Sebenarnya Memang Susah ..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SEBENARNYA MEMANG SUSAH ~ Hidup mesti ada dugaan.Allah SWT beri dugaan kepada kita .. kerana sayang..kerana rindu..kerana perhatianNYA luar biasa.Apa sahaja daripada Allah SWT itu sangat istimewa dan luar biasa.Kerapuhan iman itu adakala buat kita terkadang rebah dan kesedihan.Allahu.

Sebenarnya memang susah .. 

Meraih pemahaman orang..bukan hal kecil.Biar bicara menggunakan patah kata yang sudah cukup mudah dan jelas..silap faham dan salah sangka itu boleh sahaja terjadi.A boleh menjadi C dan tidak mustahil C berubah ke M.Justeru tolak rasa bosan untuk terus memperjelas pada setiap kekeliruan yang bercambah.

Menyabarkan diri.Cakap memang mudah.Sebut "sabar .. sabarlah.." nak realisasikan "sabar" itu entah berapa banyak pahala yang terpadam dan dosa yang terekod.Api dan air.Jangan sampai ada campur tangan angin.Api yang sudah terpadam tidak mustahil marak kembali.

Mengikut rentak.Susah kita memahami orang.Begitu juga sukar orang mengikut rentak kita.Potensi untuk sumbang itu ada.Jangan kata orang lain,waima ibu ayah sendiri pun adakala tidak terikut kemahuan dan rentak anak-anak yang kian dewasa.

Sepakat.Sepakat itu berkat.Nak sepakat bukan macam beli gam..sapu tampal lekat.Hee hee hee.Sebenarnya memang susah kerana gerak hati kita di luar kawalan.Sepakat itu perlukan kejujuran untuk melakukan..amanah dengan apa yang telah dipersetujui dan bersedia untuk terima perubahan pada saat akhir atas keputusan yang telah disepakati.Nak buang rasa di khianati bukan mudah.Jaga-jaga kerana boleh menjadi dendam.Jauhkanlah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Hidup sentiasa ada dugaan. Yang pasti dugaan itu mesti mampu kita lalui dan sabar itu selalu menjadi punca di sebalik kejayaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...setuju.Allah SWT uji ikut keterdayaan kita menanggungnya...

      Padam
  2. Hidup ini medan ujian kan kak pc..
    Mudahan kuat hendaknya
    Memang susah tapi pasti ada hikmah indah disebalik pahit maung yang dilalui..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Husniey...bukan mudah untuk melalui ujian...tapi kasih sayang Allah SWT itulah yang menjadi sumber kekuatan...

      Padam
  3. Kehidupan ini adalah satu ujian. Ada yg diuji dengan kesenangan dan juga kesusahan.. semoga Allah sentiasa melindungi dan memberikan jalan yg terbaik buat semuanya... aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Tn KK...Rasulullah SAW pun Allah SWT uji...apatah lagi kita ini....moga kita semua tidak tergelincir...

      Padam
  4. nak bertahan dan bertabah tu yang susah dan payah

    BalasPadam
  5. Terkadang hati rapuh sangat sampai menangis semata-mata tak dapat apa yang dihajati, padahal terlupa apa yang diberi dah lebih dari mencukupi..Allahu

    BalasPadam
  6. Kita kena sentiasa berdoa agar apa yang Allah mempermudahkan urusan kita di dunai dan di akhirat. InsyaAllah. Aamin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama