04 January 2018

Mencorak Lembaran

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

MENCORAK LEMBARAN

Hari keempat di tahun baru
Mungkin ada yang masih celaru
Tidak mengapa jangan terburu-buru
Boleh diperbaiki seiring waktu

Boleh diperbaiki seiring waktu
Terserah ikut mana yang mahu
Hidup cuba saling membantu
Meringankan bahu ke bahu

Meringankan bahu ke bahu
Cukup hanya Tuhan yang tahu
Bukan kerana nama mahu membantu
Cukup untuk menjadi umat yang diaku

Cukup untuk menjadi umat yang diaku
Di pintu syurga Baginda menunggu
Berselawat sentiasa janganlah jemu
Moga di sana kita bertemu

Moga di sana kita bertemu
Menghidu haruman jauhnya beribu batu
Mencorak lembaran apa yang kita mahu
Jangan dilupa mohon Tuhan membantu

MENCORAK LEMBARAN
Google image 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



12 comments:

  1. Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan Tarmizi 😊

      Delete

  2. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete
  3. Selawat dan salam ke atas Baginda Nabi. Semoga kita diakui sebagai umatnya ye PC. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..amin..amin.. 😊 begitu besar harapannya kak Ana.

      Delete
  4. cantik susunan blog. Hehe lama tak BW sini :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih Fatin.Dah mula ketja kan😊

      Delete
  5. Menarik entri nie.. semoga kita semua mencorak lembaran yang lebih baik untuk tahun nie kan PC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih kak Sue...amin..kita usahakan..moga Allah permudahkan 😊

      Delete
  6. Sentiasa berselawat dan menunaikan segala perkara yang diperintahkan kepada kita sebaik mungkin. Good info kak PC. :D

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..