31 August 2017

Noktahkan

9:58 AM 2
Noktahkan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

NOKTAHKAN

Gembira.Riang.Berbahagia.Semua tidak lama.Seketika bila ianya dinikmati daripada derita dan air mata orang lain.
Aku.Kau.Kita teruja untuk tahu.Atau lebih mudahnya suka ambil tahu akan hal yang tidak sewajarnya yang kalau tertimpa pada diri sendiri pun kau tidak suka kalau orang lain ingin tahu.

Mengasak.Mendesak.Berasa hebat menjadi yang pertama tahu.
Pernah rasa menyampah bila dipaksa lakukan apa yang tidak kau sukai.Begitu dia yang sedang kau selusuri.

Wajah bersahaja.Menjawab pun seolah tiada apa.Jangan disangka jiwanya tidak terluka.Walhal sedingin air telaga.Atau mungkin lebih dari itu parahnya dari yang kita teka dan sangka.
Rasa ingin tahu itu jangan mematikan rasa belas.Jangan menjadikan kita rakus dalam halus.Berbasa basi.

Mencari kebenaran.Meleraikan yang tersimpul.Niat yang bagus.
Niat tidak semesti tertunai.Hajat tidak semesti terlihat.Fungsikan otak.Setiap tindakkan yang bakal diambil beratnya ke mana.
Membaikkah?.Memburukkah?.PENERIMAAN ORANG TIDAK SAMA.
Satu niat yang bagus belum tentu yang menyokong beratus.

Banyak pilihan.Maka pilihlah yang tidak menyakiti dan akhirnya diri sendiri sebenarnya minta disakiti.
Peduli.Pada dasar yang mana.Betulkan kembali niat dihati.Benarkah membantu atau sebenar meruntuh dan membantut.

Main peranan.Sama-sama insan.Sebelum satu saat berumah dua pacak nisan.Salinglah menjaga.Saling menutupi dan membaluti.Tidak usah sentiasa menelanjangi maruah sesama insani.Rezeki bermula daripada apa yang dilakukan.

Cukup sekadar yang baik dikongsi agar ada yang terinspirasi.Mana yang buruk diperbaiki bukan dijadikan benih caci maki.NOKTAHKAN.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 
Merdeka itu luas pengertiannya andai dihayati



30 August 2017

Menerangi

10:13 PM 6
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MENERANGI || Sebut terang terbayang silau cahaya.Lampu.Api juga membiaskan cahaya.Panas namun tetap berjasa ketika kecilnya.Indah terlihat saat ada yang ber"candlelight dinner" .. moga api cinta dan kasih sayang terus bercahaya.Sentiasa menyala terang.Amin.Sentiasa menerangi satu sama lain.InsyaAllah.

SENANG BILA MENYENANGKAN.Sedikit tapi ada keberkatan itu yang sering didambakan kerana di situ ada rasa kecukupan dan sentiasa mensyukuri.Bahagia bila membahagiakan itu nikmat.Nikmat bila menerangi sebenarnya.

menerangi

TERSEDIA ADA.Banyak yang telah Tuhan sediakan untuk kita.Banyak yang telah dibocorkan.Bantuan itu terbentang luas.Terserah bagaimana kita manfaatkan untuk kepentingan diri di kehidupan yang kekal.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


Nanti .. Fikir Dulu

8:35 AM 1
Nanti .. Fikir Dulu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


NANTI .. FIKIR DULU || Kalau ada yang mengatakan ambil waktu untuk berfikir sebelum bertindak itu membuang masa ... biarkan.Silap.Adalah sangat wajar pertimbangan dilakukan.Nekad itu perlu pada sesetengah perkara.Kalau kita boleh minimumkan masalah dengan berfikir sebelum bertindak ... mengapa tidak.

Terburu-buru itu nafsu...

PENYUMBANG YANG BAGAIMANA.Sumbangan yang hendak diberi bergantung pada keperluan dan kehendak situasi saat itu,atau sepanjang situasi itu memerlukan.Tidak semestinya kebendaan,terserah pada tahap keterdayaan penyumbang itu juga.Tiada yang memaksa dan tiada rasa terpaksa.Saling redha.Saling berlapang dada.Berlainan kisah bila diminta atau secara sukarela menyuarakan serta berkongsi pendapat..MESTI LEBIH berwaspada.Ada suntikkan modal di situ.Untungnya lebih besar atau ruginya lebih berganda.Modal itu tidak juga bererti kebendaan.Lebih daripada itu.

LETAK DIRI DISITUASI ITU.Tidak mengalami bukan bermakna tidak boleh cuba memahami.Ya,cuba memahami.Kalau hendak belajarlah memahami.Jika sebaliknya.Terserah.Kunci mulut,tidak usah bicaranya seolah tahu segala.Terlajak!.Istighfar.Pengampunan dariNya sentiasa ada.

Nekad ... terus meluru.Tawakkal mula awalnya penuh hikmah.Pilihlah laluan mana lebih mententeramkan minda dan jiwa.


*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


29 August 2017

Tidak Semua Mengikut Musim..

8:30 AM 1
Tidak Semua Mengikut Musim..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


TIDAK SEMUA MENGIKUT MUSIM || Dengar anak-anak jiran bersembang,risau katanya nak periksa,musim peperiksaan sudah bermula.Si kakak dan abang pula musim juga,musim cuti semester.Eh tak kalah,pakcik makcik pun mula juga edar kad undangan,nak kahwin rupanya.Begitulah kitarannya kehidupan kita.Dan ... dan ... musim buah-buahan juga sedang kencang di sana sini.Alhamdulillah.

SIHAT DAN SAKIT.Bersilih ganti.Ketika tubuh kita sihat,,kita boleh lakukan apa yang kita hajati.Bebas untuk ke sana ke mari memenuhi apa yang direncana dan difikiri.Terserah.Ya itu disaat kudrat masih lagi ada.Namun sampai satu ketika tubuh juga tewas untuk terus bertahan.Sakit.Lesu.Tidak berdaya.Kita tidak boleh merencana saat bila sihat dan sakit itu datang dan pergi.Biar kita penuh disiplin dan teliti menjaga,kehendak DIA mengatasi segala-galanya.

HUJAN DAN PANAS.Dulu,musim tengkujuh atau musim panas..boleh dijangka kerana ia akan berlaku mengikut perkiraannya.Kalau beza pun mungkin sedikit.Tetapi kalau diperhatikan sekarang..tidak lagi begitu.Hujan-panas-kemarau-jerebu-banjir.Bila-bila masa sahaja boleh terjadi.Bersedia atau tidak perlu dihadapi dengan redha.Pengalaman itu menjadi "guide" agar tenang menghadapi situasi.

Banyak fenomena ber"musim" ... bertahan lama atau sebaliknya itu di luar pengetahuan kita.Terikut-ikut,mengikuti atau apa sekalipun pastikan ianya dilaluan yang benar.Namun satu hal yang perlu dipandang serius..tiada istilah mengikut musim dalam mentaati dan beribadah kepadaNya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



27 August 2017

Berjangkit...

8:00 AM 1
Berjangkit...
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


BERJANGKIT || Mula-mula si A kemudian si B.Kes diklasifikasikan sebagai berjangkit.Lazimnya pada penyakit.Lebih-lebih lagi kalau tinggal serumah.Batuk,selesema,demam ... mudah berjangkit virusnya sangat mudah tersebar.

REZEKI.Bulan ni T mengandung ... 3 bulan kemudian F pula mengandung ... eh tak habis lagi kisah ... H pun mengandung ... satu pejabat  lain bahagian.Macam setiap bahagian hantar wakil pula ya.Bagi yang sedang menanti-nanti dan berusaha ... masa inilah ambil peluang usap perut kawan-kawan ... moga-moga berjangkit,ambil aura dan ambil berkat katanya.Namun percayalah semua telah Tuhan aturkan.Rezeki masing-masing.

IKUTAN.Kalau timbul suatu yang baru atau agak asing dan berlainan pasti akan mudah tular.Dengan kadar paling pantas.Sahih atau palsu.Fakta atau auta sudah bukan menjadi tajuk utama dan pertama.Tidak menjadi masalah pada hal yang baik,namun akan timbul masalah pada perkara yang tidak baik.

Berjangkit bukan untuk membayangkan sesuatu hal yang tidak baik sahaja.Ada juga perkara-perkara bermanfaat yang sentiasa kita mahukan agar mendekat dan berjangkit pada diri kita terutamanya untuk menjadi makhluk yang sering dipandang olehNYA.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

26 August 2017

Diperhati...

8:15 AM 18
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


DIPERHATI ... || Ikut suka begitulah lumrah manusia.Adakala sengaja dilakukan.Ada ketika tidak diminta sebegitu rupa jadinya.Mohon diperhatikan ... atau memang ada sahaja yang sememangnya gemar untuk memerhati.

PEMULA ATAU PENAMAT.Jadilah pemula pada kebaikkan.Jadilah penamat pada keburukkan.Semua orang boleh lakukannya.InsyaAllah kita mampu.Mulakan daripada diri sendiri dulu.Macam tidak berkesankan.Silap.Sebenarnya diri kita ke mana pun sedang diperhati.Ini yang selalu dilupakan.

Diperhati
Google image 

KESILAPAN.Tidak dapat ditepis rasa salah sangka,kerana biasanya yang dinilai itu luaran.Tidak betul ... salah ... tidak wajar dan yang negatif semata terlihat dipandangan kita ... hakikatnya kita tidak tahu duduk hal sebenarnya.Hebat menjadi pemerhati sebenarnya diri sendiri diperhati.

Tingkah itu tersangat mudah dinilai.Bicara pula mudah ditafsir.Namun kedua-duanya boleh sahaja dikaburi dengan kebijaksanaan luar biasa.Tidak usah terjebak,jangan terpedaya pada yang lupa bahawa diri sebenarnya sedang diperhati.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

25 August 2017

Teruskan ... Rasa Jemu Tolak Tepi

8:32 AM 18
Teruskan ... Rasa Jemu Tolak Tepi
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TERUSKAN ... RASA JEMU TOLAK TEPI || 3 Zulhijjah 1438H.Alhamdulillah.Semoga semua dilindungi dan dilimpahi dengan keberkatan.InsyaAllah.Aminn.Salam Jumaat terakhir dibulan Ogos.Salam kasih sayang.Cuti sekolah pun telah bermula.Syukur.Moga walau tidak sekolah,anak-anak atau adik-adik tidak terus melupakan buku.Main...main juga...tapi buku jangan terus diperap.

Teruskan ... rasa jemu tolak tepi ...

KERJA OWH KERJA.Ada yang cepat dan mudah bosan.Lebih-lebih lagi sekiranya melakukan perkara yang sama setiap hari berulang kali. Tetapi kalau sudah namanya kerja sila tolak ke tepi rasa jemu.Terus fokus agar menjadi lebih mahir bukannya hilang fokus kemudian berhenti dan mencari pekerjaan lain.Boleh,kerja kemudian berhenti dengan tujuan untuk mencari pengalaman dan ilmu...dengan syarat sesudah bekerja dalam tempoh yang sewajarnya.Kerja 3 hari kemudian berhenti kerana bosan lakukan kerja yang sama...takut sebenarnya diri yang bermasalah.

TERUSKAN BERCAKAP.Diam itu lebih baik.Tapi dalam sesetengah bab,seandainya perlu untuk kita bercakap ... silakan terus bercakap.Lebih-lebih lagi dalam perkara kebaikkan.Sebar dan sampaikan dengan penuh hikmah dan istiqhomah.Bissmillah.Putihkan niat.Acuankan hati.

Satu hal yang tidak wajar kita lakukan adalah berhenti bercakap denganNya.Biarpun diluar waktu solat...sekadar di dalam hati,berbicaralah denganNya.Kalau kita ramah tamah sesama kita untuk menjaga ukhuwah,jangan kita sombong dengan DIA kerana ukhuwah utama kita mesti jaga adalah dengan DIA.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

24 August 2017

Jelas

8:10 AM 5
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


JELAS || Banyak yang telah ditunjukkan.Banyak juga yang telah dimaklumkan.Sebenarnya sudah sangat jelas daripada Tuhan kepada kita.Sayangnya yang jekas itu dikaburkan oleh diri sendiri.

Apa yang Tuhan sediakan untuk kebaikkan kita..sedang apa yang kita rasakan baik kadangkala ianya memusnahkan diri kembali.

Pen merah pen biru
Cikgu guna menanda buku
Walau berselindung dibalik kubu
Semua perkara Allah SWT tahu

Bangun awal lipat kelambu
Niat asal mahu berburu
Tidak tahu pergilah berguru
Agar tidak hanya melulu

Pergi temuduga berkemeja kelabu
Getar dijiwa berlibang libu
Hidup jangan sentiasa cemburu
Tingkatkan taqwa kawal nafsu

Bermula dari langkah yang satu
Disusuli dengan langkan beribu
Yakinlah pada DIA yang SATU
InsyaAllah damai dihati selalu

Jelas
Google image 


BUKAN HANYA KATA-KATA.Membantah tidak semata dengan kata-kata.."eh,tak kata pun begiti...bukti?..saksi?" ... bijaksana sangat.Perbuatan itu boleh dipandang,boleh dinilai...lupa ya..yang mencatat tidak pernah bercuti ... yang memerhati tidak pernah lena..satu masa diri sendiri menjadi saksi...moga nanti saat ditanya banyak ya pada kebaikkan bukan ya pada keburukkan.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

23 August 2017

Jangan Sembarangan...

8:43 AM 17
Jangan Sembarangan...
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


JANGAN SEMBARANGAN || Lihat diri kita.Renung dalam-dalam.Tuhan cipta kita bukan suka-suka.Tidak juga sia-sia.Hargai setiap inci ditubuh kita.Sayangi.SYUKURI SENTIASA.Tanpa alasan yang kukuh.Tanpa asbab yang membolehkan dan dibolehkan hukum dan syarak ... tolonglah,jangan mengubah dan tidak usah diubah.Mahu tapi keliru kerana dirasakan perlu ... cari yang benar-benar memahami dan boleh menjelaskan perihal hukum sebaik-baiknya dan SEJELAS-JELASNYA.

