30 November 2016

WW 》 Seronok

3:56 PM 4
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

WW》SERONOK || Cara setiap kita menikmati sesuatu perkara baru itu berbeza..bagi kita ia sangat menggembirakan..rasa seronok tu macam melimpah-limpah...tapi dalam situasi yang sama ada juga yang...aaarghhhhh itu pun nak rasa seronok...biasa je...hakkkkk..😏

WW》Seronok

Bangun pagi pergi berkelah 
Pergi berkelah sambil menancing ikan kelah
Tak boleh pergi  dapat tengok duitnya pun jadilah
Siapa tahu rezeki dilain waktu kita pergilah

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 

Ada Di Mana-mana

8:00 AM 11
Ada Di Mana-mana
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

ADA DI MANA-MANA

Ada Di Mana-mana
Google Image
Tumbuh-tumbuhan sentiasa mendoakan..malahan sekalian alam bukan sahaja berdoa...malahan bertasbih..kita tidak dengar..ya tidak..tapi ianya sentiasa tidak putus-putus..apa kata kita pun latih diri begitu...😊😊🌸Perdu Cinta🌸

29 November 2016

Lagi..Lagi Dan Lagi

2:40 PM 9
Lagi..Lagi Dan Lagi
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

LAGI..LAGI DAN LAGI ||Kanan sikit..kiri sikit,,lagi..lagi..lagi..eh berapa banyak lagi daaa...bila yang pegang arial sorang..yang tukang bagi arahan ramai..lama-lama boleh berasap rambut dia..hehe...sama juga kalau kita masak..yang masak sorang yang tukang rasa ramai..yang kuat masin suruh tambah garam..yang suka manis suruh ditambanhnya gula..lama-lama si tukang masak cakap ''eh suka hati la nak masak macam mana..''..hujungnya dalam pada tak masin..tak manis..licin juga..*minta kena seligi agaknya*..komen itu bagus..pendpat itu perlu..jangan lupa ucap terima kasih..😉😉 

lagi..lagi dan lagi
Google Image

Jangan izin kalah awal...usaha dulu..buat sehabis baik dulu baru cakap soal rezeki..qada qadar dan tawakkal..kemudian barulah redha..memang itulah sewajarnya kita ini..dah usaha habis-habisan...penutupnya redha..jadi redha..tawakkal kita itu tidak dan bukan yang sia-sia..kerana dah dimulakan dengan kegigihan ikhtiar..*biarlah sampai ketiak tu hangit..peluh tu basah-kering-basah semula kan*...daripada mengalah sebelum berjuang..*harap PC pun boleh lakukan juga..jangan cakap je berdontam dontum bak kata orang Nogori Sembilan*

Pilihan maksimum..bila kita buat pilihan mesti yang sehabis baik..baju ke..kasut ke..apa-apa sahaja..kalau kita berbelanja pun kan mestilah belek-belek sampai terteleng-teleng kepala..terutama bab harga..kenaikkan sepuluh sen pun kalau dikumpul banyak juga jadinya jumlah yang peru dibayar..*datang kepala tegak..balik kepala teleng..tengkok terseliuh..kan..eh ada ke sampai tahap gitu..*..tapi rasanya hujung-hujung tahun ni banyak sangat YES berbanding NO..kan..kan..makanya lagi..lagi dan lagi lah perlu dan mesti berhati-hati..

Tidak sama..PC rasa PC mampu lakukan setakat ini..cukup..cukup..cukup..tapi Allah SWT kata tidak kamu mampu untuk laluinya lebih lagi...maka ditambahnya ujian...dilipat gandakanya dugaan..yakinlah..pasti bersebab dan tentunya berhikmah....lagi..lagi dan lagi..baik dugaan mahupun nikmat yang Allah hadirkan pada kita..pastinya atas keterdayaan kita untuk menanggungnya..kadang kita rasa tidak boleh..tidak mampu untuk melaluinya namun Allah itu tersangat mengtehui setiap inci hambanya..ya bagi kita..tidak bagi DIA..tidak jadi juga...tidak bagi kita tetapi ya bagi DIA..kita terima..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah SWT💖



Mungkin Bukan Saat Ini

8:00 AM 10
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MUNGKIN BUKAN SAAT INI..


Mungkin bukan saat ini
Google image 

Hari ini kita semai benih..bukan tentu esok kita tuai hasil..tidak mengapalah kalau kita tidak merasai nikmatnya di dunia..moga lazatnya nikmat di sana..yang lebur itu jasad..jariah sentiasa hidup dan berterusan..🌸Perdu Cinta🌸



28 November 2016

Nampak Macam Kecil Rupa-rupanya

2:05 PM 3
Nampak Macam Kecil Rupa-rupanya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MACAM KECIL RUPA-RUPANYA || Semut api itu kecil dan halus saja pun..tapi bila dia menggigit..aauww..berair jugalah mata..perit-perit gatal..siapa yang tidak tahan boleh jadi kudis..itu belum lagi semut hitam si fanatik gula..bukankah semut sangat sinonim dengan makanan dan minuman terutama yang manis atau bergula..jadi yang suka jadi sweettalker tu..hati-hati..takut jadi korban semut..hihihi😂

Tiket persahabatan...bila sebut persahabatan pasti kita menjalin ukhuwah sesama insan..tidak kiralah secara muka bertemu muka..atau sekadar di muka buku..tidak pun dalam kumpulan-kumpulan media sosial..jangan bantai sesedap rasa..kalau boleh elakkan apa yang kurang molek dilakukan..ya jaga adab juga..kalau kita pandai rasa sakit hati bila disakiti..sama juga seperti dia sahabat kita..jangan guna tiket persahabatan untuk lakukan sesuka hati..sayang kawan kita atau sahabat kita kerana Allah..walau bersahabat dengan haiwan peliharaan sekalipun..jagalah molek-molek..

