02 May 2017

Dalam Gembira Ada...

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


DALAM GEMBIRA ADA... || Rasa gembira itu nikmat.Hadiah daripada DIA untuk kita hamba-hambaNYA yang sentiasa taat pada setiap suruhan dan laranganNya.

Dalam Gembira Ada...
Google image 

REDHA.Bukan macam pisang celup tepung kemudian masuk dalam minyak panas...2...3 kali terbalikkan kemudian angkat dan makan..redha tidak semudah itu.Cakap,,sebut sungguh mudah.Namun redha itu walau pahit diawalnya,,insyaAllah hujungnya terasa nikmat melebihi kemanisan sekontena gula.

AIRMATA.Terlalu gembira menangis..kalau sedih tak usah cakaplah..memang menangislah..bezanya rasa sedih itu ditunjukkan atau dipendam sampai benyek...yang parahnya hati...baik nangis sampai bengkak kelopak mata..kan itu terapi..dengan syarat jangan berlarutan..

TERAPI.Macam-macam boleh kita terjemahkan rasa gembira dihati..ada yang bersedekah...ada yang ukur...cuci mata di pusat membeli belah..ada yang melancong..dalam gembira itu ada terapi...kalau betul dikompaskan...baiklah jadinya..

KETENANGAN.Bahagia.Rasa yang memudahkan setiap perkara..cuba satu hari tu hati kita tak gembira...tak tenang...pasti banyak perkara serba tidak kena...serba serbi canggung..tawar dan hambar..


Gembira  itu hadiah..sedih itu amaran...jangan sampai terlalu kejar kegembiraan dunia,,kita menangis berpanjangan disana..
*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi  
♡ Ramadhan kian mendekat 

9 comments:

  1. gembira selalu dalam hati, insyaALlah mudah semuanya

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Berpada2lah menunjukkan kegembiraan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sederhana itu lebih baikkan Pakcik..

      Delete
  3. memang payah dengan perkataan redha tu.
    mulut boleh berkata2.. tapi tang hati tu.
    Allah bimbing kita terus inysllah.

    ReplyDelete
  4. RASAKAN GEMBIRA DI HATI SELALU HIDUP PUN OK

    ReplyDelete
  5. Sentiasa redha dan bersyukur pun mampu membangkitkan jiwa yg sentiasa gembira.. subhanallah walhamdulillah :)

    ReplyDelete
  6. jgn terlalu gembira.
    bila sedih, jgn patah hati.
    tiap satu tu Allah jadi kan bersebab, kan :)

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..