Terlanjur?..noktahkan langkah..kembali ke tempat asal...jangan malu untuk bertaubat..lebih malu jika terus terhambat.

"MAKAN BOLEH SEMBARANG MAKAN (pastikan halal dan suci la ya ... tak itu😉) ... TAPI CAKAP JANGAN SEMBARANG CAKAP" ...
Bila berselih faham ...bila tidak lagi sependapat ... nah,macam-macam pepatah keluar.Simpulan bahasa,,peribahasa,,silap-silap pantun dua kerat pun keluar.Itu lebih baik daripada mengungkit hal-hal yang tidak wajar di dengar.Besar pengaruh percakapan kita sebenarnya.

MASA YANG KE HADAPAN.Mungkin di saat kita sudah tiada itu sekadar jasad yang menyatu dengan bumi.Namun apa yang ditinggalkan itu boleh jadi berasa kesal dengan apa yang telah kita tinggalkan.Fikir juga,apa yang bakal kita tinggalkan.Untuk dihadap dan lakui oleh keluarga.Justeru jangan sembarangan kerana ada hal yang boleh membayangi dan menghantui terutama dalam perkara yang tidak enak dilalui.

Sejarah dan kenangan itu akan sentiasa diingati,mungkin juga akan diperdebat setiap inci..hati-hati.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

22 August 2017

Letakkan Diri Sepertinya...

8:19 AM 15
Letakkan Diri Sepertinya...
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

LETAKKAN DIRI SEPERTINYA || Alhamdulillah hujan turun membasahi bumi.Mungkin ada yang berkeluh kesah kerana berasakan susah untuk membuat pergerakkan ketika hujan ... namun percayalah ada yang sangat-sangat bersyukur bila mana hujan turun ... setiap rintik-rintik hujan itu nikmat ... hayatilah dan syukurilah setiap pemberian Tuhan.

SEKADARNYA SAHAJA.Hati kita rapuh,akan berasa sedih melihat orang lain sedih dan menangis.Kadang hati kita membara juga bila melihat orang lain melemparkan kemarahan.Tapi sejaug mana rasa yang bertandang itu bertahan lamanya.Sedihnya.Gembiranya.Marahnya.Kecewanya.Segala rasa yang ada.Tidak akan berasa rasa yang sama selagi hal tersebut tidak sendiri kita lalui.Tidak sendiri kita rasai.Benar,setiap hal telah Tuhan susun aturkan.Namun jangan pernah lupa ada sesetengah benda yang kita perolehi kerana daripada khilaf diri sendiri.

Jaga Tuhan ... yang lainnya pasti terjaga dan terpelihara ... inshaAllah.

NIKMAT YANG SANGAT SINGKAT.Kemarahan.Dendam.Hal yang menjurus ke arah lembah dosa ... nikmat yang sangat singkat akan dirasai pelakunya di dunia.Mudah yang akhirnya padah.Ringan yang penyudahnya berat.Luas yang sebenarnya sempit.Dirasakan kotor bukan?..namun buka mata hati seluas-luasnya ... jadi insan yang baru seperti seorang bayi yang baru lahir je dunia ... ingat Tuhan ... ingat Rasulullah SAW. ... ingat ibu ayah ... 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

21 August 2017

Bertepuk Tangan Dan Bersorak

9:14 AM 5
Bertepuk Tangan Dan Bersorak
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

BERTEPUK TANGAN DAN BERSORAK || Terimbas hari sukan sekolah.Dulu.Tapi indah untuk dikenang.Menjadi salah seorang ahli sukan sekolah.Aktif.Bak kata sahabat.Semua acara ada muka kau..kau lagi dan lagi..*budak-budak tapi gurau kasar..tak ambil hati kerana kami sahabat*.

Rumah sukan.Biru.Hijau.Kuning.Merah.Ada juga tukang sorak girl dan boy untuk setiap rumah pasukan.Pompom girl dan boy yang berpaling tadah.Bukan saja bersorak untuk pasukan sendiri.Terbabas juga sorak untuk pasukan lain.Kenapa?..Pelik?..jawabnya tidak..budak-budak baru nak ke fasa baligh dan mumaiyez..miang-miang keladinya ada dengan jerawat mula berani menampilkan diri sebiji dua..hui ... zaman dulu ... itu dulu,masa yang dinikmati dengan minda dan jiwa yang lurus.Moga sekarang juga begitu.

SEMANGAT.Berjuang.Untuk apa dan untuk siapa.Pastikan jelas.Sebaiknya dulukan semua kerana DIA Tuhan yang ESA.Bila diniatkan kerana DIA pasti tiada yang akan dibangkitkan.Tiada yang dipersoalkan.Niat itu menjadi garis dan tembok untuk melentur hati dan minda.Cukup Bissmillah.Pasti semangat yang ada penuh dengan ganjaran pahala.

SILAP SASARAN PADAH.Lontarkanlah apa pun pandangan.Dari hati.Dari minda.Benar dipihak kita.Belum tentu benar dipihak lainnya.Ramai yang akan bertepuk tangan dan bersorak.Sama ada kerana kejatuhan kita atau kerana kejayaan kita.Ketidakpuasan hati itu adakala hanya perlu dilawan dengan strategi bukan kata-kata yang dirasakan mantap berbukti.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



20 August 2017

Kemanisan ...

10:38 AM 4
Kemanisan ...
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

KEMANISAN || Sepanjang kehidupan seusianya hingga saat ini.Pahit manis bersilih ganti.Sesiapa pun.Tidak terhitung.Kalau kita melihat dia sering tersenyum dan ketawa .. tidak mustahil tangisannya lebih banyak namun tidak terlihat.Seandainya kesedihan sering terpamer diwajahnya .. bukan bermakna dia tidak bahagia atau gembira .. mungkin juga dia sedang sesali setiap dosa yang pernah dilakukannya.Diri sendiri dan Tuhan yang lebih MENGETAHUI.

CIPTA.Detik dan saat kemanisan boleh kita cipta.InsyaAllah.Ya,boleh semampu dan sedayanya kita seperti dan sekadar yang diusahakan.Tuhan akan sentiasa memberi.Sentiasa sebenarnya cuma dengan cara yang berbeza,kerana kemampuan penerimaan setiap kita tidak sama.Kerana usahanya pun jauh beza.

KEPAHITAN ITU PERMULAAN.Berapa ramai yang berjaya setelah berkali-kali gagal.Berapa ramai yang bahagia setelah banyak kali dibaluti derita dan duka.Bila sesuatu ujian dipandang dengah penuh hikmah,insyaAllah impaknya luar biasa.Bukan tugas mudah melentur hati untuk redha dan tawakkal disaat terbit rasa mahu berputus asa.Namun siapa yang boleh melakukan dia berhak untuk menikmati kemanisan yang selayaknya kerana Tuhan tidak pernah menzalimi.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

19 August 2017

Mendalam Sungguh Kesannya..

9:38 AM 12
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

MENDALAM SUNGGUH KESANNYA || Mata .. telinga .. hati dan minda menjadi tabungnya.Apa yang dilihat .. apa yang didengari dan apa yang dilalui dengan kerap maka lebih mantap ianya terakam dan terkesan dimibda dan dihati.Terutama jika ianya menjadi satu kelaziman yang berlaku sedari anak itu kwcil sehinggalah anak itu mula memahami.Kalau terbiasa dengan pengisian yang baik ... alhamdulillah ... kebaikkan itu akan berpanjangan dan berterusan.Jika sebaliknya,cuba berubah dan ubah.