Akad dan ijab qabul perlu jelas..sebut ijab qabul..aduss..terus terbau-bau nasi minyak..nasi beriyani..gitu..meja makan beradat pengantin..suap-suap..uuiiii...bergula sangat..nak buka mulut pun malu-malu..maklumlah lensa kamera macam cendawan tumbuh lepas hujan..bulu hidung melempai pun boleh nampak dik..😉😉..hujung tahun waktu-waktu cuti sekolah ini lah meriah walimatulurus sana sini..alhamdulillah..tak apalah kalau majlis kita kecil-kecil sahaja..jangan risau kalau mungkin hanya majlis ijab dan qabul sahaja..dan kalau majlis itu ada bantuan adik beradik atau saudara mara dan rakan-rakan..sila jelaskan betul-betul statusnya..memberi dan membantu dengan niat yang bagaimana..hadiah...sedekah...saguhati..atau giliran berganti-ganti*abang,kakak kawin adik bantu..nanti adik kahwin abang,kakak pula bantu*..kerana tidak mahu dalam diam ianya menjadi hutang yang terpendam namun tidak pernah dipadam..kita susah..dia pun susah..

Nampak Macam Kecil Rupa-rupanya

Kembali kepada paksi..agama kita,dua kalimah syahadah itu paksi kita..jaga dan genggam erat-erat..teruskan usaha menjadi insan yang baik dalaman dan keseluruhannya..lakukan sikit-sikit..tak apalah kalau orang lain senyum hujung bibir melihat kita asyik ralit bertatih..asal tidak sentiasa mengadu letih..bukankah itu lebih baik..sampai satu saat nanti...saya.awak.dia.mereka hanya akan mementingkan diri sendiri..ya saat itu akan tiba..ketika itu tiada istilah kejam dan zalim kerana masing-masing hanya mengharapkan pengakhiran yang sedari dunia lagi dikhabarkan tersangat indah sekali..

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah

Menerima Dan Memberi

7:30 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

memberi dan menerima
Google image

MENERIMA DAN MEMBERI
Allah SWT beri..beri..beri..kita terima..terima..terima..syukur..berbahasalah dengan beri apa yang Allah harapkan daripada seorang hamba..senangnya kembali kepada kita juga kelak..in sha ALLAH.🌸Perdu Cinta🌸

27 November 2016

Naik Turun

11:20 AM 10
Naik Turun
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

NAIK TURUN || ''Kecik..besar..kecik besar je aku tengok budak ni''..dialong yang biasa kita dengar tak kiralah daripada mak-mak ke..kawan-kawan ke..sama ada memang betul-betul marah atau ungkapan  sekadar gurauan berkasih*eh..hihi😃😄..

Rumahtangga..dulu PC hairan..kenapa bila sebut orang kahwin mesti berkait dengan membina rumahtangga..kalau orang tu duduk rumah tak ada tangga macam mana..huhu..*budak-budak sangat banyak soalan kan..kan..kepochi tahu😅*..dan sekarang baru tahu...dalam penyatuan dua jiwa memaknakan hubungan halal  disisi agama banyak dugaannya..berumahtangga ya..sangat simbolik..💑

Kehidupan...baik dari segi pekerjaan..hubungan sosial..dan lainnya..pasti ada naik turunnya..tidak sentiasa tenang...dan tidak juga sentiasa bergelora..sesekali pasti ada yang membuatkan kita seolah buntu untuk menemui jalan keluar dan tidak kurang setiapurusan itu seolah tiada halangan untuk diselesaikan..alhamdulillah.

Rapuh dan longgar..ada ketika kita berusaha untuk tidak melakukan kesilapan..namun ianya tetap berlaku..sedar? atau tidak sengaja?..dirancang atau sebaliknya..kenapa?..berbalik pada iman kita yang tidak terkecuali daripada krisis naik dan turun berskala..*PC sendiri laluinya..*..lumrah sepanjang perjalanan kehidupan..naik turun itu menambah lagi warna warni yang membolehkan kita sentiasa ingatkan diri..semua yang ada di bawah pentadbiran DIA yang Maha Bijaksana..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 



Tempoh

7:30 AM 3
Tempoh
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TEMPOH..


Di dunia,,terasa pantasnya masa itu berlalu..ada yang benar-benar terisi..tidak kurang sia-sia berlalu pergi..dan di sana kelak terasa lewatnya waktu berganjak..bergantung pada apa yang kita usahakan hari ini..di dunia ini..Sungguh PC khuwatir..🌹Perdu Cinta🌹

26 November 2016

Terima

4:22 PM 3
Terima
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TERIMA..

Anak itik terkedek-kedek
Pulang petang masuk reban
Amboi seronok ketawa mengekek-ngekek
Jangan kisah orang lain jadi bahan

Ikan sepat di sawah padi
Sampai masa menjadi lauk
Kemudiankan rupa dulukan hati budi
Sedikit kekurangan jangan cepat dikutuk

Pokok cili ditabur baja
Cili dipetik sepenuhnya mangkuk
Tuntutlah ilmu bermanfaat di mana saja
Lakukanlah dengan penuh khusyuk

Bertemu sapa salam dihulur
Indah sungguh suasana pagi
Bentuklah hati menjadi luhur

Moga disenangi isi langit dan bumi

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 

Betul Ke Puas Hati

7:30 AM 3
Betul Ke Puas Hati
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


Bila marah,,lontarkan kemarahan itu dengan kata-kata..lembut tapi pedas dan tajam..atau lantang kasar dan kesat..puas hati?..gembira?..ya mungkin..tapi percayalah tidak berasa bahagia..buka pintu pertama dengan memaafkan..kemudian bertatih untuk melupakan..cuba dulu..🍓Perdu Cinta🍓

25 November 2016

Daya Tarikan

11:19 PM 0
Daya Tarikan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

DAYA TARIKAN || Cukup sempurna Allah ciptakan alam ini dan seluruh isinya..setiap satunya mempunyai daya tarikan yang tersendiri..dan saling mempengaruhi satu sama lain..maka timbullah istilah menarik dan akhirnya tertarik..😉

Daripada mata turun ke hati💘..daripada telinga meresap ke jiwa..bila dengan alunan bacaan kalamullah yang begitu indah ya ianya menarik pendengaran kita..bila melihat flora dan fauna yang comel dan indah..pasti daripada pandangan mata itu dibawa ke jiwa..owh damainya..👍..subhanAllah..

Luar kotak...lazim bila sebut daya tarikan figura yang terimbas dan terbayang di minda pastinya seorang lelaki mahupun wanita..tidak salah pun..kerana manusia adalah sebaik-baik makhluk  yang Allah ciptakan dan akal itu yang membezakan kita dengan makhluk lain..maka bila begitu banyaklah sudut yang diperhati dan dinilai mengikut daya tarikan yang ingin difokuskan.

Usir sejauhnya..PC ada rasa rendah diri😥😩..mungkin juga kalian ada rasa yang sama..kekurangan itu tetap ada..bukan kerana silap Allah mencipta namun itu kerana pembawaan diri sendiri..bukankah rasa-rasa yang kelabu itu pengasasnya sentiasa berbisik melemahkan kita..daya tarikan umpama sedikit kekuatan dan kelebihan..gunakan sebaiknya..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 

Neuron Pun Berhubung

2:00 PM 4
Neuron Pun Berhubung
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

NEURON PUN BERHUBUNG || Alhamdulillah.Bagi sekolah yang cuti hujung minggunya Jumaat dan Sabtu..semalam adalah hari akhir persekolahan untuk tahun ini..bagi sekolah yang cuti hujung minggunya Sabtu dan Ahad...hari ini masih lagi bersekolah dan merupakan hari akhir persekolahan..yeyyyyy cutiiiii????!!!!? 👬👭💃

Kampung halaman...sangat sinonim..bagi yang ada kampung..ya balik kampung lazimnya menjadi pilihan utama untuk mengisi waktu cuti sekolah..biarpun tidak lama berada dikampung ianya cukup memberi satu kepuasan luar biasa..yang sedia ada berada di kampung menanti dengan hati yang girang..💓

Kreatif..merangkumi semua..dan hasil pada hujungnya..anak-anak bijak maka ibu bapa perlu lebih kreatif dan bijak..sebab?...bila neuron anak-anak mula berhubung..rasa ingin tahu mereka sangat tinggi..pada kita ianya seolah mengarut atau lucu yang melelahkan tapi bagi mereka ia dunia baru yang mahu diterokai..*PC belum ada zuriat sendiri tapi PC ada anak buah yang sedang asyik menikmati dunia barunya*..sila jawab soalan yang sama 450 kali ya..😂 

Rangsangan..kadang sesekali kita perlu disergah..*nasihat bukan marah,bukan sindiran dan bukan cacian*..ada beza ya..hihi😉..lain orang tidak sama penerimaan oleh itu harus menggunakan pendekatan yang berbeza.. bukan kerja mudah untuk buat orang bersangka baik..mungkin ada ketika neuron pun tersesat juga..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 


Jangan Ala Kadar

8:00 AM 3
Jangan Ala Kadar
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN ALA KADAR..


Alhamdulillah..Jumaat bersilih ganti..selagi bernyawa di muka bumi Allah SWT ini kita berpeluang menemuinya..namun bagaimana pengisiannya..moga tidak sia-sia..🌸Perdu Cinta🌸

24 November 2016

Duit..Duit..Duit

3:39 PM 8
Duit..Duit..Duit
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

DUIT..DUIT..DUIT || Sebut duit semua orang tahu dan kenal duit..budak-budak pun tahu dan kenal duit..cuba bagi seringgit..tengok panjang tak muncung..cuba bagi sekali lagi 10 ringgit lebar tak dia senyum...alahai sayang..bersyukur itu indah namun bukan mudah..yang dewasa pun kadang tersasar untuk bersyukur.

Bukan begitu dan jangan begini...bila kita lihat orang lain gigih berniaga itu sunnah Rasulullah SAW.Tak nak sokong tapi jangan tolong rebahkan..Doakan.Bila kita tahu orang lain buat 2..3 kerja dalam satu masa,jangan dituduhnya dia hamba duit kerana kita tidak tahu apa yang sedang dia usaha dan impikan.Juga doakan..

Petik suis duit..buka paip duit..eh biar betul...nanti tunggu bil datang bayar bil guna duitkan..walaupun bayar guna online..ahaksss..hihi😉..jadi mana boleh jimat...jimatkan..eleh PC cakap senanglah...siapa kata cakap tu senang...lupa ya kanan kiri ada juru audit..silap cakap menggelegak otak..

Rasa kecukupan itu hadiah dan rahsia...klise..tapi itulah hakikatnya..gerhana poket setiap bulan namun mampu tersenyum dan masih lagi boleh mencukupkan keperluan...alhamdulillah..kocek rabak..namun boleh lunas hutang piutang..syukur...hakikatnya rasa kecukupan itu hadiah dan rahsia Allah..syaratnya usaha dulu sungguh-sungguh...bukan tidur 8 mlm..bangun 11 pagi esok pagi setiap hari bangun skodeng periuk nasi..ibu ayam anak 7 pun gigih mengais awal pagi..hihi...🐔🐤🐤🐤🐤🐤🐤🐤

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 

Bahaya Sebenarnya

8:06 AM 11
Bahaya Sebenarnya
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BAHAYA SEBENARNYA..


Bila kita lakukan kesalahan namun kita tidak berasa bersalah..bila kita buat satu keputusan yang menentang apa yang dihukumkan ke atas kita tetapi kita tidak berasa berdosa ingkari..bahaya sebenarnya..wajar kita risau bukan gembira kerana menjadi diri sendiri..kenapa?..kerana takut itu tanda Allah mula berpaling daripada kita..hidup berTUHAN jangan sentiasa mahu menjadi tuan..🌸Perdu Cinta🌸

23 November 2016

Wednesday Wordless 》Kita Di Antara

1:59 PM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

WEDNESDAY WORDLESS 》KITA DI ANTARA || Langit dan bumi..ya kita berada ditengah-tengahnya..di antara...mendongak ke langit..menunduk ke bumi..makhluk di dasar lautan..di dalam perut bumi..tidak usah di lupa..

Image


Hari ini kita ditengah-tengah..satu saat jasad kita bakal menyatu di dalam perut bumi..manakala roh kita meninggi ke langit..bila kita melihat indahnya alam pasti sangat hebat Penciptanya..DIA mencipta kita dan keseluruhannya..alhamdulillah 😊💖

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 

Akan Datang..Tidak Tahu

8:00 AM 3
Akan Datang..Tidak Tahu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

AKAN DATANG..TIDAK TAHU
Ianya sekadar perancangan atau mungkin angan-angan dan harapan..akan datang kita sendiri tidak tahu apa yang bakal dan seharusnya berlaku..usaha..usaha..usaha..pastikan hujungnya berserah dan pasrah..🌸Perdu Cinta🌸

22 November 2016

Kemewahan Tersembunyi

12:34 PM 16
Kemewahan Tersembunyi
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KEMEWAHAN TERSEMBUNYI
Kawan..datang dan pergi...bertukar ganti..tapi sahabat sentiasa disisi apa pun situasi walau tidak diminta akan sentiasa memberi..kalau kit tidak boleh menjadi sahabat..cukuplah menjadi insan yang mewah dengan kasih sayang..🌷Perdu Cinta🌷

21 November 2016

Harapnya Semua Sedarlah

11:26 PM 9
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

HARAPNYA SEMUA SEDARLAH || Belum terlewat untuk kita berubah..berubah ke satu arah yang lebih lurus dan tulus..tak apalah kalau semalam kita lakukan kesilapan..noktahkan di situ..jangan disambung..dipadam tidak mungkin namun boleh diperbaharui dengan permulaan yang baru..

