10 January 2018

Duduk Dan Berbicaralah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


DUDUK DAN BERBICARALAH ~ Berbicara setiap kita boleh dan mampu berbicara.Tidak kiralah dengan cara yang bagaimana.Lisan mahupun tulisan.Kuat atau perlahan.Tergesa-gesa atau tenang dan santai sahaja.Masing-masing punya pilihan.

Berbanding dahulu,sekarang terlalu mudah untuk sesiapa sahaja berbicara.Sambil baring,sambil makan,sambil menonton televisyen dan jangan pelik dalam tandas pun boleh bersemangat berbicara.

Apa yang mudah dan cepat serta ringkas sememangnya menjadi pilihan semua orang.Termasuklah PC.Namun sebenarnya tidak semua hal boleh kita ambil mudah.Bertindak ringan atau lebih "cincai-cincai".Ringan pada kita tapi berat pada orang,mungkin pada kita berlebih kurang itu sudah memadai sedang dipihak lain memberatkan mahu yang lebih sopan dan tertib.Lebih beretika.

Beretika .. tidak perlu karpet merah .. tidak perlu pun juga hidangan mewah atas meja ..

Ambil kira situasi,matlamat dan niat atas dasar apa ingin dibicarakan.Siapa yang terlibat,kesan jangka pendek dan ke hadapannya.Pada ketika mahu berbicara,baik dengan ibu bapa,isteri atau suami,adik beradik,anak-anak, saudara mara,rakan-rakan...duduk dan berbicara..maksudnya muafakatlah berkumpul..berbincang..ambil masa,cari kesesuaian keadaan.Matlamatnya agar maklumat yang  disampaikan dan diterima seragam.Mencari titik persefahaman itu tidak mudah berbanding melebarkan jurang pertelingkahan.

Hargai insan disekeliling kita..duduk dan berbicaralah..tiada ruginya..mewah manfaatnya.

Duduk Dan Berbicaralah

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

8 comments:

  1. good sharing..

    duduk berbincang.. itu la perkara terbaik.. kalau duk bergaduh, smua mslh tak selesai kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...yang penting masing-masing tenang...insyaAllah baik-baik nanti hujung😊

      Delete
  2. Duduk berbincang dpt merungkai permasalahan dan memperkukuhkan silaturrahim, in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..masalah timbul bila berbicara yang tidak disasarkan pada tempat dan niat yang betul..😊

      Delete
  3. Dengan berbincang akan dapat melegakan segala rasa yang terkusut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat..lebih mudahkan keadaan,urusan dan apa yang tersirat..😊

      Delete
  4. Dengan berbincang secara aman, bertolak ansur, saling menghormati dan saling memahami pasti akan membawa suatu kesimpulan perbincangan yang membawakan kebaikan kepada semua pihak. GV setuju kak PC. :)

    ReplyDelete
  5. dengan berbicara barulah sampai maksudnya

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..