Salam Sabtu semua ... mungkin ada yang masih bersantai di atas katil ... atau baru balik ber"jogging" ... tidak kurang yang sudah mula bertugas hari ini ... mungkin ada yang sedang bersarapan jugakan ... di rumah,di warung ... tidak menjadi masalah,nikmatilah dengan rasa syukur setiap rezeki itu.

Mendalam Sungguh Kesannya..

Jemput-jemput ikan bilis menu tradisi
Menjadi kegemaran PC sekeluarga
Walau di mana PC dan suami pergi
Juadah ini tetap dekat dijiwa

DIBAYANGI.Kisah silam itu ada nilainya tersendiri.Ada kekuatan dan aura yang berbeza.Ada sesetengah hal mudah untuk dilupa,ada sesetengan perkara akan semakin dalam dan segar bila semakin berusaha untuk dilupa.Bergantung bagaimana ianya bermula ... dan terserah juga bagaimana ianya dikendali.Sesiapa pun ... bertindak jangan melulu,fikir dulu kerana akibatnya adakala tidak terjangka pun kalau begitu.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

18 August 2017

Setiap Hari Itu Proses ..

8:42 AM 11
Setiap Hari Itu Proses ..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

SETIAP HARI ITU PROSES ... || Diam tak diam,dah Jumaat ketiga di bulan Ogos.Alhamdulillah atas limpahan nikmat.Terima kasih Tuhan.25 Zulkaedah 1438H.Setiap hari bumi dibasahi hujan.Bumi dan langit sedang saling berbicara.Hujan yang menghubungkan kedu-duanya.Nikmat untuk semua kecapi.

Salam Jumaat.Salam penuh kemuliaan dan keberkatan hendaknya.

Semalam itu semalam.Bawa kisahnya mana yang boleh disambung hari ini untuk di selesaikan.Keterbatasan itu ada pada kita.Ada pada PC.Kalau dirasa-rasa tidak berdaya untuk melunas satu-satu hal dalam satu masa .. bawalah ke hadapan ... itu bukan bermakna bertangguh atau jauh sekali tidak bersungguh.

Kenapa kita tidak boleh mudah untuk membuat kesimpulan..kerana manusia itu hatinya dijaga Tuhan.Hari ini begini dan mungkin esok begitu.Mungkin akan datang tidak terbayang di benak kita pun sebegitu jadinya.Setiap hari itu proses.Berilah peluang pada diri sendiri dan orang lain untuk perbaiki diri.Sokong dan dorong.

Jagalah hubungan kita dengan Allah ... jaga juga hubungan kita sesama manusia ...

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

17 August 2017

Kita Pemula ... Ayuh

9:23 AM 4
Kita Pemula ... Ayuh
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


KITA PEMULA ... AYUH || Menjadi perintis itu bukan perkara mudah.Kita kena memelihara segenap hal.Bukan sahaja perlu menjaga nama baik sendiri malahan nama pengasasnya juga perlu lebih dijaga.Kita perintis ... ya,selagi kita ini waris itu bermakna kita juga perintis .. meneruskan legasi kedua ibu bapa.Siapa pun ibu bapa kita.Sila jangan pandang sebelah mata.

Ibu ayah hadiah istimewa
Istimewanya luar biasa
Biar pun orang biasa-biasa
Tugas anak memartabatkan mereka

Besarkan hati lapangkan dada
Luaskan telinga jernihkan minda
Berbuat baik apa adanya
Jangan cepat melatah bila diduga

Tidak mudah mengubah manusia
Ada yang setuju tidak kurang bantahannya
Kalau tidak mampu ubah semua
Cukup sedikit sebagai pemula

Dayung sampan mudik ke muara
Berat terasa digagahi juga
Mahu kemanisan kentalkan jiwa
Kepada Tuhan serahkan semua

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



16 August 2017

31 Kali .. Tidak Cukup Lagikah ...

8:30 AM 14
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

31 KALI ... TIDAK CUKUP LAGIKAH || Nasihat.Peringatan.Amaran.Hukuman.Untuk memperbetulkan sesuatu kesilapan perlu berhikmah *cakap senang buat susah😅*.Tidak mencampuradukkan emosi kerana ianya akan lebih memburukkan keadaan.Bagaimana pun bukan kerja mudah untuk memisahkan emosi negatif saat marah atau sedang menasihati.Lebih-lebih lagi kalau yang dinasihati ibarat mencurah air ke daun keladi ... adoi la😠

BUANG RASA BOSAN.Agak-agaknya kalau dulu Rasulullah SAW cepat bosan menyebarkan dakwah ... apalah yang akan terjadi pada kita hari ini.SubhanaAllah.Kerana kegigihan baginda,kesungguhan menyebar dakwah yang diwahyukan,alhamdulillah kita ini hari ini dan kini kitalah perintis baginda.

KERANA SAYANG.Sayang manusia dengan cuba sentiasa memberi.Sayang Allah dengan menguji ... bukan kerana dengki atau benci tapi mahu hamba-hambaNYA sentiasa mendekati,mensyukuri dan mentaati.

Surah Ar - Rahmaan.Mengandungi 78 ayat.31 daripadanya adalah ...

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?


Semua milikNya.Kalau dihitung yang mana milik kita,hakikatnya tiada.Kalau saat ini ada yang sedang dibangga-banggakan...dimegah-megahkan...sementara ianya disamping kita.Berasa berjaya dengan usaha sendiri,,SEMUA juga dengan izinNYA.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

15 August 2017

Cabaran Sentiasa Ada..

8:03 AM 13
Cabaran Sentiasa Ada..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


CABARAN SENTIASA ADA || Saat terasa berat menanggung beban yang datang,rendahkan hati..dan rapatkan dahi pada tikar solat.Solatlah kerana itu sebaik-baik terapi..kemudian muhasabah diri..cabaran sentiasa ada..untuk semua..bahkan Rasulullah SAW sendiri pun Allah uji..

MENITI USIA.Bayi,kanak-kanak pun ada cabaran,cuma mungkin cabaran mereka ini lebih kepada ibu bapa yang mengurus segala keperluan mereka.Berbanding yang remaja,dewasa..pun ada juga cabarannya tetapi mahu tidak mahu berusaha menyelesaikannya sendiri.Kecuali dalam hal-hal tertentu.Memerlukan bantuan itu lumrah..lebih-lebih lagi bantuan dariNya.Sentiasa diharapkan.

RUMAHTANGGA.Sakinnah,mawadah,warahmah..impian setiap pasangan yang mendirikan bahtera rumahtangga.Tanyalah sesiapa pun,berkahwin pasti mahukan kebahagiaan dunia hingga akhirat.Hingga syurga.Kalau tanya ... pasangan itu jawab kahwih kerana nak berpisah,bercerai berai ... pasti ada yang tidak kena.Ya ... talak itu halal tapi dibenci Tuhan.Ya ... poligami itu dibenarkan namun tertakluk pada syarat-syaratnya,,bukan suka-suka.Dalam rumahtangga cabaran sentiasa ada.Adakala perlu mengalah..ada masa buat-buat kalah ... macam-macam rencah dan rasa.

PEKERJAAN.Persekitaran di tempat kerja itu bagaimana keadaannya di lihat bagaimana perjalanan pentadbiran dan pengurusannya.Lengkap serba serbi,mewah sana sini,cantik luar dalam itu bonus di tempat kerja.Bagi PC di mana pun kita bekerja walau sederhana tempatnya kalau pentadbirannya "success" ... itulah nikmat mencari rezeki.Tidak dinafi,cabaran sentiasa ada,bukan mudah untuk menyatukan hati..merapatkan saf sesama pekerja ... namun kalau pihak atasan atau majikan dan pekerjanya sentiasa menjaga ukhuwah ... semuanya insyaAllah berjalan lancar.

MASYARAKAT.Bermasyarakat tanpa had boleh berlaku masalah sosial.Tidak bermasyarakat ... diibaratkan "kera sumbang" ... mana yang dipilih,cabaran sentiasa ada.Ada masa cukup kita melihat dan menghindar.Ada waktu kita senyap tapi bertindak.Ada ketika kita mesti berbicara dan bertindak.Ikutlah kesesuaian ketika itu.Asal dengan cara yang betul,insyaAllah boleh diterima apa pun cara yang diguna.Pandai-pandailah bawa diri ketika bermasyarakat jangan sampai menjadi mangsa dan pemangsa.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

14 August 2017

Tidak Dinafi...Benarlah..

9:19 AM 10
Tidak Dinafi...Benarlah..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TIDAK DINAFI..BENARLAH || Dalam hidup kita,ada hal boleh dibantah..ada perkara jangan berani-berani cuba untuk diubah.Pendapat?..boleh,tapi sila juga berwaspada kerana hukum yang telah Allah SWT tetapkan itu tidak boleh diubah.Setiap boleh dan tidak boleh yang telah ditentukan itu bersebab.

TEPAT.Bantuan Allah SWT itu tepat pada tempat dan ketikanya.Kita tidak dapat merasainya sehinggalah beberapa hal yang berlaku buat diri mula sedar dan diharap segera mensyukuri.Tiada yang tanpa sebab dan alasan.Marah,sedih dan kecewa yang mungkin dirasai pada awalnya bertukar nikmat bila sedar akan hikmahnya.

PANTULAN.Bagaimana keseluruhan luaran kita,saat kita berdiri dihadapan cermin,begitu jugalah yang akan kita lihat.Sopan pakaian kita,sopan jugalah apa yang terlihat dicermin.Begitu juga dalam kehidupan.Bertindak saat ini umpama menyemai benih,,bakal menjadi sebendang sawah padi atau berekar lalang.

Kebaikkan yang kita beri,,kebaikkan juga yang kita dapat.InsyaAllah.

GUDANG NIKMAT.Di akhirat,gudang nikmat adalah syurga Allah SWT.Bagi PC,di dunia doa ibu bapa itu gudang nikmat.Redha Allah selepas redha ibu bagi seorang anak.Tidak percaya..cubalah.Hambar tanpa doa ibu bapa.Ada majisnya pada setiap ungkapan dan butir bicara ibu ayah kita.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

13 August 2017

Nikmatilah

9:11 AM 9
Nikmatilah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

NIKMATILAH || Bergembira itu terapi suatu rasa yang datangnya juga daripada Ilahi.Untuk hamba-hambaNYA yang pandai mencintai (cinta hamba kepada Pencipta)maka itu hadiah daripada yang mengasihi (kasih Pencipta kepada hamba).

Memanjakan diri tiada salahnya
Itu tanda menghargai
Apa yang utama mestilah berpada-pada 
Supaya diri tidak berperilaku lalai 

REZEKI.Sebut rezeki..huisss banyak.Luas.Malahan tidak terhitung.Lihat diri sendiri pun rasanya memadai.Berapa banyak rezeki yang Allah pinjamkan kepada kita.Nikmati dengan hemah dan berhikmah supaya kelak menjadi pembela dihadapanNya.Jangan sampai kita dicela gara-gara kufur nikmat.

JANGAN BERHENTI.Rasanya setiap kita ada cara masing masing untuk menikmati apa yang dimiliki.Mungkin bila kita melihat ianya seolah berlebih-lebihan sedang bagi dia itu sudah cukup biasa-biasa dan sebaliknya.Jangan berhenti nikmati apa yang ada ke landasan yang paling terbaik dan tepat sedayanya diri.

SYUKURI.Susah sebenarnya hendak terapkan rasa syukur pada diri.Namanya pun manusia yang bukan ma'sum (terpelihara daripada melakukan dosa)khilaf itu senantiasa mendekat.Namun begitu,cubalah besarkan hati untuk menghargai perkara kecil kerana itu juga tanda mensyukuri.

Hujung minggu bersua lagi
Ada yang santai ada yang beraktiviti 
Semakin banyak semakinlah disyukuri
Mudah-mudahan rezeki bertambah lagi

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

12 August 2017

Tertunda

1:59 PM 6
Tertunda
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

TERTUNDA || Alhamdulillah..hari Sabtu..19 Zulkaedah.Masih lagi kita di sini.Di muka bumi Allah menikmati apa yang cuma diusahakan.SubhanaAllah.

BANTUAN ALLAH SWT.Luas.Luas yang melebihi keluasan alam ini yang melingkungi langit dan bumi.Bantuan yang super banyak melebihi isi keseluruhan kerajaan dilangit dan dibumi.Kalau kita berasakan seronok menerima bantuan dari orang..sebenarnya orang lain itu sekadar perantara.Jika kita berasa sakit disakiti itu juga dari perantara.Semuanya dengan bantuan Allah..

Hikmah itu banyak.Ada yang mudah dirasakan..ada juga yang merasai nikmat hikmah setelah puas berasa sakit..dan keperitan..
KENAPA??!?.Bila apa yang diharap meleset.Persoalannya pasti KENAPA..Mempersoalkan itu wajar untuk kita lebih berasa puas,lebih-lebih lagi pada hal yang ingin sangat diketahui.Tanya dengan Allah SWT dalam setiap doa pasti Allah isyaratkan jawapan dalam pelbagai versi yang DIA ingini.Bagi kita,tidak berjaya mendapatkan sesuatu itu gagal.Tapi hakikatnya Allah tunda kerana Allah tidak akan menolak setiap doa-doa hambanya.. 

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

11 August 2017

Melangkah Dengan Bissmillah

7:54 AM 3
Melangkah Dengan Bissmillah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


MELANGKAH DENGAN BISSMILLAH || Sepasang kaki anugerah.Hargai sebaiknya.Hayunlah ke tempat yang membuat kita kaya raya dan mewah di sana kelak.Usahakan bagaimana pun caranya.

Kaki melangkah tersusun rapi
Berwangi-wangian ke taman syurga
Berlapang dada bersenang hati
Manfaatkan taman-taman syurga di dunia

KAWAL.Ada ketika sebelum kaki melangkah hati terlebih dulu melangkau.Baik atau sebaliknya apa yang di lintaskan,hanya diri dan Tuhan yang tahu.Begitu juga fikiran kita..ada masa jauh membayangkan hingga diluar kotak pemikiran.Bagus namun jangan lepasi sempadan.

MENCARI.Banyak perkara perlu dicari,diminta dan diusaha.PC suka menggunakan frasa "usaha"...kerana ada sebahagian daripada takdir kita Tuhan melihat sejauh mana usaha hamba-hambaNYA..Hendak buang tabiat buruk carilah jalannya.Mahu lebih mendekat Tuhan selusuru kalamNya.MELANGKAH DENGAN BISSMILLAH.


Jangan campuradukkan kebaikkan dengan keburukkan.Untuk kebaikkan menutupi keburukkan ianya memerlukan waktu..sedang satu keburukkan itu mampu melenyapkan 1000 kebaikkan.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



10 August 2017

Awas!! Ada Kesinambungannya Ya..

8:02 AM 8
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


AWAS!! ADA KESINAMBUNGANNYA YA || Filem kalau yang gempak,,yang menonton pasti harapkan ada bahagian dua,tiga dan seterusnya.Ditambah dengan hero dan heroinnya yang bijak menghayati watak dan bukan kerana paras rupa..huiiii pecah cermin mata anak dara gara-gara tersembul biji mata..😉*fanatik biar berpada*..yang lelaki mulalah terbawa-bawa..nak selamat bawa adik beradik..isteri atau ibu..peganglah tangan sampai keluar garam..bawa awek takut pegang tangan nanti menyala api.Bab-bab bersiri ni bukan sekadar drama ditelevisyen yang adakala sehingga beratus episod...malahan sedar atau tidak sebenarnya begitu juga dengan perjalanan hidup kita..

....awas!! ada kesinambungannya ya....

Awas!! Ada Kesinambungannya Ya..
Google image 


BERMULA DARIPADA SUAPAN. Penyakit bermula daripada perut.Darah daging ditubuh kita tumbuh juga daripada perut.Apa yang kita makan.Apa yang disuap ke mulut setiap hari,sedari pertama kali.Bayi dalam rahim ibunya mendapat nutrisi daripada makanan yang dimakan ibunya.Anak kecil yang disuap oleh ibu ayahnya juga merasai suapan pertama maka ibu bapanya perlu pastikan status makanan tersebut.Takkan nak bagi anak makan makanan kucing🐱 ya tak...mestilah yang berkhasiat dan sesuai dgn umurnya👶🙆.Penting sangatkah makan makanan yang halal dan suci?.....P-E-N-T-I-N-G lah.Sangat-sangat penting kerana ia mempengaruhi banyak hal.


Awas!! Ada Kesinambungannya Ya..
Google image 

BERAKHIR DENGAN KEMATIAN.Sesuatu yang pasti akan dilalui walau ditakuti.Bagaimana wajah disaat mengadap Ilahi.Bagaimana mahu menjawab 1001 soalan pada setiap apa yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan..subhanAllah.Amalan.Ya moga setiap ganjaran kebaikkan pada setiap amalan itu menjawab segala soalan dengan sangat cemerlang...amin.Namun sebelum itu...sebelum ke padang mahsyar..kehidupan bermula dari alam kubur.Ukuran lebar dan kedalaman yang sama pada sesiapa pun saat itu sebenarnya pada pandangan kasar manusia.Bezanya hanya sekujur jasad yang sudah tidak bernyawa itu saja yang mengetahui dan merasai.Luas atau sempit..terang atau gelap..wangi atau busuk..mewah atau miskin..bahagia atau derita sengsara.Saat makhluk dibumi yang masih hidup takut dan berdoa agar lambat berlakunya kiamat..mereka di alam kubur mengharapkan segeralah ianya berlaku.

Jangan fikir hidup itu hiduplah sekadar hidup....mati itu matilah sekadar mereput..kerana ada kesinambungannya..ada yang ditinggalkan namun si mati mengharapkan sesuatu dari apa yang ditinggalkan..

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi  

09 August 2017

Akan Tiba Saatnya Nanti..Sementara Itu Bersabarlah

9:01 AM 8
Akan Tiba Saatnya Nanti..Sementara Itu Bersabarlah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


AKAN TIBA SAATNYA NANTI..SEMENTARA ITU BERSABARLAH || Rasa berkeinginan itu sentiasa bercambah.Berkeinginan akan sesuatu hal,perkara dan kebendaan.Kanak-kanak dengan caranya,remaja dengan rentaknya,dewasa dengan ragamnya dan dewasa matang dengan bawaannya.Masing-masing.Tetapi dalam hidup kita adanya ruang di mana tidak setiap apa yang dihajati itu kabul dengan segera.

KEHIDUPAN DI DUNIA KEHIDUPAN DI AKHIRAT.Di antaranya terisi dengan banyak dugaan.Dunia-dugaan-akhirat.Berjaya..bergembiralah.Gagal..bersiap sedialah untuk merana.Taubat itu hanya laku dah sah terpakai di dunia tidak di akhirat kelak.Sebut sabar..mudah..ala...sabarlah...cuba bersabar.Tetapi berapa ramai yang kecundang untuk terus bersabar.Hahh termasuk PC.Namun,rasa sabar itu boleh dibangunkan dalam diri jika adanya kerjasama.Menyuburkan rasa sabar seperti kita mahu berkomunikasi..mesti dua hala barulah jelas apa yang mahu disampaikan.


Kemarahan harus ditenangkan bukannya diprovokasi agar lebih tegang emosinya..Memprovokasi pada hal yang membawa orang lain lebih negatif itu satu perbuatan zalim,dan menampakkan diri tidak matang mengendali situasi..

JODOH.Rahsia.Tidak siapa tahu.Sehingga hari ijab dan qabul itu tatkala saksi mengatakan sah secara sepakat...ya detik itu kita tahu dia jodoh yang Allah SWT hadiah dan pinjamkan untuk kita di dunia.Di akhirat?..wallahuaa'klam.Justeru AKAN TIBA SAATNYA NANTI..SEMENTARA ITU BERSABARLAH..baik wanita mahupun jejaka..jagalah diri pada segenap sudut yang ada.Bila waktu yang tepat tiba,laksanakanlah sebaik-baiknya seperti yang disyariatkan.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

08 August 2017

Rehat Dan Bernafaslah..

10:37 AM 14
Rehat Dan Bernafaslah..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


REHAT DAN BERNAFASLAH || Ada yang sakit bila tidak bekerja,atau tidak produktif atau efektif.Buka mata kerja.Pendek kata hidupnya hanya tertumpu pada hal dan urusan yang membabitkan kerja.Satu keseronokkan bagi sesetengah individu bila dirinya dikelilingi kerja atau tugasan yang bertimbun.

Selagi namanya hidup...masih bernafas..selagi itu banyak tuntutan yang mesti dilunas.Sesama makhluk,apatah lagi melunas hak DIA yang dituntut terhadap hamba-hambaNYA.Dalam banyak hal,ada yang perlu kita kurangkan.REHAT DAN BERNAFASLAH..imbangi mana wajarnya..

SEMAT KEPERCAYAAN.Seandainya telah Allah SWT sediakan untuk kita,ke mana pun...bagaimana pun akan Allah SWT dekatkan kepada kita.Berserah itu perlu tapi jangan berserah orang kalah tanpa ikhtiar.

TERIMALAH HAKIKAT.Terhad dalam melakukan apa pun.Itulah diri kita.Biar berjaya mencapai cita-cita,walau telah menakluki benua,sudah juga mengkaji angkasa..alhamdulillah..itu semua dengan laluan yang dipermudah olehNya.Sedar diri,kita berasa luar biasa kerana kelebihan yang ada,namun awas jangan ianya buat diri tergelincir.Justeru mengapa sederhana itu perlu dipilih.

SIFAR PENGABAIAN.Fokus jika tidak direncana pasti ada yang menjadi korban.Kadang dalam mengejar sesuatu..menyebabkan kita hilang sesuatu yang lain.Lebih-lebih lagi bila mengemudi kehidupan itu ada ketidak seimbangannya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

07 August 2017

Janganlah Bersedih...Biarkan.

7:52 AM 8
Janganlah Bersedih...Biarkan.
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


JANGAN BERSEDIH...BIARKAN || Rasa rendah diri.Biar tidak sentiasa dirasai tapi sesekali rasa itu menjelma.Menguasai diri bercampur baur dengan emosi.Astarghfirullahaalaazim.Kerapuhan hati itu ada biar adakala cuba digagahi sentiasa.Mulut boleh berdusta tapi hakikat hati yang tidak mungkin mampu membolak balik bicara.Suara hati dan Pencipta tiada jarak antaranya.

Jangan bersedih...biarkan

UMPATAN.Sesekali boleh dibiar bersama angin yang berlalu.Sedayanya di"abai"kan..di"lantak"kan..di"pekak"kan.Andai sering,tersangkut juga diqalbu.Terakam juga diminda.Terhasut juga godaan syaitan.Rugi harta benda kita sedih.Kita risau,tapi pernah terfikirkah kerugian yang akan ditanggung pada mereka yang mengumpat mengata.Mangsa?!?..sabarlah,jangan bersedih...biarkan.Yakin pada DIA.

TIDAK SEPERTINYA.Seringkali PC katakan setiap kita ada buku berbeza.Buku takdir kehidupan yang tidak sama.Mungkin sangat jauh bezanya.Buku yang setiap detik dikemaskini kanan dan kiri juga tidak sama imbangannyakan..Harapnya pada catatan kebaikkan itu memberat dan mewah.Tidak terasa,tidak kelihatan namun bertindaklah berbekalkan iman,ilmu dan kewarasan akal.Bersedih itu perlu kerana emosi perlu diluah dan diterjemah.Sekirang apa yang kita damba tidak sepertinya..jangan bersedih..biarkan..biar DIA atur mengikut apa terbaiknya untuk kita.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 


06 August 2017

Asalnya Memukau..Akhirnya Terpesona

9:42 AM 6
Asalnya Memukau..Akhirnya Terpesona
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


ASALNYA MEMUKAU..AKHIRNYA TERPESONA || Satu masa isu pukau bertebaran.Berleluasa.Ya,ianya memang ada dan berlaku.Nauzubillahiminzaliq.Moga kita terlindung dan dilundungi daripada perkara-perkara seperti itu.Tuntutlah ilmu yang betul..Manfaatnya membantu kita di sana kelak.Itu kisah pukau yang membinasa..jelas sedari awal menganiaya.

Asalnya memukau..akhirnya terpesona..

BERMULANYA DARIPADA PANDANGAN.Pandangan mata penuh magisnya.Lebih-lebih pada objek yang kena tepat pada apa yang didamba.Fokus,teliti,analisis..ghairahnya rasa boleh terbias daripada mata..benci dan marah juga boleh ditafsir melalui mata..

TAJAMNYA PENDENGARAN.Butir bicara,alunan muzik,dan apa pun yang menghasilkan irama..terakam tajam dan tepat pada pendengaran.Biar mata terpejam,bila sahaja dipendengaran mendengar apa pun bentuk alunan atau rentaknya ia mengasyikkan,justeru irama yang mengasyikkan itu mungkin kena pada pendengaran namun perlu ambil tahu apa ertinya setiap senikatanya.

TERKESAN KE HATI.Daripada mata..turun ke hati.Kadang akal tidak sempat pun untuk mencerna maklumat yang diterima.Itulah yang sering berlakunya kes-kes yang tidak terjangka.Akal itu mempertimbang.Iman itu menapis segala keputusan yang telah akal dan hati putuskan.Andai terpesona dengan sesuatu yang mendorong diri akan kebaikkan,tidak mengapa.Namun andai yang memukau itu buat diri hilang halatuju..hentikanlah untuk terus terpesona.Dunia....ya sekadar duniawi.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

05 August 2017

24 Jam Semalam..Hari Ini..Dan Esok

9:20 AM 7
24 Jam Semalam..Hari Ini..Dan Esok
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


24 JAM SEMALAM..HARI INI..DAN ESOK || Masa setiap orang sama.Tetapi yang membezakannya adalah pengisiannya.Ikut keperluan dan kehendak masing-masing.Beruntunglah bagi yang memanfaatkannya..dan *mungkin buat ketika ini* kerugian bagi yang tidak menggunakan masa itu sebaiknya.Kenapa PC sebut *mungkin buat ketika ini*...kerana manusia boleh berubah bila-bila masa.Siapa tahu satu saat nanti dialah insan yang paling baik mengisi setiap masa yang dia ada dengan mendekati PENCIPTA.

Jam ditangan berbentuk bulat
Dihias indah batu permata
Hayat singkat moga dimanfaat
Moga tidak menjadi manusia sia-sia

24 JAM SEMALAM.Ada yang berjaya dilakukan namun ianya yang berlaku dan dilakukan semalam telah pun menjadi memori.Tetap terakam diminda dan jiwa.Apa pun warnanya.Bagaimana pun situasinya.Berat,ringan..tetap tegalas dan perlu ditanggung.Pasti apa yang ingin dilaksana semalam telah disusun sejak kelmarin.

24 JAM HARI INI.Halaman baru.Namun begitu tidak menjadi satu kesilapan pun andai hal yang direncana semalam andai belum terlaksana dibawa ke hari ini..Ada hal mampu direalisasi dengan waktu yang singkat..ada hal memerlukan tempoh masa yang panjang untuk menampakkan hasilnya.Sesetengah perkara perlu dinoktahkan untuk membaik pulih keadaan,ada juga sebaliknya.

DAN..24 JAM ESOK.Sedikit sebanyak rangka rencana dibina hari ini.Bukankah idea itu luar jangka.Kejutan boleh berlaku pada saat tidak terduga.Esok pasti datang.Berjaya atau kurang mengemudi apa yang telah disetkan..itu perkara kedua.Paling utama pada hari mendatang niatkan dihati mahu manjadi insan yang lebih baik selagi jantung deras berdegup.

Semalam yang kita lalui moga menjadikan kita lebih cekal mengharungi hari ini..untuk menempuhi hari esok yang belum pasti..sekurang-kurangnya pengalaman semalam dan hari ini boleh menjadi bekal perbaiki diri.🍒Perdu Cinta🍒

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

04 August 2017

Ke Puncak..