Kerana..ini yang benar-benar sangat pasti..

Harapnya semua sedarlah
Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya?

Harapnya semua sedarlah
Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Surah Al-Anbiyaa'
Ayat 34 hingga 35

Berpesan pada jasad sendiri..dalam pada asyik menikmati nikmatnya dunia..Izrail juga tidak pernah culas untuk sepantas-pantasnya melaksanakan tugasnya..siap sedia sentiasa sedang PC sendiri pula lagha sentiasa..

Adakah betul-betul terkesan bila dengar dan lihat kematian..tersedu sedan..atau umpama lepas batuk ditangga..tidak pun umpama mencurah air di daun keladi..Allah...Allah..Allah..jentiklah hati ini dengan rasa gerun pada siksa dan azabMU..tidak sekadar menyebut takut itu pada lidah dan seulas bibir namun tidak terkesan ke hati..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 

Kejutan

4:05 PM 13
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KEJUTAN || Bila dah terbiasa dengan kemudahan dan  tiba-tiba sedikit kepayahan menimpa..yes mahu tidak terkejut..dah selalu selesa tiba-tiba serba tidak kena haruslah terkejut juga..begitulah kita..atau mungkin PC sahaja..mimpi ngeri pun kejutan juga ya tak..hihi..

Image
Google image 

Begitulah kehidupan..kejutan sesama manusia lain caranya..kejutan daripada Pencipta untuk kita hamba juga berbeza kaedahnya..penuh hikmah dan penuh kasih sayang..kerana DIA TERLALU SEMPURNA..

Memang sedia maklum..kalau di rumah buat nakal mak marah..biar nakal tu,,nanti Allah marah..sampai sekolah kelas fardhu ain ustazah tambah ilmu lagi..buat dosa balasannya neraka dan banyak pahala ganjarannya syurga..dari sekolah fardhu ain lagi ustazah dah bagi tahu..kan...

Kasih sayang...sangat bernilai dan begitu berharga..hakikatnya PC sering berfikir layakkah berbicara soal syurga sedang sentiasa lakukan dosa..namun hati berbicara.."jadikan ia motivasi dan susur untuk jadi hamba yang bersyukur dan setia serta memaknakan syahadahnya"..

Fikir dulu😉😎...gadis,kalau kamu sedih kerana berasa kurang disayangi kekasih hatimu..nanti dulu..jejaka,andai kamu terhiris dengan kecurangan wanita pujaanmu..berhenti sejenak..hanya kasih sayang DIA membuat kamu bahagia dunia akhirat.

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 

20 November 2016

Tidak Perlu Banyak

8:31 PM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TIDAK PERLU BANYAK || Hendak memberi tidak perlu tunggu banyak..walau sedikit syaratnya betul-betul ada keikhlasan untuk memberi..baik sedekah mahupun hadiah..

Free heart
Google image 

Doa..jangan terus beranggapan setiap orang yang kita lihat itu sentiasa mengharapkan bantuan kebendaan..tidak..ada segelintirnya lebih memerlukan doa daripada kita..ingat,doa itu setajam-tajam senjata umat Islam..boleh memberi impak luar jangka.

Memahami..dalam sesetengah situasi..adakala cukuplah insan sekeliling belajar untuk memahami dan menghormati..kerana itulah yang sangat-sangat didambakan oleh tuan punya diri..

Mendengar..tidak semua daripada kita mampu menjadi pendengar yang baik,jujur dan ikhlas..hendak dapat pakej pendengar yang A++ sangat susah..kerana dengar dan sebar itu sangat ramai berbanding yang limited edition dengar dan simpan..jadilah limited edition..

Tidak semestinya yang gempak itu yang terbaik..kadang yang mudah-mudah juga mampu dan cukup memberi kesan mendalam..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari  redha Allah 

Keputusan

8:00 AM 8
Keputusan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KEPUTUSAN
Membuat keputusan..memberi keputusan..meminta keputusan..KEPUTUSAN?..sebolehnya biarlah ada nilai PERSEFAHAMAN,PERSETUJUAN kerana redha meredhai itu menarik keberkatan.🌸Perdu Cinta🌸

19 November 2016

Troli Besar Isi Cuma Seraga

4:32 PM 5
Troli Besar Isi Cuma Seraga
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TROLI BESAR  ISI CUMA SERAGA || Alhamdulillah ada sedikit beli  lah sedikit..ada lebih boleh beli lebih sedikit..bukan mudah hendak set minda dan hati supaya sentiasa bersangka baik..sebolehnya cubalah.

Masalah...ibu kucing pun ada masalah...itu belum ayah gajah lagi..apatah lagi kita manusia..bezanya kecil atau besar sahaja masalah yang dihadapi..dan bagaimana cara untuk mengatasi..lain padang lain belalang,,lain orang lain kaedahnya.

Sasaran..bila pandangan dan nafsu bersatu dan bersetuju..ianya tidak juga dapat membantu andai kudrat tidak sebegitu..caranya satu..ukurlah baju ditubuh sendiri..inshaAllah selamat diri..

Siapa pun kita..adakala kita tidak mampu untuk mentadbir segalanya bersendirian.Tahap kemampuan yang sangat terhad itu satu cara buat kita sedar kita ini bukan sesiapa walau mungkin kita adalah "seseorang"..pada pemerhatianNYA..hati dan amalan yang membezakan satu sama lain..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari  redha Allah 


Tidak Dinafi

8:00 AM 5
Tidak Dinafi
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


Tidak dinafi setiap kita punya rentak dan gerak tersendiri..awak..awak..dan saya..saya..betullah tu..cuma kena ingat..kadangkala kesannya turut dirasai satu sama lain..jangan kata Allah SWT zalim,,sedangkan kita sendiri yang mencipta dan mengundang kezaliman itu..🌸Perdu Cinta🌸

18 November 2016

Pilih?..Sila Cerewet..

2:22 PM 14
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Image
Google image 


PILIH?..SILA CEREWET.. || Ada orang sangat cerewet..perfectionist..yang ada sederhana sahaja..ada juga yang sangat-sangatlah easy-going..PC kategori yang mana...bergantung pada situasi dan masa..adakala PC cerewet pada sesetengah perkara namun dalam banyak hal toleransi itu sangat digalakkan..inshaAllah. .amin..bila kita memudah..orang lain juga memudahkan kita.

Perlukah cerewet🙆😏..kita terdedah dengan pelbagai macam dan jenis pilihan..baik..buruk..positif dan negatif..fakta..auta..banyakkan..ada secara nyata tidak kurang dengan gaya dan cara berselindung..dalam situasi sekarang ini cerewet dalam membuat pilihan itu dirasakan perlu..terutama golongan dewasa yang menjadi tauladan generasi Y.

Jangan terus menolak..tidak perlu ambil semua....yakin ianya bermanfaat ambil dan amal...tidak yakin sila tolak ketepi..separuh hati cuba rujuk pada yang lebih mahir dan mengetahui..dalam apa pun situasi berpada-pada itu sangat perlu..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari  redha  Allah 

Keinginan Itu..

8:30 AM 9
Keinginan Itu..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KEINGINAN ITU..Ada waktu membuatkan seseorang tidak menjadi diri sendiri..menghalalkan cara dengan menolak ke tepi hukum yang telah nyata..menjadi keliru dengan identiti diri ke mana sewajarnya harus diikuti dan diri tersasar sendiri..tidak mengapalah kalau pernah rerhumban ke lembah gelita..bangkit dan hidupkan pelita biarpun dengan sekecil cahaya..🌸Perdu Cinta🌸

17 November 2016

Apa Pun Terima

8:24 PM 7
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

APA PUN TERIMA || Tidak semudah bercakap..PC akui sangat sukar untuk kita hadam satu-satu perkara yang agak berat untuk hati dan fikiran terima lebih-lebih lagi jika yang berlaku itu tersasar daripada apa yang diharapkan..

Kenapa harapkan A tapi dapatnya B..usahanya kita..doa pun kita..tawakkal juga kita..tapiiiiii..hakikat sebenar A itu tidak lain dan tidak bukan Allah SWT yang paling terbaik menentukan..jadi jangan terkejut kalau tidak A dan bukan B juga yang kita dapat,sebaliknya C..pada kita C itu corot..tapi bagi Allah C itu cemerlang untuk kita..begitulah kehidupan.. 😊🙆🙌

Image
Google Quote 

Tahniah untuk semua...hari ini keputusan UPSR diumumkan..apa pun keputusan yang diperolehi..acik PC doakan kalian tetap bersemangat untuk terus mengorak langkah menjadi insan yang teguh pendirian dan kental hatinya..kalau hari ini kamu berasa rebah..tidak mustahil esok kamu boleh bangkit  dan berlari..andai hari ini kamu mampu tersenyum gembira kerana usaha membuahkan hasil..bersyukur..jaga-jaga kerana silap percaturan takut terluka..

Letakkan Allah itu sentiasa A dihati kita..inshaAllah..bantuan itu tiba tanpa diduga..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari  redha Allah 




Teruskan Mengenali

8:00 AM 6
Teruskan Mengenali
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Tidak mengapa jika saat ini ianya baru sahaja bermula..jangan gusar..teruskan..lagi dan lagi...mungkin hari ini merangkak..tergagap..dan terkedu hujung lidah..biarkan..ianya satu permulaan..jangan hentikan..jangan ada rasa mahu mengalah..

Tidak mengapa kalau kali ini juga tiada irama yang lunak merdu..biar sekadar untuk pendengaran sendiri..itu sudah memadai...alhamdulillah...andai sebelum ini sekadar bunyi bukalah langkah baru..untuk lebih mendekati cuba fahami maksud dari segenap sisi..usaha pelajar lebih mendalam lagi supaya dapat diperbetul khilaf sebelum ini..

Teruskan mengenali..untuk yang ini tiada istilah rugi sebaliknya jalan untuk mewahkan diri..lebih banyak ianya dialunkan lebih banyak rasa rasa bahagia itu bercambah..bicara seorang hamba dengan Tuhannya..laluannya adalah kalamullah..Al Quran..silakan..

💖Perdu Cinta💖



16 November 2016

Kata Abah..

3:27 PM 10
Kata Abah..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KATA ABAH || "Burung Merbok..Burung Terkukur..ada banyak kat pokok-pokok keliling rumah kita ni..cepat teka lagi satu burung apa yang tak ada?"...eh ni teka teki ke..hihihihi...*abah (FIL PC) cari peluang nak mengenakan anak-anak*...Burung Merpatiiiiiiiiii!!!!!...*anak-anak jawab*....haaaaaaaaa betul..pandai...jadi apa kata abah......"kalau nak tahu pasal burung merpati tengok tenet katanya..sambil tersengeh abah kata kat tenet tu macam-macam ada..betul petik saham syurga..silap petik faham-faham je"....*aduhhhhhh..macam kena rejam dengan tongkol jagung berguni-guni*

Burung Merpati(Columba domestica) mempunyai 310 spesis.Bentuk fizikalnya adalah  gempal dengan leher pendek, dan halus, paruh langsing dengan cere pangkal paruh berisi.Biji benih, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan menjadi makanan harian burung ini. Kebanyakkan burung ini berada di Indomalaya dan ekozon Australasia.

Keistimewaan..ya burung Merpati juga ada keistimewaan tersendiri..dalam satu-satu masa burung Merpati hanya akan bertelur sebiji hingga dua biji sahaja..benarlah mengapa frasa Merpati dua sejoli itu sering diguna pakai bagi membayangkan keakraban satu satu hubungan itu..simboliknya adalah kerana selepas bertelur merpati jantan dan merpati betina ini akan sama sama menjaga anak mereka dan akan meninggalakan sarang setelah 7 hingga 28 hari..baik Merpati jantan mahupun Merpati betina..kedua-duanya menghasilkan susu tembolok untuk memberi makan kepada anak mereka, dirembeskan dengan meluruhkan sel berisi cecair dari selaput tembolok mereka..*olahan PC : Sumber*

Setia..ok yang ini PC petik daripada kata-kata Cikgu Sains PC zaman sekolah menengah dulu..."Burung Merpati sangat setia kepada pasangannya..andai pasangannya mati,hilang atau tidak kembali..baik Merpati jantan mahupun Merpati betina yang masih hidup tersebut tidak akan mencari pasangan yang lain"..💖💖


image
Burung Merpati Utusan
Google Image

image
Burung Merpati Kayu
Google Image

image
Burung Merpati Putih
Google Image

*terima kasih ukhuuwah
#mencari redha Allah

Cari Dan Pimpinlah Daku

7:30 AM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

CARI DAN PIMPINLAH DAKU || Setiap daripada kita pasti ada sasaran tersendiri..visi dan misi..begitu juga seorang blogger..tidak kiralah separuh masa..atau sepenuh masa..pastinya ada sasaran tertentu untuk dicapai..inshaAllah moga Allah permudahkan niat baik kita semua..

Bukan mudah..apa-apa pun kerja pasti ada cabarannya..apa sahaja niat yang baik pasti akan diiringi ujian..bukan tanda Allah benci..tapi kerana Allah semakin sayang..terimalah dengan hati yang lapang..

Eh betul ke..hari demi hari..adakala tersasar sendiri..buntu itu tentu..termenung sendiri..dalam kelesuan dan ketandusan mencari dan mencerna  idea..alhamdulillah..*PC sekadar perantara bait-bait kata..menggunakan jemari yang ada..menghurai setiap idea..hakikatnya SEMUA daripadaNYA..milik DIA juga..alhamdulillah..*
Cari Dan Pimpinlah Daku

2020 post..bangga?tidak..kerana takut lebih banyak tercipta dosa berbanding pahala..suka?alhamdulillah ya..kerana dari blog ini PC dikurnia ramai ukhwah yang berhati mulia,baik bahasanya,luhur hati budinya,penuh ilmu bermanfaat untuk dikongsi bersama..

Satu saat nanti..bila semua sudah tidak lagi memperdulikan satu sama lain kerana terlalu bahagia merasai nikmat syurga..tolehlah sedikit mencari diriku..mungkin saat itu diriku berada dilingkungan azab yang paling pedih..serulah namaku..sebutlah dihadapan Allah sedikit kebaikkan yang pernahku kongsikan..ya saat itu cari dan pimpinlah daku wahai teman..biar pun diriku pendosa namun hatiku terlalu besar untuk menghuni syurga..🌸Perdu Cinta🌸
*terima ksih ukhuwah
#mencari redha Allah

15 November 2016

Sewajarnya Kita

1:58 PM 8
Sewajarnya Kita
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Buah dadu dilambung tinggi
Bilangan enam itu yang dinanti-nanti
Wahai wanita yang menjadi suri hati
Siapkan diri menjadi bidadari di syurga nanti

Burung bangau terbang tinggi
Berjalan didarat pun nampak tinggi
Suci wajah puncanya hati
Sadokan akhlak cantikkan perkerti

Menyeberang parit lalu titi
Titi diperbuat dari kayu meranti
Jangan diluah semua apa dihati
Simpan sedikit untuk diri sendiri 

Pergi kebun petik meranti
Emak di rumah risau menanti
Sayangilah diri sendiri
Jangan mengharapkan orang lain belum pasti

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah 😊

Eh Sesuatu Muncullah

12:28 AM 15
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

EH SESUATU MUNCULLAH || Sebelum ini agak  lama juga PC jarang kemas kini  blog..ada juga satu dua entri yang dikongsi tetapi berselang hari yang sangat jauh..dan sekarang macam mencari rentak baru untuk aktif semula berkongsi ceritera..baik ambil..buruk jentik jauh-jauh ya..

Baru perasan dia ada..mungkin kawan-kawan sudah mahir dan jemu untuk menggunakan sedangkan PC baru perasan kehadirannya...maka lebih mudahlah untuk mengeskpretasikan emosi dalam entri selepas ini...


Eh sesuatu muncullah

Eh sesuatu muncullah

Eh sesuatu muncullah

Eh sesuatu muncullah

Pilih yang baik-baik..moga kebaikkan itu sentiasa mengelilingi kita..amin...

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 




14 November 2016

Dalam Waktu Sama

11:52 PM 2
Dalam Waktu Sama
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

DALAM WAKTU SAMA || Ibaratnya sudah jatuh ditimpa tangga...pepatah ini bila mana musibah melanda secara serentak atau pun bertali arus...betul tak..pastinya yang luka bertambah luka..yang sakit bertambah sakit..namun semua mana mungkin berlaku tanpa izinNya..berdoalah moga Allah permudahkan semuanya..amin..

SUPERMOON...
Sembang dengan mama dan babah ditelefon
PC : Babah mama malam  ni jangan  lupa tengok supermoon..
Babah/Mama : Apa mun?..aah mak mun dah lama meninggal..lakinya pun baru meninggal *masa ni talian tenggelam timbul*
PC : krik..krik..krik...bukan mak mun..tu mak mun...ni supermoon..bulan nampak lebih besar kerana lebih dekat dengan bumi..
Babah : oooooo..babah dengan mama ada dengar dengar juga..tapi hujan lebat ni kat kampung..mengelamun jelah nampaknya ni..Allah beri untuk semua..tapi rezeki tu masing masing punya bahagiankan Jua...🙆

Rezeki dan bahagian masing-masing...seorang ibu masak untuk seisi rumah...ada yang dapat makan lebih...ada yang kurang sedikit...atau mungkin langsung tidak dapat walau menjamah sesuap pun..niat ibu itu untuk semua namun rezeki itu masing-masing.. begitu juga Allah memberi kepada semua namun berbalik kepada takdir dan rezeki masing-masing juga..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 



Dalam Satu

10:42 AM 14
Dalam Satu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

DALAM SATU...
Senaman..ketenangan jiwa,,fikiran,,berbicara dari hati,,tajamkan tumpuan..ya ianya dalam SOLAT..tunaikanlah..

Membersihkan,,meluaskan,,malahan menambah juga..maka cubalah BERSEDEKAH..usahakanlah..

