Lagi...Lagi Dan Teruskan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

LAGI..LAGI DAN TERUSKAN || Seperti gambar yang bertambah indah dipandang bila bingkainya cantik..seperti itu juga kita manusia yang akan bertambah cantik dan indah dek pandangan mata dengan sedikit hiasan dan rapian yang wajar seperti mana yang telah disyariatkan.

TERUS BERSEMANGAT.Bukan perkara mudah untuk memulakan sesuatu perkara yang baik tanpa dugaan.Musuh kepada setiap semangat yang berkobar-kobar adalah hasutan yang sangat melemahkan.Oleh itu,bila sudah mula melangkah pada langkah pertama dengan niat dan perbuatan yang betul..teruskan dan pastikan teruslah bersemangat.

KEPUASAN DAN TIDAK KEPUASAN.Lumrahnya manusia,kebanyakkannya atau mungkin berlaku pada diri PC sahaja,sama ada mendapat kepuasan atau sebaliknya terhadap sesuatu perkara itu diri sendiri akan gemar mengulang menyebut perkara tersebut sebagai ingatan atau bertujuan untuk mengingatkan.Lupa itu ada pada setiap daripada kita..oleh itu satu sama lain diharap dapat sentiasa mengingatkan dan berpesan-pesan satu sama lain..

MAKSIMUM DAN UNLIMITED. Setiap hari adalah hari-hari indah yang baharu.Rezeki untuk kita menikmatinya dengan sebaik-baiknya.Larian di padang,matlamat utama menjadi yang pertama sampai digarisan penamat..kudrat yang kita rasakan sedikit itu hanya akan diketahui sekadar mana keterdayaannya mencapai sesuatu bila ianya dipaksa dan diuji.

Dalam sesetengah hal,kita perlu minimumkan tindakkan terhadapnya..mana kala dalam sesetengah perkara yang lain pula..rangsanglah diri untuk bertindak dengan maksimum dan unlimited..💗Perdu Cinta 💗

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Ilahi 


Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
Fieza Sani
AUTHOR
April 4, 2017 at 2:17 PM delete

betul..terus bersemangat bila mulakan sesuatu..

Reply
avatar
Mimpi Aria
AUTHOR
April 4, 2017 at 5:08 PM delete

setiap entri sis selalu bermotivasi dan bagi inspirasi pada orang lain...teruskan sis PC!

Reply
avatar
CikLa Shahril
AUTHOR
April 4, 2017 at 5:32 PM delete

Betul tu. Terus bersemangat tak mudah gentar.

Reply
avatar
Noor Azlan
AUTHOR
April 4, 2017 at 5:37 PM delete

Setuju PC, teruskan larian sehingga penamat dan azam/impian tercapai....

Reply
avatar
April 4, 2017 at 10:48 PM delete

bersemangat walau adakalanya semangat tu hilang seketika..;D

Reply
avatar
April 5, 2017 at 5:20 AM delete

betul semua tu.. kalau nak berjaya, kena tempuh onak dan duri.. a.. gittew-- thanx.. entir yang membina untuk saya yang kadang UP - DOWN tak tentu masa.. hee~

Reply
avatar
Nour Adieb
AUTHOR
April 5, 2017 at 1:47 PM delete

untuk berjaya... semangat kena kuat, hati kena sado :D

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
April 6, 2017 at 6:54 PM delete

Teruskan usaha dgn semangat.. pasti berjaya juga akhirnya nanti.. :)

Reply
avatar

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon