Jalani Dan Syukuri

Advertisement
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JALANI DAN SYUKURI || Alhamdulillah.Syukur apa adanya,berusaha baiki di mana kurang dan kelemahan yang ada.Selebihnya tawakkal sahaja.

KEHADAPAN.Jangka panjang.Jangka pendek.Begitu yang sering difikir,diatur dan direncana sebagai awasan kita.Betullah begitu.Wajar ada langkah berjaga-jaga, selebihnya sama juga...tawakkal.Sedang jangka pendek tidak mampu kita jangka,apatah lagi yang kehadapannya kelak.Doa yang baik-baik.Sangka yang jernih-jernih.

MENDOAKAN.Bila kita melihat,mendengar akan sesuatu hal itu,bukan saja-saja.Itu juga rezeki kita.Ada yang cuba DIA sampaikan dan ingatkan.Mahu menambah menjadi lebih buruk..atau mahu membuat keaadaan lebih baik,,fikir dalam-dalam kerana ada jawapan dan alasan yang bakal dituntut di SANA kelak.Lebih baik mendoakan yang baik-baik sahaja.Sama-sama untung.

DIKELILINGI PERANTARA.Kita saling memerlukan.Sentiasa bergantung satu sama lain,justeru mengapa perlu menjaga silaturahim dan elakkan permusuhan.Bila buat baik dengan A..mungkin yang membalas kebaikkan kita itu B.Jika rasa disakiti oleh C sedangkan kita tidak pernah menyakitinya..mungkin tanpa sedar kita pernah menyakiti D.Kita dikelilingi perantara,hakikatnya telah Allah rencanakan semua.Jalani dan syukuri apa pun dengan bissmillah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

Tag : Santai
11 Komen untuk "Jalani Dan Syukuri"

Hamba yg bersyukur pasti di tambah nikmat ke atasnya. Usaha, doa dan tawakal tu yg setiap hari kita lakukan. Semoga beroleh kebaikan di dunia dan akhirat. Dan semoga silaturrahim yg terjalin juga berkekalan hingga ke syurga.

syukur ke atas nikmat yang diberi..semoga mendapat segala kebaikkan..nice sharing PC...apapun yang hadir dalam kehidupan skhiri dengan syukur...

Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita dapat walau sekecil mana pun adalah rezeki...

Bersyukut di atas rezeki yang diterima
Berusaha dan bertawakkal untuk memperbaiki kelemahan.

Rasa tenang tiap kali baca post kak Perdu. GV doakan semoga kak Perdu Cinta sentiasa bahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah. Aamin. :)

Betul Sis...bila bersyukur..Allah tambah rasa nikmat dan rezeki...mungkin tidak dari segi harta benda,tapi kesihatan dan ketenangan hati dan fikiran.

Amin..moga kita sentiasa bersyukur kan...tq SA..

Tak sedar dengan nikmat kecil tu yang PC takut sebenarnya...

SubhanaAllah.terima kasih GV.moga bermanfaat ya.semua dengan izinNYA..kalau kak PC sendiri mana mungkin mampu untuk mengolah walau sebaris ayat.

jangka panjang dan jangka pendek perlu peranccangan yang sebaiknya kan kak,sebab tu kita perlu doa mengiringinya agar semuanya berjalan dengan kehendak ALLAH dan sebaik2nya.

Benar tu kak,kadang-kadang kita terfikir kenapa c menyakiti kita sedangkan kita tak peprnah berbuat salah dengannya,ini kerana tanpa kita sedar mungkin kita pernah menyakiti hati orang lain.

ALLAHU,minta dijauhkan kita disakiti mahupun menyakiti.begitu juga kenapa kita bertemu orang yang salah dalam hidup ini,pasti sebenarnya ALLAH menyimpan 1001 hikmah dari pertemuan yang salah untuk kita menghargai apa yang kita ada selepas itu,dan jika berlakunya sesuatu yang menyakitkan hati,ini kerana ALLAH ingin bagitahu kita hanya Dia lah tempat pergantungan ketenangan dan kebahagian hati,sebab itu kita dilarang berharap pada manusia yang mana hatinya sendiri berbolak balik

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Back To Top