Lebih banyak ianya disebut..lebih terasa bahagia jiwa..bicara hamba dengan Penciptanya..umpama novel terindah..pelbagai kisah..untuk ummat..Al Quran itu..hayatilah..

🌼Perdu Cinta🌼

13 November 2016

Tak Rugi Pun

10:22 AM 19
Tak Rugi Pun
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Air tidak boleh bersatu dengan minyak..tapi air boleh memadam maraknya api..cuba mainkan peranan seperti air..bukan orang lain sahaja berasa nyaman..kita juga berasa damai..🌸Perdu Cinta🌸

12 November 2016

Ibarat Berguni-guni..Owh Belum Tentu

11:25 AM 1
Ibarat Berguni-guni..Owh Belum Tentu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

IBARAT BERGUNI-GUNI..OWH BELUM TENTU || Sepanjang hayat kita sudah berapa kilo beras yang dimasak kita makan.Sudah berapa kilo gula kita gunakan untuk bancuh dengan minuman..dan yang paling win bila orang tua-tua segelintirnya membayangkan betapa hebatnya dia dengan menyatakan dia terlebih dulu banyak makan garam..oleh itu jangan cuba membantah..*pening oiii bila apa yang kita cakap kena sailang atau dicaras begitu..mahunya tidak terkebil-kebil mata kita dibuatnya..*..

Ilmu Allah itu tersangat la luas..begitu juga ilmu yang  boleh kita cari,,gali,,tuntut dan amalkan...sangat banyak...malahan semakin kita belajar semakin terserlahlah kekurangan yang ada pada diri sendiri..umur atau jangka hayat kita bukan penentu bahawa kita tahu atau tidak tahu banyak perkara..kerana setiap orang kebolehannya tidak sama..keistimewaan masing-masinglah..

Saling menerima dan menghormati..kita tidak sentiasa betul..dia pula tidak selalu salah..timbal balas..dengar,tafsir dan hadam betul-betul dulu...jangan terus  dibuang melulu..dalam apa pun situasi,,hubungan atau perkara..kerana siapa pun kita ini sentiasa terdedah untuk lakukan kesilapan..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari  redha Allah 

11 November 2016

Berdesup

7:47 PM 9
Berdesup
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BERDESUP || Bila sebut sahaja berdesup boleh bayangkan tak kelajuannya..kalau di lebuhraya lorong sebelah kanan..ya itu memang laluannya..kadang kalau angin sasau sampai bulan mengambang,,jangan pelik la lorong kiri,,,tengah..pun dibuat lorong berdesup..yang melatah...memang tercungaplah jawabnya..asyik terkejut sahajakan..bila kereta depan lambat atau tak beri laluan mula hon bertalu-talu..sabar ya...sabar..

Lebih bersemangat..macam-macam cara dan pendekatan boleh kita ambil untuk tingkatkan semangat yang kian merudum..ikut kesesuaian diri masing-masing..yang ada dapat sebiji gula-gula pun mood dah kembali ceria..tidak kurang yang perlu mengambil masa yang lama..tapi bila semuanya kembali pulih tidak mustahil berganda-ganda semangat untuk lunaskan apa sewajarnya.Lebih segar,lebih bersedia dan lebih berkeyakinan.Apa yang lebih pentingjangan pernah lupa untuk minta daripadaNYA.

Berbeza-beza..cara kita mungkin sama namun niatnya berbeza-beza..PC sendiri perhatikan dan dapat rasakan..selain medium-medium penyebar maklumat yang lain..blog juga salah satu medium penyebaran maklumat sama ada formal mahupun santai yang boleh dikategorikan berdesup..lebih-lebih lagi  terlalu ramai blogger yang pantas,tangkas dan tuntas dalam berkongsi idea dan kisah..alhamdulillah bagus..itu bermakna neuron-neuron diminda semakin berhubung dan mengembang..yang penting sebagai pembaca kita wajar bijak memilih dan mentafsir  manakala sebagai blogger mesti cerdik mengasingkan apa yang bakal dikongsikan..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 



Tetap Manusia

10:45 AM 5
Tetap Manusia
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TETAP MANUSIA || Salam Jumaat semua.Macam baru Muharram,,ya hari ini dah 11 Safar 1438H rupanya..alhamdulillah..panjang umur..ada izin Allah..lebih kurang 7 bulan lagi..countdown la..sebenarnya dah tak lama..R A M A D H A N...inshaAllah..amin..

Apa pun yang berlaku..bagaimana sesuatu itu berlaku..SEMUA atas izin dan kehendakNYA..sakit tidak pernah memilih status,,dugaan tidak pernah memilih pangkat atau darjat,,setiap kita pasti merasai warna warni kehidupan..jangan pernah rasa terlalu istimewa di pandanganNYA sebaliknya sediakan tempat yang paling istimewa  untuk DIA di hati kita..kemudian nikmatnya bakal hadir..🌹Perdu Cinta🌹
*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 

10 November 2016

Jangan Kacau Buku Orang

11:53 AM 5
Jangan Kacau Buku Orang
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JANGAN KACAU BUKU ORANG || Menginjak dewasa rasanya semua daripada kita mulai faham dan sedar bahawasanya kita ini berpegang pada janji sedari alam rahim lagi..janji dengan PENCIPTA.Sedikit demi sedikit belajar untuk menjadi baik dan lebih baik dalam segenap aspek..inshaAllah.PC percaya setiap daripada kita telah Allah SWT persiapkan dengan "buku takdir masing-masing"

Tidak semua muka suratnya putih,rapi dan cantik..kehidupan ini acapkali diumpamakan seperti roda...roller coaster..air laut..adakala di atas dan adakala di bawah..kadang surut tidak kurang pasang.Hakikatnya begitulah..itulah kehidupan yang daripadanya kita kutip dan kumpul pengalaman.Yang pahit tidak usah terus dilempar jauh..yang manis jangan terus dihadam sebaik-baiknya..

Lebih baik sama-sama menjaga.Bila kita simpan rapi aib orang,Allah juga tutup rapi aib kita..dan Allah juga jentik hati orang lain agar tidak perkosa aib kita..adilkan..kan..kan..ya mungkin hari ini kita sudah berubah lebih baik daripada kita yang dulu..namun itu bukan tiket dan lesen membenarkan kita untuk membenam dan memperdagangkan maruah orang lain..jangan lupa buku kita..muka surat dahulu biarpun bertahi lalat dan lusuh,,tetap tercatat dan tersimpan.

