu sentiasa ada atau berada disekeliling berhampiran dengan kita.Kita berasa mudah untuk mendapatkannya dan ianya meringankan urusan kita.

Tidak kenal maka tidak cinta .. ya,pada segelintir hal .. tapi nanti dulu .. dah kenal pun tidak semestinya kena jatuh cinta .. berpada-pada kerana sesuatu itu boleh berubah di luar jangkaan kita.

Rawatan tradisional ataupun rawatan altenatif..bukan satu yang asing pada kita.Walau mungkin tiada perakuan secara lisan atau di atas kertas akan kebaikkan dan khasiatnya secara saintifik,namun itu bukan bermakna ianya harus ditolak seratus peratus.

Setiap apa yang Allah SWT ciptakan pasti ada alasan dan manfaat yang tersendiri.Gemar akan hal sia-sia itu manusia BUKAN Allah SWT.BUKAN SATU YANG ASING bermula daripada datuk nenek kita kemudian diturunkan pula kepada ibu bapa kita .. dan tidak hairan sebahagian besar daripada ibu bapa tidak membuang rawatan altenatif dan tidak menolak perubatan atau rawatan moden.Kini apabila diaplikasikan kepada anak-anak secara tidak langsung anak-anak pula bakal mewarisi dan mewariskan..usaha,doa,tawakkal.

Dan antaranya adalah .. 😆


BUKAN SATU YANG ASING ~
Google image 
Asam Jawa

Buah asam jawa mempunyai dua jenis iaitu asam jawa yang manis dan yang masam. Kandungan utama dalam asam jawa ialah asidgulavitamin B dan kandungan kalsium yang tinggi.Untuk tujuan komersial didapati asam jawa dijadikan asas bahan penyejuk dalam ubat demam dan sebagai julap bagi mengatasi masalah perut kembung. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan jus limaumadu atau susu, asam jawa amat berkesan dalam mengatasi masalah penghadaman, penyakit hempedu dan kekurangan vitamin C (skurvi).SUMBER


BUKAN SATU YANG ASING ~
Google image 
Bunga Raya dan Daun Bunga Raya

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu(Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.SUMBER

BUKAN SATU YANG ASING ~
Google image 
Daun Durian Belanda 

Pokok Durian Belanda  berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.SUMBER

BUKAN SATU YANG ASING ~
Google image 
Sireh

Sirih atau Piper betle, sejenis pokok menjalar, yang merupakan satu bahan penting dalam kebudayaan Melayu.Berasal dari Malaysia dan kini boleh turut dijumpai di IndiaIndonesia dan Sri Lanka.Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.
Selain daripada itu, daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung, daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.SUMBER
Demam?..Asam jawa,daun bunga raya,daun durian belanda bukan satu yang asing bagi PC terutama ketika demam menyapa.Ramas hingga halus dan mengeluarkan lendir...kemudian sapu pada bahagian kepala.Sejuk.Pernah hidung PC berdarah ketika hari sukan di sekolah..ya daun sireh digunakan untuk meredakan lelehan darah.

*terima kasih ukhuwah
#sama-sama mencari redha Ilahi 


02 January 2018

Cuba Semak Semula

7:34 AM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

CUBA SEMAK SEMULA..

Pada ejaan.Baris.Bacaan.
Jawi.Rumi.
Semua itu markah.Zaman sekolah.Cukup dijaga.
Jangan lupa.
Sepanjang hayat lebih banyak MESTI dijaga.
Berjaga-jaga supaya terjaga dengan sendiri nanti menjaga.

Sentap.Rentap.Ratap.
Pada siapa.Untuk apa.
Dulukan yang utama jadikan yang pertama.
Perlu jelas.Mesti tahu hujung pangkal.
Terlihat.Menilai.
Terdengar.Kesimpulan.
Nanti dulu.

Mengata boleh.
Dikata melenting.Melengking.
Sebelum muflis.Fikir habis-habis.
Semua bakal menjadi kudis.
Penyembuhan yang tidak akan habis.

Cuba semak semula.
Sendiri.Merenung khilaf diri.
Sendiri.Minta petunjuk daripada Ilahi.

CUBA SEMAK SEMULA..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi