01 January 2018

Selamat Tahun Baru 2018

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

SELAMAT TAHUN BARU 2018


SELAMAT TAHUN BARU 2018

Semalam telah ditinggalkan
Masih berbekas.Wajarlah.
Kalau luka masih merah.Basah.Berdarah.
Andai bahagia.Masih bersisa rasa gembira.
Itu semalam.
Kisah antara kita tidak serupa.
Haruslah ada beza ketara.
Menjadi kenangan.
Tercatat sejarah.

Penutupnya ada haluannya sendiri.
Yang hulu ke hulu.
Yang hilir ke hilir.
Biarkan.
Bukan kerana tidak peduli.
Kerana setiap satu ada peranannya sendiri.
Tetap itu tetap.
Jangan dicelaru.Nanti keliru.Lesu.

Tahun baru.
Ada yang wajar mengikut baru.Diperbaharu.
Ada ada perlu.
Ada yang cukup biarkan begitu.
Gandakan mengadu.Pada DIA YANG satu-satunya SATU.
Hitung satu persatu.
Sudah kesuntukkan waktu.Buntu.
Moga lebih padu.
Menjadi hamba yang bersatu.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 





18 comments:

  1. Selamat Tahun Baru PC.. semoga tahun baru membawa lebih banyak kebaikan untuk diri kita dan keluarga, semoga kita terus istiqomah perbaiki diri dan amal.. aamiin ya rabb.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru kembali untuk kak Sue sekeluarga juga....moga kak Sue success dalam apa yang akan dan sedang diusahakan ya....amin. 😄

      Delete
  2. Selamat tahun baru PC. Semoga tahun ni kita sama sama peroleh lebih banyak kebaikan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru untuk Fatin juga ye..kerja elok-elok moga sentiasa dilancarkan segala urusan.. 😄

      Delete
  3. Perbezaan tahun hanyalah angka2 yang tercatat.
    kita sepatutnya berazam menjadi lebih baik setiap hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..insyaAllah..begitulah harapannya...mahu LEBIH dalam setiap hal yang baik-baik.. 😄

      Delete
  4. Selamat tahun baru PC. Semoga tahun ni lebih baik dari sebelum dan plg penting semoga kita menjadi hamba Allah dan umat Muhammad yang semakin baik amalnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😄 selamat tahun baru kak Ana...amin...aminn..aminn kak...itulah azam terbesar kita dan PC sebenarnya kak...memperbaiki diri..

      Delete
  5. Replies
    1. Selamat tahun baru juga At Tarmizi 😄

      Delete
  6. Selamat Tahun Baru kak PC. Semoga kehidupan kita pada tahun ini akan sentiasa ceria dan bahagia selalu. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru GV.aminn..insyaAllah 😄

      Delete
  7. Salam Kak PC :) Selamat tahun baru kak. Semoga tahun ni lebih banyak kebaikan yang kita peroleh. Ameen.

    ReplyDelete
  8. salam tahun baru akak.. smoga kita sntiasa dalam lindunganNNYA.. amin

    ReplyDelete
  9. Selamat tahun baru pc semoga segala impiana menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  10. Syukur temui wajah awal bermulanya certa 2018

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..