6:51 AM 16
Ke Puncak..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


KE PUNCAK.. || Bukit.Gunung.Puncaknya sayup kelihatan.Lebih jauh lebih sayup.Lebih samar-samar.Gayat melihatnya namun bagi yang berjiwa besar tidak mustahil diusahakan untuk menawan.Kutub juga sudah ada yang menjelahahi.SubhanaAllah dengan izinNya segalanya mungkin.Setinggi puncak bukit atau gunungkah semangat dan impian kita..atau melebihi daripada itu.

LUKA DAN BERPARUT.Untuk mencapai satu-satu matlamat bukan mudah.Berliku.Tidak hairan ada ketika hanya terduduk terpaku membisu.Pengalaman yang manis.Pengajaran yang pahit.Luka dan berparut saat ke puncak itu pemangkin.Apa yang digapai bakal menjadi lebih indah.

GABUNGKAN SEMANGAT DAN KUDRAT.Sama-sama penting untuk berpadu dan memacu.Menuju mercu yang diidami sejak dahulu.Mampu,lemah semangat..lesu.Namun dalam banyak hal..semangat boleh mengacuankan kudrat yang terhad.Semangat!!..ya semangat.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

03 August 2017

Patutlah Disuruh Hindari..

11:09 AM 7
Patutlah Disuruh Hindari..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


PATUTLAH DISURUH HINDARI || Rimas bila itu tidak boleh,,ini salah,,begitu tidak betul dan macam-macam lagilah pantang larang.Zaman meningkat remaja, larangan itu buat segelintirnya memberontak..terasa dikongkong..tiada kebebasan seperti yang didambakan.Rasa mahu mencuba dan rasa ingin tahu itu bagus tapi salah langkah padah jawabnya.Saat ini pernah tidak terfikir,owh satu masa dulu aku ditegur,dimarah dan dilarang itu sebenarnya ada sebabnya...PATUTLAH DISURUH HINDARI...

MAMPU TEWAS.Iman tidak mungkin mampu diwariskan.Jangan kata iman..pesanan dan nasihat dari mak ayah pun adakala dipandang sepi anak-anak.Akal dan iman mampu tewas dek nafsu.Hebat?..sekadar mana kehebatan kita manusia ini..ya..insan-insan yang mampu menfawal luaran dan dakaman dirinya..subhanAllah bersyukurlah kamu.Bagi yang berasakan dirinya tidak segagah mana dalamannya..hindarilah dari perkara-perkara yang boleh memesongkan diri.

MENINGGALKAN KESAN.Pada setiap perkara yang ber"profile" negatif,impaknya luar biasa..lebih lama diingati..lebih cepat dapat dihidu..lebih pantas juga dicaci maki..dicerca begitu begini.Momentumnya sangat besar.Mungkin kita fikir..alah setiap orang ada kisahnya sendiri..hak aku pilihan aku..betul..tapi ingat,tidak mustahil 10..20 atau 30 tahun akan datang..kalau tidak diri sendiri terjerat..waris-waris yang ada terikat.Namun begitu,tidak usah gusar kerana bertaubat itu solusinya moga Allah tutup segala kisah dan aib kita.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

02 August 2017

Jalani Dan Syukuri

10:16 AM 11
Jalani Dan Syukuri
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖

JALANI DAN SYUKURI || Alhamdulillah.Syukur apa adanya,berusaha baiki di mana kurang dan kelemahan yang ada.Selebihnya tawakkal sahaja.

KEHADAPAN.Jangka panjang.Jangka pendek.Begitu yang sering difikir,diatur dan direncana sebagai awasan kita.Betullah begitu.Wajar ada langkah berjaga-jaga, selebihnya sama juga...tawakkal.Sedang jangka pendek tidak mampu kita jangka,apatah lagi yang kehadapannya kelak.Doa yang baik-baik.Sangka yang jernih-jernih.

MENDOAKAN.Bila kita melihat,mendengar akan sesuatu hal itu,bukan saja-saja.Itu juga rezeki kita.Ada yang cuba DIA sampaikan dan ingatkan.Mahu menambah menjadi lebih buruk..atau mahu membuat keaadaan lebih baik,,fikir dalam-dalam kerana ada jawapan dan alasan yang bakal dituntut di SANA kelak.Lebih baik mendoakan yang baik-baik sahaja.Sama-sama untung.

DIKELILINGI PERANTARA.Kita saling memerlukan.Sentiasa bergantung satu sama lain,justeru mengapa perlu menjaga silaturahim dan elakkan permusuhan.Bila buat baik dengan A..mungkin yang membalas kebaikkan kita itu B.Jika rasa disakiti oleh C sedangkan kita tidak pernah menyakitinya..mungkin tanpa sedar kita pernah menyakiti D.Kita dikelilingi perantara,hakikatnya telah Allah rencanakan semua.Jalani dan syukuri apa pun dengan bissmillah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

01 August 2017

Jangan Semaraknya Bermusim..

6:41 AM 8
Jangan Semaraknya Bermusim..
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum 💖


JANGAN SEMARAKNYA BERMUSIM || 1 Ogos 2017.Bulan baharu.Kisah baharu.Sebut Bulan Ogos..dikenali Bulan Kemerdekaan.31 Ogos 1957..setelah 60 tahun merdeka..sudah benar-benar merdekakah kita..atau hakikatnya kita masih lagi dijajah..terjajah atau menjajah...senjata itu banyak bentuknya..moga kita berusaha tidak menjadi mangsa dan pemangsa..


Pejuang yang berjuang itu sentiasa bersemangat..biar dilapangan apa pun..teruskan berjuang..jangan semaraknya bermusim kerana kehidupan sebenar bermula selepas kematian..itulah hakikat matlamat berjuang dalam memerdekakan diri..


Jangan....

KALAH DAN TERUS MENGALAH.Kalah itu tidak semestinya lemah.Berapa banyak yang menang setelah melalui detik kekalahan.Syaratnya tidak terus mengalah..berserah (tawakkal) setelah ikhtiar itu mesti kerana apa pun yang kita lakukan bissmillah dan mesti sandarkan padaNYA sentiasa..namun apabila kalah dan terus mengalah itu bukan ertinya berserah tetapi pasrah tidak terarah.

Cuba....

KEKALKAN MOMENTUM.Baru itu wangi.Pertama itu indah.Adakah wangian yang indah itu dipertahankan atau bakal luput seiringnya waktu..Kalau hari ini berkasih-kasihan..bermesra-mesraan..berkasih sayang..ikhtiarkan agar ia mekar begitu.Andai telah menyulam janji..bersemangatlah untuk menepati..Jika berusaha meluruskan hati jangan patah kerana caci.

HAKIKAT....

Hari ini masih ramai yang bebas tapi terpenjara.Kaki bebas melangkah namun hatinya terikat.Tindakkannya berleluasa sedangkan fikirannya tersekat..saat anak bangsa bangga menunjukkan apa yang tidak sewajar dilihat dan dibuat..ada jiwa yang berbisa bagai disiat-siat..namun tidak kurang yang girang melompat-lompat mahu melihat ada yang tersungkur dan lemah kudrat..moga jangan semaraknya bermusim..membanteras saat parah sedangkan wajar merawat sebelum lukanya parah.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi