11 January 2018

Diam Dimulut Jangan Onar Dihati

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 

DIAM DI MULUT JANGAN ONAR DIHATI

Diam.
Kalau itu yang paling terbaik sekali.
Lihat keperluan.Perhatikan keadaan.
Bercakap bila perlu.
Diam juga membantu.
Jangan sentiasa pula beku.

Biar sekata.
DIAM DI MULUT JANGAN ONAR DIHATI
Tuhan ambil kira.
Malaikat mencatat sentiasa.
Berkata-kata.Mengata.Atau seangkatan dengannya.
Alahhhh orang tak dengar.
Eh siapa kata?
Boleh rasa.Aura jiwa.
Jaga-jaga.

Diam.Banyak sebabnya.
Mahu lebih mendengar.
Hendak lebih memerhati dan memahami.
Suasana sudah sarat.
Jangan ditambah lebih berat.
Tidak larat.

Diam-diam.
Bocorkan apa yang di diam.
Bukan pada manusia.
Tepatnya pada Tuhan.
Telus.Terus.Tanpa beratur lurus.
DIAM DI MULUT JANGAN ONAR DIHATI.
Ini syarat.
Agar doa-doa tidak ditangguh lewat.

Diam Dimulut Jangan Onar Dihati

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 



19 comments:

  1. Nabi pun dah pesan diam itu lebih baik. Sebab kita ni bila bercakap byk lagha nya dr yg berfaedah kan.

    Doa senjata mukmin. Teruskan berdoa kerana kita memang lemah. Allah suka org yg sentiasa berharap dan berdoa kepadaNya. Peringatan utk kak ana ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Ana...diam itu ada saatnya lebih baik.Terkadang asyik bercakap buat kita lebih banyak khilaf dan menyakiti hati orang lain...sedar atau pun tidak sedar.Harapnya Allah sentiasa lindungi kita.

      Delete
  2. setuju PC....lebih baik diam lebih baik lagi diam dihati...jangan buat onar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seiringkan mulut dan hati...biar dua-dua selamat.Mulut selamat Hati terjaga.

      Delete
  3. Betul tu PC, diam tu lebih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengurangkan risiko pada hal yang kurang sedap untuk didengari kan kak...

      Delete
  4. kadang tu terlepas juga sebab terlalu marah..

    ReplyDelete
  5. Bila terlalu lama berdiam diri,kadang2 bila da terlpas haru jadinya
    tapi lebih baik diam dari berkata2 yang tak elok kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdiam atau berbicara sesuai masa dan keadaan insyaAllah akan dapat kawal situasi...

      Delete
  6. Selalu melatih diri bukan mengawal mulut saja, tapi juga mengawal hati.

    ReplyDelete
  7. Sebab tu berdiam lebih baik, kalau tak ada apa apa yang baik untuk dikatakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fatin..dengar yang baik-baik..ambil dan lakukan..

      Delete
  8. ada masa terpaksa berdiam takut silap tercakap byk buruk kelak

    ReplyDelete
  9. Orang kata Silent Is Gold. GV setuju kak PC. Jika ada sesuatu kerunsingan yang ingin diungkapkan, Allah SWT tempat kita mengadu dan mohon pertolongan. Semoga Allah SWT sucikan hati kita dengan segala perkara-perkara yang positif dan diredhai oleh Allah SWT. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete
  10. diam lebih baik dari berkata2 sesuatu yg buruk..setuju dan betul sgt..basahkan lidah dgn zikir

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..