02 January 2018

Cuba Semak Semula

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

CUBA SEMAK SEMULA..

Pada ejaan.Baris.Bacaan.
Jawi.Rumi.
Semua itu markah.Zaman sekolah.Cukup dijaga.
Jangan lupa.
Sepanjang hayat lebih banyak MESTI dijaga.
Berjaga-jaga supaya terjaga dengan sendiri nanti menjaga.

Sentap.Rentap.Ratap.
Pada siapa.Untuk apa.
Dulukan yang utama jadikan yang pertama.
Perlu jelas.Mesti tahu hujung pangkal.
Terlihat.Menilai.
Terdengar.Kesimpulan.
Nanti dulu.

Mengata boleh.
Dikata melenting.Melengking.
Sebelum muflis.Fikir habis-habis.
Semua bakal menjadi kudis.
Penyembuhan yang tidak akan habis.

Cuba semak semula.
Sendiri.Merenung khilaf diri.
Sendiri.Minta petunjuk daripada Ilahi.

CUBA SEMAK SEMULA..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


9 comments:

  1. Setuju kak PC. Kita seeloknya muhasabah diri dan mohon pertolongan serta pedoman daripada Allah SWT untuk menjalani kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..begitulah yang sebaik-baiknya untuk kita yang serba kekurangan ini GV 😊

      Delete
  2. Suka baca, maksud mendalam.. semoga kita sentiasa semak diri kita kan.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Sue...amin...bila muhasabah diri dari situ kita tahu...mana yang perlu diperbaiki... 😊

      Delete
  3. Garang nya gambar tu. Takut nk tgk. Hehe. Zaman skrg zaman fitnah. Dgn kemajuan teknologi lagi cepat fitnah ditularkan. Pikir, semak, pikir lagi, nilai sebelum buat sesuatu keputusan. Kelak bakal disoal di sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Garang comel tu kak Ana...hehehe...betul kak...sekarang hujung jari je...nak dengan tidak..pandai atau tidak je nak kawal diri sebenarnya kak...benda tak elok memang seronok buat...tapi di akhirat tu...😊

      Delete
  4. semak diri sendiri dlu dr semak hal org lain.. maksud mendalam

    ReplyDelete
  5. mendalam tajuknya akak.. nice sharing.. kreatifnya akak mengolah sesebuah cerita dan ayat.

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..