Cuba Elakkan..Kalau Boleh..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

CUBA ELAKKAN..KALAU BOLEH.. || Semampunya kita usaha lagi dan lagi dan lagi..berdoa..berserah..terakhir bila sebut serah itu bererti redha..pasrah..kalau nak rasa puas hati di saat redha itu,,pastikan usahanya luar biasa..*ingatan untuk PC juga ni*..rasa berputus asa itu sentiasa seiring dengan tekad dan semangat..oleh itu hati-hati.

Cuba Elakkan..Kalau Boleh..
Google image 

SALAH FAHAM.Tidak sehaluan.Tidak sependapat.Tidak sejiwa dan sekepala.Maka tunas-tunas salah faham itu mudah untuk bercambah.Kalau tidak segera dicantas,boleh menimbulkan jurang sengketa yang lebih dalam dan luas.Jadi,dengar..tenang..fikir..siasat..bertindak.Bertindak pun mengikut keperluanlah,kalau rasa boleh berlebih kurang..apa salahnya.Bergantung juga pada situasi.

DITEGUR.Saling menasihati itu bagus,lagi-lagi kalau sama-sama ke arah kebaikkan..tapi kena pandai beza..menasihati dengan mengaibkan kalau bunyi dah jauh,maknanya apatah lagi..jauh beza,jangan hentam ikut suka.Yang menegur sila peka.Kalau boleh elakkan sering ditegur kerana kesilapan,terutama pada kesilapan yang sama.Secara tidak langsung mengaibkan diri sendiri nanti.Tak seronokkan macam tu..

Sesiapa pun akan lakukan kesilapan..setiap kesilapan itu mungkin boleh buat kita berubah.Syaratnya ambil pengajaran daripadanya.💝Perdu Cinta💝

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
♡ Ramadhan berbaki 13 hari lagi
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
SalbiahM
AUTHOR
May 13, 2017 at 1:30 PM delete

yang penting adalah komunikasi..berdiam sahaja pun adakala membahayakan.makin dipendam makin parah

Reply
avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
May 13, 2017 at 2:01 PM delete

tegur dgn ikhlas tak apaq ya PC..tapi tegur tujuan hina alamak lari lah...

Reply
avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
May 13, 2017 at 2:03 PM delete

Saya kliki iklan NUf ya dek..sama2 klik win win..alamak ...hehehe

Reply
avatar
Etuza Etuza
AUTHOR
May 13, 2017 at 2:04 PM delete

adui manalah saya kenal ada tulisan Cina..hehehe gurau ja ya

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
May 13, 2017 at 8:45 PM delete

Betul..komunikasi 2 hala sangat penting :)

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
May 13, 2017 at 8:46 PM delete

Betul tu Cikgu Etuza :)

Reply
avatar
Lea Azleeya
AUTHOR
May 13, 2017 at 10:35 PM delete

Win kak PC.. Kalau nak sesuatu kene usaha dulu kan.. Takleh terus berserah nak redha aje..

Reply
avatar
Kak Long
AUTHOR
May 14, 2017 at 1:43 AM delete

Betul tu PC. Terutama bab menegur. Jangan terang2, malu kawan kita tu nanti. (y)

Reply
avatar
May 14, 2017 at 2:20 PM delete

Wkmsalam.
Cara menegur hendaklah berhemah.
Jangan kerana teguran kita (walau pun berniat baik) akan menjadi salah faham dan perselisihan yang berpanjangan.

Reply
avatar

Sepatah Dua Kata Kalian Amat PC Hargai..TERIMA KASIH.. EmoticonEmoticon