Seiringnya Waktu ..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum ♡ 


SEIRINGNYA WAKTU ~ Pasti ada perubahan yang berlaku.Mesti ada yang sudah tidak sama sepertinya dulu-dulu.Banyak.Kesedaran daripada diri sendiri atau ada suara-suara yang mula mengingatkan.

Seiringnya waktu ..

Seiringnya waktu

Semakin ramai yang mula sedar dan celik.Celik mata celik jiwa.Tidak usah terkejut masih ramai juga yang masih buta dalam celik dan meraba-raba dalam terang sedangkan penglihatannya lebih jelas dikegelapan.Satu hal yang harus kita percaya mahu berubah,ingin hidayah itu mesti diusahakan.Amaran,panduan,seruan sudah beribu tahun ada.Al Quran.

Beri peluang.Sesiapa pun jangan segan dan kedekut untuk beri peluang baik pada diri sendiri mahu pun pada orang lain.Beri peluang bukan terlalu memanjakan.Ada bezanya.Sesekali rotan nafsu.Sesekali penjarakan akal yang keterlaluan.Tidak mudah.

Tidak mudah mengawal lisan.Sukar mengawal emosi untuk meluah itu ini.Rasa lega dan lapang itu perlu juga bersih.Bersih daripada mencerca atau mencaci pada orang lain.Jangan memberi espresi yang tidak baik pada orang terhadap orang lain.Mudahnya jangan mengata orang lain pada orang baru yang dikenali.Ianya membuka aib diri sendiri.Biarkan..seiringnya waktu masing-masing akan mengetahui dengan sendirinya..

Seiringnya waktu akan ada perkara baru yang dipelajari.Ada pengalaman dilalui dan ada yang suka serta benci.Diibaratkan "Pandai-pandailah mendayung sampan agar pendayung tidak patah"

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Masa berjalan, usia bertambah dan manusia perlu berubah. Harapnya berubah ke arah yg lebih baik. Mudah-mudahan.

    BalasPadam
  2. semoga dayung yang kita kayuh membawa ke pengakhiran terbaik...

    BalasPadam
  3. mendayung sampan ke kuala nan indah..

    saya tambah sahaja.

    yang pasti masa terus berlalu sama ada sedar atau tidak sedar

    BalasPadam
  4. masa tak menunggu kita. kita yg kena berjalan seiring dengan masa.. InshaAllah smoga smuanya dipermudahkan.

    BalasPadam
  5. semoga semuanya baik2 dan dipermudahkan

    BalasPadam
  6. Good sharing PC, ingat lima perkara sebelum lima perkara.. tapi kita selalu lupa.. leka..

    BalasPadam
  7. Setiap kita sedang dalam perjalanan dgn pelbagai tarikan juga dugaan... mudah2an kita semua dpt mencapai kepadanya kelak... aamiin ya Rabb.

    BalasPadam
  8. Terlalu sering manjakan nafsu, terkadang tak perasan nafsu dah makin merajai..thanks untuk ingatan Perdu Cinta..

    BalasPadam
  9. Masa dan waktu terlalu pantas bergerak. Semoga segala amalan murni kita diredhai Allah SWT. Aamin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama