13 January 2018

Jangan Musnahkan Laluan Dan Tiket ..

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum ♡ 


JANGAN MUSNAHKAN LALUAN DAN TIKET~ Jika soalan peperiksaan bocor,bukan guru sahaja pening,calon-calon peperiksaan apatah lagi.Semakin berdebar,semakin bergandalah usaha.Menjadi isu dan semestinya menjadi buah mulut masyarakat.Namun bukti kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hambaNYA banyak rahsia yang bukan lagi rahsia,banyak juga soalan dan jawapan disebarkan secara terang-terangan.Al Quran menjawab dan melerai segala permasalahan dan hadis menjelas banyak persoalan.

Jika bekerja ambil gaji setiap pada tempoh ditetapkan dengan sekian tarikh .. berbuat kebaikkan pula tuai hasilnya diakhirat kelak.Gaji yang tertangguh betul caranya lumayan luar biasa.Ambil kesempatan pada segala soalan dan jawapan yang telah Allah SWT tidak rahsiakan.

Jangan musnahkan laluan dan tiket ...

Jangan Musnahkan Laluan Dan Tiket ..
Google image 

Rasulullah bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya,maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana sahaja yang kamu suka." (HR Ahmad)

Jelas .. jaminannya ada.Ganjaran sudah tersedia,pasti rasa bahagia melebihi mendapat segunung emas di dunia.Sebut syurga pun sudah berbung-bunga dijiwa..baru mendengar kisah indahnya syurga..apatah lagi diberi peluang memilih sendiri.Allahu.Tetapi setiap syarat yang telah dipatuhi jangan diizin ternoda dengan hal-hal yang menjurus ke lembah dosa..kerana  ...

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah fuqara' (orang-orang yang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakkan penghuninya adalah wanita." (HR Bukhari dan Muslim)

Allahu .. bergetar jiwa .. moga bukan calon-calonnya.

*terima kasih ukhuwah 
#sama-sama mencari redha Ilahi 

12 comments:

  1. Nak jadi wanita solehah bukan mudah kan PC. Namun jgn mudah putus asa. Semoga Allah melihat usaha kita tu. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Ana....banyak cabarannya...PC pun acapkali terseliuh juga...Allahu..moga Allah pandang usaha kita...amin☺

      Delete
  2. MOGA KITA SEMUA MENGHUNI SYURGA KELAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...kita sama-sama menikmati indahnya syurga kan kak PI ☺

      Delete
  3. kadang kadang kita tak sedar kan apa yang kita buat tu dah dilaluan yang salah. Semoga dijauhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sangat-sangat..harap bila gitu ada yang sudi perbetulkan☺

      Delete
  4. semoga banyak lg ilmu2 agama yg dpt dipelajari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...insyaAllah...☺selagi bernafas..

      Delete
  5. di setiap ruang waktu yang ada, sedaya upaya lah kita memperbaiki diri dari hari ke hari yang berbaki ini, Waallahu alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...selagi boleh...selagi berdaya☺ kita sama-sama perbaiki.

      Delete
  6. Sentiasalah menimba bekalan untuk kita bawa ke sana nanti.

    ReplyDelete
  7. ameen. semoga kita sentiasa istiqamah

    ReplyDelete

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..