Mungkin hari ini kita membenci seseorang..siapa tahu sebentar lagi 10 orang tidak menyukai kita..jadilah pemula dan pencetus kepada aura kebaikkan..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 

09 November 2016

WW || Eh Tak Sombonglah

1:00 PM 22
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

WW || EH TAK SOMBONGLAH -"Dedebukkk"..*aduh..macam kena hempap dengan seekor anak gajah*..pernah ke..over ko PC..hihi.."sombong gila ko kan".."ko tak tegur pun aku".."hoi poyo".."ko juling ke hapa,naik menggelebeh ketiak aku lambai ko,buat bodo je"..


Maafkan saya..kerana saya
 ra alif ba wau nun
hihihihi.................

image
Ingatan...amaran untuk kita sentiasa perbetulkan diri..biarpun pandangan sedikit kabur namun Allah masih meminjamkan sepasang mata untuk melihat..alhamdulillah..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 

Singgah

8:00 AM 10
Singgah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Kegembiraan..kesedihan..kesusahan..kesenangan..bersilih ganti..datang dan pergi..dan begitu juga kita ini..hanya berhenti singgah di dunia ini hingga satu tempoh waktu yang ditetapkan sebelum meneruskan perjalanan ke alam dan dunia yang kekal abadi selamanya..-Perdu Cinta-

08 November 2016

Tajuk Itu Memainkan Peranan

8:50 PM 11
Tajuk Itu Memainkan Peranan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

Image
Google Image

TAJUK ITU MEMAINKAN PERANAN || Seperti niat..ianya umpama rangka bagi tubuh..lurus tulang belakang maka tegaklah tubuh kita..begitu juga bingkai bagi gambar..jika cantik bingkai gambar itu maka lebih berserilah gambar yang dipamerkan..sedaplah mata yang memandang..

Menjadi tumpuan dan kata kunci untuk menarik minat..novel..majalah..surat khabar,,malah entri di blog sendiri lazimnya tajuk itu sangat di "highlight" kan..kerana ianya menjadi tumpuan utama pada mata yang memandang..jadi tidak hairanlah mengapa pemilihan tajuk yang menarik itu tersangatlah penting..psikologi la kiranya..dari mata turun ke hati..cewah..

Demam drama,filem,teater adaptasi novel yang semakin berlarutan..tidak ada salahnya..daripada penulisan dikembangkan pula dalam bentuk lakonan..tambahan pula digarab dengan baik maka hasilnya juga tidak mengecewakan ditambah dengan jalan cerita dan pengarahan yang bukan kosong..baik untuk pelakon juga penonton..cuma sewajarnya kitalah mesti bijak memilih dan tidak terpedaya dengan waktu..

Waktu itu sangat berharga kerana itulah ianya jangan dibiarkan berlalu dengan sia-sia..*eh,,jangan kata PC tak pernah bazirkan waktu..itu dusta..terlalu menjaga waktu..itu auta sangat..tidak..itulah hakikatnya..kerana PC pun sedang bertatih untuk menjadi lebih baik*..syarat betulkan tajuk utama dalam kehidupan kita..kerana DIA,,untuk DIA,,

*terima kasih ukhuwah
#mencari redha Allah

Hakikatnya Kita Sentiasa Memerlukan

4:30 PM 6
Hakikatnya Kita Sentiasa Memerlukan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

HAKIKATNYA KITA SENTIASA MEMERLUKAN || Kita dijadikan berpasangan..baik manusia,haiwan mahupun tumbuhan.Fakta bukan auta..yang auta bila kita kenkonon nak menongkah arus..lain dari yang lain kekdahnya..kalau sekadar suka-suka tapi libatkan hukum bahaya dik non..kak non..pak non..*bak kata orang jawa..heee merinding..(meremang bulu roma)*..kalau ditakdirkan kita tidak temui pasangan kita di dunia..mungkin dia sedang tunggu kita di syurga..kalau perkara baik yang kita harapkan dapat di dunia namun tidak kita perolehi..in sha Allah mungkin di syurga nanti..*bersangka baik pada Allah*

Bersangka baik dengan Allah SWT yang sememangnya A dalam merencana takdir hamba-hambaNYA..bukan mudah..bagi PC bukan satu perkara mudah untuk kita set hati dan minda menjadi putih-putih melati kerana nafsu dan syaitonnirajim sentiasa mencari dan mengisi peluang yang ada bila sedang asyik kita terlalai..itulah cabaran dan pesaing kepada iman kita..oleh itu jom kita seiringkan iman dan amal supaya menjadi benteng.

Binalah seteguhnya benteng..hidup mahupun mati kita ini sentiasa memerlukan insan disekeliling kita untuk membantu..siapa pun kita,di mana pun kita berada..ya kita sentiasa memerlukan orang lain..begitu juga orang lain memerlukan bantuan kita..cuma asbabnya kita tidak pernah tahu..dengan siapa bakal kita bertemu dan berurusan juga tidak kita ketahui..pergerakkan itu hanya DIA yang tahu..dalam keterbatasan kudarat yang ada berdikit-dikitlah padam rasa yang hitam itu..kerana saat nyawa sudah terpisah daripada jasad hanya jiwa-jiwa yang hidup dengan ihsan akan menguruskan kita dengan izinNya..amin..

*terima kasih ukhuwah 
#mencari redha Allah 

Apa Adanya Tetap Nikmat

9:11 AM 6
Apa Adanya Tetap Nikmat
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


Wahai wanita solehah,cukup niatkan ingin berasa cantik itu kerana Allah..niat itu umpama acuan yang membentuk hati agar bijak memilih dan bertindak..Wahai jejaka..pandanglah kecantikkan hati pada wanita yang bakal atau sudah dinikahi..kerana kecantikkan luaran itu mungkin mampu memperdaya.🍓Perdu Cinta🍓

07 November 2016

Tidak Mustahil

8:48 AM 4
Tidak Mustahil
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


Bila ada yang sedang menyakiti kita,,cuba memaafkan dan berusahalah tidak berdendam..fikir sejenak..mungkin kita sendiri lebih banyak menyakiti orang lain tanpa kesalahan itu didendangkan..
🍒Perdu Cinta🍒